CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ketum

amik balik wang rm100 kami tak hingin

  [Copy link]
Post time 30-9-2010 03:35 PM | Show all posts
macam laa selama ni pekerja kerajaan x makan duit haram....apa lawak laa ni...
abgboroi Post at 30-9-2010 15:34


pekerja kerajaan tu dapat bantuan rm100 dari hasil judi kuda ke boroi?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2010 03:39 PM | Show all posts
Kenyataan Rasmi Kerajaan negeri.
Khamis, September 30, 2010
Kenyataan rasmi Wang Ehsan dan angka 40
Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Akan Tunduk Kepada Usaha UMNO Mengganggu-gugat Program Penghargaan Warga Emas Sebanyak RM100 Setiap Tahun.

UMNO sekali lagi meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mendakwa bahawa Program Penghargaan Warga Emas dibiayai oleh sumber judi haram dan bila ini dibuktikan palsu, UMNO mengalih kepada program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) untuk membasmi miskin tegar. Taktik jahat seribu jahat bertujuan menggagalkan program ini daripada kerajaan berjiwa rakyat PR yang memberi manfaat kepada rakyat.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada usaha UMNO mengganggu-gugat program penghargaan warga emas yang membayarkan RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun. Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan akan mendapat bayaran RM100 setiap tahun demi mengenang budi atas sumbangan warga emas.

Di samping itu, si waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. Sebanyak RM20 juta telahpun diperuntukkan untuk program ini dalam Belanjawan 2010 pada tahun lepas. Wang yang dibayar oleh kerajaan negeri untuk program ini tidak datang daripada mana-mana derma atau sumber kerajaan persekutuan.

Ia adalah penjimatan hasil urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus serta langkah anti-rasuah yang bukan sahaja dipuji oleh Laporan Ketua Audit Negara tetapi juga disanjungi oleh badan antarabangsa anti-rasuah terunggul, Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan Belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009.

Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen “anti-rasuah” yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit.

Ini bukan kali pertama program ini diserang, kerana sebelum ini, BN pernah mendakwa bahawa pemberian RM100 kepada warga emas adalah serupa bagi rasuah! Untuk BN, bagi wang sama rakyat adalah rasuah tetapi lain pula bagi wang ke dalam kocek sendiri. Sekiranya kerajaan negeri tak makan duit maka rakyat boleh dapat duit! UMNO jangan harap akan mengganggu-gugat program dividen anti-rasuah RM100 setiap tahun kepada warga emas dengan fitnah dan tohmahan.

Program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) Membasmi Miskin Tegar Di Pulau Pinang Tetap Diteruskan

Selepas gagal membuktikan Program Penghargaan Warga Emas terbabit dengan hasil judi haram, UMNO pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program RAK membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti UMNO adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Program RAK adalah inisiatif murni kerajaan negeri PR untuk membasmi miskin tegar dalam kalangan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM400 sebulan di Pulau Pinang dan memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan.

Menerusi RAK, kerajaan negeri PR telah berjaya membasmi miskin tegar dalam tempoh masa setahun sahaja, apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN dalam 51 tahun. Menyedari tentang sensitiviti wang derma daripada Kelab Lumba Kuda untuk orang Islam, maka ia diasingkan dan tidak diberikan kepada orang Islam tetapi hanya kepada orang bukan Islam.

Malah, Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Farizan Darus telah mengesahkan kepada saya semalam bahawa wang derma RM2 juta ini daripada Kelab Lumba Kuda diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam. Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?

Bukankah lebih salah dan haram untuk UMNO luluskan lesen judi bola? Atau adakah UMNO dendam sama Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang merupakan negeri pertama mengharamkan judi bola dan sekaligus merosakkan rancangan baik UMNO untuk membenarkan lesen judi bola di Malaysia? Yang jahat pula tuduh orang lain.

Bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan Belanjawan yang disebut tadi. Memang BN dan UMNO iri hati atas kejayaan kerajaan negeri membasmi miskin tegar dan program penghargaan warga emas. Walaupun terus difitnah, kerajaan negeri tidak akan berganjak atau tunduk langsung ke atas anasir jahat ini yang mahukan dua program ini dihentikan.

Rakyat terus dibela, hak rakyat terus diperkasakan dan undang-undang terus didaulatkan.

