|
Salam. Ni ade petua sikit. Kalau nak amik sesuatu, baca Bismillah dan cakap cam ni," aku nak amik ..............ni saja. Yang lain tinggal kat sini, Insya Allah.". Kemudian buat tanda pangkah dengan i ...
azredclaw66 Post at 1-12-2009 15:36
oo mcm tu barulah cat tahu.....
u dah pernah cuba ke? |
|
|
|
|
|
|
|
oo... ada citer baru dah... lama dah cat tka update citer.. |
|
|
|
|
|
|
|
oo... ada citer baru dah... lama dah cat tka update citer..
haneiy79 Post at 4-12-2009 09:51
eheheh ......
urm... ada citer baru lagi... tapi tunggu free baru cat cerita ok |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum...
hai cat!
lame dah x singgah umah cat nih...
mmm... kang free sket nak bace citer yg eryne lum bace lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
cat mane citenye liya ari bkk nk tau kesah bru tp takde pon........ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by catstitch at 4-12-2009 15:59
Pelajar Perempuan Yang Lemah Semangat
Cerita kali ini berlau di Salah sebuah sekolah di Johor Bahru. Diceritakan kepada cat oleh adik lelaki cat. Adik yang sama yang bercerita tentang cerita "pulangkan". Sila rujuk page 38 ye. Kisah ni berlaku kira kira 6 tahun yang lalu. Adik cat ni ada seorang kawan perempuan yang lemah semangatnya. Kalau pihak sekolah ada mengadakan aktiviti perkemahan pasti dia akan terkena sampuk dan histeria. Kadang-kadang tengah asyik mengelamun pon boleh kena rasuk. Macam mana tu....?? Eh lupa pulak, sekolah tu adalah sekolah menengah cat tau. Tapi masa tu cat dah tak sekolah situ lagi sebab situ tak ada tingkatan 6.
Lets the story begin... Pada suatu hari, pihak sekolah telah mengadakan kem motivasi di sekolah mereka dan mereka telah di bahagi bahagikan kepada beberapa kumpulan dan satu kumpulan lebih kurang 5 ke 6 pelajar. Biasalah, dalam kursus motivasi akan ada segment yang menjadikan kita insaf betul tak? Kemudian mungkin alunan lagu yang mendayu dayu penuh keinsafan pon dimainkan bagi menambahkan mood keinsafan. Baik, masing masing duduk bersila dan keadaan membetuk bulatan sambil tangan diletakkan ke peha. Adik cat pon berkata "Bayangkan sekiranya orang yang disayangi telah kembali ke rahmatullah". "Bayangkan sekiranya bila kita balik ke rumah, ibu bapa kita sudah tiada lagi". Dan macam-macam lagi la yg dikatakan seperti selayaknya kursus kursus motivasi yang lain.
Bila habis sahaja acara tersebut, ramailah peserta peserta yang mengalirkan air mata syahdu. Mungkin teringat kekhilafan masing. Namun ada seorang pelajar perempuan ni masih lagi menangis tersedu sedan sambil matanya ditutup rapat. Then adik cat dan rakan2 yang lain goyangkan badan dia utuk mengejutkan dia tapi masih lagi dia menangis2. Adik cat pon dah rasa semacam lalu dia bacakan ayat kursi. Serta merta bulu tengkok hatta bula roma pon naik dan rasa sebal gitu. Lalu budak pompuan tu memegang pergelangan tangan adik cat. Adik cat tanya "kau siapa?" "lebih baik kau keluar". "Jangan ganggu dia" dengan berlagak beraninya. Aceli adik cat bukan berani sangat pon akakakaka.... Tapi budak tu kata "kau baca apa?" " kau jangan nak cabar aku" Sambil tangannya masih lagi menggemgam tangan adik cat. Sampai lebam-lebam kata dia. Adik cat yang mulai seram, dia pon berkata "baikla, aku tak baca lagi". Lalu genggaman tangan adik cat dilepaskan. Dia pon pergilah mencari ustaz untuk menyelesaikan masalah tersebut. Maklumlah dia bukannya pandai sangat. Budak pompuan yang lemah tu dibawa ke bilik rawatan sekolah. Urm.. masih cat teringat di mana lokasi bilik rawatan itu.Masuk sahaja ustaz, ustaz pon baca sesuatu dan budak itu meracau2. Ustas terus melakukan rawatan dan Alhamdulillah keadaan kembali normal.
Haaaa... cerita ini tidak lagi habis di situ sahaja. Budak pompuan tu sekelas dengan adik lelaki cat. Di hari yang lain pula, tengan dok dorang ni belajar di dalam kelas, budak ini diam sahaja. lepas tu dia tiba-tiba resah gelisah..Tiba tiba "Arhhh.. Arhh...." dengan nada keras. Terkejut semua pelajar dalam kelas tu. Aduhai... budak ni nak jadi lagi... tapi masih sedar dan sempat berkata "sob sob tolong aku sob". Adik cat kata "tolong apa". Budak pompuan tu kata "tolong baca ayat kursi sob, tolong sob, cepat sob" Lepas tu adik cat dengan seramnya membaca ayat kursi seperti yang dikendaki budak pompuan tu. Budak tu dengan suara yang parau dan garau berkata " panas... panas... aku panas....". lalu dengan kekuatan luar biasa, budak perempuan tu terbalikkan meja layaknya seorang yang mengamok. Dan berlari ke luar kelas.. Adik cat apa lagi terus kejar dan mendaip dia.
