CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JurnalMistik

[KOLEKSI PENGALAMAN SERAM ] by JurnalMistik *updated 18 JAN 2013**

[Copy link]
Post time 15-1-2013 04:52 PM | Show all posts
hoho betul... pas dah bayar tol gelak2 dgn hubby... ade ke patut letak kakak albino malam2 camtu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2013 05:02 PM | Show all posts
sellie003 posted on 15-1-2013 01:45 PM
Sama2 sedara chef....storylah lagi...takpe ya panggil chef...macm aku xde ler...Alhamdulillah...wa ...

nak panggil saya Chef? bole..xde masalahnyer..

masa tu saya bekerja di restoren American Chili's  di bangunan Shahzan Tower , Ground floor. Bangunan tinggi yg dekat simpang sempat antara Jln Raja Chulan dan Jln Sultan Ismail, betul2 selepas Hotel Istana. Tp skrg bangunan tuh dah tuka nama, kalau tak silap la. Dan restoren tuh pon dah tutup dan berpindah ke Suria KLCC, satu level dgn panggung wayang TGV. Lama dah,masa tuh umur saya 17, br lepas SPM.

tp skrg saya dlm proses utk bukak restoren sendirik..hmm..partnership la..ader investor yg berminat utk invest..tp masih dlm rundingan lg la..insyaAllah..klu ader rezeki..sapa tak nak kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 05:04 PM | Show all posts
starbee posted on 15-1-2013 04:52 PM
hoho betul... pas dah bayar tol gelak2 dgn hubby... ade ke patut letak kakak albino malam2 camtu...

hehe...mesti rambut kakak tol tuh pun putih kan? panjang ker pendek rambut dia..??
huhu..mesti horror jer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 05:07 PM | Show all posts
BabeYSHa posted on 15-1-2013 02:39 PM
Maaf atas kesulitan TT dan salah faham atas tajuk tue....

Haku dh split thread... dan p ...

Terima kasih MOD. Terbaikkk !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 07:00 PM | Show all posts
baru smpi umah lepas amik anak dr skool..

malam nih ader kisah baru insyaAllah...


tungguuu...!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 08:26 PM | Show all posts
selamat malam semua...

baru lepas ngajar anak mengaji/ iqra'

baru nak mula menulis sambil perati my son buat homework.

okeh nantikan kisah selanjutnya...

p/s  ketagih nak menulis sudah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2013 01:12 AM | Show all posts
JurnalMistik posted on 15-1-2013 04:51 PM
Huhu..mmg naseb baik le bende tuh tak ikut smpi ke lif..
tp ya Allah...dia punyer ngillai... mmg  ...

Huhuhuhuh.. Kalau saya yang kena macam tu, rasanya dah pengsan dah kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 01:17 AM | Show all posts

RE: [KOLEKSI PENGALAMAN SERAM ] by JurnalMistik *update 15 Jan 2013*

Salam semua. Alhamdulillah malam ini saya berkesempatan untuk berkongsi satu lagi kisah yang berlaku dengan korang smua. Masih lagi berlaku di tempat keje yg sama. Mungkin ade pembaca/forumer yang tertanya-tanya mengapa kisah-kisah yang saya kongsi sebelum-sebelum ini lebih menjurus kepada gangguan-gangguan atau usikan-usikan yang berlaku tanpa sightings atau penampakkan jarak dekat atau close encounters - kata orang kampung saya - . Malah, saya jugak berpikiran seperti itu, pada mulanya, namun telahan saya salah sama sekali. Nampaknye gangguan dan usikan-usikan itu sebenarnya adalah 'mukadimah' untuk kejadian-kejadian seterusnya. Demm !!  
Panjang pulok intro nih kan...
Okeh.. Let's Go ! ..


[ KISAH 4 ]

[ Mana tong sampah kau? ]
berlaku pada tahun 1995 - lebih kurang sebulan dari kisah ketiga - masih lagi di tempat kerja yang sama.


