CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
 Author| Post time 20-4-2012 01:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 20-4-2012 13:24

Part 2 - Episode 15

Halim Travel & Tours. Lot 11-13, Ground Floor, Hotel Maya.

Masuk ke tak? Masuk ke tak?

“Ah, masuk jelah” Lea membuat keputusan setelah hampir lima minit berdiri di depan pintu. Pintu di tolak. Agak santai suasana di pejabat ini namun kemas. Ada poster percutian di sana-sini. Seorang pekerja wanita di bahagian hadapan tersenyum kepadanya.

‘‘Selamat Datang Cik. Ada apa boleh saya bantu ?’’ Kedatangannya di sambut ramah.

‘‘Saya nak cari Kudin” Lea menjawab

“Kudin? Tak ada staff nama Kudin kat sini”

“Sorry.. ermmm Faiz. Dia ada?”

‘‘Cik ada appointment ke dengan Encik Faiz?’’

‘‘Tak, tak ada. Saya kawan dia” Lea berkata teragak-agak.

Pekerja wanita itu senyum “Tunggu sebentar. Cik duduklah dulu’’

Lea senyum sambil mengambil tempat di sofa. Sambil-sambil itu dia membelek-belek majalah pelancongan yang tersusun rapi di atas meja. Satu majalah diambil.

‘‘Cik, nama cik siapa ya?’’ Tanya pekerja itu, tangannya memegang telefon intercom.

‘‘Adalea’’ Lea menjawab.

‘‘Cik Adalea’’ Ulangnya.

Lea kembali membaca majalah Escape! Macam-macam destinasi menarik dipaparkan.

‘‘Hhhmm... bila la aku dapat pergi holiday ke tempat ni?’’ Lea berkata sendirian.

‘‘Kalau kau nak, aku boleh sponsor’’ Tiba-tiba ada suara menyahut. Lea mengangkat kepala. Faiz sudah berada di depannya sambil tersenyum.

‘‘Ye ke kau nak sponsor?’’ Tanya Lea sambil ketawa.

‘‘Boleh, tapi kau kena kahwin dengan aku dulu’’ Faiz membalas, turut tergelak. Lea mencebik dan kemudian tersenyum sumbing.

Hai lah hati, kenapa kau berdebar?

‘‘Mira, Aznim mana?” Tanya Faiz.

“Lunch” Ringkas jawab Mira. Faiz teranguk-angguk.

“Mira, kalau Datuk Halim cari saya, beritahu dia saya keluar, tak balik office. Call my hand phone if only it’s URGENT’’ Perkataan urgent sengaja di tekankan.

‘‘Okay boss’’ Mira memahami kata-kata majikannya yang bermaksud ‘jangan telefon langsung’.

Lea mencebik lagi. Boleh tahan…

‘‘Jom, kita keluar’’ Ajak Faiz. Sambil jalan, sambil berbual. Faiz memerhatikan Lea. Wajahnya, bibirnya, matanya, rambutnya, gayanya...

Comelnya…

‘‘Oi, aku tanya kau ni. Nak pergi mana?’’ Tanya Lea lagi. Pelik tengok Faiz yang terdiam dari tadi.

‘‘Apa?’’ Faiz buat muka blur.

‘‘Nak pergi mana?’’ Ulang Lea. Faiz menggaru dagu.

“Kau datang sini naik apa?”

“Kak Mona yang hantar, ada hal sikit. Lepas dah settle, aku ingat nak terus balik. Tiba-tiba teringat yang office kau pun dekat-dekat sini. Tu aku saja singgah. Manalah tau dapat tiket kapal terbang free…” Lea menggigit bibir.

Heh, cakap ajelah kau rindu nak jumpa aku, berkias pulak. Faiz mengangkat kening.

“Kita keluar dari sinilah” Ajaknya.

“Ke mana?”

“Anywhere”

Lea menggigit bibirnya lagi. “Okay” Dia lalu berjalan beriringan dengan Faiz ke tempat meletak kereta.


************************************************************************


Nadia masuk ke dalam pejabat sambil membawa dua bungkus minuman. Dia terus ke pantry. Meletakkan air yang dibeli ke dalam mug. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk Encik Faiz. Dua mug air dibawa ke biilik General Manager, bilik majikannya. Tapi, Encik Faiz tiada dalam bilik. Mug itu diletakkan juga di atas meja.

