CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: modem

Kenapa Rufaqa Di Haramkan ?

 Close [Copy link]
Post time 8-12-2006 07:41 PM | Show all posts
Bagi meow senang aje...hidup kita ni...seharusnya berlandaskan Al Quran dan Hadis...yang lelain tu tak payahlah..

ni nak share sket:

Allah s.w.t berfirman: Katakanlah:"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran(Al-Quran) dari Tuhanmu, sebab itu barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesunggunya(petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri, Dan barangsiapa yg sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terharap dirimu"(Yunus:108)

[ Last edited by  meowlin at 8-12-2006 01:46 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2006 07:47 PM | Show all posts
susah bila ada yg nak jadi islam lebih dari islam yg sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 07:52 PM | Show all posts
Originally posted by elbecks at 8-12-2006 07:47 PM
susah bila ada yg nak jadi islam lebih dari islam yg sebenarnya



Islam itu sudah cukup sempurna. Hanya umat manusia yang memayahkannya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 09:14 PM | Show all posts
Originally posted by pang5Islam at 9-12-2006 07:52 PM



Islam itu sudah cukup sempurna. Hanya umat manusia yang memayahkannya.


:setuju:

Sememangnya manusia seperti Asaari Muhammad dan pengikut-pengikut taksubnya yang memayahkan Islam serta  merosakkan akidah  umat ASWJ di negara ini dengan ajaran-ajaran karut marutnya itu. Mereka sepatutnya dibaikpulih semula sebelum dapat kembali ke masyarakat......tapi aku yakin depa akan mengamalkan ajaran ajaib abuiya dan inilah yang akan menyukarkan pentadbiran agama nanti. Sekarang ini pun sekoq sekoq dah menghilangkan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 12:36 AM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 7-12-2006 06:45 PM
Assalamu'alaikum,



Ustaz Asha'ari Muhammad lebih tahu pasal Tabligh, pernah ke Nizamuddin serta berbai'at dengan amir ke 2 Syaikh Muhammad Yusuf Kandahlawi (1917-1965) pada pertengahan tahun  ...


haku penah dengor citer nie....masa haku mola sampai kat Nizamuddin pada ujung 80'an....sorang eldest tanya haku kenal tak ngan UAM......so haku cakap kenal ler.....so dier citer mcm saifulms tulis kat atas tuh......haku hanya dengoe jerk...:hatdown:
Reply

Use magic Report

dealovaku This user has been deleted
Post time 10-12-2006 11:33 AM | Show all posts
JAWAPAN BALAS USTAZ ASHAARI MUHAMAD TERHADAP TUDUHAN KE ATAS RUFAQA

Dalam Malaysiatoday...


Sila klik pada title kat atas tuh...

[ Last edited by  dealovaku at 10-12-2006 11:43 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
dealovaku This user has been deleted
Post time 10-12-2006 11:34 AM | Show all posts
Aktiviti selepas dibebaskan

Setelah dibebaskan saya melawat semua projek-projek saya sekitar Malaysia. Secara tidak langsung saya bertemu dengan staf-staf Rufaqa. Dari segi sumbangan di sini ada dua perkara yang saya lakukan. Pertama saya memberi bantuan kepada sesiapa yang saya tahu sedang dalam kesusahan. Kedua kalau ada orang yang datang kepada saya dan mengadu masalah maka saya akan cuba bantu selesaikan.

Tiada bukti hidupkan Al-Arqam

Apa buktinya saya hidupkan Arqam. Sebenarnya dalam hal ini seorang pun tidak boleh buktikan.

Tiada niat menghidupkan Al-Arqam

Kalau saya katakan saya tidak berniat untuk menghidupkan Arqam, orang-orang yang tidak senang dengan saya dan menuduh saya cuba hidupkan Arqam takkan percaya. Niat itu dalam hati, siapa pun tak tahu, hanya Tuhan yg Maha Mengetahui. Tapi saya boleh buktikan secara lahirnya dengan alasan berikut:

1. Setelah Arqam diharamkan saya telah menubuhkan Rufaqa Corporation Sdn, Bhd. (T.426782-V) yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965. Sedangkan Arqam dahulu adalah sebuah badan dakwah dan tidak didaftarkan. Rufaqa ditubuhkan pada tahun 1997 hanyalah untuk tujuan perniagaan semata-mata.

