CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Edisi Serbu: Muhibah dinner held in church disrupted

  [Copy link]
Post time 16-8-2011 04:58 PM | Show all posts
again... 'serbuan' tu untuk tujuan menyiasat.... ingat cukup ngan lepak kat opis utk kumpul lebih  ...
dino Post at 16-8-2011 16:49


make sure soklan berkisar tang trinity tawww....




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2011 04:58 PM | Show all posts
jom balik jom
sambung karang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2011 04:59 PM | Show all posts
mungkin pegangan atira...biar murtad.....asal jangan rasuah..
Anak_Nogori Post at 16-8-2011 16:48



    rasuah meyusah dan menganiaya banyak pihak
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 05:01 PM | Show all posts
off topik sat tp ada la gak kaitan....
yang totok UMNO ni seybaok menegak pasal islam pasai apa????
tengok gambaq ni.... dulu kini selamanya....


tolong komen sket!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 05:03 PM | Show all posts
AN tak perasan ke yg kawan dia maideen buat2 inesen dlm thread nih...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 05:25 PM | Show all posts
BENTARA , pejuang murtad kah ?? hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2011 05:27 PM | Show all posts
BENTARA , penyebar fitnah ..siap ada kesan padam kat ayat yang di garis pasal al-quran tu kan ..hehehe BENTARA ...kafir laknat kah ko nie ..menfitnah terang2
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 05:29 PM | Show all posts
BENTARA , setakat sekeping tu ko suruh org percaya tapi video yg lagi susah nak edit ko tak caya laks ekk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 06:56 PM | Show all posts
PEMERIKSAAN JAIS DI DUMC 3 OGOS 2011

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 07:48 PM | Show all posts
jelas skali JAIS n PDRM x serbu pun gereja tuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 11:43 PM | Show all posts
apa pendapat maideen tentang  AN berserta geng2 songkok tinggi lain begitu alim dan ulama  ...
atira Post at 16-8-2011 16:29

AN yang Maideen kenal, yang Maideen ajak register sebagai forumner Cari ni dulu, tak pernah berubah. Yakni dia menulis bukan kerana nama.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 01:48 AM | Show all posts
PEMERIKSAAN JAIS DI DUMC 3 OGOS 2011
airwickss Post at 16-8-2011 18:56

duh.... aku ingat video apa, rupa rupanya video nak mengutuk PAS walau awal awal depa kata jangan politikkan

Awatla baru sekarang nak sibuk nak jaga akidah umat Islam. Zaman 90an dulu harusanasini dah bagi figure kemurtadan umat Islam, tapi awal awal dah kene tempelak

Seriously bagi aku pihak JAIS ni bukan nak tegakkan Islam atau menjaga umat Islam tetapi lebih kepada menjaga undang undang dalam perlembagaan yang umat islam di negara ini di larang dari di dakwah dek ugama lain.  Tu pasal ada kes kita baca secara terangan yang si murtad ni ada yang berani masuk mahkamah kunun nak tukar agama. Apa yang aku tahu sekarang kalau umat Islam nak tukar agama paling mudah, semudah cop pasport g melancong keluar negara, awat JAIS tak kisah????
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 03:28 AM | Show all posts
sape2 yg bodoh tuduh JAIS ..bila dorang tengok video tu baru terbukak sikit baru la terang sikit hati dan fikiran mereka....

dah ada video pun mcm2 nak kata kat JAIS ...boloh punya olang
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 08:43 AM | Show all posts
duh.... aku ingat video apa, rupa rupanya video nak mengutuk PAS walau awal awal depa kata jangan  ...
guagcore Post at 17-8-2011 01:48



    politik punya psl, sanggup sangka buruk pd org lain walau pun dlm hal pertahankan akidah dalam negeri sendiri. tahniah terbaek..... semoga hidup anda dirahmati Tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 08:51 AM | Show all posts
politik punya psl, sanggup sangka buruk pd org lain walau pun dlm hal pertahankan akidah d ...
satriastendet Post at 17-8-2011 08:43

tu la... asal die persoal knp parti keris menyibuk... dulu2 tak ambik berat katanya.... motif berpikiran politaik tepu....
sama mcm kes hudud.... slhkan parti pemerintah jugak... apsl tak buat.... mmg ngok ke ape... perjuangan hudud tu perjuangan sapa selama nih....
aku nak kritik mereka2 yg berkiblat parti politik secara mutlak nih... smp tak nmpk isu sebenar....
ape yg aku nmpk dlm parti bulan mmg ade yg btul2 berjuang utk pertahankan dan ade yg berjuang utk ke putrajaya....

dah ade video terang lg bersuluh pun nak konar baring... dlm bideo 'serbuan' jais tu nmpk mcm slow motion... musti diedit.... psl sbnrnya jais berlari2 nak serang gereja
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 08:58 AM | Show all posts
Pas belum ada pendirian rasmi

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Pas yang sebelum ini beria-ia mahu menjadi orang tengah berhubung kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu masih gagal menyatakan sebarang pendirian rasmi berkenaan hal itu.