“Eh, Mira. Mana boss?’’ Soal Nadia. Mukanya mencuka.

“Keluar. Kenapa?” Mira menjawab.

“Keluar pergi mana?”

“Tak tau. Tadi kawan dia datang, lepas tu diorang keluar”

“Lelaki ke perempuan?”

“Perempuan. Girlfriend dia kot? Tapi bukan yang selalu datang tu. Ni orang lain” Terang Mira, sempat bergossip.

“Girlfriend? Huh!” Makin masam muka Nadia.

“Satu je ke air ni?” Mira bertanya.

“Nah!” Mug itu dihempas di atas meja. Airnya tumpah hampir terkena baju Mira. Mira hanya menggeleng. Kalau dilayan, makin menjadi perangai si Nadia ni.

Nadia menggumam-gumam sendiri. Terbit rasa marah yang teramat dalam hatinya.

“Kau ok ke Nad? Tiba-tiba naik angin?” Mira bertanya. Rimas tengok Nadia yang merengus dari tadi.

Tapi Nadia hanya diam, tak menjawab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2012 01:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 20-4-2012 13:12

Part 2 - Episode 16  

Walaupun dalam waktu bekerja, masih ramai orang yang mengunjungi The Curve di Mutiara Damansara. Ada yang datang mencuci mata, ada yang ingin membeli-belah dan macam-macam lagi. Faiz dan Lea singgah di Kenny Roger’s untuk menjamu selera.

“Kau dah berhenti hisap rokok eh?” Tanya Lea.

“Dah lama berhenti” Jawab Faiz tidak memandang Lea. Jarinya sedang leka menaip sesuatu di Blackberry.

Lea memerhatikan Faiz yang duduk dihadapannya. Banyak yang berubah. Rambutnya sudah di potong pendek. Pakaiannya juga berjenama dari atas ke bawah Tiada lagi baju dan seluar berjenama ‘bundle’.  Badannya juga sudah berisi dan lebih segak. Pertama kali Lea melihat Faiz berpakaian agak formal, kemeja lengan panjang dan seluar dockers hitam. Tapi, mungkin di sebabkan cuaca panas, lengan bajunya di sinsingkan hingga ke siku.

Makin handsome mamat ni…

“Dah puas tenung aku lama-lama?” Soalan Faiz secara tiba-tiba membuatkan muka Lea merah. Mata Faiz masih terarah ke Blackberry tetapi bibirnya menguntum senyum. Lea hanya mencebik.  

“Aku happy tengok kau dah berubah” Lea bersuara. Faiz perasan ada nada sedih dalam ayat itu yang membuatkan dia tiba-tiba rasa bersalah. Dia meletakkan Blackberrynya di atas meja lalu memandang Lea.

“Aku tak ada niat pun Lea, nak tinggalkan kau. Tapi aku terpaksa buat apa yang aku fikir penting. Aku balik dengan tangan kosong. Zero. Aku kena stabilkan balik hidup aku, cari balik apa yang aku dah buang” Faiz membalas, berkias.

“Tapi, masa tu kita masih boleh berkawan kan?” Sekali lagi soalan daripada Lea membuat Faiz rasa semakin bersalah.

“Mungkin” Jawab Faiz ringkas. Lea diam.

“Lea, kalau aku sakitkan hati kau, buat kau marah, buat kau sedih, aku minta maaf banyak-banyak” Faiz berkata.

“Masa tu, mama aku lebih penting” Wajah Lea di tatap mengharapkan pengertian.

“Lea.. I’m so sorry”  Saat ini, ingin saja Faiz mencapai jari Lea di atas meja namun di tahan sahaja.

“Iya, aku faham. Cuma…” Ayat Lea terhenti di situ. Matanya dan mata Faiz bertembung lagi.

“Aku pernah terniat nak pergi rumah kau. Tapi, aku takut” Faiz menyambung kata.

“Takut? Takut kenapa?” Tanya Lea.

“Aku takut kau dah kahwin” Jawab Faiz.

“Siapalah yang nak kan aku ni?” Kata Lea merendah diri.