  Tidak ada apa alam dunia ini yang dapat menggantikan masakan IBU kan? BEST ! FOREVER ! -shh..kalau le ISTERI aku tau statement ni..mau makan kedai aku anyhow her cookings are great as well!.  
Mak masak masakan favourite aku. Menambah aku 3 kali. Perghh ! Sengkak perut aku.

Kau taknak bawak bekal ke Li ?  tanya Mak.
Takyah la Ma.. kenyang dah ni.. jawab aku sambil menyarung kasut untuk ke tempat kerja.

  Sudah dekat sebulan lebih aku menyewa a.k.a menumpang rumah sewa Awe (budak Kelantan yang bekerja sebagai waiter ) di area Pandan Cahaya. Memang dekat dengan tempat keje. Perjalanannya pula memerlukan aku untuk menaiki satu bas sahaja. Senang.

Kau pon dah jarang balik la nih..  sambung Mak lagi. Aku diam.
Orang pegi dulu Ma.. aku mengelak. Aku cium tangan Mak dan terus berjalan keluar pagar.

  Ya memang aku jarang balik ke rumah. Seminggu sekali, itu pun pada hari cuti, off day . Yes ! Bas sampai. Aku naik. Aku hulurkan tambang RM0.60 kepada Kondukter Bas. Time tu masih lagi manual . Bas pula tidak ber'air-cond' , macam sekarang. Bas SRI JAYA , warna biru. Aku sumbat earphone ke telinga, layan lagu Nirvana  sepanjang perjalanan.

  30 minit berlalu, aku sampai di tempat kerja. Kelihatan Aril, Amad, Emy dan yang lain juga baru sampai. Aku punch in , tukar uniform dan terus ke dapur. Aku menilik schedule kerja yang di tampal di tepi peti sejuk. Macam biasa, shift petang lagi untuk DUA MINGGU lagi. Hampeh sungguh !

Ko tak "soru" dulu ke Li , tanya Aril. Di tangannya sepinggan nasi berlaukkan kari sardin dan telur dadar.
Tak le..aku dah makan tadi..kat umah ..  jawab aku, masih lagi menilik schedule .
Gile le.. 2 minggu deret keje petang.. memang BESTA.. same pulak tuh kita Ril..  sambung aku.
Haa..tuh le pasal.. jawabnya dan terus berlalu keluar.

  Aku pula terus ke section . Aku periksa satu persatu barang-barang untuk memasak. Aku gantikan mana-mana yang sudah tidak fresh , tambah mana yang sudah kurang. Aku selalu pastikan yang semuanya cukup, tanpa akan ada sebarang masalah nanti. Tambah pula, malam itu malam Sabtu, selalunya restoren akan busy, full house. Setelah semuanya selesai, selepas aku berpuas hati, aku ke belakang, smoking time !  Aril, Amad, Emy dan yang lain menyusul selepas itu.

  Sudah aku agak, memang malam itu restoren busy , 'slammed'  istilah yang di beri oleh mereka apabila restoren 'di serang' . Di tengking, di pekik, menengking, di marah adalah perkara yang sememangnya pasti akan berlaku di dalam dapur. Perbalahan antara staff kitchen dan waiters pasti berlaku. Normal. Itu semua adalah untuk menjamin kepuasan customers . Aku sudah lali dengan itu semua. Lives in the kitchen, like hell's kitchen.

  Kami betul-betul penat malam itu. Pancit ! kata Jimmy ( Azmi nama sebenarnya) atau lebih di kenali sebagai Kartun . Kami lebih suka memanggilnya 'Kartun' kerana caranya yang kelam-kabut, cepat menggelabah dan bercakap laju, macam kartun. Suka buat lawak dan 'trademark'  dia, nyanyi lagu Awie, masa itu Awie popular dengan lagu 'Tragedi Oktober' , 'Ratuku' . Di mulutnya tidak pernah lekang dengan lagu-lagu tersebut. Hardcore sungguh !

