CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

GHAZAL UNTUKMU

[Copy link]
Post time 2-8-2011 01:30 PM | Show all posts
BEST ARRR CITE NIH   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2011 03:53 PM | Show all posts
detox
uda rasa nak berbuka ngan burger la plak
mcm sedap aje.............
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 05:07 PM | Show all posts
gibran nie, muslim ke? nanti ada tentang agama pulak...susah tu.. conpius ngan nama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2011 11:02 AM | Show all posts
Reply 123# Syafiya


    Gibran muslim.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2011 11:04 AM | Show all posts
BAB 9

DIA ke lorong itu lagi. Sebaik sahaja pertemuan dengan Hafez yang sudah berhari-hari tertangguh, Lili bergegas ke Pasar Seni. Dia mencari tempat kosong. Kamera sudah siap sedia di tangan. Dia mengacu-acukan lensa. Melihat-lihat arah matahari. Semuanya cantik, tinggal tunggu gerangan si Gibran membuat persembahan. Gibran baru sahaja tiba. Dia mengeluarkan gitar akustik dari beg hitam setelah itu tangannya sibuk memasang pemegang Harmonika yang terdapat cangkuk untuk disangkut ke bahunya. Hari ini dia buat persembahan solo, Mat Jeng si pemain gendang adik terpaksa balik kampung ada hal keluarga. Lili buat berani menghampiri Gibran.

“Hai…”
“Hey !” Gibran senyum sambil menyelitkan harmonika biru tuanya ke dalam liang pemegang.
“Saya nak minta kebenaran boleh ?” tanya Lili. Mukanya penuh berharap.
“Kebenaran ? Kebenaran apa ?”
“Tangkap gambar …”

Gibran senyum, dia meniup sikit harmonika dan mengangguk-angguk. Pass.

“Hmm, selama ni tak minta kebenaran pun, saya boleh saman tau !” guraunya dengan sengih separuh.
Lili ikut sengih.

“Itu sebab saya tak publish mana-mana…tapi kali ini saya ada projek mmm tapi tak boleh bagitahu lagi. Projek rahsia !”

Gibran gigit bibir. Dia serlum tali gitar ke kepala dan betulkan kedudukan gitar. Memetik tali-tali halus itu dan memusingkan tuner  untuk menegangkan sedikit tali E. Lili perhati saja penuh minat.

“Ok, boleh tangkap gambar, dan kalau project berjaya saya nak 20% !” mukanya sengaja diseriuskan.

“Awak akan dapat lebih dari tu !” Lili menguntum senyum dan terus merakam tangan Gibran yang sedang bergeseran dengan tali-tali halus. Close shot dan memang cantik ! Superb.
“Saya tuntut !” katanya dan dengan beraninya mengenyet sebelah mata. Lili jadi merah pipi dan Gibran ketawa senang hati.
“Emm satu lagi…”

Gibran kerut dahi. Banyak hal pulak minah ni !

“Berapa banyak satu da !”

Lili ketawa lepas itu mengebam bibir. Ala malu la pulak !

“Emm, hari ni tolong mainkan lagu Syair Hang Nadim boleh ?”
“Hang Nadim tak ada, Hang Gibran ada !”

Lili tergelak dan Gibran pula mengangguk. Maknanya permintaan Lili itu akan ditunaikan.

“Ada apa-apa lagi sebelum saya mulakan ?” bunyi macam perli sahaja.
Lili terus menggeleng, “Thanks..” lalu menapak ke belakang.

Kembali semula ke tempatnya berdiri tadi, jarak yang cukup cantik untuk merakam setiap sudut pemuzik jalanan itu beraksi. Lorong itu bertukar irama, dari bising lagu hip hop berganti meriah dengan rentak inang, dan zapin. Beberapa pelancong berhenti untuk menikmati rentak yang tidak pernah menyapa telinga mereka. Bergoyang-goyang badan dan kepala terangguk-angguk menyukai apa yang mereka dengar. Warna-warni kehidupan di lorong itu terus menjadi rakaman untuk satu projek rahsia Lili Alias !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2011 11:06 AM | Show all posts
LILI menyimpan kamera. Terngiang di telinganya lagu Syair Hang Nadim yang dimainkan sebagai lagu penutup. Meremang bulu romanya kala mendengar suara itu sedap mengalunkan lagu, mungkin Art Fazil akan marah, tapi suara Gibran lebih bagus dan itu lebih nyata.

