CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Emoloser

Macamana Nak Jawab Soalan Ni

[Copy link]
Post time 7-5-2012 12:28 PM | Show all posts
Reply 140# Dzulqarnain


    kalau ada 1000 orang
maka seribu lah jawabnya
maka seribulah yang benar
dan seribulah tafsiranNYA

yang TAK BENAR
hanyalah mengikut tuhan yg selainNYA
iaitu hawa nafsu

SELAWAT DAN KEBAIKAN HANYA DARI ALLAH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2012 03:44 PM | Show all posts
Kamu pasti ker... Malaikat hanya sekali sahaja diutuskan kepada Mariam ?
Nazrulism Post at 4-5-2012 14:52


Tentu dia tak pasti, dia hanya sebarkan keraguan di sini. Kesian kat dia kan? Belajar Islam dari website yang menyebarkan keraguan....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 04:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 7-5-2012 16:05
Nombor 2 belum jawab lagi

2) How many angels were talking to Mary? When the Qur'an speaks about the announciation of the birth of Jesus to the virgin Mary, Sura 3:42,45 speaks about (several) angels while it is only one in Sura 19:17-21.
Emoloser Post at 4-5-2012 10:06


Dua ayat yang dimaksudkan:

Pertama
وَإِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاكِ وَطَهَّرَكِ وَاصْطَفَاكِ عَلَىٰ نِسَاءِ الْعَالَمِينَ
Dan (ingatlah) ketika Malaikat berkata: "Wahai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu). (Aal-e-'Imran, 42)

Nota: Kalimah 'Malaikat' dalam bentuk jama' (plural/banyak)

Kedua
فَاتَّخَذَتْ مِن دُونِهِمْ حِجَابًا فَأَرْسَلْنَا إِلَيْهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرًا سَوِيًّا
Maka dia (Maryam) mengadakan tabir dari mereka, lalu Kami mengutus Roh Kami kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) seorang manusia yang sempurna. (Maryam, 17)

Jelas dari ayat Pertama di atas, sekumpulan Malaikat yang berkata-kata kepada Maryam AS

Ayat kedua pula, menjelaskan yang Maryam membuat tabir terhadap mereka, yakni Malaikat (yang ramai). Ini menunjukkan Maryam AS sebagai wanita suci yang memang menjaga kehormatan diri, sekalipun terhadap Malaikat. Kemudian, barulah ALLAH Utuskan Roh dari Allah, MENJELMA sebagai SEORANG MANUSIA.
   
Kita dapat faham dari 2 ayat di atas, yang Malaikat (ramai) berbicara kepada Maryam, cuma YANG MENJELMA ialah Roh dari Allah sahaja, bukan semua Malaikat tu menjelma sebagai manusia.

Seterusnya:
Maryam berkata: "Sesungguhnya aku berlindung dari padamu kepada Tuhan Yang Maha pemurah, jika kamu seorang yang bertaqwa" (Maryam, 18)
Ia (Roh Utusan) berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci". (Maryam, 19)

Maka TIADA percanggahan lansung pun seperti yang didakwa. Hanya mereka yang sengaja menimbulkan keraguan sahaja yang cuma menyebarkan keraguan.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 04:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 7-5-2012 16:30
Calling together or ripping apart? In the process of creation heaven and earth were first apart and are called to come together [41:11], while 21:30 states that they were originally one piece and then ripped apart.
Emoloser Post at 4-5-2012 11:01


41:11
ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ ائْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ
Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati".(Fussilat, 11)

21:30
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا ۖ وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman? (Al-Anbiya, 30)

Ayat 11 dari Surah Fussilat bukannya menunjukkan yang langit dan bumi itu asalnya terpecah, dan tercantum kemudiannya seperti yang didakwa. Untuk faham penciptaan langit dan bumi, dijelaskan pada ayat 9 sebelumnya itu tentang penciptaan BUMI.

Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya? (Yang bersifat) demikian itu adalah Rabb semesta alam". (Fussilat, 9)

Selepas Bumi dicipta, gunung-ganang dicipta di atas Bumi.
Dan dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkatinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dalam empat masa. (Penjelasan itu sebagai jawapan) bagi orang-orang yang bertanya. (Fussilat, 10)

Kemudian barulah Langit dicipta:
Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Kedua-duanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati".(Fussilat, 11)

Seterusnya Penciptaan dan Hiasan Langit
Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Fussilat, 12)

**********

Ayat 11 Surah Fussilat menjelaskan:
Setelah Bumi dan Langit dicipta, pada ketika Langit masih dalam bentuk Asap (Dukhan), Bumi dan Langit masing-masing taat (datang kepada Allah dengan rela. Ayat ni merujuk kepada Bumi dan Langit yang TELAH PUN dicipta (langit ketika itu dalam bentuk asap).

Ayat 30 Surah Al-Anbiya pula menjelaskan yang Langit dan Bumi asalnya bercantum, merujuk kepada SEBELUM PENCIPTAAN LANGIT.

TIADA PERCANGGAHAN anatara 2 ayat tersebut.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2012 04:43 AM | Show all posts
Reply 139# orangbesi


aiyoo..bukan apa pakcik OB..kadang2 kita pun tidak sedar maa..
itu question mark selalu muncul dalam fikiran..
tandanya Allah mau kasi gerak2 kita punya hati..
tapi kita tidak sedar..
Dia gerak2 lagi kita punya hati banyak kali..
kita masih tidak sedar juga..
last2 kita blame Dia.. ada ka patut..
tak patut tak patut

saya nak tolong jawab soalan TT tapi tak cukup pandai..
maknanya saya kena lebih gigih mencari ilmu lagi..
Islam tuntut umatnya supaya sentiasa mencari ilmu kan..
mana ada Islam suruh berperang sakan..
atau bermalas-malasan aje..
kan kan kan pakcik OB...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2012 10:12 AM | Show all posts
Reply 145# manganini


    hantam saja le cucu atok ooiiiiii
asalkan niat tu tak bertentangan
tak ikut hawa nafsu

kan manusia bertingkat kejadian
takkan nak dok paras cucu jeeeeeeee
jadi la nenek sama .......lebih matang n phewwet
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2012 02:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_Presa1200 at 10-5-2012 02:49
Seorang anak bertanya kepada emaknya

Anak : Mama, siapa cipta kereta?

Mama : Manusia lah cipta ...
Emoloser Post at 16-12-2010 15:31


camne pulak kalo mama tanye balik kat anaknye:

Mama: Nak, bole tak kalo kamu lg tua daripada mama?
Anak: Mestilah tak bole...
Mama: Kenapa tak bole?
Anak: Kalo saya lagi tua, macam mana mama nak lahirkan saya?
Mama: Jadi, tuhan tidak bole dicipta samalah jugak kamu tidak bole lg tua daripada mama...

p/s bg sy, xde sebab nape ssuatu perkara tu mustahil sbb itulah fitrah kejadian
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 12:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 10-5-2012 12:58
camne pulak kalo mama tanye balik kat anaknye:

Mama: Nak, bole tak kalo kamu lg tua daripada  ...

Mama: Jadi, tuhan tidak bole dicipta samalah jugak kamu tidak bole lg tua daripada mama...

p/s bg sy, xde sebab nape ssuatu perkara tu mustahil sbb itulah fitrah kejadian
cmf_Presa1200 Post at 10-5-2012 02:20

ok juga bagi jawapan macam tu...

Pada saya... terangkan 'CIPTA' pada Tuhan bagaimana dan 'CIPTA' pada manusia bagaimana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2012 08:59 PM | Show all posts
Reply 147# cmf_Presa1200


   cantikkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 01:43 AM | Show all posts
ok juga bagi jawapan macam tu...

