CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
 Author| Post time 17-4-2012 02:52 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 11

“Pergi! Itu anak aku. Jangan kau sentuh anak aku!!”

Jeritan itu bagaimanapun tidak dipedulikan. Tangan kasar itu menolak kuat tubuh lemah itu hingga jatuh tersembam ke lantai.

“Tolonglah. Jangan apa-apakan anak aku. Tolong”

“Kau diam. Anak kau, anak aku juga. Aku punya sukalah nak buat apa pun”

“Mak, tolong adik. Makkk… tolong. Sakit. Mak tolong adik…” Jeritan itu semakin lama semakin sayup kedengaran. Pintu bilik di kunci dan si emak hanya mampu menangis dan merayu.

“Mak… tolong adik mak. Adik sakit. Tolong adik mak. Maaakkkkkk”

Dia tersedar. Nafasnya turun naik. Badannya di basahi peluh. Lantas dia membuang selimut yang menutupi tubuhnya. Kepalanya terasa sakit dan jantungnya berdegup pantas. Di perhatikan keadaan sekelilingnya. Gelap. Hanya cahaya lampu samar-samar dari luar menerangi biliknya. Dia kemudian bangun, menuju ke meja di sebelah almari. Dalam keadaan menggigil, tangannya mencapai sebotol air lalu meminumnya dengan lahap. Dia menarik nafas, berharap yang sakit di kepalanya berkurangan.

Kurang ajar! Memang semua lelaki tak guna!

Termangu-mangu dalam beberapa minit, dia kemudian membuka komputer riba, mencari sesuatu di bahagian ‘bookmark’ dan akhirnya, dia tersenyum sendiri. Jarinya pantas menaip sesuatu, meluahkan isi hatinya yang paling dalam ke blog ciptaannya. Segala rasa resah, rindu, cinta, marah di salurkan dari jari ke papan kekunci.

“Sayang, you buat apa?”

“I update blog”

“Kan dah malam ni. Jom kita tidur dulu”

“I tak boleh tidur”

Dia merasakan ada jari-jemari yang mengurut kepalanya. Dia memejamkan mata bila jemari itu mula mengurut bahunya, terasa sakit yang menyengat kian lega.

“Jom tidur” Suara itu berbisik lembut di telinganya.

Dia akur lalu komputer riba di padamkan. Dia kemudian kembali naik ke atas katil dan memejamkan mata, kembali tidur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2012 02:53 PM | Show all posts
Sambung sikit je...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 03:20 PM | Show all posts
Reply 82# Nicki_Meow

Faham! Faham! Bukan senang nak perah idea. Tapi mereka mereka itu begitu rakus sekali meminta dan meminta! hahaha....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2012 03:41 PM | Show all posts
Reply 83# ladyFinger12

Tak apa Lady.. bila ada yang meminta dan meminta... itu tandanya mereka suka...  

Kepada yang sudi baca, terima kasih daun keladi. Kalau sempat, kita update cerita lagi....










Psssttt...Lady...cepatlah sambung (matilah....)
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 03:44 PM | Show all posts
Reply 84# Nicki_Meow

chaittt!!! :@
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 03:55 PM | Show all posts
bersyukurlah dgn kelebihan boleh menterjemah pemikiran dlam btk penulisan yg boleh dikongsi ....dan kekadang jadi rezeki..
kami2....ni boleh jadi pengkritik dan penggalak je.... sebab tu asyik naaak lagiiii....
biar bersemangat ........ok tak?
jangan lupa cepat sambung....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-4-2012 10:17 PM | Show all posts
Reply 86# sliza

Terima kasih. Segala kritikan dan galakan dari semua amatlah di hargai...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2012 11:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 18-4-2012 09:11

Part 2 - Episode 12

“Good Morning Nadia” Faiz menegur. Nadia adalah pekerjanya di bahagian ticketing selain dari Mira.

“Eh, Encik Faiz. Awal hari ni” Nadia menoleh ke arah majikannya yang baru saja masuk ke pejabat. Selalunya Encik Faiz sampai dalam pukul sembilan setengah pagi.

“Saja je datang awal” Faiz membalas.

“Encik Faiz nak nesacafe tarik? saya boleh belikan” Nadia menawarkan diri.

