CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

Pilihanraya Sarawak 2011 : Barisan Nasional menang majoriti 2/3

   Close [Copy link]
 Author| Post time 3-4-2011 08:25 PM | Show all posts
Yup. Btw, sine mok tauk full statistic utk setiap DUN di Sarawak tok owh? I mean dari segi ...
Muntz Post at 3-4-2011 20:17



    muntz... aku gi kuching 15 - 17 april...
bidayuh longhouse annah rais tu jauh ke dari kuching?
jalan ke bidayuh longhouse tu elok ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2011 08:31 PM | Show all posts
Reply 60# Muntz
sik pasti juak koh...selalu dalam newspaper ada - usually kan release on the polling day
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2011 10:47 PM | Show all posts
DAP will field seven new faces in 15 seats in the 10th Sarawak Election on April 16.

Following Saturday’s announcement in Kuching of five candidates for the southern region, party secretary-general Lim Guan Eng announced the remaining 10 candidates for seats in the Sibu, Sarikei, Miri, Bintulu and Limbang divisions here on Sunday.

Among the 15 candidates include four women. The party will also be fielding two of the youngest candidates in the elections.

1.Wong Ho Leng (Bukit Assek)
2.Ting Tze Fui (Meradong)
3.Chiew Chiu Sing (Kidurong)
4.David Wong Kee Woan (Pelawan)
5.Yap Hoi Liong (Dudong)
6.Fong Pau Teck (Pujut)
7.Leong Kwong Yaw (Bukit Kota)
8.Wong King Wei (Padungan)
9.Violet Yong (Pending)
10.Chong Chieng Jen (Kota Sentosa)
11.Christina Chiew Wang See (Batu Kawah)
12.Leon Jimat Donald (Simanggang)
13.Lawyer Ling Sie Kiong (Piasau)
14.Alice Lau Kiong Yieng (Bawang Assan)
15.Wong Hua Seh (Repok)

Read more: http://www.bintulu.org/news/2011 ... t.php#ixzz1ITIRYmI5
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2011 10:51 PM | Show all posts
Senarai penuh 27 Calon parti SNAP

1. Stephen Anak Sagir (N. 1 Opar)

2. Frankie Jurem Anak Nyombui (N. 2 Tasik Biru)

3. Richard @ Peter A/L Margaret (N. 16 Bengoh)

4. Ateng Anak Jeros (N. 17 Tarat)

5. Anthony Anak Nais (N. 18 Tebedu)

6. Belayong Anak Jayang (N. 19 Kedup)

7. Dan Giang (N. 25 Balai Ringgin)

8. Ivanhoe Anthony Anak Belon (N. 26 Bukit Begunan)

9. Semijie Anak Janting (N. 28 Engkilili)

10. Joe Anak Unggang (N. 31 Layar)

11. Dayrell Walter Entrie (N. 32 Bukit Saban)

12. Julin Anak Entamin (N. 33 Kalaka)

13. Liman Anak Sujang (N. 34 Krian)

14. Jamal Bin Abdullah @ Tedong Anak Gunda (N. 41 Pakan)

15. Labang Anak Jamba (N. 42 Meluan)

16. Augustine Anak Liom @ August Liom (N. 44 Machan)

17. Adang Anak Jirau (N. 53 Kakus)

18. Toh Heng San (N. 55 Katibas)

19. George Anak Lagong (N. 56 Baleh)

20. John Bampa (N. 57 Belaga)

21. Edwin Dundang Bugak (N. 66 Marudi)

22. Kebing Wan (N. 67 Telang Usan)

23. Lawrence Cosmas Sunang Anak Simpang (N. 69 Batu Danau)

24. Abang Othman Abang Hj Gom (N. 23 Lingga)

25. Ramli Malaka (N. 58 Jepak)

26. Thony Ak Badak (N. 61 Bekenu)

27. Johari Bujang (N. 62 Lambir)
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 11:31 PM | Show all posts
Reply 64# Magika


hi saudara baru..acu bca siggy aku...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 11:37 PM | Show all posts
Reply  Magika


hi saudara baru..acu bca siggy aku...
razhar Post at 3-4-2011 23:31



   razhar, spammer tak on ke malam ni, tolong bagitau kat dia, aku dah PM dia suruh update list baru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2011 11:38 PM | Show all posts
Calon PAS mana????
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 07:57 AM | Show all posts
muntz... aku gi kuching 15 - 17 april...
bidayuh longhouse annah rais tu jauh ke dari kuc ...
Magika Post at 3-4-2011 20:25



    Tak berapa jauh. Jalan elok jah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2011 07:57 AM | Show all posts
DAP will field seven new faces in 15 seats in the 10th Sarawak Election on April 16.