Elehh..rilek arr..kau baru seminggu keje..nanti biase le..mule-mule mamang la rase macam ni..dah lame...ok jer..  kataku memberi sedikit motivasi.
Jomm...caj 'bateri' dulu.. dah nak kong rasanyer 'bateri' nih.. ajak Aril, macam biasa. Dia memang 'heavy smoker'  . Satu hari 2 kotak besar rokok boleh habis. Bolehla..time tuh rokok murah jer..

Jomm.. lepas nih nak closing pulak..  balas aku pula.

  Lebih kurang 10 minit selepas itu, kami mula mengemas dan membasuh dapur, lantai, dinding. Macam biasa. Dan perkara terakhir sebelum pulang ialah membuang sampah.

Kumpul..woi..kumpul..cepat !!  pekik Amad sambil memasukkan beg-beg sampah ke dalam tong-tong sampah besar untuk di bawa ke bawah - tempat mengumpul sampah besar di level  bawah. Tiga tong besar semuanya. Memang banyak. Macam biasa.

Aku dulu !!... tempik Kartun dari belakang sambil berlari menolak salah satu tong sampah menuju ke lif.
'Tun.. tunggu dulu woii..gerak sekali !! jerit Amad menghalang Kartun. Namun tidah di endahkan Kartun. Dia terus menolak  tong sampah beroda itu ke dalam lif dan terus turun tanpa menunggu.
Lahabau.. rungut Amad. Dia menolak satu tong. Aku dan Aril menolak satu lagi tong terakhir ke dalam lif. Berat sungguh !
Woii !! Tunggu..tungguu..  Emy menjerit.sambil berlari keluar dari tandas. Aku menahan pintu lif.

  Kami sampai di level bawah. Untuk ke 'Dumping Area' , jalan yang perlu kami lalu ialah seperti menurun bukit. Memang senanglah untuk kami menolak turun tong sampah yang besar dan berat. Tidak perlu tenaga yang banyak.

'..tragedi oktober...sesalan aku hanya untukmu sayang..' suara nyanyian Kartun jelas kedengaran dari bawah sana. Kami terus menolak turun tong sampah ke bawah, apabila tiba-tiba suara nyanyian Kartun yang sebentar tadi memang jelas kedengaran, berhenti dan terus sepi. Sejurus selepas itu, kelihatan Kartun berjalan naik tanpa tong sampahnya. Mukanya pucat seolah-olah tiada setitik darahpun yang mengalir di mukanya. Kami berhenti.

Eh..'tun... Mana tong sampah kau ?  tanya Amad. Kartun tidak menjawab. Mukanya masih pucat. Matanya tidak berkelip.
Ape kene ko nih 'tun ?  aku menampar perlahan mukanya. Dia masih diam. Menunduk ke bawah.
Lain macam ko nih wei..  tanya Emy, semacam risau melihat keadaan Kartun.
Takder ape.... gelengnya. Perlahan suara dia tapi masih lagi boleh di dengari tutur katanya. Dia berjalan naik meninggalkan kami berempat. Kami saling berpandangan. Pelik.
Tak sedap ati aku "dol" ,  kata Aril. Risau seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku.
Ahh..ko nih..takder paperlaaa.. dahh..jomm..cepat setel..cepat kite "chau"..  balas Amad pantas memotong kata-kata Aril.

  Kami meneruskan perjalanan. Kami hanya diam. Tapi dapat aku lihat dengan jelas wajah cemas Amad. Aku cuba untuk tidak terlalu memikirkan perkara-perkara yang tidak elok. Memang hati aku mula rasa tidak berapa sedap. Jantung aku mula berdegup kencang. Rasa gemuruh menerjah. Bulu-bulu roma aku mula meremang dan menegak. Aril juga kelihatan cuak. Kami sampai di hujung jalan berbukit itu. 'Dumping Area'  itu memang luas. Terdapat dua 'Rubbish Compressor'  ( Pemampat Sampah - kot) yang besar. Kami menolak dua tong sampah kami itu ke depan sedikit. Senang sikit untuk mencampak beg sampah ke dalam ruang 'compressor'  itu. Kami terpandang tong sampah yang di bawa Kartun tadi. Masih ada lagi beg-beg sampah di dalamnya. Kami berpandangan sesama sendiri, namun tiada sebarang perkataan yang keluar dari mulut masing-masing, seolah-olah faham kebimbangan dan kerisauan dalam hati masing-masing.