Kegagalan itu agak menghairankan kerana Exco Hal-Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dari Pas sebelum ini menyatakan beliau menyokong tindakan JAIS tersebut atas bukti terdapat cubaan menyebarkan agama bukan Islam ke atas penganut Islam di gereja tersebut.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, pendirian rasmi parti itu tidak dapat dibuat kerana pihaknya masih belum berpeluang menemui pihak pengurusan DUMC untuk mendapatkan kepastian berhubung tindakan JAIS berkenaan.

“Sepatutnya hari ini berlaku pertemuan pimpinan Pas dengan pihak DUMC pukul 4 petang ini tetapi semalam saya terima surat dari pihak gereja menyatakan supaya ditangguhkan dahulu pertemuan ini.

“Sebabnya, antara disebut kerana isu ini sudah jadi satu perhatian umum begitu hebat, ditafsirkan macam-macam dan baru ini dalam surat pertama yang dikirim pada kita minta tiada liputan media,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 3 Ogos lalu, JAIS melakukan pemeriksaan ke atas gereja berkenaan selepas menerima maklumat kehadiran orang Islam dalam sebuah majlis yang dianjurkan di situ.

Penganjur dikatakan turut mengedarkan kuiz mengenai agama Islam kepada hadirin dengan 12 soalan yang dikemukakan antaranya ‘apakah maksud perkataan Islam’, ‘apakah maksud perkataan muslim’, ‘apakah maksud perkataan Quran’, ‘apakah 5 rukun Islam’ dan ‘apakah 6 perkara iman muslim’.

Selain Hasan yang menyokong tindakan JAIS, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan at Tantawi turut mendesak pemimpin tertinggi parti itu supaya mengeluarkan pendirian rasmi mereka mengenai apa yang dilihat sebagai cubaan memurtadkan para penganut Islam.

Dalam sidang akhbar itu, Mustafa turut menyatakan Pas masih tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan hal itu kerana selain kegagalan bertemu DUMC, parti itu juga belum bertemu JAIS.

“Kita nak jumpa JAIS dan DUMC untuk kita dapat maklumat versi masing-masing supaya kita boleh buat pertimbangan dan kesimpulan. Jadi, oleh kerana tiada pertemuan maka tiada kesimpulan, dua-dua pihak tidak dapat jumpa,” katanya.

Walaupun Pas belum mengadakan pertemuan rasmi dengan JAIS berkenaan hal itu, Hasan sebagai salah seorang pemimpin parti itu mempunyai pengetahuan luas berhubung operasi JAIS tersebut berdasarkan kedudukannya sebagai ahli Exco Selangor.

P/s:- tengok..begitu lembabnya PAS utk menyatakan pendirian mereka didalam isu memurtadkan orang islam ini, tapi dalam menyalahkan UMNO tak sempat subuh plak..pada hal...apa yg susahnya?.....Hassan Ali tu kan exco agama PAS..Nasa tu kan pemuda PAS...kalau selepas PAS jumpa Gereja dan JAIS nanti dan PAS berpendirian selain dari pendirian Hassan Ali dan Nasa..apa nama PAS jadi bersih ka?..apa banggang na PAS ni?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 09:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by Anak_Nogori at 17-8-2011 09:06

Blogger siar petikan Laporan Ops Akidah di Gereja oleh JAIS

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Sebahagian daripada laporan penuh dipercayai dipetik daripada laporan Ops Akidah di Gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didedahkan oleh beberapa laman blog hari ini.

Laporan itu pertama kali dimuat naik oleh blog The Unspinners di http://theunspinners.blogspot.com/ menerusi entri bertajuk "Tak yah tunda Khalid, ini dia... Laporan Ops Akidah di Gereja (Bhg 1)" sebelum dipaut oleh beberapa blog lain.

Menerusi pendedahan terbaru itu, blog tersebut memuatkan tiga bahagian daripada keseluruhan laporan Ops Akidah di Gereja iaitu bahagian Pendahuluan, Latar Belakang dan Pelaksanaan Operasi.

