CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

PASCA PRK DUN KERDAU & MERLIMAU - NIK AZIZ TAK HALAL KEMENANGAN BN #1097

   Close [Copy link]
Post time 19-2-2011 07:53 AM | Show all posts
banyak duit bertukar tangan masa prk..........sprm masih tidor ka?????????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2011 09:06 AM | Show all posts
apa guna tabung buluh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2011 06:58 PM | Show all posts
DUN Kerdau: Syed Ibrahim calon BN
February 22, 2011

TEMERLOH, 22 Feb — Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad calon Barisan Nasional untuk Pilihran Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau, Pahang, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Temerloh, Pahang hari ini.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Februari ini.

MENYUSUL LAGI
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 10:05 PM | Show all posts
bedebar ni nak tau calon BN kat Merlimau..
dgr gossip kat opis Dato' CEO kami DAto' ZAini x mo jd calon
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 11:22 PM | Show all posts
P'raya Kerdau serentak dengan Merlimau

Pilihan raya kecil DUN Kerdau, Pahang akan diadakan serent ...
Magika Post at 18-2-2011 22:39


calun kerdau terikut2 pesonaliti PAS nampaknya...x pakai songkok itam tapi pakai songkok Lobai pulak...hahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 11:24 PM | Show all posts
Dekat Palestin ada cawangan PAS.....UMNO ada?
penyo. Post at 18-2-2011 23:46


Cehhhhh caw umno kat luar negeri tu ditubuhkan kerna terpaksa rela....tau-tau ajer la....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2011 12:30 AM | Show all posts
semoga berjaya pada parti2 yg bertanding....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 10:26 AM | Show all posts
dulu2 thn 2005 ke 2006
pengerusi umno melbourne sendiri ckp dia join umno kat melbourne sebab dpt tiket percume pegi blk dr aussie ke mesia setahun sekali..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2011 05:24 PM | Show all posts
AJK Umno Jasin Roslan calon BN DUN Merlimau
February 23, 2011

JASIN, 23 Feb — Ahli Jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Merlimau di sini hari ini.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Februari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 05:59 PM | Show all posts
dekat oz ada 7 umno

- umno melbourne
- umno canberra
- umno queensland
- umno tasman ...
Magika Post at 18-2-2011 23:26



kat OZ ada tak kelab Tory ke, kelab Democrat ke, kelab GOP(Republican) ke, kelab LibDem ke, kelab Labour ke....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 07:10 PM | Show all posts
lambatnya calon PAS nak diumumkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 07:12 PM | Show all posts
...Ahli Jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad
Magika Post at 23-2-2011 17:24


sah lah mulayu stok2 ketua cawangan, buleh jangka lah cemana mentalitinya nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 07:42 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2011 08:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2011 08:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2011 08:41 AM | Show all posts
Dua musuh tradisi kembali uji populariti di Merlimau, Kerdau
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
February 26, 2011

JASIN, 26 Feb — Kedua-dua “musuh tradisi” — PAS dan Umno — kembali mewakili perikatan masing-masing dalam satu lagi pilihan raya kecil serentak, yang dilihat sebagai medan persiapan menjelang pilihan raya umum ke-13.

Meskipun kemenangan dalam kedua-dua pilihan raya kecil ini - DUN Merlimau, Melaka, dan Kerdau, Pahang - tidak akan mengubah status quo kerajaan negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN), tetapi ia dilihat penting untuk memperoleh kemenangan moral dan “pembakar semangat” bagi menghadapi pilihan raya umum.

BN akan menurunkan wakil Umno untuk mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan.

PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, perikatan berusia tiga tahun, untuk mencatatkan kemenangan bagi mengetepikan tanggapan negatif ekoran kekalahan berturut-turut dalam pilihan raya kecil sebelum ini. Ia kalah di Galas November lalu dan Tenang bulan lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, sambil mendakwa PAS tidak mempunyai peluang, Ketua Umno Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah mendakwa parti Islam itu dengan kerjasama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat akan “mencipta” pelbagai isu sensasi sepanjang kempen pilihan raya kecil Merlimau yang bermula hari ini.

