CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sora13

(V52) All About Fazura: What's Next For Fazura After Motherhood

   Close [Copy link]
Post time 28-4-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2021 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
hazfy replied at 28-4-2021 08:31 PM
Sejujurnya i betul2 tak suka nama fazzy ditrendingkn atas benda yg tak ada kena mengena.dan huhu bny ...


Betul. Xyah lah petik org yg tak berkaitan. Pastu berkait sana sini. Benang org lain pun kena petik pastu mengarutlah hal bukan2. Dah lah bulan puasa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
hazfy replied at 28-4-2021 08:21 PM
Tahniah faz lauching tudung hari ni dan sold out.alhmdulilah rezeki semoga terus murah.amin

Cute  ...

cute gle
adorable abis hahahaahah
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
hazfy replied at 28-4-2021 08:31 PM
Sejujurnya i betul2 tak suka nama fazzy ditrendingkn atas benda yg tak ada kena mengena.dan huhu bny ...

Setuju sangat. I mmg tak suka diorg sebut2 nama Faz atas isu org lain. Yg isu dua hari lepas tu pun i tak berkenan sbb it’s putting unnecessary pressure ke Faz. Sudah jadi satu hal dia kena jawab wartawan tanya pulak. Tp Alhamdulillah dia takde komen utk pjg2kan hal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
hazfy replied at 28-4-2021 08:21 PM
Tahniah faz lauching tudung hari ni dan sold out.alhmdulilah rezeki semoga terus murah.amin

Cute  ...

Hahahhaha faz tepuk2 pusing2 sold out...aku masuk website pun Tak dapat...asyik loading jek tahu2 dah sold out
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Duk la ulang2 tgk fatima kt post baru fattzuralovelife tu. Geram si bambam tu tgk je mommy dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2021 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
iresju replied at 29-4-2021 08:26 PM
Duk la ulang2 tgk fatima kt post baru fattzuralovelife tu. Geram si bambam tu tgk je mommy dia

Kan, dapat lepas rindu kat fatima. Tak sabar nak tengok gigi dua batang macam rizqa. Comel betul. Anak Wan tu pun hensem.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by qwerty02 at 1-5-2021 11:12 AM

#G The Untold Story: Pertama Kali Raikan Hari Ibu & Aidilfitri Sebagai Ibu, Fazura: “Saya Tersentuh & Emosi"



Bergelar ibu merupakan satu fasa yang paling bahagia dalam hidup figura Nur Fazura Sharifuddin. Buah cintanya bersama suami, Fattah Amin yang diberi nama Nur Fatima Aisya telah merubah kehidupan suami isteri ini. Kini, enam bulan dikurniakan sang puteri, Fazura mengaku Fatima adalah keutamaan dalam kehidupannya dan Fattah.

Edisi #G The Untold Story kali ini menyelam perasaan aktres yang telah mencetak banyak sejarah dalam portfolio kehidupannya sebagai anak seni yang kini terlihat begitu bahagia menyandang predikat seorang isteri dan ibu.

Apatah lagi, 2021 menjadi tahun yang bermakna buatnya. Hari Ibu yang jatuh pada tanggal 9 Mei ini menjadi tarikh keramat buat Fazura kerana perdana kali meraikannya sebagai seorang ibu; sebuah pengalaman yang selama ini menjadikan dambaan banyak wanita.
Tidak hanya berbicara mengenai makna Hari Ibu, Fazura turut berkongsi mengenai persiapan Aidilfitri yang dilakukan bersama keluarga tercinta.



G: Selepas bergelar ibu kepada Fatima, apakah makna hari ibu buat Fazura?

FAZURA: Selalunya saya akan meraikan ibu dan mak mertua setiap tahun. Saya ingat lagi, sewaktu kecil saya banyak raikan ibu dengan membeli bunga atau hadiah untuk beliau. Tapi sekarang bila sudah besar baru saya faham sebenarnya masa bersama itu lebih berharga dari segalanya.

Sekarang pula, bila sudah ada Fatima saya jadi semakin mudah tersentuh dan sedikit emosi melihatnya membesar. Sehinggakan saya sudah mula terfikir bagaimana bila Fatima sudah besar, pergi sekolah, berkahwin pula dan tinggalkan saya. Jadi saya rasa masa bersama itu adalah momen paling bermakna untuk ibu.

