CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gadis

Masalah jenayah

[Copy link]
Post time 19-6-2004 02:40 PM | Show all posts
Lama tak tengok thread masalah jenayah nih.....err Gadis kalau ko copy and paste rancangan TV pun ok gak he he he.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2004 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by Zudiex at 19-6-2004 02:40 PM:
Lama tak tengok thread masalah jenayah nih.....err Gadis kalau ko copy and paste rancangan TV pun ok gak he he he.......







:siok:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2004 09:45 AM | Show all posts
Bayi ditemui di rak kasut



SEREMBAN: Seorang pekerja kilang yang baru berkahwin menemui seorang bayi perempuan tanpa seurat benang di atas rak kasut rumahnya di Bandar Seremban Selatan, dekat sini tengah hari kelmarin.

Diana Ramli, 22, berkata dia baru balik dari tempat kerjanya di sebuah kilang berdekatan rumahnya kira-kira jam 12.30 tengah hari kerana mendapat cuti sakit berikutan demam dan selesema.

Katanya, apabila sampai di rumah, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi bayi menangis.

揚ada mulanya saya tidak menghiraukan bunyi berkenaan kerana saya anggap bunyi itu datang dari jiran sebelah. Jiran itu baru bersalin. Apabila bunyi itu tidak berhenti, saya keluar membuka pintu.

揝aya terperanjat apabila melihat seorang bayi perempuan tanpa berpakaian sedang menangis di atas rak kasut rumah saya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2004 09:18 AM | Show all posts
Skang ni kes ragut lak... hati2 la kengkawan yer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2004 09:19 AM | Show all posts
Penculik bunuh anak peniaga

KUALA LUMPUR 25 Jun - Anak perempuan ahli perniagaan dari Sarawak, Law Lee Ming @ Julia Law, 23, yang ditemui mati di lombong tinggal di Taman Suria, Kepong, di sini semalam, telah dibunuh oleh para penculik sebelum mereka menuntut wang tebusan RM1.2 juta dari keluarga mangsa.

Bagaimanapun wang tebusan itu tidak dibayar kerana bapa mangsa membuat laporan polis setelah para penculik tidak membenarkan mangsa bercakap dengan keluarganya.

Laporan bedah siasat mendapati mangsa yang diculik di Ampang Park, Isnin lalu, dicekik hingga mati semasa bergelut dengan penculik ketika dalam perjalanan ke tempat persembunyian dengan menaiki kereta.

Mangsa yang mengikuti kursus dandanan rambut di Jalan Ampang di sini sejak setahun lalu, dibunuh kerana mengenali salah seorang penculik itu yang merupakan rakannya.

Bagaimanapun, polis berjaya memberkas kesemua penculik itu dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Petaling dan di sebuah rumah di Taman Selayang Indah semalam, beberapa jam selepas mayat mangsa ditemui.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah berkata, dengan tertangkapnya kesemua penculik iaitu tiga lelaki berusia 22, 34 dan 38 tahun, polis percaya kes culik dan bunuh itu berjaya diselesaikan.

Beliau berkata, pihaknya telah mendapatkan perintah reman tujuh hari terhadap kesemua suspek untuk membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut Mustafa, berdasarkan soal siasat, dua daripada penculik berasal dari Sarawak dan salah seorang adalah rakan sekolah mangsa.

``Suspek itu juga dikenali oleh keluarga mangsa manakala seorang lagi berasal dari Semenanjung dan pernah bekerja di Sarawak.

``Siasatan awal mendapati dua penculik yang berasal dari Sarawak datang ke Semenanjung untuk melarikan diri dari Along kerana gagal membayar hutang.

``Mereka menemui seorang lagi lelaki yang merupakan rakan lama dan merancang penculikan itu,'' kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Jelasnya, penculikan berlaku kira-kira pukul 4 petang di luar Ampang Park. Mangsa yang sedang mengikuti seminar dandanan rambut dipanggil keluar oleh penculik yang merupakan rakannya.