Faiz memandang Lea lalu berkata “Aku nak” tapi ayat itu tersangkut di anak tekak.

“Kenapa sampai sekarang kau takde girlfriend eh?” Dia di tembak dengan soalan cepumas.

Faiz mengangkat bahu, senyum lagi. Tidak menjawab soalan.

Macam mana aku nak cari girlfriend, hati aku kau dah curi.

Hishhh... senyum ajelah yang kau tahu. Soalan aku tak dijawab. Lea mencebik.

“Comel” Kata Faiz tiba-tiba.

“Apa yang comel?”

“Kau. Buat bibir macam tu, comel”

Lea malu sendiri. Dah memang tabiat dia sejak dulu, tak boleh buang. Faiz tersenyum memandang Lea. Tak lepas matanya dari wajah itu.

‘‘Lea…’’

‘‘Yup’’

‘‘Aku sebenarnya dah lama suk…’’

‘‘Excuse me sir, madam, ready to order?’’ Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan. Jari Faiz mengetuk-ngetuk meja. Ayat yang telah di susun cantik di dalam kepalanya hilang begitu saja.

Kacau ah…!

Setelah pesanan di ambil, pelayan itu berlalu pergi dengan senyuman.

“Kau cakap apa tadi?”

“Aaa.. tadi?” Lea menunggu Faiz meneruskan kata-katanya.

“Aku.. errrr.. aku sebenarnya…. nak ajak kau ikut aku pergi trip” Faiz sendiri terkejut dengar ayat yang keluar dari mulutnya. Apa aku cakap ni?

“Pergi trip?”

“Haah… Aku nak cari bahan untuk update blog. Kali ni aku nak pergi Pangkor. Kau nak ikut?”

“Berdua je?”

“Boleh juga”. Lea menjegilkan biji mata.

“Bukanlah. Dani kan selalu ikut aku. Ajaklah Mariam sekali” Faiz menyambung. Bernas juga idea aku ni.

Lea memandang Faiz. Biar betul mamat ni?

“So?”

“Nantilah aku confirm. Bila nak pergi?”

‘‘Aku plan bulan depan’

Lea diam sahaja, tidak menjawab.


*************************************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 01:14 PM | Show all posts
‘‘Faiz ajak kau pergi Pangkor, aku sekali?’’ Mariam bertanya, meminta kepastian.

‘‘Haah.. Katanya nak cari bahan, nak update blog. Apa mimpi tah mamat tu’’ Jawab Lea, telefonnya di alihkan ke sebelah kiri telinga.

‘‘Mimpikan kaulah. Lagi mau tanya’’

‘‘Tak ada maknanya mimpikan aku’’

‘‘Dia tak cakap apa-apa ke dengan kau ? ’’

‘‘Cakap apa ?’’

_______________________________________________________________________________

‘‘Cakap yang kau ada hati pada dia lah’’ Jawab Dani sambil menghirup teh tarik.

‘‘Nak kena cakap ke?’’ Faiz menjawab sambil mengaru-garu dagu.

‘‘Kenalah cakap. Baru dia tau yang kau sayangkan dia. Perempuan ni kau tau lah.... Bercinta nak kena declare, birthday nak kena wish, anniversary nak kena bagi hadiah…”

“Takkan dia tak boleh faham sendiri kot?”

“Manalah tau...” Dani menjawab. Teh tarik di hirup lagi.

“Kau tolong aku beritahu dia boleh?”

“Chaiitt. Kalau macam tu, baik aku je yang yang tackle dia” Tempelak Dani.

“Mariam kau nak letak mana?”

“Mar sebelah kanan, Ad sebelah kiri”

“Banyak cantik!” Dani ketawa terbahak-bahak.

“Bro, take your time. Kalau kau tak ready lagi nak luahkan isi hati kau, tak apa. Kawan dulu, kenal balik hati budi masing-masing. Kau dengan dia pun dah lama tak jumpa kan?” Dani berkata lagi, agak serius kali ini.

“Tapi aku tahu, Ad pun sayangkan kau” Dani menyambung dan Faiz hanya tersenyum mendengar kata-kata itu.


_________________________________________________________________________


“Biarlah Yam. Takkan nak paksa-paksa pulak. Kalau betul dia suka kat aku, aku nak dengar sendiri dari mulut dia” Balas Lea.

