CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syrzreen

[Penerbit] ** BUKU PRIMA **

[Copy link]
Post time 28-2-2013 11:05 PM | Show all posts
zz2012 posted on 21-2-2013 04:27 PM
best novel ni

cuba bagi review pe yg best tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2013 11:30 AM | Show all posts
mamiayu posted on 24-10-2012 10:21 PM
siapa dah baca buku ni? sinopsis macam ok, apa komen?

aku dah baca.. cite ne santai tak sakit kepala .. bes sgtttt.. tak rugi kau beli pun.. aku bagi 4 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:22 AM | Show all posts
baru habes baca pengantin ekpsress.
daku bagi 3.3 bintang.
ceritanya sweet sgt.

mengisahkan liya yg baru putus tunang tapi dilamar oleh rayyan. sebenarnya rayyan memang sudah lama menyukai liya dr liya bertunang lg. bila liya putus tunang, ini merupakan peluang keemasan bgnya.

liya dan rayyan ni berbeza bagai langit dan bumi. liya dibesarkan dlm keluarga yg penuh dgn didikan agama manakala rayyan sebaliknya. bilaliya bawa rayyan jumpa dgn keluarga liya, ayah liya boleh terima rayyan. dari situ mulalah kehidupan liya dan rayyan.

bila sudah berkahwen, rayyan suka uji liya. tapi liya ni sabar sgt. memang kehidupan mereka sgt sweet, comel, kelakar dsbnya. sesekali ada juga ujian yg melanda mereka seperti dikutuk oleh mak long liya, tidak direstui oleh keluarga rayyan. tapi rayyan ni sgt bagus dlm membuat keputusan. rayyan juga berubah kepada kebaikan.

mereka bahagia pada pengakhirkan cerita walaupun rasa tergantung apa yg terjadi kt adik dan mam rayyan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:45 AM | Show all posts
mijot posted on 6-3-2013 10:22 AM
baru habes baca pengantin ekpsress.
daku bagi 3.3 bintang.
ceritanya sweet sgt.

Thanks ngan review mijot...baca sinop pon macm best...mmg ada hasrat nak beli novel nih...thanks sekali lg mijot...akan dimiliki...mmg ikutkn novel2 prima banyk yg menarik & lain dr yg lain berbanding alaf21...


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:46 AM | Show all posts
zz2012 posted on 21-2-2013 04:27 PM
best novel ni

Ini pom best gak ke zz...? review sikit...
Last edited by sellie003 on 6-3-2013 10:52 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 11:52 AM | Show all posts
chit_ana posted on 29-1-2013 10:46 PM
Sekolah Banyak Penunggu ~ Nurul Syahida
Harga: RM 15.00
ISBN: 978-967-0342-97-9

ni cerita bebudak ke cerite dewasa?
kalo bebudak.. takut takleh masuklah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2013 10:29 PM | Show all posts


Tajuk:Kata Tak Rindu
Penulis: Siti Nur Dhuha
Harga: RM 27.90
ISBN: 978-967-0535-13-5
~752 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 25 Mac 2013
Terbitan: Buku Prima
Sinopsis

Kerana kecewa kekasih hati ber-kahwin dengan gadis lain, Zafia mendaftar diri di Agensi Mencari Jodoh. Niat hatinya hanya satu, ingin membalas dendam terhadap bekas ke-kasihnya, Shahril. Tanpa berfikir panjang, Zafia terus menandatangani surat per-janjian tanpa berjumpa ter-lebih dahulu dengan bakal suami.
Setelah berjumpa Aezwan, lelaki yang dikenali melalui Agensi Mencari Jodoh, Zafia mula berubah fikiran. Tidak mahu meneruskan perkahwinan. Namun Zafia tidak dapat mengelak dari berkahwin dengan Aezwan kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatanganinya.
Perkahwinan berlangsung juga. Zafia dan Aezwan terpaksa menjalani hidup berumah tangga. Tiada keserasian, membuatkan mereka berdua sering bergaduh. Suaminya terlalu berdisiplin, pagi-pagi lagi sudah bangun dan mengemas rumah. Sedangkan Zafia matahari terpacak di ubun-ubun, masih terbongkang tidur.
Bekas kekasihnya, Shahril mula mengganggu rumah tangga Zafia. Dia tidak serasi dengan pasangan hidupnya. Bila Aezwan dapat tahu, dia mula berasa cemburu kerana telah timbul bibit-bibit cinta dalam hatinya. Aezwan berjumpa Shahril tanpa pengetahuan Zafia. Berlaku satu insiden yang tidak diingini. Apakah insiden itu? Kekal ke rumah tangga Zafia atau dia balik semula pada Shahril? Bagaimana pula dengan Aezwan? Mana satu pilihan Zafia?