Pilihan raya kecil ke-15 ini bakal menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad yang juga ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari.

Menurut Ahmad, kerusi DUN Merlimau penting kepada Umno-BN bagi meneruskan siri kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

Dalam pilihan raya kecil terbaru di Tenang, Johor, BN berjaya mempertahankan kerusi tersebut melalui calonnya Mohd Azahar Ibrahim.

“Ia ada kepentingan yang signifikan supaya kita dapat kekalkan prestasi dan jadikan Merlimau sebagai satu kemenangan yang baik selepas beberapa siri pilihan raya kecil yang memihak kepada kita.

“Pilihan raya kecil yang lalu kita mencatatkan kemenangan, ini satu momentum terbaik dan sudah jadi tanggungjawab untuk kita mencapai kemenangan terbaik,” kata Ahmad.

Jelas Ahli Parlimen Jasin itu, memandangkan Merlimau tidak mempunyai isu besar beliau menjangkakan Pakatan Rakyat akan “mencipta” isu dengan harapan ia akan dapat meraih sokongan pengundi.

“Di Merlimau tak ada isu besar kalau ada pun isu-isu kecil yang dapat kita tangani tapi kita jangkakan mereka (Pakatan Rakyat) akan membuat isu dan cerita.

“Mereka akan sensasikan itu dan kita sudah jangkakan tapi tiada yang boleh menarik minat orang . . . kalau mereka terus macam ini nanti orang akan lali,” katanya.

Ditanya soal keyakinan BN dalam memenangi pilihan raya kecil itu, Ahmad berkata pengundi-pengundi di Merlimau kini akan terus memberikan sokongan kepada parti itu berbanding Pakatan Rakyat.

“Kalau lihat kepada ‘mood’ pengundi, mereka sudah yakin kepada kerajaan, yakin kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

“Faktornya adalah Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang bekerja, ia adalah faktor kemenangan.

“Jangkaan saya kita akan dapat atasi mejoriti pada pilihan raya umum 2008, semua kaum sekarang sudah yakin kepada keyakinan itu bertambah dan meningkat,” katanya.

Selain itu, beliau juga meminta agar pemimpin BN dan Pakatan Rakyat untuk tidak melakukan serangan peribadi terhadap calon masing-masing.

“Selain itu, saya juga minta kedua-dua parti tidak membuat serangan peribadi. Saya harap ia tidak berlaku.

“Kita berlawanlah secara adil dan bersih tidak perlu buat serangan peribadi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata kerusi DUN Merlimau penting kepada parti Islam itu kerana ia akan menjadi kawasan pertama yang dimenangi di Melaka.

Selain itu, beliau juga berkata kemenangan PAS tidak akan mengubah sebarang struktur kepimpinan kerajaan negeri sebaliknya hanya akan tambah bilangan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Melaka.

“Merlimau tak ubah apa-apa pun, kerajaan negeri tidak akan jauh, ketua menteri dan barisan Exco adalah sama dan ia diteruskan walaupun PAS menang.

“Tapi ia penting bagi kita sebab kita nak seorang wakil yang dalam dewan akan menegakkan Islam, sekarang kalau kita lihat bila DAP bangkitkan Islam ia akan ditempelak, jadi ini yang penting, kita mahu seorang wakil yang boleh bercakap soal Islam dalam dewan, pengundi tidak perlu takut,” kata Halim yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Merlimau.

Melaka mempunyai 28 kerusi DUN yang mana 23 daripadanya dimiliki BN manakala lima lagi diwakili DAP.

Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa mengakui peluang PAS untuk menang sukar namun ia bukan alasan untuk tidak bertanding.