LIM GUAN ENG
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:40 PM | Show all posts
Reply 86# shamsuri


    daun ketum?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2010 03:43 PM | Show all posts
ceeeh..... cik Ketum tgk balik apa yg cik Ketum reply tu lepas yg cik ketum warnakan dengan mera ...
safamm Post at 30-9-2010 15:01



    ya la LGE pusing kot situ pulak. takan tak paham kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:44 PM | Show all posts
Semoga membantu.
lipans Post at 30-9-2010 15:40


jadi tak salah la pakcik makcik tu pulangkan wang pemberian dari hasil judi kuda tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2010 03:49 PM | Show all posts
Reply 99# abgboroi

tu lom lagi tambah kes terima rasuah, terima hamper time raya, terima tiket kapal terbang, terima pakej melancong, terima duit gaji buta...etc...etc...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:50 PM | Show all posts
pulangkan balik duit rm100 tu pada amno pastu amno kasi duit lain rm100
myoujin Post at 30-9-2010 13:16


..... gelak je la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2010 03:51 PM | Show all posts
err sapa2 yg tak nak duit tu boleh bank in dlm no acc aku...huhuh
cakkobeng Post at 30-9-2010 12:12


awat ngko ni pelahap sgt duit judi tu?
jadik darah daging tau!
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:51 PM | Show all posts
hanya PERKASA je yg mampu membela nasib melayu P.Pinang
di minta PERKASA menggantikan duit judi haram lumba kuda yg bakal diberikan kepada warga emas...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:52 PM | Show all posts
jadi tak salah la pakcik makcik tu pulangkan wang pemberian dari hasil judi kuda tu..
Anak_Nogori Post at 30-9-2010 15:44


nak pulang tak salah, nak taram tak salah. hantam sajalah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2010 03:53 PM | Show all posts
budak ketum nie nampaknya tak paham penjelasan.
soal lge nafikan wang 100 tue dari sumber judi suda ...
golok mail Post at 30-9-2010 13:15



    Hang punya statement buat malu orang pas je golok aku ingat apa hang tulis hang sendri  tak paham



sebab itu lge nafikan pada mulanya wang 100 itu adalah wang judi.apabila datuk azhar kemukakan surat sumbangan wang dari kelab lumba kuda lge sekali lagi menjelaskan bahawa wang itu bukan hasil judi  kerana sumbernya berbagai.bagi wang kpd org islam sumbernya bukan dari hasil judi dan utk bukan islam ianya menggunakan wang dari kelab lumba kuda.harus diingat wang dari kelab lumba kuda ini kerajaan negeri tidak mengklasifikasikan sebagai wang judi tetapi umno yg mendakwa sebegitu.


umum mengetahui lumbakuda adalah satu bentuk perjudian .Kalau  kerajaan negeri tak mengklasifikasikan ia sebagai duit judi habis la rakyat pulau pinang termasuk lobai lobai semua makan duit judi lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:58 PM | Show all posts
Alaa....korang jgn la bising2....

nanti PRU kita ajar la diorang balik macam kita ajar BN PRU lepas....

Aku memang bebulu je DAP ngan Anwar nih....kasi sepak keluar je diorang nih..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:58 PM | Show all posts
Pulangkan duit isu tak akan habis begitu saja sebab lain kali kalau ada mana mana parti nak bagi duit akan timbul semula isu duit tu dari sumber haram ke tidak.  Duduk dalam negara malaysia yang banyak ulamak banyak bijak pandai pergi lah bertanya minta kesahihan jangan tanya Dr. Maza jer tapi tanyalah DS Harunsani sama.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 04:02 PM | Show all posts
Alaa....korang jgn la bising2....

nanti PRU kita ajar la diorang balik macam kita ajar BN PRU lep ...
mr_oscar Post at 30-9-2010 15:58


ko beblulu? aku pun sama. nasib baik aku bukan duk p pinang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2010 04:03 PM | Show all posts
Reply  abgboroi

tu lom lagi tambah kes terima rasuah, terima hamper time raya, terima tiket kapa ...
leylapple Post at 30-9-2010 15:49



    tambah satu lagi terima pekeg haji rega ribu ribu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2010 04:04 PM | Show all posts
Reply 12# ketum


    eeee...gamba ko ke tu ketum..lawanya
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 04:06 PM | Show all posts
awat ngko ni pelahap sgt duit judi tu?
jadik darah daging tau!
mysara Post at 30-9-2010 15:51


aku nak beli iPhone 4 je..tak pe kan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 04:09 PM | Show all posts
updated : sampai skang tok guru masih belum dapat wahyu lg pasal duit kuda ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2010 04:09 PM | Show all posts
ketum dah lari rupanya, tak tahan panas...
SarahJamilah Post at 30-9-2010 15:25



    apa lak aku lari la time keje ,kena buat keje la sama nanti kata makan gaji buta pulak ko tak de keje ke asyik mengadp porom je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.071462 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list