G: Pertama kali bakal menyambut Hari Ibu, bagaimana sambutannya nanti?

FAZURA: Alhamdulillah, sekarang ibu saya ada bersama saya di rumah. Saya amat bersyuku kerana dapat meluangkan masa bersama. Jadi untuk sambutan Hari Ibu, sudah tentu saya teruja kerana akan meraikannya bersama-sama ibu. Menjadi bonus dan mengujakan juga apabila saya buat pertama kali akan menyambut Hari Ibu sebagai seorang ibu. Pasti ia amat indah!

G: Sebagai ibu, pasti ada momen yang paling indah antara Fazura dan Fatima, boleh kongsikan?

FAZURA: Momen yang paling saya suka bila bersama Fatima adalah apabila dia tidak boleh berenggang dengan saya. Sejak dia lahir…dari hospital lagi saya sudah memangkunya serta memeluknya untuk tidur, jadi sekarang bila dia hendak tidur dia akan cari saya dan mahu saya lakukan perkara yang sama sehingga dia tertidur. Hubungan serta bonding itu yang bermakna dan indah…Saya tak mahu ia hilang begitu sahaja.



G: Ibu adalah insan yang banyak berkorban untuk anaknya, bagi Fazura pula apakah pengorbanan besar yang dilakukan sepanjang membesarkan Fatima?

FAZURA: Pengorbanan yang paling besar apabila tidur malam saya sudah tidak sama seperti dahulu. Saya akan berjaga malam untuk Fatima. Selain itu, berbeza dengan dahulu, kini saya banyak hadkan waktu penggambaran atau lakonan supaya saya mempunyai lebih masa dengan Fatima. Bagaimanapun saya beruntung kerana kebanyakkan produksi yang bekerjasama amat memahami situasi saya.

G: Boleh cerita sedikit bagaimana dengan perkembangan Fatima sekarang?

FAZURA: Perkembangan Fatima sekarang dia sudah banyak mulut dengan membebel bahasa dia lah seperti “mammama..” . Selain itu dia sekarang sudah semakin clingy dan tak mahu berenggang dengan saya. Sekarang kalau lihat dia pun sudah agak tinggi dan tak nampak macam bayi enam bulan, mungkin kerana ikut Fattah seorang yang tinggi.

G: Apakah harapan Fazura untuk Fatima bila sudah besar nanti?

FAZURA: Harapan sudah tentu saya mahu yang terbaik buat Fatima. Saya pun cuba berinya kebebasan untuk membesar dengan caranya sendiri dan tak mahu buat semua keputusan untuk dia nanti. Semua orang pasti sangka dia akan ikut jejak langkah ibu bapanya dalam bidang seni tapi tidak, kerana kami akan memberinya kebebasan untuk memilih apa yang dia suka kerana kami pun tak tahu sama ada dia suka atau tidak lame light seperti kami.

G: Apakah ucapan Fazura sempena Hari Ibu?

FAZURA: Selamat Hari Ibu untuk wanita perkasa di luar sana. Terus berfikiran positif dan jangan rasa kekurangan apa pun kerana anda hebat. Kita hamil dan 'membawa' seorang nyawa dalam badan kita, itu sudah cukup besar pengorbanannya. Dengan apa yang kita lakukan, Allah juga janjikan kaki sebelah kita sudah masuk ke syurga. Jadi cuba selalu bahagiakan diri dan berikan yang terbaik untuk diri anda.



Pertama Kali Sambut Hari Raya Bersama Fatima
G: Selepas kerajaan mengumumkan larangan rentas negeri sempena Aidilfitri ini, apakah perancangan Fazura untuk menyambut Lebaran nanti?

FAZURA: Saya akur dengan keputusan kerajaan, saya rasa ia keputusan yang bijak buat masa ini. Kita pun tak boleh nak rentas negeri jadi mungkin hanya menyambut dengan seadanya. Saya pun rindukan keluarga di kampung…Rindu untuk menziarahi pusara bapa. Raya, di mana kita berada pun kita boleh cuba untuk gembira dan bahagia. Jadi untuk Aidilfitri tahun ini saya akan beraya di Kuala Lumpur dan mungkin pergi staycation bersama keluarga yang ada di sini sahaja.