Pada saya... terangkan 'CIPTA' pada Tuhan bagaimana dan 'CIPTA ...
Nazrulism Post at 10-5-2012 12:05


setahu sy manusia hanye mgunakan sumber yg ada kat atas bumi ni, malah mrk dpt ilham drpd inspirasi alam yg diciptakan oleh Tuhan. lgpn, Tuhan mampu mewujudkan ssuatu drpd tiada tp manusia tak mampu.

btolkan jika salah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 02:01 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 5-5-2012 11:22 AM
Reply 111# Emoloser

Jika manusia dari tanah, mana dulu yg awal dicipta. Bumi atau manusia?

manusia terhasil dari tanah, tanah terhasil dari bumi, bumi terhasil dari hidrogen dan karbon, hidrogen dan karbon terhasil dari Tuhan
tuhan terhasil dari?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 02:04 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 5-5-2012 11:23 AM
Reply 115# Emoloser

Jika tenaga kpd fizik, bagaimana nk dijelaskan faktor ralat dan ketakpastian ...

ralat dan ketidakpastian terhasil dari falasi otak manusia yang melihat dari sudut fizikal 3D

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 02:08 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 5-5-2012 11:29 AM
Reply 119# Emoloser

Jika malaikat tu makhluk drpd cahaya,

itu bergantung kepada frequensi malaikat  dan kepadatan zarah yang hendak ditembusinya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 02:10 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 5-5-2012 11:27 AM
Reply 118# Emoloser

'Titik' mana di permukaan bumi,

dibahagian cerebral cortex

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 03:13 PM | Show all posts
Emoloser posted on 30-4-2014 02:01 PM
manusia terhasil dari tanah, tanah terhasil dari bumi, bumi terhasil dari hidrogen dan karbon, hidrogen dan karbon terhasil dari Tuhan
tuhan terhasil dari?

Tuhan tidak terhasil dari sesuatu. Semua ciptaan Tuhan asalnya datang dari Tuhan. Jika dikatakan 'tuhan' terhasil dari sesuatu, itu bukan Tuhan yang sebenarnya, ia merupakan satu ciptaan yang terhasil dari sesuatu yang lebih hebat.

Tuhan lah yang paling hebat, Dia tidak diciptakan, Dia tidak diperanakkan, Dia tidak boleh dibanding-bandingkan dengan apa-apa pun kerana Dia yang menciptakan segala apa yang ada di Langit dan di Bumi.

Last edited by mnm77 on 30-4-2014 03:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 03:48 PM | Show all posts
m0g posted on 17-12-2010 02:38 PM
ustaz sy kata boleh jadi gila kalau kita fikir bnda ni.so baik jgn fikir . sama mcm fikir "telor & a ...

yer betul tu
mcm telor dan ayam mana dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2014 10:08 AM | Show all posts
Emoloser posted on 30-4-2014 02:01 PM
manusia terhasil dari tanah, tanah terhasil dari bumi, bumi terhasil dari hidrogen dan karbon, hid ...

Post empat-serangkai direply dlm satu post bole ek...

manusia terhasil dari tanah, tanah terhasil dari bumi, bumi terhasil dari hidrogen dan karbon, hidrogen dan karbon terhasil dari Tuhan
tuhan terhasil dari?
Kalo tanya lembaga hasil, jwbnya Tuhan x bayar cukai...

Pokoknya yg bergoyang ditiup dek angin - hasilnya pendebungaan, luruh, etc.
tp bkn itu pokoknya yg nk dibincangkan sbb tiada yg tahu mana dtg/hilangnya angin

Yg mat salih selalu ratibkan tu 'freewill' sama ada mahu percaya atau ngak
- maka, Tuhan hanya beri pilihan dan yg memilihnya manusia...

Kun fayakun tu kejadian - Allah kata jadi, maka jadilah ia
Percaya atau x percaya tu pilihan - yg pilihnya manusia
- semua yg percaya belum tentu kekal kepercayaannya hingga dia sebenar2 yakin (Allah pelihara)

Pemurahnya Allah, tdk binasakan mana2 umat hingga didatangkan penyampai2 risalahNya.

ralat dan ketidakpastian terhasil dari falasi otak manusia yang melihat dari sudut fizikal 3D

True. Yg terpisah cuma alam2 yg terhijab, langit2 dan bumi
Tenaga juga bkn ciptaan, tp sunnatullah (aturan yg mengikut ketetapan Maha Pencipta)
- Allah menerangi langit2 dan bumi...

