Reply 82# TanSriJess
ISLAM membenarkan pergaulan antara lelaki dan wanita dengan batas tertentu. Ini jelas apabila Allah berfirman: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi mengenai aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur ayat 31)
Dengan mematuhi tata cara pergaulan sebagaimana yang dianjurkan dalam ayat al-Quran, seseorang wanita dapat menyelamatkan dirinya daripada melakukan maksiat dan tersebar fitnah jahat. Begitu juga apa yang seharusnya wanita itu lakukan. Selain itu, perlu ada perubahan dalam hidup wanita itu selepas berumahtangga iaitu dengan menumpukan kepada rumah tangga dan suami.
Adalah lebih baik untuk keluar makan bersama kawan-kawan perempuan berbanding dengan kawan2 lelaki secara berdua-duaan selepas berumah tangga.
|