Beliau memberitahu, selepas menculik dan membunuh mangsa, kumpulan penculik terbabit cuba meminta wang tebusan RM1.2 juta daripada keluarga mangsa.

``Mereka telah menghubungi bapa mangsa dua kali pada malam hari selepas mangsa diculik,'' katanya.

Tambah beliau, bapa mangsa membuat laporan polis melalui panggilan telefon ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi awal pagi Selasa lalu selepas menerima panggilan kedua daripada penculik.

Bagaimanapun kata beliau, sehingga mayat ditemui semalam, bapa mangsa tidak membayar wang tebusan yang diminta kerana para penculik tidak membenarkannya bercakap dengan anaknya.

``Bedah siasat terhadap mayat mangsa mendapati tiada tanda-tanda mangsa dirogol,'' jelasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2004 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by Gadis at 26-6-2004 09:18 AM:
Skang ni kes ragut lak... hati2 la kengkawan yer


Yer.......:bgrin:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-6-2004 02:46 PM | Show all posts
ehehehehhe.. lambat lak paste citer ari nih...... ni orang jahat ni.. ragut pompuan tu...

Lelaki dituduh bunuh:
Kes mangsa ragut mati



JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 27 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan membunuh mangsa ragut, Chong Fee Cheng, 37, di Taman Molek di sini, 12 Jun lalu.

Harun Sinong dari Pengkalan Rinting, Tampoi, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang sabit kesalahan boleh dihukum mati.

HARUN didakwa mengikut Seksyen
302 Kanun Keseksaan atas
tuduhan membunuh mangsa
ragut, Chong Fee Cheng, 37,
di Taman Molek Johor Bahru
12 Jun lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2004 08:40 AM | Show all posts
Penyelamat ragut maut -- Pemandu van ditikam ketika cuba bantu mangsa


NOH OMAR (kiri) bersama anggota keluarga Allahyarham Rosli Mohammad. Saad yang terbunuh sewaktu cuba menyelamatkan mangsa kes ragut di Taman Mulia Jaya, Ampang, menolak troli jenazah Allahyarham untuk dibawa pulang ke Alor Star bagi dikebumikan semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
  


AMPANG JAYA 29 Jun - Tindakan seorang pemandu van berusaha menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa ragut berakhir dengan tragedi apabila dia sendiri mati ditikam oleh penjenayah terbabit.

Rosli Mohammad. Saad, 36, mati akibat ditikam tiga kali pada dada dan rusuk kirinya dalam kejadian pukul 6.10 pagi di Taman Mulia Jaya di sini hari ini.

Ini merupakan kejadian pertama orang awam yang cuba membantu mangsa jenayah ragut, mati dibunuh.

Sebelum ini, dua wanita mangsa ragut meninggal dunia setelah koma akibat kecederaan parah dan dalam kes lain, peragut sendiri mati setelah koma akibat dibelasah oleh orang ramai yang memberkasnya.

Kejadian pagi ini berlaku ketika Rosli dan isterinya, Jamilah Abdul Hamid, 32, serta seorang sepupunya baru keluar dari rumahnya untuk ke tempat kerja dengan menaiki van.

Ketika baru memandu 20 meter, Rosli segera memberhentikan vannya apabila mendengar jeritan seorang wanita meminta tolong.

Mangsa lantas keluar untuk membantu wanita tersebut yang kemudian dikenal pasti adalah seorang suri rumah warga Indonesia.

Rosli mulanya dipercayai telah bergelut dengan penjenayah berkenaan ketika cuba menangkapnya tetapi penjenayah itu dapat meloloskan diri.

Rosli sekali lagi cuba memberkasnya tetapi ketika bergelut kali kedua, dia telah ditikam sebanyak tiga kali oleh penjenayah terbabit.

Penjenayah itu akhirnya melarikan diri tanpa beroleh apa-apa hasil, dan polis kini menjalankan gerakan memburunya.