Modern science (empherical) tdk lg disatukan dgn philosophical science dan natural science...
- terpisah yg menyebabkan pelanggaran kpd sunnatullah i.e. pencemaran, kerosakan, ketidakseimbangan-eco, etc.

itu bergantung kepada frequensi malaikat  dan kepadatan zarah yang hendak ditembusinya
Nope. Malaikat tdk boleh diukur dari sudut fizikal 3D.
- yg ghaib tetap ghaib

Frekuensi adalah salingan masa, dan masa yg diukur manusia itu adalah andaian
drpd pembahagian 24 bhgian kitaran lengkap siang-malam yg dijadikan piawai yg punya ralat.
- masa relatif adja...tdk tepat.

Allah menerangi langit2 dan bumi...

With Him are the keys of the unseen, the treasures that none knoweth but He.
He knoweth whatever there is on the earth and in the sea.
Not a leaf doth fall but with His knowledge:
- there is not a grain in the darkness of the earth
- nor anything fresh or dry, but is in a record clear.
(6:59)


Tiada yg tahu bilangan tentera Allah
makhluk pelaksana yg x pernah ingkar, yg taat...

dibahagian cerebral cortex
Pastikan titik itu di'reset' dan tdk diletakkan di permukaan bumi utk dipijak2...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 10:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 10:33 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 1-5-2014 10:08 AM
Post empat-serangkai direply dlm satu post bole ek...

Kalo tanya lembaga hasil, jwbnya Tuhan x  ...

Pokoknya yg bergoyang ditiup dek angin - hasilnya pendebungaan, luruh, etc.
tp bkn itu pokoknya yg nk dibincangkan sbb tiada yg tahu mana dtg/hilangnya angin

Yg mat salih selalu ratibkan tu 'freewill' sama ada mahu percaya atau ngak
- maka, Tuhan hanya beri pilihan dan yg memilihnya manusia...

Kun fayakun tu kejadian - Allah kata jadi, maka jadilah ia
Percaya atau x percaya tu pilihan - yg pilihnya manusia
- semua yg percaya belum tentu kekal kepercayaannya hingga dia sebenar2 yakin (Allah pelihara)


Manusia diibaratkan ikan-ikan dilautan, mereka nampak nampak seekor cacing, mereka yakin ia adalah makanannya, lalu membahamnya, rupanya ada mata kail menusuk mulutnya lalu di angkut ke udara lalu dipanggang di atas api.

Dunia ini terlalu luas untuk di kaji manusia, hanya kepercayaan dan sedikit ilmu membantu kita untuk bergerak. Keputusan hanya diketahui selepas mati.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 11:43 AM | Show all posts
Emoloser posted on 1-5-2014 10:29 AM
Kalo tanya lembaga hasil, jwbnya Tuhan x bayar cukai...

Pokoknya yg bergoyang ditiup dek angin -  ...
Manusia diibaratkan ikan-ikan dilautan, mereka nampak nampak seekor cacing, mereka yakin ia adalah makanannya, lalu membahamnya, rupanya ada mata kail menusuk mulutnya lalu di angkut ke udara lalu dipanggang di atas api.

Dunia ini terlalu luas untuk di kaji manusia, hanya kepercayaan dan sedikit ilmu membantu kita untuk bergerak. Keputusan hanya diketahui selepas mati.

Betul, jgn dilihat ikan umumnya hanya yg dipancing, dipanggang.
- siakap, senohong, gelama, ikan duri...yg matinya timbul di permukaan menampakkan perut2nya.

Yg luas itu muka bumi, yg singkat tu hayat dunia dan yg kekal abadi tu akhirat.
- luas lagi lautan, jauh lbh luas lg jika digandakan dek kedalamannya...asalnya manusia tu x tahu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.062519 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list