Following Sa ...
Magika Post at 3-4-2011 22:47



    Lor.. DAP letak calon kat Padungan ker? Abis tu Dominique nak bertanding kat mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2011 07:59 AM | Show all posts
Lor.. DAP letak calon kat Padungan ker? Abis tu Dominique nak bertanding kat mana?
Muntz Post at 4-4-2011 07:57



    dominique tak bertanding

ni berita dia
apa komen muntz mengenai langkah dap dan pkr yang mematikan karier ahli politik masing masing

DAP, PKR tukar kerusi Padungan, Batu Lintang

Dalam satu perkembangan mengejutkan, DAP dan PKR bersetuju untuk bertukar dua kerusi DUN yang dimenangi dalam pilihan raya negeri 2006.PKR dalam satu pengumuman lewat malam ini menyatakan bahawa parti itu akan menyerahkan kerusi Padungan kepada DAP manakala DAP pula akan menyerahkan kerusi Batu Lintang kepada PKR.

Kerusi Padungan sebelum ini dimenangi PKR (Dominique Ng) manakala kerusi Batu Lintang dimenangi DAP (Voon Li Shan) dalam pilihan raya Sarawak pada 2006.

Perkembangan ini mungkin akan menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan tidak akan diturunkan semula untuk bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya negeri 16 April.

Kedua-duanya dianggap 'duri dalam daging' dalam parti masing-masing.

Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar yang dihadiri pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, ketua PKR Sabah Baru Bian dan pesuruhjaya PAS negeri, Adam Ahid.

Pertukaran kerusi tersebut merupakan satu kejutan besar kerana Padungan adalah kerusi pertama dan satu-satunya kerusi yang diwakili PKR di Malaysia Timur.

azlanTambahan pula, Ng yang merupakan bekas pemimpin DAP yang tidak sehaluan dengan parti itu pada 1990-an, mempunyai pengaruh kuat di Padungan.

Langkah itu berpotensi membawa risiko kepada DAP kerana Ng juga mempunyai sejarah bertanding sebagai calon Bebas dalam pertarungan tiga penjuru.

Voon, sebaliknya, dipercayai menjadi duri dalam daging kepada kepimpinan DAP sekarang.

Beberapa pihaknya melihat langkah tersebut sebagai usaha DAP dan PKR untuk menyekat kerjaya politik Ng dan Voon.

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini melalui pesanan teks, Ng berkata: "Saya merasa dikhianati."

Voon, ketika dihubungi berkata: "Saya tak tahu apa-apa. Saya sedang menonton perlawanan bolasepak."

Ditanya sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya negeri pada 16 April ini walaupun tidak dicalonkan oleh partinya, beliau berkata: "Anda sepatutnya tanya kepada pemimpin apa mereka nak buat dengan saya."

Ditanya sama ada beliau akan menimbang bertanding sebagai calon Bebas, Voon berkata: "Pada masa ini saya tak tahu apa-apa... biarlah mereka putuskan. Biarlah ia begitu.

"Saya tidak penting, rakyat lebih penting. Rakyat dan negara lebih penting daripada parti. Biarlah rakyat buat keputusan, kerana mereka akan tahu apa yang patut dibuat."

Tiga pemimpin Pakatan Sarawak itu juga mengesahkan PKR akan bertanding di sekurang-kurangnya 24 kerusi manakala DAP dan PAS masing-masing akan bertanding 15 dan lima kerusi.

Rundingan antara PKR dengan Parti Nasional Sarawak (SNAP) masih berterusan.

Senarai penuh calon Pakatan belum dipastikan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 07:59 AM | Show all posts
Senarai penuh 27 Calon parti SNAP

1. Stephen Anak Sagir (N. 1 Opar)

2. Frankie Jurem Anak Nyom ...
Magika Post at 3-4-2011 22:51



    Since that DAP - 15, PAS - 5, SNAP - 27.. PKR bertanding lah kat 24 kerusi yg lebih2 tu. Kenapa nak berebut jugak dgn SNAP? Tamak betul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2011 08:00 AM | Show all posts
Yup. Aku rasa sbb Baru Bian nak  bertanding kat situ. Jadi BN takleh nak expose dulu nama  ...
Muntz Post at 3-4-2011 20:07



    dari rumours yang aku dengar
kemungkinan menteri di jabatan perdana menteri, idris jala yang akan lawan di bakelalan...

tak tahu la dia boleh menang dengan baru bian ke tak

baru biah dah lawan pilihanraya sarawak 2 kali... kalah... tapi kali ini dia lawan atas nama ketua pkr sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 08:04 AM | Show all posts
Hak Pengundi - Bagaimana Melindungi Undi Anda Dari Dikesan?

