CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haniryan

Tragedi Berdarah d UPSI: Mahasiswa dibelasah (bukn FRU ttp LSF)

  [Copy link]
Post time 1-1-2012 11:37 AM | Show all posts
tak dapat jadi juara score exam dpt jadi juara demo pun jadi lah
c===8 Post at 1-1-2012 11:32



cgpa berdemo tinggi tak ni
untung2 boleh jadi perdana menteri esok2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2012 11:38 AM | Show all posts
minta pelajar2 UPSI fokus more kat exam ..kalau nak berdemo dengan politaik sure takkan menangnye.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:38 AM | Show all posts
org yg berdemo nih cgpa 4 ke ......sibuk na nak berdemo..mak pak antr blaja abiskan la dulu..pas dh  ...
juju_amin84 Post at 1-1-2012 11:30



   dgr cerita adam adil cgpa dia 4.0... dia dpt biasiswa tpi dia tolak
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:39 AM | Show all posts
exam ke hulu exam ke hilir
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:39 AM | Show all posts
dgr cerita adam adil cgpa dia 4.0... dia dpt biasiswa tpi dia tolak
B.K Post at 1-1-2012 11:38



   alhamdulillah kalo cmtu ..pasal pe lak nak tolak scholar ........ambik je la .....bkn kn bond pun ngn gov ....gov xd keje kosong ..ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:39 AM | Show all posts
biaq pi la kat depa . Dah besaq panjang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2012 11:40 AM | Show all posts
patut la skarang kampeni pon dok kompleng grad2 mesia yg pointer tinggi melangit.. tapi keje hampeh. ...
atira Post at 1-1-2012 11:32


kalau nak harapkan budak2 nerd tuh sampai bila2 pun toyol2 umeno akan bertenggek kat leher diorg...

syabas pada budak2 u yg berani bersuara dan perjuangkan apa yg mereka percayai...
sejarah akan berlaku adil pada mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:42 AM | Show all posts
Dr Maza berleter

Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis
Disiarkan pada Jul 26, 2011 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan

WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)



Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,


Tugas Mulia

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):

    “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda:

    “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya Kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:

    “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:

    “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain:

    “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Allah Tidak Lupa

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Dunia Sementara

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):

    “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:

    “Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga :

    “Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

Nasihati Hasan al-Basri

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan ‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:

    “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

    Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.

    Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Mohd Asri Zainul Abidin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2012 11:42 AM | Show all posts
semoga Kerajaan dan universiti setuju dgn tuntutan mereka semua.
ramai anak melayu sukar dapat kep ...
whitelighterz Post at 1-1-2012 09:47


cina dgn india boleh pulak dapat keputusan cemerlang.....adoyai....tuntutan tu utk cover perjuagan depa yg lain itu aja....itu saja yg aku nampak.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:42 AM | Show all posts
alhamdulillah kalo cmtu ..pasal pe lak nak tolak scholar ........ambik je la .....bkn kn bo ...
juju_amin84 Post at 1-1-2012 11:39



   dia dpt biasiswa kpm... (kementerian pelajaran malaysia)
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:43 AM | Show all posts
eh...mana plak hampeh..
ni bukti:



siap pakai stash/selempang tu...tak bleh blah..{:2grad ...
peachRose Post at 1-1-2012 11:37



    nisbah tak belen dgn yg benci
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:45 AM | Show all posts
dgr cerita adam adil cgpa dia 4.0... dia dpt biasiswa tpi dia tolak
B.K Post at 1-1-2012 11:38



memg tak sedar dek untung. perlu ke tolak??
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:50 AM | Show all posts
memg tak sedar dek untung. perlu ke tolak??
lalanoi Post at 1-1-2012 11:45


biasiswa kpm, jika kena tangkap so biasiwa dia tarik balik so nak hidup mcm mana? ptptn dh memg stop
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:51 AM | Show all posts
aku bleh kagum la kalo student bangsa lain ramai2 join demo,sama2 tuntut,ni student melayu ja bedemo ...
TuntungReturn Post at 1-1-2012 11:14 AM


kan, demo situ sana sini,
belajar entah ke mana,
cemana nak maju?
macam takde kerja aje bebudak ni,
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:56 AM | Show all posts
kalau nak harapkan budak2 nerd tuh sampai bila2 pun toyol2 umeno akan bertenggek kat leher diorg ...
petola Post at 1-1-2012 11:40


makin gelabah la najib...
dia ingatkan bebudak muda sume dah sokong amenok
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:56 AM | Show all posts
tu dia...agaknya depa pi study kot.....ehe

final dh dekat dh ni.....
iza_yuss Post at 1-1-2012 11:31



    as you know anyway ...daya motivasi cukup baik. yg ada student sanggup pi pwtc buat  turunkan bendera bagai such a high level of energy , kenapa di gelanggang ilmu yg perlukan bloom taxonomy i dunno level 5 ke, at least kalau dia tulis something in nature reviews  waaaa well a lot dia boleh buat pada system kita in say 23 tahun  atau 10 tahun dari sekarang.. jadi policy maker dia boleh ubah jugak ...dan  gelanggang yg menjadi wadah yg lebih tersusun dan sopan tak nak dijadikan wadah tapi memilih ...untuk ini

nak exam ni ...well ...i guess manusia ni dia buat keputusan dan kena hidup dalam keputusan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2012 11:57 AM | Show all posts
kan, demo situ sana sini,
belajar entah ke mana,
cemana nak maju?
macam takde kerja aje bebud ...
dune1989 Post at 1-1-2012 11:51



   sbb dh nak kena buang diaorg demo, jika dh kena buang apa guna belajar... sian budak yg pandai dibuang sbb turunkan gmbr najib beberapa minit jer, cuba pas nie PKR menang
agak3 ramai x menyokong adam adli nie?...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:58 AM | Show all posts
ramai sini nak bebudak ni hidup hanya dalam kelas.. dalam library.. bercouple berdating sambil tgk tv3suku
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:59 AM | Show all posts
by de way... sib baik abgboroyy tak de hari ni...
kalau tak abis la aku kene leter plak ngan dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 12:02 PM | Show all posts
apa, ade orang Islam kena belasah sebab bersuara? Siapa kerajaan tu? Islam ke, Yahudi ke, Kristian ke? Kalau kerajaan tu Islam takpe, tak kisah, halal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.073466 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list