“Suka hati koranglah. Bila hilang dicari. Bila dah jumpa, malu-malu kucing. Tak faham aku” Mariam berkata pula.

“Okaylah Ad, apa-apahal kau call akulah ye. Nak tidur, esok nak kerja” Sambung Mariam.

“Okay, sweet dreams”

“You too”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 01:18 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 17

Jarinya pantas menekan tetikus beberapa kali. Setelah beberapa lama duduk di depan komputer riba, dia terasa lenguh. Menggeliat dan kemudian memandang sekeliling mencari seseorang.

“Dah balik pun. You pergi mana?”

“Tak pergi mana pun”

“You tipu. Tadi I cari you kat ofis tapi you dah keluar”

“Kan I dah balik ni”

“You keluar dengan siapa?”

“Kawan”

“Lelaki ke perempuan?”

Senyap.

“Cakap!”

“Sayang, janganlah marah-marah macam ni” Tangannya di tarik dan di kucup perlahan.

“I tak suka you keluar dengan perempuan lain”

“Iyalah. I tak keluar dah”

Dia merengus. Kembali mengadap komputer riba, menaip sesuatu.

“Sayang, I love you” Suara itu berbisik di telinganya.

“Tipu”

“Tak tipu. I sayangkan you”

“Lepaslah!”

“Sayang, please….Jangan marah-marah macam ni. You dah janji kan you tak nak marah-marah lagi”

“Betul you sayang I?”

“Betul”

Dia akhirnya tersenyum, terpujuk dengan pujukan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 01:20 PM | Show all posts
Selamat membaca dan selamat berhujung minggu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 01:24 PM | Show all posts
apa ke pesen faiz neh... belajo tinggi2 pangkat beso nak cakap 'saya sayang awak' tu pun susah ker... jwb soalan peksa lagi susah tau...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2012 02:15 PM | Show all posts
kudin + nadia...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 04:18 PM | Show all posts
Reply 127# sarizu

Mungkin...

Kita biar dulu soalan itu tergantung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2012 04:24 PM | Show all posts
Reply 126# asyriqa

Faiz tu ada penyakit berat mulutlah kaka asy... Tu yg jadi lagu tu. Gagap...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 08:46 PM | Show all posts
takkan faiz dgn nadia kuttttt.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 08:53 PM | Show all posts
cepat la ckp kat nad tue....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 11:14 AM | Show all posts
siapa plak nadia?
takkan Kudin/ Faiz kena kawin paksa

tapi akak suka sgt cerita ni..... da bomb dari start sampai skrg.
sambung cepat2 ya
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 02:25 PM | Show all posts
nicki bebeh pon tak dop ari nih... soping tak abis2 lagip ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 11:47 PM | Show all posts
siapa plak nadia?
takkan Kudin/ Faiz kena kawin paksa

tapi akak suka sgt cerita ni..... da bomb  ...
sang_arjuna Post at 21-4-2012 11:14


Salam Kak Juna. Thanks sebab sudi baca cerita ni. Mula2 nak post tu serba salah juga. First timerlah katakan, segan ada, takut-takut pun ada.

Errrr.. Kak Juna. Pekabo Ustaz Rushdi? Hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 11:48 PM | Show all posts
Reply 133# asyriqa

Tengah cari idea la kaka....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 11:49 PM | Show all posts
Reply 130# zateez

Mungkin... hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2012 10:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 23-4-2012 13:09

Part 2 - Episode 18

Dari tadi Faiz termenung di depan komputer riba. Jarinya menaip sesuatu, kemudian ayat itu di padamkan. Beberapa kali dia berbuat begitu. Ideanya kurang sejak akhir-akhir ini. Sudah hampir sebulan blognya tidak di kemas kini. Memang nampak bersawang…

Adalea...

Teringatkan gadis itu, dia tersenyum, Betullah kata orang. Bila cinta berbunga, mandi tak basah, makan tak kenyang. Angau sepanjang hari.

Try ajalah.. mana tahu dia nak keluar… Dia berkira-kira.

Tangannya pantas menaip sesuatu di Blackberry. Dia kemudian menunggu penuh harapan.