  Dengan tidak semena-mena, bau wangi menerjah masuk ke hidung kami. Bau yang amat wangi - bau-bauan minyak wangi yang biasa di pakai oleh perempuan. Kami pelik. Akhirnya...

Ehh..korang tak bau wangi ker...  kata Aril memecah kegusaran.
Shhh.. diam la b***h.. jangan tego..buat taktau dah la.. bentak Amad tegas, tapi dalam nada seperti berbisik. Kami terdiam. Bau wangi masih menusuk hidung. Masakan tempat kotor dan busuk boleh berbau wangi. Memang pelik, fikir aku.
Mehh..kita campak sampah ni semua.. Amad bersuara. Tanpa berlengah kami mengangkat beg-beg sampah yang berat dan mencampakkannya ke dalam ruang 'compressor'  .

Eyahh.. ! Memang berat betul sampah-sampah malam itu. Tiba-tiba....

Kiih..kihh..kiihh..  

  Kedengaran kikikan / ketawa kecil dari arah belakang kami. Serentak kami berpaling ke belakang.

Allahu Rabbi.  Sekujur tubuh berpakaian putih lusuh, dipenuhi darah, nanah dan tanah selut dengan keadaan kepalanya menunduk memandang ke bawah. Rambutnya panjang mengurai hingga mencecah lantai, kusut masai. Kuku-kukunya mengerekot tajam. Isi-isi daging kedua-dua belah tangannya berdarah dan bernanah. Lembaga itu berada  lebih kurang 10 langkah di depan kami yang berdiri tegak seperti kaki kami di pasang pasung. Beg sampah terlucut dari genggaman kami.

Kihh..kihh..Kihhhh.Kihhh...!!!

  Lembaga itu terus mengikik. Bahunya kelihatan terangkat-angkat. Lembaga itu mengangkat kepalanya perlahan. Jelas !! Memang jelas kami dapat melihat mukanya di sebalik rambutnya yang panjang. Matanya lohong sebelah. Tiada bola mata! Kulit pipinya kelihatan koyak dan berjuntai, di penuhi darah, nanah dah berulat. Tiada kaki, seolah-olah berada di awang-awangan. Hidungnya juga lohong. Tersengih menyeringai menampakkan giginya yang tajam. Kikikan yang tadi perlahan kini bertambah kuat dan semakin kuat. Dan...

  Tadi yang sorang aku dah takutkan.. sekarang korang pulak..!!

  Ya ! Itulah ayat-ayat yang aku dengar jelas dari mulut makhluk itu. Halus tapi nyaring dan memang menyeramkan. Serius - meremang bulu roma saya mengingati kejadian tersebut dan semasa menulis ayat ini.

Hee...heeee...heee..heee.....heeee...

  Kikikan kecil tadi kini telah bertukar menjadi hilaian yang nyaring, kuat dan menyeramkan.

Allahu Akbar..!!

Lari Woii..!! Lariiiii !!!  jerit Amad.

  Spontan kami berpaling dan terus membuka langkah, walaupun sungguh berat kaki untuk melangkah. Aku terus berlari. Laju. Aku lihat Aril dan Emy di depan. Sudah tentu Amad di belakang, seorang yang berbadan besar dan gempal. Aku terdengar Amad meng'azan' sambil berlari. Makhluk itu terus mengilai. Kuat, nyaring dan bergema. Aku yakin makhluk itu berada di atas kami kerana terdengar seperti sayap berkibas-kibas. Makhluk itu terbang di atas kepala kami sambil terus mengilai. Langkah yang berat itu semakin sukar kerana di tambah pula keadaan jalan yang mendaki. Allahu Akbar ! Allahu Akbar !! Aku cuba untuk terus laju. Kami tiba di atas, tidak menunggu lif, terus menaiki tangga kecemasan untuk ke atas.