Sementara itu, isteri mangsa, Jamilah yang menunggu dalam van kira-kira 10 minit, keluar mencari Rosli dan setelah berjalan 200 meter dia terkejut mendapati suaminya terbaring berlumuran darah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan O.K. Jalil Othman berkata, melihat keadaan suaminya, Jamilah segera menjerit meminta bantuan orang ramai untuk menghantar suaminya ke hospital.

Beliau berkata, Rosli yang parah akibat ditikam di dada dan rusuk kiri disahkan meninggal dunia pukul 6.30 pagi setibanya di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini.

Menurut Jalil, wanita warga Indonesia berusia 25 tahun itu bagaimanapun tidak cedera tetapi mengalami trauma akibat kejadian tersebut.

Difahamkan, wanita itu melihat sendiri bagaimana penjenayah terbabit menikam Rosli.

Beliau berkata, penjenayah yang terlibat dalam kejadian itu dapat melarikan diri tetapi tidak berjaya mendapatkan barang-barang berharga milik wanita tersebut.

``Polis sedang melancarkan gerakan memburu penjenayah berkenaan yang masih belum diketahui identitinya.

``Unit Anjing Pengesan dan Unit Forensik dikerah menjalankan siasatan bermula di tempat kejadian,'' jelasnya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini hari ini.

Di Kuala Lumpur pada 23 Mei lepas, Chin Wai Fun diragut di Brickfields menyebabkan dia cedera parah dan akhirnya meninggal dunia selepas beberapa jam koma.

Pada 12 Jun lepas di Johor Bahru pula, seorang mangsa ragut Chong Fee Cheng juga koma setelah diragut dan mati dua hari kemudian.

Pada 12 Jun juga, seorang lelaki dibelasah oleh orang ramai yang berjaya memberkasnya ketika cuba meragut seorang wanita di Klang. Dia yang juga koma mati pada 15 Jun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2004 08:35 AM | Show all posts
Edisi Timur: Peragut intip mangsa dari bank

Oleh Syed Abdullah Syed Nordin
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Seorang wanita merana selepas barang kemas bernilai RM56,000 miliknya diragut dua lelaki bermotosikal ketika sedang membuka pintu pagar rumahnya di Indera Mahkota, dekat sini, petang, kelmarin.

Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 50 tahun itu mengeluarkan semua barang kemas berkenaan daripada peti simpanan keselamatan di sebuah institusi kewangan di bandar ini, kira-kira jam 2 petang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Mokhtar Mohammad Ali, berkata sebelum kejadian, dua lelaki dipercayai warga Indonesia dikatakan menyapa mangsa ketika tayar keretanya pancit.

揝iasatan polis percaya dua suspek itu memancitkan tayar sebelum mereka mengekori kereta mangsa dari institusi kewangan itu,
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2004 04:06 PM | Show all posts
Oit tido ke.......toing toing.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2004 08:45 AM | Show all posts
Ada la.... tak tido..rehat jap

Amir Khan bersama Norjan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2004 08:46 AM | Show all posts
Edisi KL: Ampang Jaya lubuk peragut

SUBANG JAYA: Ampang Jaya mencatatkan kadar jenayah ragut tertinggi di Selangor dengan 659 kes sepanjang enam bulanpertama tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohammad Fauzi Shaari, berkata jumlah itu berdasarkan statistik 1,675 kes ragut yang dilaporkan di negeri berkenaan dalam tempoh itu.

Menurutnya, kawasan yang sering berlaku jenayah itu ialah di Ampang Point, Ampang Utama dan Bandar Baru Ampang.

Katanya, kadar itu diikuti Petaling Jaya Utara (373), Shah Alam (174), Gombak (120), Petaling Jaya Selatan (119), Klang (96) dan Kajang (45).