2. Dari segi identiti Al-Arqam, kalau dahulu dikenali dengan jubah , serban dan purdah tapi sekarang sudah tidak ada lagi. Semuanya berpakaian sama seperti masyarakat umum.

3. Sejak saya memulakan perniagaan Rufaqa, setiap minggu saya melaporkan diri kepada pihak polis. Setiap aktiviti harian dan aktiviti perniagaan saya laporkan kepada pihak keselamatan. Saya maklumkan kepada mereka oleh kerana keluarga saya besar, saya perlu berniaga dengan memulakan sebuah pasaraya, klinik, Caf
Reply

Use magic Report

dealovaku This user has been deleted
Post time 10-12-2006 11:35 AM | Show all posts
6. Berkaitan dengan isu Aurad Muhammadiah, telah banyak kali saya berikrar di hadapan polis dan JAKIM bahawa saya sudah meninggalkan dan tidak mengamalkan ajaran itu lagi. Malah semua ahli keluarga dan staff syarikat saya juga tidak mengamalkannya. Saya juga tidak pernah memasukkan dalam senarai aktiviti saya untuk mengembangkan Aurad Muhammadiah. Malah kalau di lihat kepada senarai tajuk-tajuk motivasi yang diberikan kepada staff saya melalui Pusat Motivasi Harmoni tidak ada satu pun tajuk mengenai Aurad Muhammadiah. Tajuk yang utama ialah Solat Membina Peribadi Agung, Membina Keluarga Bahagia dan sebagainya. (Sila rujuk senarai motivasi didalam website Pusat Motivasi Harmoni).

Selama 10 tahun diproses melalui ISA saya cukup faham kehendak kerajaan dan menjadi dasar saya menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994 berkaitan dengan isu ini. Ini adalah dasar saya dan dasar Rufaqa. Namun apabila Rufaqa sudah semakin berkembang dan bilangan staffnya makin ramai saya sudah tidak mampu untuk mengawal dan mengenal pasti amalan masing-masing. Kalaupun masih ada yang mengamalkannya itu adalah atas dasar individu dan bukannya menjadi dasar syarikat. Takkanlah kerana kesalahan individu seluruh syarikat menjadi mangsa. Kalaulah ada seorang staf syarikat yang membuat kesalahan mencuri misalnya, takkanlah seluruh syarikat nak ditutup. Ini tidak adil dan menganiaya. Patutnya hukumlah yang bersalah itu sahaja bukannya kesemua sekali.

7. Dalam hal ini kalau saya kata saya amalkan atau tidak amalkan kedua-duanya tidak boleh dibuktikan kerana ia soal amalan hati. Kalau saya kata tidak pun, orang tak percaya. Tetapi kalau saya kata saya amalkan seperti yang sesetengah pihak dakwa, itu bererti saya menganiaya diri saya. Dalam hal ini saya pun tidak boleh nak buktikan yang saya tidak amalkan dan mereka yang menuduh saya amalkan pun tidak boleh membuktikan yang saya masih amalkan. Kalau ianya berkaitan dengan amalan lahir seperti solat, boleh dilihat dengan mata lahir dan boleh dibuktikan, tapi ini amalan hati, macam mana nak buktikan. Saya di tuduh dan dihukum di atas satu perkara yang berlaku dalam hati, yang tidak boleh dilihat dan dibuktikan secara lahir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


dealovaku This user has been deleted
Post time 10-12-2006 11:36 AM | Show all posts
Rufaqa digerakkan oleh pengarah-pengarah

Saya tegaskan sekali lagi ini adalah Rufaqa bukannya Arqam. Rufaqa menumpukan bidang perniagaan sepenuhnya. Para ahli lembaga Pengarah Syarikat mewakili saya menyampaikan motivasi kepada staff dan menyusun operasi perniagaan syarikat. Untuk mengendalikan sebuah syarikat yang sebesar ini memang memerlukan pemantauan para pengarah. Takkan saya sorang mampu melihat semua perkara.