  Setibanya kami di tingkat atas, kami lihat Abang Man dan Abang Sham ( Assistant Manager ) berada betul-betul di pintu masuk belakang dapur. Kami tercungap-cungap kepenatan.

Apahal korang nih..?! soal Abang Sham, pelik. Kami tidak menjawab.
Dah..dah.. masuk..tutup pintu tuh..  sambung Abang Man seperti tahu apa yang terjadi.

  Kami kepenatan, campur ketakutan. Lutut masih menggigil. Kami masih lagi cuba 'mencerna' kejadian tadi. Kami juga nampak Kartun duduk seorang diri, mukanya seperti orang dalam ketakutan. Hilang semangat dia, gamaknya. Terkena betul dia kerana sebelum ini dia pernah bercakap besar bila aku mengatakan tempat ini 'keras' sikit. Ahh...! Mana ader hantu..! Kata Kartun tempoh hari. Cakap besar.

  Sebelum pulang,

Mana tong sampah korang ?! tanya Abang Man.
Kat bawah kot...  jawab aku ringkas. Kami pulang dalam keadaan bingung.

  Esoknya kami di suruh untuk membawa naik tong sampah yang di tinggalkan semalam. Clear sekali sampah kat bawah tu, pesan Abang Man. Ada orang komplen ke management , kata ada orang tinggalkan sampah terbiar di bawah. Kami was-was juga tapi memikirkan Abang Man juga akan mengikut, kami turun ke bawah. Tiga tong sampah kami masih berada di sana. Tetapi yang peliknya kesemua beg-beg sampah yang ada terbuka, seperti di koyak-koyakkan dan sampah di dalamnya bersepah dan berselerak. Kami saling berpandangan. Tiada bau wangi, yang ada hanya bau tengit sampah yang sudah berulat. Kami menghabiskan masa petang itu dengan membersihkan kawasan itu.


      SEKIAN.

  













Last edited by JurnalMistik on 16-1-2013 01:39 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2013 01:28 AM | Show all posts

[KOLEKSI PENGALAMAN SERAM] by JurnalMistik *UPDATED 15 JAN 2013**

AlienGurlz posted on 16-1-2013 01:12 AM
Huhuhuhuh.. Kalau saya yang kena macam tu, rasanya dah pengsan dah kot..

huhu...kalau ikut mmg bole pengsan..

dan saya mmg pernah pengsan / black out sekali..nnt saya ceritakan..

btw.. thread dah update.. jgn lupe bace yer?

nite-nite ..
Last edited by JurnalMistik on 16-1-2013 01:48 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 02:01 AM | Show all posts
Masa untuk tidur..

Nite-nite evrybody..!

switdrims..
Salam..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 08:44 AM | Show all posts
JurnalMistik posted on 15-1-2013 05:02 PM
nak panggil saya Chef? bole..xde masalahnyer..

masa tu saya bekerja di restoren American Chili' ...

Oh dh pindah....kiranya lokasi sekrg ni kat suria klcc..? baguslah...ok gak ada restoran sendiri pastu tambh dah ada pengalmn masa belasan tahun...harp2 adalah rezeki chef...

jgn lupa smbung....kat klcc tuh ada gak ke perkara mistik...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 09:28 AM | Show all posts
sellie003 posted on 16-1-2013 08:44 AM
Oh dh pindah....kiranya lokasi sekrg ni kat suria klcc..? baguslah...ok gak ada restoran sendiri p ...