**********************************************************************


Bunyi di telefon bimbit Lea menandakan sms masuk. Lea tersenyum sendiri.

Faiz: Salam. Busy ke?

Lea: Tak. Kenapa?

Faiz: Kau free tak malam ni? Aku nak ajak kau keluar.

Lea: Pergi mana?

Faiz: Kahwin.

Lea: Siapa nak kahwin dengan kau?

Faiz: Kau tak nak ke?

Lea: Tak

Faiz: Kalau tak nak, aku membujanglah sampai tua.

Lea: Jangan main-mainlah!

Faiz: Nak ajak kau pergi makan-makan. Boleh?

Lea: Kau belanja...

Faiz: Alright
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2012 10:50 PM | Show all posts
“Kau pernah datang sini?” Tanya Lea sementara menunggu makanan yang di pesan sampai.

“Tak pernah. Saja nak cuba. Dengar cerita, boleh tahan sedap” Jawab Faiz.

Lea mengangguk-ngangguk. Dia pernah juga mendengar cerita tentang Restoran Satay Station, tetapi tidak pernah terniat untuk mencuba. Restoran ini terletak di Kampung Pandan. Asal tapak restoran ini adalah sebuah rumah  kayu setingkat, warisan keluarga pemilik restoran yang terletak di tepi jalan. Selain dari satay yang menjadi menu utama, restoran ini juga menghidangkan Mee Rebus yang di panggil Mee Rebus Bonda.

“Kau tengok apa?” Tegur Faiz. Dari tadi dia memerhatikan Lea yang sedang leka melihat suasana di restoran itu.

“Suka tengok tempat ni. Macam kenduri kahwin pulak. Meriah” Lea menjawab.

“Aku ajak kahwin kau tak nak. Kalau kita kahwin mesti meriah jugak” Kata Faiz sambil tersenyum nakal.

“Sudahlah. Tak ada benda lain ke yang nak di bawa bergurau?”

“Siapa yang bergurau?” Faiz bertanya lagi. Senyuman nakalnya masih terlekat di bibir.

Haish mamat ni. Kau ni gurau ke betul-betul ni? Tolong jangan buat aku perasan, boleh tak?

“Janganlah main-main” Lea menjawab. Matanya memandang Faiz yang merenungnya membuatkan dia tidak senang duduk. Ada sesuatu pada pandangan itu yang membuatkan Lea terasa resah, tak mampu melawan. Dia segera melarikan pandangan.

Tak boleh pandang lama-lama. Cair beb!

Makanan yang di pesan sampai, Lea merasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya, dia dapat menutup rasa tidak keruan yang timbul sejak tadi.

“Nanti. Kasi aku ambil gambar dulu. Aku nak masukkan dalam blog” Faiz menahan. Beberapa keping gambar di ambil.

“Eh, ambil gambar aku nak buat apa?” Lea menegur. Tadi kata nak ambil gambar satay.

“Saja. Janganlah tutup muka tu…” Tegur Faiz. Lea merungut sedikit tapi dia membiarkan juga Faiz mengambil gambarnya.

“Okay, dah. Makanlah. Kalau tak sedap kau bayar” Faiz berkata sambil tersengih.

“Kalau sedap, aku tapau lagi 50 cucuk” Lea membalas lalu masing-masing tergelak.

“Sedaplah wei. Aku order lagi eh?” Lea sengaja mengusik.

“Badan kecik, perut macam lori sampah” Lea menjegilkan biji matanya.

“Hi Faiz” Terdengar suara menyapa. Faiz dan Lea menoleh.

“Err.. Hi Lin” Faiz agak tergamam. Dalam banyak-banyak tempat, kenapa la tempat ini jugak yang kau datang?

“You datang seorang je ke?”

“Nope, with my girls over there” Emalin menunjukkan sebuah meja yang di penuhi empat orang gadis lagi. Mereka semua melambai ke arah Faiz.

“Siapa ni?” Emalin mengajukan soalan. Terdapat riak kurang senang di mukanya.

Amboi, amboi. Tanya aku siapa? Kau tu siapa? Lea sedaya upaya menahan mulutnya agar tidak celupar.