“Fia tak berzina, Fia sudah berkahwin, Aril!!!”
– ZAFIA

“Hari ini abang bahagia sangat sebab apa yang abang nak, abang dapat. Fia dah jadi milik abang.”
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 10:29 PM | Show all posts


Tajuk: Isteriku Romantik
Penulis: Azalea Ehsan
Harga: RM 18.90
ISBN: 978-967-0535-10-4
~432 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 25 Mac 2013
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis

lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain. Hal ini membuatkan kehidupan Aisyah Nasuha teruji. Di mana dia mahu mencari kekuatan untuk berdiri semula? Dirinya tidak kuat. Namun dugaan tidak terus berhenti di situ. Dia terus diduga apabila ibunya yang disayangi menjadi tidak siuman selepas ayahnya berkahwin baru. Dia harus bersabar dengan segala yang berlaku. Pada masa sama, dia begitu menyukai seorang lelaki sejak zaman persekolahannya yang dipanggil, M. Kadang-kadang dia berfikir sendirian.Adakah ini cinta monyet yang sering orang katakan? Cinta monyet tidak akan kekal. Benarkah tidak akan jadi cinta sejati? Hati dan perasaan Aisyah Nasuha terus diduga. Muncul dua orang lelaki serentak dalam hidupnya, Mikail Islam dan Adi Putra. Aisyah Nasuha berubah selepas menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Semakin romantik selepas berkahwin. Tetapi siapakah lelaki yang bertuah itu?

"M, aku akan berkahwin tak lama lagi. Biarpun kita tidak bersatu dalam hayat ini, aku tetap akan ingat kau dalam doaku. Aku doakan kau turut bahagia dengan pilihan hatimu." - Aisyah Nasuha

"Berapa kali terima kasih la Aisyah ni? Masih tak tahu ke kasih Aisyah tu dah lama Adi approve." - Adi Putra

"Kenapa sekarang baru aku rasa gila bayang sedangkan masa Aisyah mengorat aku dulu, tak ada pulak berperasaan begini." - Mikail Islam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2013 10:30 PM | Show all posts


Tajuk: Alamak lagi-lagi dia
Penulis: Mazni Aznita
Harga: RM 27.90
ISBN: 978-967-0535-11-1
~752 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 22 Mac 2013
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis

The Loser gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping surat dia menjadi mangsa buli di sekolah. Trauma dengan seorang insan bernama Idham Hariz di zaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak pernah punya teman lelaki, walau asyik blind date dengan lelaki-lelaki berbeza. Nadim Ammar, si Pianist yang selamba, keras kepala tetapi punya prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri Jabbar bukan atas kerelaan hati. Kes silap masuk khemah di tempat memancing mempertemukan si Loser dan si Pianist ini. Syafika dengan perangai A, Nadim dengan perangai B. Syafika gadis kerek bagi Nadim. Nadim lelaki poyo menurut tafsiran Syafika. Tapi antara pro dan kontra, anehnya mereka sering bertemu. Dan seperti kisah-kisah cinta yang lain, bertemu itu maknanya berjodoh. Berjodoh itu maksudnya cinta.Syafika masih tidak yakin. Bila soal cinta berada di pasak hati, dia seperti gadis bingung. Tapi si Pianist itu sudah mencuri hatinya. Namun bila cinta mula bersemi, Idham muncul kembali, mahu mencuri hati Syafika yang dahulu dibuli dan dikeji. Siapa yang akan Syafika pilih? Lelaki di masa lalu atau masa kininya? Lalu siapa yang harus dicuri cintanya? Cinta si Pianist yang cool atau cinta si kaki buli yang tampan?