“Sebab itu kita bertanding walaupun agak sukar dan saya sendiri akui ini kubu kuat BN tapi kita tetap mahu letak calon kerana kalau tidak rakyat akan aggap BN yang terbaik.
Ini juga merupakan satu ujian kepada kita bertanding di kubu kuat BN dan kita tidak akan tahu keputusan kalau tiada perbandingan,” katanya.

Seperti di Merlimau, pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh akan dibuka pada 9 pagi ini.

Pegawai pengurus pilihan raya kecil itu Datuk Tarif Abdul Rahman berkata pusat berkenaan dibuka selama satu jam untuk urusan mengemukakan kertas pencalonan, diikuti tempoh bantahan selama satu jam selepas itu.

Dipetik Bernama, beliau berharap semua parti politik mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya semasa proses penamaan calon berkenaan.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Barisan Nasional pada 12 Februari lepas.

Tarikh pengundian juga ditetapkan pada 6 Mac.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2011 08:44 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2011 08:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2011 09:14 AM | Show all posts
DUN Kerdau

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2011 09:29 AM | Show all posts
9am Kerdau: Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad tiba di pusat penamaan calon ditemani timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin BN dan juga sekumpulan penyokong parti.

9am Kerdau: Calon PAS di Kerdau, Hassanuddin Salim masuk ke pusat penamaan calon, diikuti calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad empat minit kemudian.

8.44am Kerdau - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob tiba di Stadium Temerloh, yang terletak kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.
8.40am Merlimau: Ahli Persatuan Ketua Kampung Melaka turut menyertai penyokong BN. Mereka berpakaian Melayu bersampin.

8.39am Kerdau Penyokong BN berkumpul di Stadium Termeloh.

8.38am Merlimau: Pemimpin BN, termasuk Datuk Wee Ka Siong, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Koh Tsu Koon, Datuk G Palineval.

Doa dibaca sebelum mereka berarak ke pusat penamaan calon.

8.30am Kerdau: kira-kira 2,000 penyokong PAS serta calon PAS, Hassanuddin Salim tiba ke Dewan Tun Razak. Mereka disekat kawat berduri, kira-kira 40 meter dari tempat itu. Selain selawat, mereka laung hidup Islam, hancur regim. Calon, presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden PKR Fuziah Salleh masuk ke dalam kawasan perkarangan dewan.

8.24am Merlimau: Penyokong MIC dan MCA tiba. Ahli parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah sedang mengendalikan penyokong.

Penyokong Kimma pula melaungkan 'Hidup Kimma'.

8.10am Kerdau: Calon PAS bagi DUN Kerdau baru sampai. Bacaan doa selamat bersama 1,000 penyokong. Datuk Seri Abdul Haji dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga ada.

7.08am Merlimau: Polis, petugas parti dan media mula mengambil tempat masing-masing untuk bertugas pada hari ini.

Polis telah meletakkan halangan, kawat duri dan beberapa trak untuk memisahkan penyokong PAS dan BN yang semakin ramai.

Penyokong BN akan mula berarak dari jarak sejauh 200 meter daripada pusat penamaan calon, manakala PAS akan mula berarak pada jarak 500 meter daripada dewan berkenaan.

7.30am KERDAU: Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan DUN ini akan berlangsung di Dewan Tun Razak di bandar Temerloh, Pahang hari ini.

Polis telah memagari kawasan dewan tersebut sejak malam tadi dengan meletakkan pagar besi dan kawat duri. Jalan menuju ke pusat penamaan juga telah ditutup sejak awal pagi.

Penyokong PAS berkumpul di Plaza Temerloh yang terletak kira-kira 500 meter daripada Dewan Tun Razak seawal jam 5.30 pagi dan mula bersiap sedia untuk berarak ke pusat penamaan.

Penyokong BN pula mula berkumpul di Dataran Temerloh, juga pada jarak yang sama daripada dewan tersebut, sejak jam 7 pagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.078762 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list