CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Kakitangan kerajaan naik gaji sampai 40%?

  [Copy link]
Post time 30-9-2011 09:47 PM | Show all posts
xde care lain ke gomen nak bankrapkan negare, ingatlah kejatuhan economy Greece sbb gaji staff gomen melebih2 dr produktiviti,n staff gomen tlampau ramai. Drpd naikkan gaji depa2 ni, baik percepatkan Dana Pencen Swasta yg beri manfaat kpd lebih berjuta2 pkerje swasta yg lg ramai dr staff gomen ni, brlah samerate kekayaan utk setiap rakyat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2011 09:49 PM | Show all posts
banyaknya thread??
perlu kah???
rasanya terlalu besar 40% itu.
uols tak nampak lagi kah,
last ye ...
cheezzy Post at 30-9-2011 21:12



    40% tu bagi staf bawahan.......yg kat atas tu mngkin 10% je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 09:54 PM | Show all posts
tahniah laaaa org gomen....... selangkah ke arah negara maju....  go go najib transformer
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 10:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by najagung at 30-9-2011 22:34

naja bagi amaran utk UMNO
kalu pencen org tua tak naik dgn memuaskan
naja mesti takan pi undi PRU akan dtg
selama ni naja cuma undi UMNO   ....   tak minat parti yg lain


sedara naja pun takan pi undi pasal kena jaga mak dia yg nyanyuk kat rumah
melainkan kerajaan turunkan bantuan baru
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 10:22 PM | Show all posts
takde alasan cuma naik 10% utk pencen pesara
pasal sejak Najib jadi PM
tak pernah lagi dia naik pencen pesara

sebelum ni semua ialah pak lah yg naik kan

naja akan tunggu dan lihat puas hati ke tak
kalu tak puas hati
masa nak mengundi naja cuma dok rumah jer
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 10:56 PM | Show all posts

Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus

Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus
Oleh G Manimaran
September 30, 2011

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.

Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).

“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.

Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”

“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.

Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.

“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.

Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.

SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.

The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.

Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.

Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2011 11:07 PM | Show all posts
adeee........brapa bnyak da bnang pasal gaji ktngan gomen..........
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 11:11 PM | Show all posts
ni thread yang ke 40 dah ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2011 11:13 PM | Show all posts
mula2 Sistem Saraan Baru, lepas tu tukor Sist. Saraan Msia, lepas tu penilaian dibuat oleh boss, lepas tu penilaian melalui ujian, lepas tu sistem ujian digantung sekejap, sekejap 3-tier Salary System, pas tu tukor balik Single Tier, cemanalah puak2 PTD merancang dasar negara, tu lah dok main kat CI dah tu rasis plak, inilah jadinya....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 11:13 PM | Show all posts
tau takpe..last2 takde pe kenaikan, hahaha...bikin orang naik darah je nnti.ahak
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 11:34 PM | Show all posts
eh...harap-harapnya ada la....janganlah doakan tak de ...heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2011 12:05 AM | Show all posts
Aku tak paham satu apa pon posting no 1 tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2011 12:17 AM | Show all posts
Aku tak paham satu apa pon posting no 1 tu
al-asil Post at 1-10-2011 00:05



    Satu lapis tu maknanya...tangga gaji satu sahaja sekarang ni ada 3 lapis P1, P2 dan P3

Kalau kita cmerlang boleh dapat naik gaji dari P1 ke P2....cmerlang lagi P2 pergi P3...
harap paham
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2011 12:24 AM | Show all posts
too good to be true
kawahapi Post at 30-9-2011 15:47


yup. mustahil.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2011 12:28 AM | Show all posts
itu ke maksudnya 1 tangga...baru paham
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2011 12:46 AM | Show all posts
Berapa banyak tangga daaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2011 12:55 AM | Show all posts
macam mana rupa GAJI SATU LAPIS ni ek ? lupa dahhh -----
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2011 01:22 AM | Show all posts
yg aku faham, gaji satu lapis ni takde sistem siling...
takde gaji mati.. selagi berkhidmat, selagi tu ler gaji naik..

tp yg bab umur pencen 60 tahun tu, tak yah ler..
bukannya boleh manfaatkan pengalaman selama berkhidmat 30-40 tahun tu klu pemikiran & tindakan individu tu tak selaras dgn perkembangan semasa..
kursus tak nak pergi.. kerja tak nak berubah..
gaji nak byk tp kerja, tahap tu jugek..
ni ditujukan khas pd makcik2 cikgu kat sekolah aku ni laaa..
masuk markah online pun malas..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2011 01:54 AM | Show all posts
yg aku faham, gaji satu lapis ni takde sistem siling...
takde gaji mati.. selagi berkhidmat, selagi ...
zehra2 Post at 1-10-2011 01:22



   samala mcm opis aku..yg tetua nie malas..asik ngular..pas tu tido..balik umah sesuka hati..keje malas...taw nak gaji banyak...suh wat keje ada je alasan...x ada keperluan nak naikkan sampai umur 60
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2011 02:28 AM | Show all posts
samala mcm opis aku..yg tetua nie malas..asik ngular..pas tu tido..balik umah sesuka hati.. ...
honeybee80 Post at 1-10-2011 01:54


bila kita tanya, selamba membadak dia jwb.. akak ni dah puas pergi kursus masa muda-muda  dulu..
tahun bila entah.. lps merdeka kot!
duit gaji byk sbb dah nak dekat gaji mati, beli notebook 2,3 canggih pun tak berguna klu, tak reti2 & tak nak belajar camne nak guna.. buat powerpoint presentation pun sangap.. tiap kali nak guna LCD, kita pulak terkejar2 naik tingkat 3, semata-mata nak on kan suis utk dia..
kdg2 kesian jugek tgk depa sakit2 lutut turun naik kelas.. selalunya kita, guru yg beredar dari kelas ke kelas.. tp utk cikgu warga emas ni, murid yg kena bergerak.. sbb kaki cikgu sakit..  bertabur lah budak mcm anak ayam..

umur 60, masih boleh attend kelas,, tp, kelas ngaji ler..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.056199 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list