Nadim, berhenti layan saya macam saya ni anak kecil boleh tak? Saya ni lebih tua daripada awak - Syafika

Datang bulan ke? Asyik nak marah aje. Awak sedar tak kita kerap sangat bertemu. Dalam seluas-luas alam ni, saya asyik nampak awak. Awak pun kerap bertembung dengan saya. Macam perfect match from heaven, kan? - Nadim
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 09:11 AM | Show all posts
chit_ana posted on 11-3-2013 10:30 PM
Tajuk: Alamak lagi-lagi dia
Penulis: Mazni Aznita
Harga: RM 27.90

buku kak nita
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 01:34 PM | Show all posts
ciksurie posted on 12-3-2013 09:11 AM
buku kak nita

confirm beli

novel2 alaf 21 bulan april pun byk yg best
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 01:37 PM | Show all posts
chit_ana posted on 12-3-2013 01:34 PM
confirm beli

novel2 alaf 21 bulan april pun byk yg best

semua otai kuar buku utk klibf
matilah
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 01:40 PM | Show all posts
ciksurie posted on 12-3-2013 01:37 PM
semua otai kuar buku utk klibf
matilah

jom gi sana...jumpa penulis skali
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 01:55 PM | Show all posts
chit_ana posted on 12-3-2013 01:40 PM
jom gi sana...jumpa penulis skali

huhuhuhuhu......member mmg dok mengajak..
tapi rasernyer tak p kut...

sbb akak2x kat opis nie sibuk nak bercuti time tue
kiter kenalah jadi jaga kat opis nie


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:06 PM | Show all posts
ciksurie posted on 12-3-2013 01:55 PM
huhuhuhuhu......member mmg dok mengajak..
tapi rasernyer tak p kut...

xpolah sama je rasa beli online atau kat kedai.cuma tu lah pbakl sekali sthn je
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 06:06 PM | Show all posts


Novel baru KAMSIAH ABU. SEINDAH TAKDIR CINTA akan menemui anda pada Pesta Buku Antarabangsa, PWTC akan datang.

Tajuk: Seindah Takdir Cinta
Penulis: Kamsiah Abu
Harga:
Terbitan: Buku Prima
Sinopsis:
MIA KARMILA, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.

Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya.

Siapakah Shahriman sebenarnya? Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2013 06:07 PM | Show all posts


Novel yang bakal menjengah di pasaran pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2013!

Tajuk: Di Penjara Rindu.
Penulis: Raiza Khairina
Harga: Rm18.90
Terbitan: Buku Prima. Last edited by chit_ana on 21-3-2013 06:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 12:43 PM | Show all posts


1 lagi Novel Terbitan Buku Prima yg akan menemui anda di PBAKL2013...dari Novelis INDAH HAIRANI yang popular dengan novel Di Hujung Ranting 1 dan 2 bakal terbit dengan novel terbaharu yang berjudul DIA YANG KUCINTA. Novel kali ini sarat dengan pelbagai konflik yang mencengkam jiwa, mengguris hati dan sebagainya..

Tajuk: Dia Yang Kucinta
Penulis: Indah Hairani Latifi
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 02:48 PM | Show all posts
sape dah baca 3 Hati by liza nur, nurul syahida, zara amani?tadi ada tgk kat kedai.belum rasa nak beli lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 04:36 PM | Show all posts
chit_ana posted on 28-2-2013 11:04 PM
Pudina Cinta
A. Darwisy

tak best sgt citer nie
jenaka dier tak sampai
pastu watak ada 2 nama
kekonon panggilan A dgn B tue mcm org lain2
tapi nampak sgt watak sama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189928 Replies : 4335
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74033 Replies : 2972
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3983 Replies : 26
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47797 Replies : 320
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 9923 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 9411 Replies : 1
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6339 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9405 Replies : 181
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103831 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.102675 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list