“Aku pun nak satu” Tiba-tiba Mira yang baru sampai mencelah sambil tersengih. Nadia hanya menjeling tajam.

“Morning Encik Faiz” Mira memberikan ucapan selamat pagi. “Berseri hari ni. Ada apa-apa ke?” Mira mengusik.

“Mana ada apa-apa” Faiz hanya tersenyum mendengar usikan Mira.

“Ala, mana tau, nak bagi bonus ke, apa ke…” Mira mengusik lagi.

“Iyalah bonus. Nah, saya belanja breakfast hari ni. Pergilah beli apa-apa” Dua keping duit sepuluh ringgit di letakkan di atas meja. Mira hanya tersengih. “Thanks Boss”

“No problem. Mira, kalau Dani datang, suruh dia masuk bilik saya terus” Selepas memberi pesanan, Faiz kemudian masuk ke dalam biliknya di bahagian belakang.

“Kau nak makan apa?” Tanya Mira kepada Nadia, tapi Nadia tidak menjawab. Fail di tangannya di hempaskan ke atas meja.

“Kau ni period ke?” Mira berkata. “Aku beli teh tarik dengan nasi lemak jelah” Nadia masih tidak menyahut, hanya menjeling tajam sekali lagi. Mira mengelengkan kepala. “Moody tak bertempat”



*********************************************************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2012 11:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 18-4-2012 09:08

Dani sedang sibuk memuat turun gambar-gambar mereka di Pulau Tioman. Sibuk dengan pelbagai urusan, baru hari ini dia dapat meluangkan masa. Seperti biasa, gambar-gambar paling menarik akan diberikan kepada Faiz untuk di masukkan ke dalam blognya. Hari ni dia lapang, jadi dia melepak saja di pejabat Faiz.

Faiz pula sedang sibuk dengan kerja. Walaupun dia majikan, dia tidak pernah meletakkan beban seratus peratus ke atas pekerjanya. Dia lebih suka turut serta. Dia seringkali bekerjasama dengan Aznim, mereka-reka promosi pelancongan sama ada di dalam Malaysia ataupun luar negara. Pekerja di Halim Travel & Tours tidak ramai, hanya tujuh orang termasuk dirinya.  

Agensi pelancongan ini telah diambil alih dari bapanya atas permintaan mama. Faiz menurut saja, apatah lagi melancong memang salah satu minatnya. Lagipun, dia tidak berminat menyertai dunia korporat. Biarlah Faris dan Farina saja yang membantu abahnya di AHO Corporation. Dia lebih suka low profile. Tidak pening kepala.

“Bro, tengok ni” Dani menyerahkan komputer ribanya kepada Faiz, menunjukkan gambar-gambar yang telah dimuat turun.  

Faiz melihat gambar-gambar itu satu demi satu. Terangguk-angguk sambil otaknya sudah memilih-milih mana satu yang sesuai untuk diletakkan di dalam blognya nanti. Tiba-tiba matanya terpaku pada gambar pertunangan Dani dan Mariam.

“Bro..”

“Apa?”

“Macam mana kau kenal dia?” Tanya Faiz. Jantungnya berdegup kencang.

“Siapa?”

“Lea…”

“Lea mana?”

“Awek yang aku cerita kat kau dululah” Jawab Faiz. Dia terasa berada diawang-awangan kini. Dani terdiam, keningnya berkerut. Dengan penuh tanda tanya, dia kembali ke meja Faiz.

“Yang mana?” Faiz menunjukkan gambar Mariam dan Lea yang sedang tersengih sambil menunjukkan isyarat ‘Peace’

“Ni Ad lah, kawan Mariam” Dani masih keliru.

“Ini Lea…”

Dani memandang Faiz lama. Keningnya berkerut lagi, cuba mencernakan informasi yang baru saja di dengar.

Seminit… dua minit…

“Hukaloh mung….” Dani mengelengkan kepala.

“Punyalah susah mencari, rupanya depan mata je. Kenapa kau tak cakap awal-awal yang Ad ni Lea?”

Faiz memutarkan biji matanya ke atas. "Cakap awal-awal apa bendanya. Mana aku tahu. Selama ni kau sebut nama kawan Mariam tu Ad, Ad..."