G: Bila kali terakhir Fazura pulang ke kampung? Sudah berpeluang bawa Fatima pulang berjumpa keluarga?

FAZURA: Kali terakhir kami balik raya lama dah rasanya, sebelum Fatima lahir. Justeru sedikit sebanyak saya ada terkilan juga lah kerana ingat tahun Ini dapat bawa dia balik dia ke kampung. Tapi nak buat macam mana, kami akur dan itulah pengorbanan kita semua raya tahun ini.

G: Pertama kali beraya bersama Fatima, apa yang membuatkan Fazura teruja Lebaran kali ini?

FAZURA: Raya kali ini semua untuk Fatima. Ini kali pertama Fatima beraya jadi saya sangat teruja untuk meraikannya. Paling teruja adalah hendak tempah baju raya untuknya serta dress up dia cantik-cantik.



G: Apakah tema baju raya Fazura sekeluarga tahun ini?

FAZURA: Tema raya tahun ini warna pink memandangkan anak pun perempuan jadi bagi chance la dia seronok. Kami buat baju pun sebab nak meraikan Fatima..memang tumpang sekaki lah!
Baju Raya tak banyak tapi ada la buat baju baharu untuk meraikan dia…Kawan-kawan pereka fesyen pun ada kata nak buat baju untuk Fatima jadi kita pun ikut sekali lah tempah.

G: Melihat situasi pandemik sekarang, bagaimana Fazura menjaga keselamatan Fatima untuk berdepan dengan tetamu atau saudara mara yang mungkin teruja hendak memeluk serta mencium Fatima?

FAZURA: Ada anak ni macam tu la memang sentiasa berdebar serta bimbang hendak bawa Fatima berjumpa ramai orang. Tapi saya berharap orang semua faham kerana Fatima kecil lagi dan saya pun bimbang akan keselamatan dia. Lebih-lebih lagi bila ada yang hendak menciumnya, saya terpaksa menegur. Kita perlu ingat Covid-19 ini bukan main-main.

Kredit Foto: Trudolly
Instagram: @missfazura

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/g-untold-story-pertama-kali-raikan-hari-ibu-aidilfitri-sebagai-ibu-fazura-saya-tersentuh-emosi-49575
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
qwerty02 replied at 1-5-2021 10:47 AM
#G The Untold Story: Pertama Kali Raikan Hari Ibu & Aidilfitri Sebagai Ibu, Fazura: “Saya Tersentuh ...

bila baca article ni, dapat rasa betapa bahagianya faz dgn title mommy tu...

oh, mama duduk dgn faz skrg ehh, mungkin sbb faz risau kot tinggalkan fatima dgn pengasuh berdua je bila dia keluar kerja..bila ada mama tu lega la skit ada yg pantau
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
kakngah80 replied at 1-5-2021 11:11 AM
bila baca article ni, dapat rasa betapa bahagianya faz dgn title mommy tu...

oh, mama duduk dgn ...

Alhamdulillah. Kita pun tumpang happy tgk Faz bahagia kan

Ya, I pun rasa Mama Faz duduk dgn dia sejak dia lahirkan Fatima, dlm pantang, hingga sekarang. I rasa skrg ni Fatima dah ada new nanny gantikan yg hari tu kan, eloklah Mama Faz tgk2kan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
qwerty02 replied at 1-5-2021 11:15 AM
Alhamdulillah. Kita pun tumpang happy tgk Faz bahagia kan

Ya, I pun rasa Mama Faz  ...


Betul tu. Alhamdulillah. Tumpang bahagia melihat kebahagiaan faz, fattah dan fatima. Di bulan ramadan yg mulia ini, iols sentiasa doakan agar keluarga Abdul Fattah, Nur Fazura dan Nur Fatima aisya sentiasa dilimpahi rahmat dan kebahagiaan serta dijauhi daripada sifat dengki manusia yg berniat tak baik. Dan semoga ada rezeki dapat anak lagi. Iols doakan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
qwerty02 replied at 1-5-2021 11:10 AM
#G The Untold Story: Pertama Kali Raikan Hari Ibu & Aidilfitri Sebagai Ibu, Fazura: “Saya Tersentuh ...