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 08:51 AM | Show all posts
N33. KALAKA ABDUL WAHAB AZIZ (PBB)

ciney tempat tok?1st time kamek nengar...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 09:13 AM | Show all posts
DUN N36 SEMOP ABDULLAH SAIDOL

PANAS PANAS PANAS CALON INI AKAN DITENTANG HABIS-HABISAN DENGARNYA... INI KERANA KEBANYAKAN PENGUNDI2 DI PULAU BERUIT MAHUKAN ANAK JATI........

TUNGGU DAN LIHAT
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 09:27 AM | Show all posts
Camner nak perintah Sarawak, kalau sesama pembangkang pun berebut kerusi.

PKR dijangka tanding tanpa SNAP


2011/04/04
KUCHING: Dalam kunjungannya ke sebuah rumah panjang di Sri Aman kelmarin, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kemungkinan parti itu bertanding pada pilihan raya negeri kali ini tanpa Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Namun, kenyataan itu ditempelak pemimpin SNAP yang menegaskan bahawa ia tidak mahu membuang masa melayan kerenah PKR, sebaliknya kini giat membuat persiapan rapi menjelang penamaan calon, Rabu ini.
Naib Presidennya, Johnny Wong, berkata semua 27 calon SNAP yang bakal bertanding pada pilihan raya negeri, 16 April ini sudah pun turun padang di kawasan masing-masing untuk menemui pengundi.
“Sekarang kami (SNAP) hanya mahu melakukan kerja kami dengan membuat persiapan menghadapi pilihan raya negeri. Kita tidak mahu membuang masa memberi perhatian kepada hal lain.

“Kelmarin, kepemimpinan tertinggi SNAP sudah pun membuat keputusan untuk bertanding di 27 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), maka kita hanya mahu memberi perhatian serius terhadap keputusan itu,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita semalam yang memetik Anwar sebagai menggesa masyarakat Iban supaya menolak parti tertentu yang didakwanya ditaja oleh Barisan Nasional (BN) bagi memecahkan undi pembangkang.

Anwar tidak menamakan parti itu tetapi portal berita berkenaan menyatakan bayangan itu jelas merujuk kepada SNAP, parti yang majoriti ahlinya kaum Iban.

Kelmarin, SNAP mengumumkan akan bertanding di 27 kerusi DUN dan menolak sama sekali formula pengagihan kerusi oleh PKR yang cuma memperuntukkan tiga kerusi untuk SNAP.

Malah, PKR sudah mengumumkan untuk bertanding di 52 kerusi, sekali gus dijangka menyaksikan pertembungan sesama parti pembangkang di beberapa kerusi.

Johnny berkata, SNAP sentiasa menghormati rakan komponen pembangkang yang lain, termasuk PKR di atas semangat setiakawan.

"Tidak mengapa... SNAP adalah antara parti tertua di Sarawak, kita tidak akan patah hati, sebaliknya akan terus berjuang pada pilihan raya kali ini," katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2011 09:29 AM | Show all posts
marilah mari, pergi mengundi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 09:41 AM | Show all posts
muntz... aku gi kuching 15 - 17 april...
bidayuh longhouse annah rais tu jauh ke dari kuc ...
Magika Post at 3-4-2011 20:25



    anak_utara mengundi kat rumah panjang kah PRN kali ni? berapa elaun dapat?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 09:46 AM | Show all posts
Reply  Muntz
sik pasti juak koh...selalu dalam newspaper ada - usually kan release on the polling  ...
journey7148 Post at 3-4-2011 20:31



    Yup. Tapi sepatutnya dah handy dah statistik2 DUN tok semua. Sikboh gik gago nak bercarik dekat blog2... tapi nangga rupa dalam website SPR pun belum keluar apa2 gik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 09:47 AM | Show all posts
dari rumours yang aku dengar
kemungkinan menteri di jabatan perdana menteri, idris jala y ...
Magika Post at 4-4-2011 08:00



    Yup. Aku pun rasa camtu gak. Kalau Idris Jala bertanding situ, harapan besar Idris Jala menang. Tapi pelik pulak nanti kan.. Idris Jala bertanding kat DUN, tapi jadi menteri persekutuan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.064136 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list