CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: secawankopi

Cerita seram Secawankopi

[Copy link]
Post time 15-10-2009 11:43 AM | Show all posts
Sebaik-baiknya bila pindah rumah baru, buat ler kenduri doa selamat atau housewarming.. pagar la rumah tu elok2.. tapi make sure takde penghuni halimunan kat situ sebelum dipagar.. kang takleh keluar plak dorang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2009 12:00 PM | Show all posts
Tak taulah betul ke tidak pasal kucing langkah mayat terus mayat bangun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 01:09 PM | Show all posts
Orang yg dah mati, mati lah.

Tak terseksa punya mayat tu klu diletak telur, paku, kereta atas mayat dia ke, letak gergaji ke apa2 ke, InsyaAllah xkan terseksa sebab roh dah terpisah dari jasad.

Yang terseksa dan akan teruk merana ialah 'binatang2' yang buat benda bukan2 tu.

Lagi satu, adalah MUSTAHIL mayat boleh jadi hantu pontianak kuntilanak pocong ke apa ke MUSTAHIL sebabnya manusia yg dah mati, mati le.

Klu lepas sape2 mati pastu ada pontianak ke apa, itu adalah jin2 yg boring xde keje menjelmakan diri seakan2 si mati dan mngambil kesempatan atas kematian simati agar manusia2 sekeliling dicucuri dosa free sebab mengadu domba mnghina simati menuduh jadi hantu!

itulah kekejian syaitan dan jin yg memang cari punca agar manusia beroleh dosa.

ingat, manusia dah mati, xleh jadi hantu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2009 01:10 PM | Show all posts

Kisah mier anak saudaraku.

Post Last Edit by secawankopi at 15-10-2009 13:12

Kisah ini berlaku kira kira 8 tahun yang lalu ketika anak saudaraku bernama mier berumur 4 tahun mengikut aku dan abang uteh  ke pasar Lambak(pasar malam sebutan orang muar) di pekan P.Kami bertolak dari rumah sekitar jam 6 petang menaiki motosikal yang di bawa oleh abang uteh.

Pada  awal2 akak iparku kak izah memang  dah menegah agar meir tak di bawa berasama tapi anak saudaraku menagis sampai tersedu sedu (menangis sampai macam nak sesak nafas) nak mengikut ayahnya abg uteh dan aku ke pasar lambak.Aku pun sebenarnya malas nak pergi sebab penat.Tujuan kami ke pasar lambak hanya nak membeli ayam percik kegemaran kak  kak izah yang tengah sarat mengandung 7 bulan.

Abg uteh  bukan takde kereta tapi dia ni jenis pembersih sikit kalau dia dah basuh keta alamat keta tu tak keluar lah sbb takut hujan nanti kotor semula.dipendekan cerita selesai aja membeli ayam percik dan ronda ronda kami bertiga pun balik.Jarak diantara pekan P ke rumah aku lebihkurang 8 km jam tangan menunjukkan tepat jam 7:30 suasana  ke kampong aku ni memang menyeramkan sikit sebab di pingir jalan hanya semak samun dan pokok getah je dengan jalan raya yang tak rata dan berlubang lubang.Sampai di satu simpang tiba tiba anak saudaraku si mier menangis sekuat hati sambil mengibas ngibas belakang tengkuknya.Perjalanan kerumah lebih tinggal lebihkurang 3 km aku cuba menenangkan anak saudaraku dengan memeluknya dengan erat.Tangisan mier makin kuat dan dia meronta ronta atas motor.

Abang  uteh jadi tak tentu arah mengendengar  tangisan mier  dengan jalan yang berlubang terpaksa mengelak kekiri dan kekanan memang dia agak kelangkabut. dlam suasana remang senja aku terus memeluk kuat mier di belakang.Sampai di rumah tangisan mier tak reda puas kami memujuknya tangannya masih mengibas ngibas tengkuknya katanya atuu.atuu .Abg uteh ,kakak izah dan ibu jadi cemas  dengan tangisan si mier tidak berhenti aku bergegas ke surau di hadapan rumahku untuk memanggil ayah pulang harapanku mungkin ayah tahu apa yang perlu di buat.

Ayah meminta imam wahid mengikutnya sekali kerumah untuk melihat keadaan mier sampai di rumah aku lihat muka mier amat pucat sambil matanya terbeliak keatas .Mier tidak lagi menagis tapi terbaring di atas katil sambil matanya meliar memandang keatas dan kadang kadang dia mendengus badanya panas kak izah menagis melihat keadaan mier. Imam wahid meminta aku mengambilkan segelas air aku terus medapatkanya .Imam wahid terus membacakan ayat ayat al quran dan bandan mier disapukan air keadaanya tidak berubah aku lihat imam wahid menggengam sesuatu di  sebelah kanan tengkuk mier  tiba2 mier menjerit tapi suaranya kasar tak macam suara budak umur 4 tahun  imam wahid membuka gengaman tanganya sedikit kelihatan  objek ianya seperti serangga katanya perlahan ini pelesit..abg utih tergamam.Serangga itu dimasukan kedalam kain putih.