Sebahagian daripada laporan yang didedahkan itu adalah sama seperti yang pernah dipaparkan oleh blog tersebut sebelum ini iaitu mengenai operasi terperinci pemeriksaan sekumpulan pegawai JAIS dan polis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Selain turut memuatkan risalah tentatif program dan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta di gereja berkenaan, blog itu kali ini juga menyenaraikan kesemua nama 12 peserta beragama Islam serta gambar empat daripada mereka.

Menurut blog itu, pendedahan tersebut dibuat memandangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga kini hanya memberitahu laporan lengkap mengenai operasi itu sedang disiapkan oleh JAIS.

Sedangkan blog itu sebelum ini pernah mendakwa laporan berkenaan sudah pun siap pada 4 Ogos lalu namun kerajaan negeri sengaja menangguhkan pendedahannya kepada umum.

"Kami menjangkakan kerajaan negeri dan Pas akan "play down" perkara murtad dalam laporan JAIS disebabkan ia akan menjerat (Abdul) Khalid supaya melakukan tindakan undang-undang," katanya.

Beberapa lagi laporan Ops Akidah di Gereja itu dijangka didedahkan blog berkenaan dalam masa terdekat apabila entri blog tersebut bersambung di bahagian keempat iaitu 'Elemen yang menimbulkan syak'.

p/s:- Itu yg memelikan...takkan laporan yg dikatakan serbu gereja tu mengambil masa sampai selepas Raya..pada hal blogger2 dah pun siarkan sebahagian laporannya...apa motifnya Khalid G lengah2kan laporan tersebut...apa dia nak sapu bawah kapet ka?..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:09 AM | Show all posts
apasal orang PAS Khalid Samad aka Khalid Gereja senyap? hari tu bukan main bantai rakan se partai Dr Hasan Ali dan JAIS.

MB Selangor Khalid tu logik la...ada ahli PKR mengaku dia masih teguk wain mahal asalkan tidak mabuk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:11 AM | Show all posts
Mustafa Ali diberi tiga hari mohon maaf

Mohd. Zin Mohamed

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali diberi tempoh tiga hari bermula hari ini untuk memohon maaf kepada UMNO berhubung kenyataannya yang menyalahkan parti itu dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa itu jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan UMNO sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).

"UMNO Selangor memberi masa tiga hari kepada Pas dan Mustafa Ali supaya memohon maaf melalui satu sidang akhbar seperti mana beliau melakukan tuduhan itu di Terengganu semalam.

"Jika gagal, Pas dan Mustafa Ali akan menghadapi tindakan undang-undang kerana tuduhan tidak berasas tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam, Mustafa mendakwa UMNO berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Mustafa turut mengatakan UMNO memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.

Mohd. Zin menambah, tuduhan tidak berasas Mustafa ke atas UMNO itu sangat dikesali kerana ia dilakukan dalam bulan Ramadan yang sepatutnya dihormati dan dihayati oleh semua umat Islam.

"Rakyat sedang memerhati dengan penuh prihatin kegagalan demi kegagalan yang dibuat oleh kerajaan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas Selangor dalam menangani pelbagai masalah dan kepentingan rakyat terutama dalam isu agama, pasir dan keruntuhan sosial," tegasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:11 AM | Show all posts
Mustafa Ali diberi tiga hari mohon maaf


Mohd. Zin Mohamed

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 16 Ogos - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali diberi tempoh tiga hari bermula hari ini untuk memohon maaf kepada UMNO berhubung kenyataannya yang menyalahkan parti itu dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa itu jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan UMNO sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).

"UMNO Selangor memberi masa tiga hari kepada Pas dan Mustafa Ali supaya memohon maaf melalui satu sidang akhbar seperti mana beliau melakukan tuduhan itu di Terengganu semalam.

"Jika gagal, Pas dan Mustafa Ali akan menghadapi tindakan undang-undang kerana tuduhan tidak berasas tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam, Mustafa mendakwa UMNO berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Mustafa turut mengatakan UMNO memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.

Mohd. Zin menambah, tuduhan tidak berasas Mustafa ke atas UMNO itu sangat dikesali kerana ia dilakukan dalam bulan Ramadan yang sepatutnya dihormati dan dihayati oleh semua umat Islam.

"Rakyat sedang memerhati dengan penuh prihatin kegagalan demi kegagalan yang dibuat oleh kerajaan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas Selangor dalam menangani pelbagai masalah dan kepentingan rakyat terutama dalam isu agama, pasir dan keruntuhan sosial," tegasnya.


BAGI PAS KES SERBUAN JAIS=KES HILANG JAM OMEGA DALAM BILIK HOTEL. semuanya salah UMNO!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.242040 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list