揝ementara itu, Kuala Langat mencatat lapan kes, manakala enam kes dilaporkan di Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Sepang,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2004 04:39 PM | Show all posts
Edisi KL: Cubaan larikan kereta mewah gagal


KLANG: Panggilan telefon daripada seorang rakan yang ingin berjumpa, menggagalkan cubaan tiga lelaki melarikan kereta mewah milik ahli perniagaan di depan bangunan Umno Bahagian Kota Raja, di Kota Kemuning, dekat sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pemilik kereta berkenaan, Kamal Arifin Kainin sedang berbincang di bangunan itu apabila menerima panggilan telefon daripada seorang rakannya.

Bagaimanapun, ketika dia keluar dari pintu masuk bangunan, Kamal yang juga Naib Ketua Umno Bahagian itu mendapati sebuah kereta mewah berwarna hitam menghadang keretanya.

揔etika itu saya cuba menghidupkan penggera kereta saya tetapi tidak berfungsi. Masa yang sama saya lihat ada lelaki sedang cuba menyambung wayar untuk menghidupkan enjin kenderaan.

揗elihat saya datang, mereka dipercayai tiga orang melarikan diri menaiki sebuah kereta mewah,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2004 04:39 PM | Show all posts
Edisi KL: Mayat dalam sampah-sarap

Oleh Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

KLANG: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai sejak dua hari lalu dalam perangkap sampah di Sungai Klang, dekat sini semalam.

Setakat ini, polis tidak mendapat sebarang petunjuk memungkinkan kejadian berunsurkan jenayah dan masih menunggu laporan penuh bedah siasat bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Bashir, berkata mangsa seorang duda dikenali sebagai Mohammad Kassim Assanar, 48, dan tidak memiliki sebarang pekerjaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa mati sejak dua hari lalu akibat lemas, namun polis belum dapat memastikan lokasi sebenar mangsa dilaporkan terjatuh.

揔ita pada mulanya tidak dapat mengenalpasti identitinya sehinggalah cap jarinya diambil dan dia didapati berasal dari Klang dan sudah bercerai serta tidak mempunyai pekerjaan tetap.

揔etika ditemui, mayat mangsa berpakaian lengkap selain terdapat tatu di lengan kiri yang tertulis perkataan `MK Love',
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2004 04:39 PM | Show all posts
Kes Bunuh Nurul: Keterangan saksi dipertikai


JOHOR BAHRU: Peguambela seorang bekas pengawal keselamatan yang dituduh membunuh pelajar tahun empat, Nurul Huda Gani, 10, semalam, mempertikaikan kesahihan keterangan saksi sekali gus menegaskan pihak pendakwa gagal mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.

Hanif Hassan dalam penghujahannya di Mahkamah Tinggi di sini, mengemukakan tujuh alasan untuk menyokong hujahnya bagi membolehkan Mohammad Abbas Danus Baksan tidak dipanggil membela diri.

Beliau yang tampil berhujah selepas semua 26 saksi pendakwa memberi keterangan menegaskan, pihak pendakwa hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan dan tiada keterangan terus dikemukakan untuk membuktikan pertuduhan terhadap orang kena tuduh (OKT).

Menurutnya, keterangan yang ada hanyalah tertuduh berada di tempat kejadian serta kesan air mani tertuduh didapati pada pakaian mangsa dan beberapa barang bukti lain.

Hanif menegaskan pihak pendakwa gagal untuk buktikan hanya OKT yang berada di tempat kejadian iaitu di pondok pengawal keselamatan pencawang masuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kampung Pekajang sebelum mangsa ditemui.

揔ehadiran sebuah basikal kuning di dalam kawasan pencawang TNB ketika saksi pendakwa (SP)10, Nur Aien Azlynah Gani; SP11, Amer Affande Gani dan SP12, Abdul Aziz Gani sampai di tempat kejadian adalah satu perkara yang langsung tidak dijawab melalui mana-mana keterangan daripada pihak pendakwa.

揓uga tidak ada keterangan mengenai siasatan lanjut pihak penyiasat terhadap basikal itu. Siapa tuan punya basikal itu, bagaimana ia boleh berada di situ dan apa terjadi pada basikal itu selepas pegawai penyiasat meninggalkan tempat kejadian pada petang 17 Januari 2004.