Pemimpin Kasih Sayang


Saya tidak pernah arahkan sesiapa membesar-besarkan dan mengagungkan-agungkan saya. Dalam hal ini kita perlu faham. Saya sebagai Pengerusi Syarikat dan mereka sebagai staff saya, saya jalankan tanggung-jawab saya sepenuhnya mengambil berat dan menjaga kebajikan mereka. Malah hubungan saya dengan mereka lebih kepada hubungan ayah dengan anak bukannya sekadar hubungan majikan dengan pekerja. Mereka yang asalnya tidak ada pekerjaan dan sumber pendapatan saya berikan kerja. Ada yang saya uruskan nikah kahwinnya. Kalau mereka ada masalah rumahtangga saya bagi panduan dan didikan. Kalau kesempitan wang saya bantu mana yang patut. Saya didik mereka kembali kepada tuhan. Mungkin atas dasar inilah mereka terhutang budi dengan saya dan memandang tinggi kepada saya selaku pengerusi syarikat ini. Apabila berlakunya hubungan di atas dasar kasih sayang maka mereka akan bekerja bersungguh-sungguh dan sentiasa jujur dan amanah. Tidak timbul tipu menipu dan salahguna wang dan sebagainya. Di sini saya tegaskan bukannya mudah untuk paksa orang sayang dan hormat kepada kita. Saya juga tidak pernah arahkan kepada sesiapa menggantung gambar saya, saya juga malu. Kalau ada pihak yang tidak senang dan minta di turunkan gambar saya. Silakan dan minta diturunkan gambar saya, silakan, saya tidak ada apa-apa kepentingan disini. Sebenarnya lebih banyak orang yang mengeji saya dari yang mengagungkan saya. Tapi sebagai hamba saya terima semuanya samada pujian atau kejian itu semuanya dari tuhan.

[ Last edited by  dealovaku at 10-12-2006 11:43 AM ]
Reply

Use magic Report

dealovaku This user has been deleted
Post time 10-12-2006 11:36 AM | Show all posts
Kursus Rawatan Alternatif

Selepas dibebaskan dari ISA pada tahun 2004 saya terus jatuh sakit. Saya telah mendapatkan rawatan dari pelbagai doktor pakar. Yang terakhir saya dirawat di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur. Doktor berkata saya mengidap multi stroke. Walaupun dah ramai doctor pakar yang saya temui tapi sakit saya masih belum sembuh. Akhirnya saya terlantar sakit di Nilai. Saya mempunyai masalah kesukaran percakapan dan pergerakan. Melihatkan keadaan saya yang semakin uzur maka isteri pertama saya Tengku Noriah mempelajari kaedah rawatan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Dia mula merawat saya dengan kaedah itu. Walaupun keadaan saya masih belum sembuh sepenuhnya namun saya masih boleh bertahan. Kemudian beliau mencuba pula kaedah rawatan itu kepada kaum keluarga terutamanya yang mengidap sakit teruk. Alhamdulillah dengan izin Allah nampaknya ramai yang sembuh. Apabila khabar ini tersebarlah meluas dengan cepat ramai yang hendak belajar kaedah rawatan ini. Jadi beliau membuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba kaedah rawatan ini bolehlah datang untuk mempelajarinya. Ia menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk merawat penyakit.

Namun saya tegaskan aktiviti ini bukan dasar Rufaqa. Saya dan ahli Lembaga Pengarah tidak terlibat. Ianya hanyalah merupakan inisiatif isteri saya Tengku Noriah untuk berkongsi ilmu ini dengan sesiapa yang berminat. Pada waktu yang sama juga saya sedang sakit jadi diluar pengetahuan saya dan kawalan saya rupanya makin ramai yang berminat setelah terbukti keberkesanannya. Apa yang berlaku di Shah Alam itu adalah mereka yang datang berkursus untuk mempelajari kaedah rawatan tersebut. Bukannya berkumpul untuk hidupkan Arqam. Tetapi saya telah arahkan supaya kursus ini dihentikan kerana ianya boleh menimbulkan fitnah dan masalah. Lagipun ianya bukan dasar syarikat ini.