“Terima kasih.” Ucap Lili ringkas.
“Aik, takan terima kasih je !” dia menyimpul senyum lalu menarik zip beg gitarnya.
“Oh ya…” Lili menarik sekeping gambar dari beg. Gambar yang dicetak beberapa malam dulu, selepas makan burger di gerai Kit.

Gibran menyambut gambar ukuran 5R dan tergelak melihat dirinya yang senyum manis memegang harmonika sedang bersandar di dinding Pasar Seni, cat yang sudah lusuh membuatkan gambar itu nampak rustik. Rambutnya ketika itu panjang paras bahu, beralun-alun. Makna kata gambar itu dirakam setahun yang lalu. Sekarang rambutnya sudah di potong crew cut.

“Ini untuk saya ke ?” Lili mengangguk dan Gibran terus sambung, “Terima kasih, gambar ni buat saya nak simpan rambut panjang semula…”
“Kenapa potong ?” tanpa sedar mereka berdua sudah memulakan langkah. Bergerak perlahan menuju ke salah sebuah pintu sisi Pasar Seni.
“Frust.” Gibran mencebik.
“La kenapa ? Kena tinggal dengan girlfriend ke ?”

Gibran mengerut dahi. Mukanya berubah sedikit. Terasa mulutnya terlebih lancar, Lili mengebam bibirnya dan menelan liur. Ops !

“Sorry.” Katanya perlahan. Mereka berhenti betul-betul depan pintu.
“Tak apa. Frust sebab masa pergi audition kat Philharmonic tak dapat.” Katanya. Betullah jawapannya itu, tapi tebakan Lili juga betul. Kena tinggal. Adui !
“Jom minum teh tarik.” Ajak Gibran terus memotong apa sahaja yang dalam fikiran Lili.
Tak sempat diluahkan.

“Boleh, tapi saya belanja, sebab tadi dah tolong mainkan lagu.”

Gibran mengerut hidung, dan menggaru kepalanya.

“OK. Tapi kat sini tak best. Ada satu tempat, teh dia kaw-kaw punya sedap !”
“Mana ?”
“Jom.”

Gibran terus berjalan menuju ke arah stesen LRT Pasar Seni. Lili ikut sahaja. Mereka berjalan melepasi stesen itu.

“Kat mana ?” tanya Lili punyalah pelik.
“Kampung Attap !”
“Gila jauh !” Sanggup berjalan sampai Kampung Attap hanya kerana nak minum teh tarik bolehlah dianggap macam tak siuman.
“Tak sampai gila lah…jom ! Tapi bila dah rasa mungkin awak akan gilakan teh tarik mamak tu !” canda Gibran dan mereka terus melangkah menuju ke Kampung Attap yang lebih kurang sepuluh minit berjalan. Kereta padat dekat bulatan, semua kalut hendak pulang ke rumah sebelum Maghrib.



DI HIMPIT di antara bangunan-bangunan lama, satu warung mamak penuh dikunjungi orang ramai yang mahu pekena teh sebelum pulang ke rumah. Mereka memilih satu meja yang baru dikosongkan sekumpulan budak-budak despatch. Dua cawan teh tarik yang berbuih dan suam-suam menemani bual mereka petang itu. Geseran daun pokok sena ditambah pula riuh kicau burung yang sibuk sama hendak pulang, menjadikan suasana minum teh di bawah pokok, di celah-celah bangunan usang begitu nostalgia sekali.
Setiap detik terus terakam dalam minda Lili. Sudah bertahun lamanya dia tidak duduk semeja, berbual kosong dan berkongsi jenaka sambil menikmati teh yang manis lemak berkrim. Petang itu adalah petang yang memecahkan semua kesedihan yang terhimpun begitu lama. Dia ketawa, dan ketawa sampaikan terpaksa memesan satu cawan teh tarik lagi. Roti inti kelapa menjadi kuih mereka petang itu. Minum petang yang simple tapi dengan ambiance yang begitu indah terasa sedap sangat, kalah makan dekat kopitiam.