"Nama dia Adalea, kitorang panggil dia Ad" Dani berkata. Faiz mengaru-garu dagunya

“Aku nak jumpa dia”

Dani tersengih memandang Faiz. Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja di ambil. Dengan pantas dia menekan nombor.

“Assalamualaikum.. Mar”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2012 09:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 18-4-2012 10:10

Part 2 - Episode 13

Lea merengus. Hendak di maki hamun, Mariam tu kawan baiknya sendiri. Tapi bila Mariam beriya-iya mengajaknya berjumpa dengan kawan Dani, Lea mula naik angin. Bukan sekali, bukan dua kali. Dah berkali-kali dia beritahu Mariam yang dia tidak mahu. Tapi Mariam macam tak faham bahasa pula.

“Ad, please. Sekali je. Please. Kalau kau nak aku belanja kau makan setahun pun aku sanggup” Kata Mariam.

“Yam, aku tak nak. Tak payahlah kau nak set blind date untuk aku”

“Ad, please, please, please”

"Tak nak"

"Ad... bolehlah...."

“No”

“Ad, kau kawan aku kan? Sayang aku kan? Kalau kau sayang aku, kau mesti datang”

“Eeeii… kau ni kan. Yelah, aku datang. Dengan syarat…”

“Anything”

“This is the first and the last. Lepas ni kau jangan sebut pasal kawan Dani, jangan cerita apa-apa pun pasal kawan Dani and don’t even dare to spell his name in front of me!”

“No problem”

“Kalau tak, aku sabotaj majlis kahwin kau” Ugutnya lagi.

“Ya.. ya…” Mariam sudah melonjak gembira. Orang lain punya hal, dia pula yang lebih-lebih.

“Pakai cantik-cantik” Pesan Mariam lagi.

Pakai cantik-cantik? Suka hati akulah nak pakai apa pun.

Seperti biasa, Lea mengenakan jeans, dipadankan dengan blaus hitam. Hitam memang warna kegemarannya. Alasannya, kalau kotor tak nampak. Setelah bersolek sepaling ringkas, dia pun keluar menunaikan permintaan Mariam dengan separuh hati.

Mariam berjanji dengannya pukul lima petang di Wangsa Walk. Memang itu tempat kegemaran mereka melepak, dekat dengan rumah. Sambil-sambil menunggu Mariam di Austin Chase, Lea membelek telefon bimbitnya, menyibukkan diri bermain permainan Angry Bird.

*********************************************************************************

Dari jauh, dia memerhatikan Lea yang sedang duduk seorang diri. Walaupun perasaanya melonjak tapi kakinya berat. Tak tahu apa reaksi Lea bila melihat dia nanti.

"Pergilah cepat" Mariam menolak belakangnya.

"Nak pergilah ni"

"Dahtu, yang kau tercegat kat sini kenapa?"

"Berdebar siot!" Dani dan Mariam ketawa mendengar jawapannya.

"Macam anak dara..." Dia tersengih.

"Cepatlah"

Dengan satu tarikan nafas, dia melangkah menuju ke arah Lea.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 09:53 AM | Show all posts
arrghhh... potong...hik hik hik......dada den dah berombak 99%...huhuhu....
nak lagikk... pelisss....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 10:54 AM | Show all posts
jgn biarkan ia menjadi teka teki.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 11:57 AM | Show all posts
alamak... saspen nyer... hehehe... nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 12:25 PM | Show all posts
pergh!...wat org tertunggu2lah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 02:23 PM | Show all posts
nicki bebeh ni sengaja yep... bikin jantung orang dup dap dup dap... nak kena babab ekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 02:44 PM | Show all posts
Nak babap nicki jugak ... hihihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2012 05:01 PM | Show all posts
yeeeahhh...akhirnya berjumpa jugak faiz dengan lea....
mcm mana penerimaan lea yee.???
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 05:21 PM | Show all posts
hadoi ai.. dia stop kat sini plak.. huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 07:11 PM | Show all posts
aaa...sentap!

mana nicki ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 09:35 PM | Show all posts
koling  4 nicki bebeh.... koling 4 nicki bebeh...  bila nak sambung neh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.985491 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list