[ Last edited by  dealovaku at 10-12-2006 11:44 AM ]
Reply

Use magic Report

dealovaku This user has been deleted
Post time 10-12-2006 11:37 AM | Show all posts
Rufaqa menumpukan perniagaan

Buktinya boleh dilihat di mana Rufaqa menumpukan sepenuh aktivitinya berniaga. Kenapa nak kaitkan dengan Arqam sedangkan saya sendiri pun tidak ada niat langsung nak hidupkan Arqam. Sebenarnya bagi saya isu ini timbul apabila ada di kalangan pihak tertentu yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Rufaqa. Lalu mereka cuba nak kaitkannya dengan Arqam sedangkan Arqam dah berkubur dan dah dilupakan orang. Saya rasa ada orang yang hati dan fikirannya tidak sihat lalu cuba mengusahakan agar Rufaqa dihancurkan seperti Arqam. Kelompok ini sebenarnya adalah dari kalangan bekas-bekas Arqam yang tidak senang dengan saya dan cuba membangkitkan isu ini. Bagi saya mereka lebih cenderung untuk mengugat keselamatan Negara dan mengganggu ketenteraman awam serta mewujudkan kegelisahan di kalangan masyarakat dengan menimbulkan isu ini sedangkan bagi pihak keselamatan yang memantau kami selama ini jelas tidak ada apa-apa masalah sebenarnya.

[ Last edited by  dealovaku at 10-12-2006 11:44 AM ]
Reply

Use magic Report

dealovaku This user has been deleted
Post time 10-12-2006 11:37 AM | Show all posts
Di hukum tanpa berpeluang membela diri

Berkaitan dengan Aurad Muhammadiah sekali lagi sila rujuk kepada jawapan saya sebelum ini. Walau bagaimana pun saya ingin memberi pandangan.

Di dalam isu ini saya harap sesuatu ajaran yang hendak diharamkan oleh mana-mana pihak eloklah diajak bersemuka dahulu dengan pihak yang terbabit supaya tidak timbul kekeliruan di dalam masyarakat.

Sepatutnya diajak bersemuka kedua-dua pihak dan dibahaskan secara ilmiah. Kedua-dua pihak sepatutnya diberi peluang untuk bercakap dan berbincang dua hala serta di adakan perbahasan terbuka secara dua hala. Bukannya ditangkap dan di ISA kan begitu tanpa dibicarakan dan dibagi peluang untuk pihak saya membuat penjelasan.

Saya dilemparkan dengan berbagai tuduhan, disesatkan dan bermacam lagi tanpa diberi peluang untuk saya membuat penjelasan. Setakat ini hanya laporan dari sebelah pihak sahaja yang didengar, pihak media memainkan isu ini tanpa memberi ruang untuk saya menerangkan keadaan sebenar.

Perlu diingatkan bahawa isu Arqam ini tidak pernah dibicarakan di mana-mana mahkamah di Malaysia samada mahkamah sivil maupun syariah. Jadi selama ini saya tidak berpeluang untuk diadili dan didengari dengan seadil-adilnya dalam hal ini.

Pengharaman Al-Arqam dan tuduhan kepada Rufaqa dibuat tanpa proses ilmu dan tanpa kedua-dua pihak disemukakan.

Walaupun saya akur dengan keputusan fatwa namun saya tidak mampu untuk kawal orang lain menerimanya dengan sepenuhnya. Akibatnya timbul tanda tanya, kekeliruan dan ketengangan apabila masyarakat tidak faham.

[ Last edited by  dealovaku at 10-12-2006 11:44 AM ]
Reply

Use magic Report

dealovaku This user has been deleted
Post time 10-12-2006 11:38 AM | Show all posts
Membubarkan Rufaqa merugikan ekonomi orang Melayu Islam

Pihak berkuasa boleh buat apa sahaja sebab mereka ada kuasa sedangkan saya tidak ada kuasa. Apa pun keputusan daripada pihak berwajib, sebagai seorang rakyat Malaysia saya akan akur. Namun perlu saya ingatkan bahawa memubarkan Rufaqa bukan hanya merugikan Rufaqa tetapi juga bererti merugikan ekonomi orang Melayu dan Islam.

Rufaqa adalah syarikat perniagaan pelbagai jenis produk halal, berbagai rangkaian perniagaan dan kegiatan ekonomi 100% kepunyaan Bumiputera Islam. Masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu patutnya berbangga dengan pancapaian ini. Rufaqa bangun tanpa pinjaman mana-mana bank, tanpa subsidi, tanpa tender, tanpa geran, tanpa rasuah, tanpa terlibat dengan sistem riba, tanpa hutang. Dalam keadaan terbuang, disekat semua ruang dan peluang, namum tetap boleh muncul sebagai syarikat korporat Melayu bukan hanya berjaya di dalam negara bahkan keluar negara. Pencapaian ini sepatutnya di contohi.