Petang itu persahabatan mula terjalin antara si jurugambar dan si pemuzik jalanan. Gibran punya banyak cerita, ada yang lucu, ada juga yang mengangkat makna sebuah kehidupan. Ceritanya membawa perspektif baharu pada pemikiran Lili. Ceritanya penuh irama dan lagu. Petang itu Lili hanyut dalam menghayati cerita tentang kehidupan di lorong belakang Pasar Seni. Realiti kehidupan yang selalunya terakam dalam gambarnya kini dinaratifkan oleh seorang yang merasakan sendiri pahit manis, payau dan kelatnya. Ada susahnya ada senangnya. Lili rasa seronok, perbualan seperti masa-masa lalu, sewaktu dia dan Harith adalah rakan baik, kembali mengisi ruang waktunya. Melalui Gibran dia rasa dia ketemu semula sahabat yang hilang. Untuk semua itu, dia tidak berhenti senyum. Senyumannya yang mulanya hadir dalam hati, diterjemahkan di wajahnya.

“Memang kaw teh tarik ni dan memang saya dah ‘gila’ nak minum teh ni lagi.” Kata Lili ketika mereka berjalan menuju ke Pasar Seni semula.
“Tulah saya dah cakap.” Gibran jadi hairan sejak tadi melihat Lili yang tersenyum tidak henti-henti dari tadi.
“Awak nampak happy saja…” katanya perlahan.
“Ye ke ?” Lili terus berhenti senyum.
Gibran angguk.
“Saya lebih suka tengok awak senyum dari menangis. Macam malam tu…”

Lili tidak berkata apa-apa. Seperti biasa, dia hanya mengebam bibir. Tiada dialog lagi  dan dua-dua terus berjalan. Matahari sudah terbenam. Sayup azam berkumandang. Dua-dua menghayati suara muazzin dalam remang senja, menghayun kaki menuju ke surau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-8-2011 11:07 AM | Show all posts
selingan di pertengahan ramadan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 11:25 AM | Show all posts
tq detox ada juga crite terkini ttg
Gibran dan Lili tp tau2 ajelah......
mana pernah puas.
asyik next next next.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2011 12:06 PM | Show all posts
thanxs akak....
dah publish nti, gtau no...
cepat2 kena beli...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 01:44 PM | Show all posts
selingan di pertengahan ramadan
detox Post at 15-8-2011 11:07



    Thanks Dear
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 04:17 PM | Show all posts
Lamanya detox baru ada n3, dah hampir terlupa citer ni sebab kepala berserabut dengan kerja yang melambak setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 10:36 PM | Show all posts
ada selingan rupanya... TQ..
harap2 cpt2 publish...
tak sabar nak baca...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 11:38 PM | Show all posts
detox tu selingan tuk ramadhan nyer.... hat nak nyambut raya takan tak der... bagi ler lagi.... semangat sket nak raya nih...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 08:51 AM | Show all posts
thanks dear {:1_147:}{:1_147:}{:1_147:}{:1_147:}{:1_147:}{:1_147:}
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 11:03 AM | Show all posts
selingan di pertengahan ramadanGHAZAL UNTUKMU
detox Post at 15-8-2011 11:07


wah sempat keluar dari gua pertapaan tu ya.....amacam projek bertapa..dah nampak TAMAT tak..atau byk lagi kena pages nya...heheheh..aku nak buat ramalan biler baby baru ni nak keluar...ada harapan tak penutup 2011 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 11:36 AM | Show all posts
best... thanks for the n3 kak detox... luv so much la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 11:50 AM | Show all posts
tks detox
btw camner lagu Syair Hang Nadim tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 12:38 PM | Show all posts
tks detox
btw camner lagu Syair Hang Nadim tu?
sang_arjuna Post at 16-8-2011 11:50



    A'ah la.......... uda pun naik tau liriknya
    menyusuk jiwa x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2011 12:44 PM | Show all posts
Salam semua

@Kaypo; ending cerita ni mmg dah ada, hopefully lepas raya boleh anto full manuscript dan terpulanglah pada mereka bila nak publish

pada semua yang sudi membaca kisah ini, terima kasih banyak2, asyriqa, has, zeeghaz, uda, smiley, pura, yaya dan semualah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2011 12:46 PM | Show all posts
saya search di youtube mmg tak de lagu syair hang nadim oleh art fazil tu. so saya cuba videokan, sorry bout the graphic, but more important is the music kan ?
to smiley and uda, enjoy.

saya suka lagu ni sbb rentaknya. ianya mengisahkan pasal hang nadim yang cerdik dan akhirnya di hukum....kisah singapura dilanggar todak.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.120365 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list