“This is Adalea” Faiz memperkenalkan Lea kepada Emalin. Lea hanya senyum sambil menganggukan sedikit kepalanya.

Emalin mengangkat bahu, langsung tidak membalas senyuman Lea.

“Okaylah Faiz, I pergi dulu. Send my regards to Uncle Halim. Mama tanya pasal you tau, sebab you dah lama tak datang rumah” Dengan sengaja, Emalin memegang bahu Faiz sambil meliuk manja.

“Call me, okay?”

“Yalah” Faiz menjawab ringkas, tidak senang dengan perlakuan Emalin dan dalam masa yang sama, dia perasan yang muka Lea sudah berubah.

“Bye” Emalin melangkah pergi, menjeling Lea tajam.

Gediknya.  Aku curah dengan air tembikai ni baru tau.

“Lea, kenapa diam je?” Faiz bertanya, agak serba salah.

“Tak ada apa” Pendek Lea menjawab, tak mahu mengaku yang dia terasa hati. Mereka akhirnya menikmati satay tanpa bersuara apa-apa.

*************************************************************************************



“Ema, anak Datuk Halim tu duduk dengan siapa? Girlfriend dia ke?” Suzy sengaja bertanya.

“Kau jangan sakitkan hati aku boleh? Tah perempuan mana dia kutip” Emalin menjawab masam. Hatinya sakit sedari tadi melihatkan kemesraan Lea dengan jejaka idamannya.

“Tanya aja. Bukan ke kau kata dia tu bakal tunang kau?”

Emalin tidak menjawab. Membara perasaannya ketika ini.

Patutlah kau tak nak layan aku. Ada perempuan lain rupanya. Emalin merengus lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2012 11:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 22-4-2012 23:07

“Lea” Faiz memanggil. Dia berasa tidak selesa apabila Lea mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang. Hanya lagu di radio memecahkan sunyi.

Oh bulan
Yang melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain


“Apa?” Lea menjawab lambat.

“Kenapa diam je?”

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku


“Tak ada apalah. Aku okay”

“Janganlah macam ni. Tak bestlah tengok kau muncung macam mak menti”

“Mak menti tu apa?” Tiba-tiba Lea ketawa dengar ayat itu dari mulut Faiz.

“Mak menti tu, tikus mondok betina” Faiz memberi penjelasan. Hatinya lega melihat Lea tersenyum kembali.

“Kenapa panggil Mak Menti?”

“Tak tahu” Mereka berdua ketawa.

"Lea"

"Apa dia?"

"Kau cemburu eh?" Faiz menembak soalan.


Ku enggan
Berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oo ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain


“Kenapa pula aku nak cemburu?” Lea juga menjawab dengan soalan.

“Entah. Cuba tanya diri sendiri..” Seleret senyuman terbentuk dibibirnya.

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku


“Jangan mengadalah Faiz”

“Sejak bila kau panggil aku Faiz?” Lea terdiam.

“Semua orang panggil kau Faiz, aku pun dah terikut panggil Faiz” Faiz ketawa.

“Kalau panggil abang lagi okay”

“Malaslah nak layan kau” Lea merengus tapi Faiz tersenyum sahaja. Suka pula dia mengusik Lea malam ini.

“Kau marah pasal Emalin ke?” Kali ini Faiz bertanya agak serius. Lea terdiam lagi.

Control Lea. Jangan tunjuk sangat…

Di saat kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air


“Aku tak ada apa-apalah dengan Emalin. Dia anak kawan arwah mama aku. Kami dah kenal sejak kecil lagi. Perangai dia memang macam tu. Gedik sikit” Terang Faiz.

“Bukan sikit, banyak” Terkeluar ayat itu dari mulut Lea tanpa sempat di tahan membuatkan Faiz ketawa lagi.

“Seriously, she is just a friend. You don’t have to worry…” Faiz kembali serius sewaktu menuturkan kata-kata itu, mengharapkan Lea mengerti sesuatu.

Lea memandang Faiz di sebelah, dan kemudian membuang pandangan keluar tingkap, tidak mahu berkata apa-apa lagi.