bersambung..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by catstitch at 4-12-2009 15:59
Sambungan Posting 956# page 39
Pelajar Perempuan Yang Lemah Semangat
Adik cat pon terkam dia.. sambil menjerit2 pada kawan2 kawan dia yang lai untuk turut membantu dia. tapi budak pompuan tu kuat betul tenaga dia. Dia terlepas daripada pegangan adik cat lalu melarikan diri. Adik cat kejar lagi sampai ke padang. jauh tau dr kelas sbb sekolah cat ni antara terbesar di johor bahru. jenuh tau nak mengejarnya. Sampai ke tangga ke padang sekolah, dia lepas lagi. Sambil Bulut dia berkata "Amonre... Amonre". Ape benda alahnya amonre tu? Akhirnya dah sampai padang, adik cat dapat juga tangkap dia, masa tu dia siap jerit jerita "woi.. cepat cikit woi.. aku dah tak larat ni" Dia menjerit pada kawan-kawan dia..Aceli masa kes kejar mengejar tu, kedudukannya budak pompuan tu di hadapan, 50 meter adik cat dan 50 meter kebelakang lagi sekumpulan pelajar lelaki yang lain. Sempat juga adik cat bergelut dgn budak pompuan tu ekekekek.... so, beberpa pelajar lelaki ni pon bawak la budak pompuan ni ke astaka yang bersebelahan dengan kantin. Budak pompuan ni masih lagi bercakap dalam bahasa yang tidak diketahui dan tak abis-abis berkata "amonre". Pastu apa lagi. panggil ustaz la kan.. tapi tiba2 cikgu K sampai. Ditangannya terdapat sehelai Sejadah. Sejadah itu diselimutkan ke badan budak pompuan tu yg masih lagi kersukan. Entah hape dia baca, dgn pergerakan tangan yang ditalakan ke badan budak tu.. opss tak sentuh ok.. Akhinya, budak tu pon semakin lemah dan tidak sedarkan diri. Di angkat lagi ke bilik rawatan. Hal itu pun selesai di sana. Alhamdulillah. Dorang kata hantu jepun? Waallahualam.. entah betul entah tidak. Amonre tu bukan egypt punya tuhan ke masa lampau? entah la.. Budak pompuan tu kononnya nk menuju ke salah satu pokok rendang yang ditanam di sekitar padang sekolah.. urm.. kerana di situlah tempat duduk "entiti" tu datang.
Ok, satu kes abis. Datang lagi satu kes. Aduhai... kejadian berlaku blok bangunan bersebelahan dengan kantin dan kantin pula lokasinya di sebelah surau sekolah. Blok sebelah kantin tu adalah makmal Subjek kemahiran Hidup (ERT/KMT) Alih alih budak pompuan ni lari keluar kelas. Semua orang bertanya dia nak kemana. tapi dia kata dia nak cepat sebab smua orang dah tunggu dia kat sana... Sambil tangan dia menunjuk ke arah surau sekolah. Aceli bkn surau sekolah pon sebelah surau yang penuh dengan pokok bunga raya dan kertas. Adik cat dah penat nak mengejar dia ni sebab dah ada pengalaman. So, turn yang lain-lain pulak yang kejar dia. Dalam masa yang sama, Ustaz sekolah dipanggil. Adik cat disuruh azan oleh kawan kawannya. Apsal sumer kawan-kawan dia asyik suruh adik cat aje?? Urm.. tak paham.. Adik cat pon melaungkan Azan. "Allah Huakbar Allah Huakbar" dan baru nk baca "Ashaduallah........" gedebuk adik cat ditolak oleh suatu kuasa. Maka terbongkang la dia di surau tu. Masa tu Ustaz pon sampai.. Then Ustaz la yang handle. Adik cat? Tak abis azan kot?? Adik cat kata, lepas tu dia terus balik ke kelas macam biasa dan biarkan la ustaz yang menyelesaikan masalah tersebut. Apabila segalanya selesai, pihak sekolah menelefon ibu bapa dia dan mengambilnya di sekolah...
Hurm... begitulah kisahnya tentang adik cat dengan pengalaman mistik dia di sekolah dulu.. Budak ni memang begitu lemah agaknya tu yang bermacam "mahluk" yang suka "hinggap" masuk dalam tubuhnya. bukan satu tau 2, 3 lagi... Insay Allah, cat akan update lagi cerita mistik ok..., Sekian... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alaaa....pe nk segan cat
kan ka cat dh buat piagam pelanggan
citer akan di hapdet seminggu sekali
atreyu05 Post at 4-12-2009 16:39
huhuhu.. pndai pon atreyu....
klo nk cier bru, cat ada update kt umah "kisah Mistik Catstitch" |
|
|
|
|
|
|
|
cat 7/11 ke 7/12 |
|
|
|
|
|
|
|
bru lege skt dega cat ckp nk update cite bru{:2_70:} |
|
|
|
|
|
|
|
makacih cat..update citer.. |
|
|
|
|
|
|
|
pergghhh....!!
kesian woo bdk pompuan 2.....
jie pon pernah dengar...
jns yg lemah semangat ni..
kalo lalu kat kubo xkena waktu kejap je kna rasuk..huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
wooo... ceriter histeria ag ker?....
mang mengerikan sangat..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|