InsyaAllah sellie003...

doa-doakan yer...?

terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 09:42 AM | Show all posts
pndi TT bercerita leka aku membaca...
nak lagikkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 10:12 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 16-1-2013 09:42 AM
pndi TT bercerita leka aku membaca...
nak lagikkkk

terima kasih fifie_olin sebab sudi baca thread saya.

nak lagikk..?

insyaAllah ader... rasa-rasanyer pagi nih sempat kot utk post satu story nih.. ..

tungguuu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 11:14 AM | Show all posts
JurnalMistik posted on 16-1-2013 10:12 AM
terima kasih fifie_olin sebab sudi baca thread saya.

nak lagikk..?

lmbtnya tt...aku dah nak kluar ne...harap2 sempat lagi layan 1 lg stori dari tt ne...ngah best ne...
layan stori tt...copet ler tt... klau aku x smpat baca ne..jwbnya mlm karang baru jenguk balik
stori kau ne tt...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 11:21 AM | Show all posts
tak ingat la plak part tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2013 12:22 PM | Show all posts
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi yg redup. Sejuk je rasanya. Hmm..rasa-rasanya boleh la gamaknya saya "suam-suamkan" keadaan sikit.
Okeh.. Let's Go !

  Kisah ini bukan berlaku kepada saya, tetapi berlaku ke atas seorang pekerja Bangladesh yang bekerja sebagai steward  atau tukang cuci pinggan. Ianya berlaku pada bulan Ramadan tahun lepas - Yep! Bulan puasa ! Kalau 'bangla'  tu bohong maka berbohong juga lah saya ini. Tetapi jika di lihat dari cara Masud  (nama sebenar) , pekerja Bangladesh itu, bercerita, mungkin ada benarnya. Untuk menguatkan lagi ceritanya, dia melukis wajah dan bentuk makhluk yang di lihatnya itu.

  Lu betul ka Masud..  tanya saya untuk kali kedua.
  Betul la Ali 'bai' .. buat apa saya tipu sama you..  balas Masud cuba meyakinkan saya. Baca dengan gaya 'Bangladesh'
  Ini bulan Puasa mahh..mana ada hantu punyaa..semua sudah kena ikat maa..  saya cuba untuk 'mengelirukan' dia.

  Lalu dengan spontan dia mengambil pen di poket saya dan terus melakar sesuatu di atas sekeping kertas kecil yang diambil dari dalam poket seluarnya. Tiket bas - rasanya.

  Di serahkannya kertas itu pada saya. Nahh! Itu dia ! Tergamam juga saya melihat lakarannya itu.

  " Puchun" kaa.."pocon" kaa itu Melayu ada cakap..  terang Masud tentang gambar yang di lakarnya itu.

  Memang benar, lakarannya itu menyerupai " Pocong" / "Hantu Bungkus". Siap dengan 'bunjut'  di kepala lagi.
  
  Itu hantu ada lompat..lompat juga Ali 'bai' .. tambahnya lagi.
  Lu biar betul Masud..  saya seperti tidak berpuas hati.  
  Cuba lu crita apa macam lu nampak..  pinta saya. OK..boleh.. jawabnya.


[ KISAH 5 ]


[ Apa la itu ? ]
berlaku pada malam beberapa hari sebelum Hari Raya Puasa tahun lepas. Di ceritakan oleh Masud, seorang pekerja Bangladesh, kepada saya. Lokasi - di tempat letak kereta di sebuah wisma di Jalan Dungun, Damansara Heights. Semasa saya masih lagi bekerja di sebuah restoren di wisma itu.
"Aku"  di dalam kisah ini merujuk kepada Masud. Saya olah semula kisah ini untuk kesesuaian penceritaan. Maklumlah bahasa seorang "Bangladeshi" , itupun jenuh juga saya cuba memahami dan 'mencerna' butir-butir kata dia.