揚erlu diambil ingatan, pihak pembela dapat menunjukkan bahawa SP23, Suyaimi Mohammad Zain atau Ngengel juga mempunyai basikal berwarna kuning. Keterangan yang sama juga diperolehi daripada SP22, Beu Omar iaitu ibu Suyaimi,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2004 08:33 AM | Show all posts
Operator pengeluaran balik sambutan merdeka kena rogol


KAJANG: Seorang gadis yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas meraikan sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka, dirogol seorang daripada empat lelaki yang menahannya di Kampung Sesapan, Batu Rembau, Beranang dekat sini, awal pagi semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, seorang operator pengeluaran berusia 18 tahun menaiki kereta bersama teman lelakinya berusia 20 tahun dikatakan dihadang dua motosikal yang dinaiki empat lelaki, sebaik tiba di satu simpang di kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Pemangku Asisten Komisioner Mohd Noor Hakim Kassim, berkata kumpulan lelaki itu kemudian memaksa mangsa dan teman lelakinya keluar dari kereta, tetapi mereka enggan.

Berikutan itu, seorang daripada lelaki terbabit menendang cermin tingkap bahagian pemandu kereta mengakibatkan ia pecah sebelum merampas kunci kereta.

Katanya, pasangan itu kemudian diarah berbogel dan dipaksa melakukan hubungan seks dalam kereta, tetapi mereka enggan menyebabkan salah seorang daripada lelaki terbabit membawa gadis berkenaan menaiki kereta ke satu lokasi berhampiran sawah.

Pada masa sama, teman lelakinya ditinggalkan di persimpangan jalan di kampung itu dengan dikawal oleh tiga daripada lelaki terbabit.

揝ebaik sampai di satu lokasi berhampiran sawah padi mangsa dipaksa berbaring di atas bonet kereta sebelum dirogol lelaki terbabit. Lelaki terbabit selepas itu menghantar semula mangsa kepada teman lelakinya di persimpangan jalan di kampung itu.

揔umpulan lelaki itu kemudian merampas barangan berharga, termasuk telefon bimbit dan wang tunai pasangan itu sebelum melarikan diri,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2004 08:35 AM | Show all posts
3 dibunuh di ambang 31 Ogos


KUALA LUMPUR: Ketika rakyat bergembira meraikan ambang kemerdekaan, tiga lelaki mati dibunuh dalam tiga kejadian berasingan di sini, Seremban dan Kuching awal pagi semalam.

Dalam kejadian pertama di sebuah pusat hiburan di Jalan P Ramlee, di sini, seorang pemuda, Lee Hong Mun, 22, cedera parah di leher kiri akibat ditikam dengan objek tajam dalam pergaduhan membabitkan 10 pengunjung di premis berkenaan antara jam 1.45 pagi dan 2.15 pagi.

Mangsa mati selepas beberapa jam dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pergaduhan itu dikatakan tercetus ketika pengunjung pusat hiburan itu berpesta dan menari yang bermula dari dalam premis, tetapi berlanjutan hingga ke luar selepas dihalau pengawal keselamatan bertugas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Superintendan Wan Ahmad Wan Abas, berkata polis masih menyiasat punca kejadian dan sudah mengambil keterangan rakan mangsa serta pihak pengurusan pusat hiburan itu.

揚olis belum dapat mengenal pasti senjata yang digunakan dalam kejadian kerana siasatan awal mendapati ketika pergaduhan berlaku, keadaan di kelab malam itu gelap,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2004 08:25 AM | Show all posts
15 lelaki larikan tiga treler sarat makanan, kasut RM500,000

BUKIT MERTAJAM 13 Sept. - Tiga buah treler yang sarat dengan muatan makanan dan kasut bernilai kira-kira RM500,000 dilarikan oleh sekumpulan 15 lelaki di sebuah gudang milik syarikat pengangkutan di Bukit Minyak di sini, awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata, kesemua lelaki berusia 30-an itu memasuki gudang tersebut dan bertindak mengikat tangan dua pengawal keselamatan syarikat terbabit sebelum melarikan treler-treler itu kira-kira pukul 1 pagi.