Rufaqa sepatutnya menjadi asset berharga buat negara. Aset ini bukan sahaja tidak diiktiraf di negara sendiri bahkan dimusuhi dan didengki. Rufaqa telah berjaya membuktikan bahawa di tengah-tengah Bandar yang majoritinya orang Cina, telah terbangun sebuah model perniagaan islam. Sedangkan hari ini hamper mustahil untuk mencari sebuah kedai melayu di tengah-tengah bandar besar. Pernahkah kita melihat sebuah bandar yang majoriti kedainya di miliki oleh orang Melayu. Lebih-lebih lagi kalau Bandar itu terletak di kawasan majoritinya kaum cina. Tentu mustahil pada fikiran kita. Kerana apa yang selali kita lihat di kawasan majoriti orang melayu pun, orang cinalah yang berniaga di situ. Apatah lagi sesebuah kawasan perumahan atau pusat-pusat perniagaan yang besar, majorotinya adalah kedai Cina. Kalau ada pun satu dua kedai Melayu, ia terselit di antara kedai-kedai tersebut. Tetapi itulah pengalaman Rufaqa membangunkan projek-projek di Bandar Country Homes, Rawang. Mampu mengusai perniagaan di tengah-tengah perniagaan Cina.

Membubarkan Rufaqa bereti membunuh sebuah model ekonomi Melayu Islam. Sedangkan kita tahu orang Melayu ketinggalan di bidang ekonomi. Sepatutnya orang lain belajar dari Rufaqa bagaimana membangunkan ekonomi, bukannya 搈embunuhnya
Reply

Use magic Report

dealovaku This user has been deleted
Post time 10-12-2006 11:42 AM | Show all posts
Tindakan Undang-Undang

Persamaan itu disudut mana? Pola mana yang mirip itu?

Walau bagaimana pun memandangkan kes ini dah berlarutan begitu serius, saya terpaksa mengarahkan panel peguam saya bertindak segera.

Padahal bagi saya dalam kes ini kalaulah pihak-pihak yang berkenaan sanggup untuk bersemuka dan berunding sehari pun boleh selesai.

Tetapi memandangkan ianya tidak berlaku demikian maka demi menjaga maruah dan nama baik syarikat serta kepentingan semua pekerja syarikat, saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang. Biarlah mahkamah yang menentukan.

[ Last edited by  dealovaku at 10-12-2006 11:45 AM ]
Reply

Use magic Report

dealovaku This user has been deleted
Post time 10-12-2006 12:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

dealovaku This user has been deleted
Post time 10-12-2006 12:36 PM | Show all posts
KEJUTAN DEMI KEJUTAN!

Setelah menyoroti cerita di sebalik berita mengenai isu JAKIM & RUFAQA ini, kami memperolehi maklumat berikut. Menurut sumber yang boleh dipercayai, selepas 2 pemimpin Rufaqa yang ditahan pihak JAIS selepas membuat sidang akhbar di Pusat Motivasi Harmoni, Bandar Country Homes, Rawang , Selangor, mereka di bawa oleh van JAIS ke sebuah restoran untuk singgah makan dan seterusnya ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Kemudian 2 pemimpin Rufaqa' itu dibebaskan tanpa sebarang soal-siasat dan dakwaan. Terkejutkan? Mula-mula ditahan, kemuadian dibebaskan? Apa cerita ni?

Rupa-rupanya, inilah gimik pihak berkuasa JAIS.

Mereka menahan 2 pemimpin Rufaqa' ini di depan puluhan wartawan di situ agar kelihatan 2 pemimpin Rufaqa' ini benar-benar "bersalah". Dan seperti yang dijangkakan, berita itu menjadi berita terhangat semua stesen TV dan suratkhabar perdana Malaysia. Inilah perang saraf yang sedang diprogramkan ke atas rakyat Malaysia agar kelihatan Rufaqa' itu memang bersalah sebelum disabit bersalah di dalam mahkamah.


--------------------------------------

hikhikhik...betul gak tekaan aku tuh, pasal dia org berdua dpt makan free lunch ari tuh...kelakar gak gimik pihak JAIS ni yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2006 11:17 PM | Show all posts
:lol

asaari asaari..