Cantik betul Faz cover ni. Lately tgk Faz dgn baby Fatima rasa happy sgt.

Faz dah tentu2 yg paling happy di samping fattah, baby fatima, keluarga mertua baik l, low profile
Semoga Faz dan Fattah mendapat kegembiraan dan kebahagiaan berterusan
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
eely_shana replied at 1-5-2021 04:19 PM
Betul tu. Alhamdulillah. Tumpang bahagia melihat kebahagiaan faz, fattah dan fatima. Di bulan ra ...

Aamiinn. In shaa Allah, segala doa2 baik kita diangkat dan dimakbulkan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
separasedar replied at 1-5-2021 05:16 PM
Cantik betul Faz cover ni. Lately tgk Faz dgn baby Fatima rasa happy sgt.

Faz dah tentu2 yg pal ...

I berulang2 tgk video Fatima yg latest tu, tgk happynya dia, cheekynya dia sentuh2 Faz pastu senyum2 tu, aduiii melting rasanya. Faz apatah lagi kan.

Dan ya, mmg rasa happy utk Faz jugak. Dia kan ckp dlm interview tu moment bersama tu yg paling dia cherish.

I aamiinnkan doa2 you tu. Semoga keluarga kecil Faz & Fattah terus diulit kebahagiaan bersama insan tersayang, dan begitu juga kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila tgk Faz skrg, I tumpang happy. Tgk dia bahagia di samping anak kecil dan suami, keluarga dan mertua, kawan2, I pun dpt rasa bahagia tu. Tengok dia bersungguh dgn business dia, how excited she is nak unveil her new products, boleh nampak she’s enjoying the process. Lepas raya ni pulak nak masuk set utk berlakon kan, things are looking up for her. In shaa Allah semuanya dipermudahkan utk Faz. Semoga dia boleh bahagikan masa dgn baik utk kerjaya, keluarga dan diri sendiri.

Bila baca org still nak keji2 dia, carik salah dia, calling her names, I kesian kat diorg sbb rasa sakit hati pada org yg tak buat salah dgn diorg pun. Semoga semua hati yg tersakiti sendiri itu dpt dirawati.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
qwerty02 replied at 1-5-2021 05:42 PM
Bila tgk Faz skrg, I tumpang happy. Tgk dia bahagia di samping anak kecil dan suami, keluarga dan me ...

Alhamdulillah, happy dgn hidup dia skrg nak2 bila ada si kecik tu...

rasanya lepas raya ni shoot drama/filem dengan bernard  kot, sbb faz ada bg hint kt wartawan bernard dh balik dia ckp...x sabar nak tunggu, kt ig bernard pun ada yg tanya nape blk msia, bernard ckp cari rezeki ada projek terbaru lepas tu balik london semula
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kakngah80 replied at 1-5-2021 06:05 PM
Alhamdulillah, happy dgn hidup dia skrg nak2 bila ada si kecik tu...

rasanya lepas raya ni shoo ...

Yesss! I pun ada tgk sikit ms Faz kena interview tu... tak salah dkt PA Faz, Faizal tu punya igs. Bila carik balik tak dapatlah sbb dah lebih 24hrs. Mula2 tu I igt dia nak masuk set utk Mike punya drama. Or maybe dua2 kot. Tapi apapun tak sabarnya!
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
7 bulan dah umur Nur Fatima Aisya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 276515 Replies : 6848
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 4110 Replies : 36
Miza Ozawa dijel 2 bulan
mojarean_XMiza Ozawa dijel 2 bulan
Views : 13395 Replies : 21
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15284 Replies : 40
Gambar iklan produknya pun.. Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Foto "Double-Meaning" Buat Ramai Kurang Senang
akido_kidoGambar iklan produknya pun.. Iklan Produ
Views : 27600 Replies : 337
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 77910 Replies : 3230
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 34069 Replies : 274
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26999 Replies : 101
Husband korang macam ni kan?
VictorioussssHusband korang macam ni kan?
Views : 21891 Replies : 93
KUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak ini dalam filem P Ramlee?
akuperatijeeKUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak in
Views : 77430 Replies : 262

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.222094 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list