``Dua pengawal keselamatan itu menghubungi polis sebaik sahaja berjaya melepaskan diri daripada ikatan tersebut beberapa minit kemudian,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, dua treler itu membawa muatan kasut manakala sebuah lagi membawa produk berasaskan makanan seperti susu tepung, Milo dan barangan Nestle.

Jurucakap itu berkata, polis berjaya menemui dua treler yang dilarikan itu di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora dekat Ipoh hari ini.

``Sebuah treler ditemui kira-kira dua kilometer sebelum terowong itu manakala sebuah lagi ditemui kira-kira lima kilometer daripada treler pertama.

``Barang-barang muatan tersebut didapati masih berada dalam kontena yang dibawa oleh kedua-dua treler itu,'' katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tiga treler tersebut dengan nombor pendaftaran ADB 1416, KAD 5281 dan PDW 1494 diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Ketua Siasatan Jenayah Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Deputi Supritendan Chor Ah Sing ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2004 08:27 AM | Show all posts
Edisi Utara: Guru wanita ditendang peragut


GEORGETOWN: Seorang guru tuisyen yang menunggu bas untuk ke pusat bandar, cedera di perut selepas ditendang seorang peragut yang melarikan beg tangannya mengandungi wang RM50 di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, Mak Yout Yoong, 30-an, sedang menunggu bas di sebuah pondok bas di Jalan Perak, di sini, apabila dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal.

Jurucakap polis berkata, sebaik saja menghampiri wanita itu, seorang daripada lelaki itu menendang perut mangsa dan merampas beg tangannya sebelum melarikan diri.

Menurutnya, terkejut dengan kejadian itu, wanita berkenaan menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai.

揓eritan wanita itu didengari anggota polis berpakaian biasa dari cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut yang sedang meronda di kawasan berkenaan.

揂nggota polis yang bertindak pantas menahan seorang daripada lelaki itu manakala rakannya dapat melarikan diri bersama beg tangan mangsa yang berisi wang RM50 serta pelbagai dokumen penting.

揕elaki yang ditahan dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan. Berikutan kejadian itu, mangsa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang,
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2004 01:03 PM | Show all posts
Edisi Utara: Pelajar jadi orang tengah
Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my

TELUK INTAN: Dua pelajar berusia 17 tahun yang menjadi orang tengah rakan mereka untuk membeli telefon bimbit yang dirampas, mendakwa sudah menyerahkan RM8,000 kepada seorang lelaki yang diberkas polis, Jumaat lalu.
Kedua-dua pelajar tingkatan lima yang menuntut di sebuah sekolah di sini itu hadir memberi keterangan kepada polis selepas penangkapan lelaki terbabit disiarkan di akhbar kelmarin.

Lelaki terbabit ditahan Jumaat lalu kerana menyamar sebagai pegawai Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (KDRM) dan mendakwa boleh mendapatkan barangan berharga seperti telefon bimbit dan jongkong emas pada harga murah.

Difahamkan kedua-dua pelajar itu yang menjadi orang tengah kepada lelaki terbabit dan menyerahkan lebih RM8,000 yang dikutip dari beberapa rakan mereka untuk tujuan membeli telefon bimbit berjenama dengan harga murah.

Jurucakap polis berkata, hasil siasatan menunjukkan lelaki terbabit bukan pegawai kastam seperti dilaporkan kelmarin.

Jumaat lalu, polis menahan lelaki terbabit di sebuah rumah di Kampung Bahagia di sini selepas salah seorang mangsa membuat laporan polis kerana ditipu lelaki terbabit yang menawarkan barangan rampasan pihak Kastam dengan harga murah.

Mangsa terpedaya dengan tawaran itu telah menyerahkan wang dan barang kemas berjumlah RM33,000 kepada lelaki itu yang dikenalinya sejak April lalu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.135127 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list