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2012 11:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 23-4-2012 21:20

Part 2 - Episode 19

“Hi Aunty” Emalin menyapa. Dia baru mendapat tahu yang Datin Faridah baru saja keluar dari hospital dua hari lepas. Di luangkan sedikit masanya hari ini untuk bersama-sama Datin Faridah. Mamanya dengan Datin Faridah memang sahabat baik sejak dulu lagi. Sejak Faiz hilang, dialah tempat Datin Faridah meluahkan perasaan.

“Emalin. Dari mana ni?” Tersenyum Datin Faridah.

“Tadi Lin keluar dengan kawan. Mama cakap Aunty dah keluar hospital dua hari lepas. Ni yang Lin datang. Aunty macam mana? Okay?”

“Stage 2” Perlahan Datin Faridah menjawab.

“Sabarlah Aunty… “ Emalin memeluk Datin Faridah. Walaupun itu tidak membantu memulihkan penyakit Datin Faridah, Emalin berharap sekurang-kurangnya ia dapat meringankan perasaan wanita itu.

“You’re such a nice girl. Kan bagus kalau Lin jadi menantu Aunty” Datin Faridah tersenyum.

“Isk Aunty ni…”

“Lin…Faiz dah balik” Emalin terkejut, menutup mulutnya dengan tangan.

“Faiz dah balik?” Dia pula mengulang soalan, seperti meminta kepastian. Datin Faridah hanya mengangguk sambil tersenyum.

Emalin terasa seperti satu beban telah diangkat dari dalam hati. Kehilangan Faiz bukan saja mendatangkan kesedihan kepada Datin Faridah sekeluarga, tapi juga kepada dirinya. Dia sudah lama sukakan Faiz, sejak mereka masih di bangku sekolah lagi. Bila Faiz hilang, dia juga menjadi tidak keruan.  

“Lin nak jumpa Faiz ke?” Datin Faridah menyoal. Dia tersenyum sahaja.

“Faiz ada kat dalam bilik. Aunty pun tak tahu apa dia buat. Bila dah balik ni, asyik berkurung aja” Datin Faridah seperti mengadu.

“Mama..” Emalin dan Datin Faridah menoleh. Emalin terasa mukanya merah tiba-tiba.

“Faiz buat apa dalam bilik?”

“Tak ada buat apa pun” Faiz menjawab. Pandangannya terarah pula kepada Emalin.

“Hi Lin” Satu senyuman di hadiahkan kepada Emalin.

“Hi… Faiz” Perasaannya berdebar tiba-tiba.

“Hi Lin…” Tiada jawapan.

“Lin…Lin!” Suara yang memanggil menghentikan lamunan Emalin.

“Yes?” Hanif,  penolong pengurus di bahagian akaun sudah pun duduk didepannya.

“Kenapa you masuk tak ketuk pintu?” Emalin bertanya garang.

“I dah ketuk banyak kali, tapi you diam je”

“You nak apa?”

“Nah, auditors’ report yang you request. I dah buat hardcopy” Hanif menghulurkan satu fail kepada Emalin.

“Oh.. thanks” Emalin mengambil fail yang di hulurkan.

“You dah lunch?” Hanif bertanya. Emalin hanya menggeleng.

“Jom kita pergi makan” Hanif mengajak.

“I taknak makan. You pergi jelah” Emalin menolak.

“Betul ke you tak nak makan?”

“You tak faham bahasa melayu ke?” Kasar Emalin menjawab. Hanif hanya mengangkat bahu. Emalin memang begitu sejak dulu. Ada masanya, mesra. Ada masanya garang macam harimau. Emosinya sukar di teka.

“I keluar dulu” Emalin hanya memandang Hanif hingga lelaki itu keluar dari biliknya.

Dia kemudian duduk termenung mengadap tingkap di pejabat. Hatinya sakit. Kemesraan Faiz dengan gadis itu beberapa hari lepas masih terbayang-bayang di matanya. Selama ini, dia sehabis daya dia berusaha untuk mengambil hati Faiz yang keras seperti ais. Namun, sedikit pun Faiz tidak memberikan ruang buatnya. Tapi, bila perempuan yang entah dari mana itu muncul, Faiz seperti air.

Faiz, apa kurangnya aku? Dia menarik nafas.

Adalea… nama itu tiba-tiba di sebut.

Jangan harap kau dapat rampas Faiz dari aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.082702 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list