Masa zaman arwah suami Rozita Rohaizad ni uruskan PWTC ..hancur..sampai gaji staff pun tak bayar habis. mana tak PWTC malam malam dah jadi macam kelab joget Bunga Tanjung ke Bunga Raya nama dia kalau tak silap..yang jadi penyanyi Mimiloma.
Wanita kelahiran Tanjung Pagar, Singapura pada 20 April 1933 ini bukan saja bersyukur kerana diberi kekuatan fizikal dan memudahkannya bergerak ke sana sini, malah mempunyai anak-anak yang menyayangi dirinya. Hasil tiga perkahwinannya dengan Darus Tahir, Syed Abdul Hamid Mohd Al-Shagaf atau Rohaizad dan Alias Ahmad, dikurniakan 13 anak dan kini mempunyai ramai cucu dan lapan cicit.
Apa yang membanggakan Mariani, tiga anak perempuannya mengikut jejaknya menceburi dunia seni. Melissa atau nama sebenar, Melissa Mohd Alias, menjadi pelakon popular sejak usia kanak-kanak lagi, Rozita pula lebih dikenali sebagai penyanyi manakala kakaknya, Shasha memilih bidang modeling.
Selain Shasha dan Rozita, adik-beradik lain ialah Syed Harwaini, Syed Nazran dan Syed Marhaen (kembar) serta Syed Azman manakala Melissa atau mesra dengan panggilan Lis, adalah anak bongsu dan perempuan tunggal dalam keluarga. Abangnya ialah Iskandar Mirza, Shahruniza, Arif Affendi dan Kamarul Ariffin.
chekshu posted on 15-10-2014 01:38 AM
sheols memang lawa
masa muda2 sheols penah menang pertanding ratu cantik singapore kekdahnya
aku baca kot benang mana ntah....grandma mariani mmg cantek tapi dia bukan menang ratu cantik Singapore....pertandingan ratu cantik apa ntah....tapi bkn peringkat Singapore....well...at least pertandingan juga la....kehkehkeh
soraya posted on 15-10-2014 12:19 PM
aku baca kot benang mana ntah....grandma mariani mmg cantek tapi dia bukan menang ratu cantik Sing ...
Masa dia masok ratu cantik tu, tok yam dah janda.
Lepas tu, baru dia join Shaw Brothers, berlakon.
Kat Shaw Brothers dia tak pernah jadik heroin, selalu
jadi watak antigonis je.
saloma ni brape tahun hidup menjanda sebelum dia meninggal?
mmg dia duk dgn mariani je la sebab ape dia x duk dgn anak dia?
aku tiba2 terimagine plak kot esok2 ade biopik penyanyi tersohor tu pulak abis anak2 sedara adik kakak wataknya dihighlitekan dlm biopiknya(kalo dibuatlah)
NAT_11 posted on 15-10-2014 12:43 PM
Masa dia masok ratu cantik tu, tok yam dah janda.
Lepas tu, baru dia join Shaw Brothers, berlakon ...
Nat..ko punya knowledge ttg retis2 ni..even lama ke baru bagus ler. ko mmg selalu follow ye diorg.
ni aku puji tau seikhlas hati..bkn puji yg hangat2 taik ayam tuh..