Aku lihat mata mier tidak lagi terbeliak macam tadi dia seperti keletihan  dan dia mula tenang.Imam wahid menasihatkan abang uteh lain kali jangan bawa budak atau berkeliaran pada waktu senja (magrib) kerana pada waktu ini syaitan sedang berkeliran.Semenjak dari hari itu abg uteh jadi serik untuk keluar waktu senja  dan dia saakan trauma sampai sekarang takut keluar keluar malam.Kata imam wahid lagi pelesit itu mengikut mier dan bergayut di tengkuknya..sampai sekarang kalau aku teringat bulu roma aku meremang..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 01:15 PM | Show all posts
kan org tua2 kata jgn jalan waktu senja.. cari pasal la tu.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 01:30 PM | Show all posts
takutnya...memang la waktu maghrib syaitan dah start keluar mcm mana kelawar kuar terbang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2009 01:36 PM | Show all posts
samalah dengan saya sejak pindah ke apartment baru ni dgr bunyi2an yg serupa dialami oleh secawankopi......kita ignore kan jer..lama2 akan hilang sendiri.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 01:40 PM | Show all posts
kat tempat aku, selamba je sorang apek ni bawak cucu dia jalan2 ngan stoller senjakala..
ke, org melayu je selalu kena ek?
ataupun, antu melayu kacau org melayu jekk?
err, antu melayu? hehehe..
korang pepaham la sendiri ek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2009 01:45 PM | Show all posts
ORG TUA2 MEMANG MARAH BUDAK2 OR KITER YANG TUA NI KUAR MAGHRIB2... TAKUT X KUAT PAPER PON LEH JADI..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 01:53 PM | Show all posts
takutnya...memang la waktu maghrib syaitan dah start keluar mcm mana kelawar kuar terbang..
Pygmalion Post at 15-10-2009 13:30


kalo x silap aku katanya syaitan dah start keluar dari lepas asar lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 02:04 PM | Show all posts
Sebaik-baiknya bila pindah rumah baru, buat ler kenduri doa selamat atau housewarming.. pagar la rumah tu elok2.. tapi make sure takde penghuni halimunan kat situ sebelum dipagar.. kang takleh keluar  ...
duquesne Post at 15-10-2009 11:43


kalau dah pagar.. jgn sampai bocor sbb perbuatan sndiri lak... lagi parah.. apa2 hal pun tetap kena hati2
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 02:10 PM | Show all posts
ngg.... nasib baik x pape mier tu ye.... seriau aku
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 02:20 PM | Show all posts
aku pon ada pengalaman camtu,

hari tu, kami bergerak dr muar dlm lingkungan jam 5.30 ptg menuju kl.Elok nak masuk maghrib kami pon berenti kat restoran jejantas air keroh utk solat.kami mmg tak pernah nak balik kl ptg tapi kali ni terbegerak ptg. Elok je park, husband pon kuar untuk solat. sy dan anak2 dok dlm keta. tup2 bab nangis, mula2 sikit then makin kuat sambil mata melingas2 memandang keliling.saya dah cuak.

memula adik nangis, sat lagik kakak dia pon nangis jugak.sy jd kalut, rimas, berpeluh2 laaaa sbb takut .nasib hubby dtg cepat kat keta.... dia buka pintu tgk anak2 tgh melalak. cepat2 suh dia masuk.

dah mcm tu, kami terus gerak dr situ ke kl. anak2 still nangis sambil mata melingas2 melihat luar.dari air keroh sampai hentian seremban lah jugak nangisnyer. sepanjang perjalanan tu pasang ngaji je kat radio sambil hubby baca 3 qul, usap2 kat kepala anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 02:20 PM | Show all posts
apa beza dgn kuar maghrib2 dgn kuar dr pagi sampai mlm.. maghrib masih kat luar lagi... tak balik2 umah...??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2009 02:28 PM | Show all posts
Kan orang tua tua pesan kalau dah nak dekat magrib pintu tingkap rumah mesti kena tutup masa ni syaitan aktif berkeliaran sebsb syaitan sukakan tempat gelap.Dan kalau kita keluar melepasi waktu magrib tak kira balik kerja ke sebelum masuk rumah baca bissmilah pastu baca ayat kursi dan beri salam walaupun masa tu takde orang kat rumah kala x baca syaitan dan iblis ikut masuk rumah .Bila dah masuk rumah terus pergi mandi dan bersihkan badan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 02:41 PM | Show all posts
aku pun pernah kena kat hentian lenggong... bwk masuk anak umr 7 bulan utk cuci... kuar jer toilet terus nangis x igt.... msk dlm kete baca ayat kursi... 3 qul... jauh dari hentian tuh baru dia brenti nangis... sejak dari hari tuh... kalau travel mmg aku x bwk turun dah anak aku kat R n R sbb dah serikkkk.... masa tuh bkn senja pun lps zohor dlm kol 2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2009 02:59 PM | Show all posts
kalu kat teranganu betina yang kuar waktu maghrin pagil tino gharik(huhu xtau nak eja cam ne)mamber orang tganu slalu sebut
lalala
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 03:29 PM | Show all posts
kalu kat teranganu betina yang kuar waktu maghrin pagil tino gharik(huhu xtau nak eja cam ne)mamber orang tganu slalu sebut
lalala
ismiulammraja Post at 15-10-2009 14:59


tu spesis kacang hantu gak tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 04:08 PM | Show all posts
kalu kat teranganu betina yang kuar waktu maghrin pagil tino gharik(huhu xtau nak eja cam ne)mamber orang tganu slalu sebut
lalala
ismiulammraja Post at 15-10-2009 14:59


hehehehe
tino tu betina la kn??

hehehehehehe
pada gurls diluar sna spe2 yg kepingin nk dpt title seperti yg disebut oleh en ismi kta, selalu2 la kuar malam yer...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 04:47 PM | Show all posts
Haku nak ke lif kena lalu 2 unit rumah. So 1 unit ni memang kosong sampai sekarang. Haku pernah terkena baru2 duduk dulu, elok haku lalu depan pintu tu, bunyi org ketuk dari dalam siap bagi salam lagi ...
WeAiNe Post at 13-10-2009 16:59



siyes seram....!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196099 Replies : 4540
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30358 Replies : 178
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7203 Replies : 26
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7777 Replies : 55
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.082881 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list