  Malam Sabtu, seperti biasa restoren penuh. Maklumlah ada 'show 'live band'  malam itu. Restoren tutup lewat. Tapi dapur sudah pun tutup. Kesemua staff kitchen sudah pulang. Tugas aku untuk mencuci pinggan dan dapur dan lantai restoren sudah pun selesai. Hanya tunggu service staffs sahaja yang masih belum selesai, tambah pula masih ada lagi beberapa customers yang masih lagi berlegar-legar di ruang makan sambil menghabiskan minuman dan berborak sesama sendiri.

  Jam di tangan menunjukkan hampir ke pukul 2 pagi. Aku merungut sendiri di dalam hati. Kalau ikut hati aku nih..mau saje aku suruh abang driver van ni hantar aku balik. Aku masih lagi merungut. Pihak restoren ada menyewa sebuah van untuk di jadikan staffs transportation kepada pekerja untuk kemudahan menghantar pulang ke rumah. Tapi trip nya sekali sahaja. Maksudnya terpaksa tunggu semua staff yang ada, barulah boleh bergerak.

  Kerja terakhir aku ialah membuang sampah. Selepas selesai aku berhenti di tempat menghisap rokok berhampiran dengan tempat letak kereta wisma itu. Aku duduk dan mengeluarkan sebatang rokok dan aku nyalakannya. Aku menyedut panjang dan menghembuskan asap yang berkepul. Fuhh..Fuhh !!  Lega rasanya. Habis sebatang dan aku nyalakan rokok yang kedua.

  Parking lot itu memang gelap sedikit. Yang ada cuma cahaya samar-samar dari lampu jalan yang berada di jalan besar. Sedang aku menghembuskan asap rokok dari rokok kedua yang aku baru nyalakan sebentar tadi, aku terdengar sesuatu dari balik tiang di hadapan aku.

Psstt..  seakan berbisik bunyinya. Aku cuba mengamati bunyi itu. Keadaan sunyi. Tiada apa. Perasaan aku saja mungkin, fikirku.

Psstt..psstt..  kuat sedikit kali ini. Aku diam. Cuba untuk mengamati bunyi itu lagi. Aku bingkas bangun. Dan pada masa yang sama, tiba-tiba...

BEDEBUKK !!

  Sesuatu yang berbalut putih jatuh betul-betul di hadapanku. Jatuh dari balik tiang. Aku terkejut. Aku cuba untuk mendekati 'benda' itu. Dalam samar-samar itu aku dapat lihat ianya bergerak-gerak. Semakin aku menghampirinya, 'benda' itu bingkas bangun! Berdiri tegak ! Memandang aku dengan wajah yang penuh dengan darah, luka dan bernanah. 'Benda' itu sengih padaku, dan terus melompat-lompat ke depan. Selepas beberapa loncatan, 'benda' itu ghaib, hilang entah ke mana. !

Apa La Itu ?


  Akhiri Masud di sertai gaya dia meloncat-loncat.

  Betul la Ali 'bai'..saya tarak tipu sama you..  bersungguh-sungguh Masud bercerita, untuk meyakinkan aku.
  Apa la itu..Ali 'bai' ?  Hantu ka ?  Nampak sangat Masud ni tidak tahu apa-apa tentang 'jenis-jenis hantu masyarakat kita'  

  Aku diam. Tersenyum. Untungla Lu...  jawab aku !!
  
Last edited by JurnalMistik on 16-1-2013 12:28 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 12:24 PM | Show all posts
thread update yer..


*nak out.. hantar anak gi skool !!

Salam..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 01:48 PM | Show all posts
JurnalMistik posted on 16-1-2013 01:17 AM
Salam semua. Alhamdulillah malam ini saya berkesempatan untuk berkongsi satu lagi kisah yang berlaku ...

Ya Rabbi chef...xtrem ko kena kacau ya....jht ler mahkhluk tuh...dah ler nakut2kn org pi sepah2kn pulak sampah2 tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 01:54 PM | Show all posts
JurnalMistik posted on 16-1-2013 12:22 PM
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi yg redup. Sejuk je rasanya. Hmm..rasa-rasanya boleh l ...

Agaknya tempt dia takde menda2 nih kot....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.066142 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list