6. Berkaitan dengan isu Aurad Muhammadiah, telah banyak kali saya berikrar di hadapan polis dan JAKIM bahawa saya sudah meninggalkan dan tidak mengamalkan ajaran itu lagi. Malah semua ahli keluarga dan staff syarikat saya juga tidak mengamalkannya. Saya juga tidak pernah memasukkan dalam senarai aktiviti saya untuk mengembangkan Aurad Muhammadiah. Malah kalau di lihat kepada senarai tajuk-tajuk motivasi yang diberikan kepada staff saya melalui Pusat Motivasi Harmoni tidak ada satu pun tajuk mengenai Aurad Muhammadiah. Tajuk yang utama ialah Solat Membina Peribadi Agung, Membina Keluarga Bahagia dan sebagainya. (Sila rujuk senarai motivasi didalam website Pusat Motivasi Harmoni).


dlm buku asaari penipu eh pemimpin ajaaib, bini dia dok tulih..kata dia ngan aurat muhammadiah tak boleh dipisahkan.nih ada ole ole skit

[quote]Buku terbaru tulisan Khatijah Amm, isteri ketiga Asaari, telah menggemparkan Malaysia. Buku ini menjadi bukti jelas bahawa Asaari masih terus mengamalkan Aurad Muhammadiah di samping mencipta pelbagai ajaran baru dan perkara bid'ah dalam akidah. Biarpun Asaari dan para pengikutnya menafikan, namun buku ini menjadi bukti yang sangat jelas KESESATAN MEREKA. Kami paparkan bukti kesesatan mereka! Ini jelas membuktikan bahawa Asaari telah BERDUSTA di media!
Berikut adalah kesalahan yang kami kesan dan petikannya:

1. Mendakwa Asaari Muhammad adalah mujaddid dan diyakini sebagai pembantu Imam Mahdi.

揂llah lahirkan duta-Nya bertaraf mujaddid, pembawa Imam Mahdi yang kini amat diyakini, kemuliannyalah menyebabkan Malaysia jadi mulia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 11:17 PM | Show all posts
skit lagik sambungan

[quote]17. Mendakwa keselamatan dunia dan akhirat bagi seseorang itu adalah melalui dua bai抋h. Pertama, mengucap dua kalimah syahadah. Kedua, menerima serta taat kepada pemimpin yang dilantik oleh Tuhan (Asaari).

擪eselamatan dunia dan Akhirat bagi seseorang ialah bilamana dia melepasi dua bai抋h. Bai抋h pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah. Bai抋h kedua ialah menerima dan taatkan pemimpin yang dijanjikan yang ditunjuk Tuhan serta mampu merealisasikan dan mengukuhkan bai抋h pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 11:34 AM | Show all posts
macamani lah...

kalau Aurad muhammadiyah tu betul, mengapa Assaari tak mau amalkannya lagi waktu kena tangkap dulu? apakah benda tu salah? bila benda tu salah, Assaari lah yang tersesat dan disedarkan oleh pegawai agama dan ulama yang korang rupakak dok rendah2kan dulu. Ni bermakna ulama2 ni lah yang membawa Assaari kembali ke jalan yang benar.

Tapi bila Assaari menipu, dia kata benda ni semua ngarrruuutttt, dan sebenarnya dia masih mengamalkannya sembunyi2, maka Assaari adalah al-Kaziiiiib dan munafik.

sekarang bila dia kena sekali lagi, dia kata dia tak amalkannya lagi, dan mula menyalahkan orang2 yang dibawahnya.

Geng2 arqam al-Qaram ni memang dah siap2 atur plan buat perniagaan untuk gerakkan semula kesesatan mereka. So nanti bila tiba time2 macam sekarang, dia akan kata "mana ada? kami berniaga je"

Kemudian datang dealovaku and the geng nak bela Assaari kunuunnya rupakak hanya terlibat dengan aktibiti perniagaan sahaja. tetapi antara dealovaku & the geng yang mudah tertipu dengan Khadijaah Am, siapa lebih reliable? Sipa yang lebih kuat hujahnya? oleh kerana itu, kita tinggalkan hujah budak2dealovaku, kita berpegang kepada hujah Khadijah am bahawa Assarri masih tersesat dengan keinginan untuk jadi PBT dan masih amalkan aurad.

[ Last edited by  antiQue at 19-2-2007 09:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 05:11 PM | Show all posts
tak ke hancur hati budak2 arqam rupakak yg siang malam amalkan aurad  nih, last2 asaari kata dia tak amalkan lagik

:lol

asaari asaari..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.150392 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list