CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
Post time 23-4-2012 12:29 AM | Show all posts
semoga LEA tabah hadapi dugaan yg dtg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2012 12:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 23-4-2012 13:11

Part 2 - Episode 20

Lea hanya membelek-belek sejambak bunga ros yang diletakkan oleh Kak Midah di atas mejanya. Tiada nama pengirim pun di atas kad. Puas dia memerah otaknya, mengagak siapa si pemberi bunga.

“Kak Midah, bunga ni siapa yang bagi?”

“Tak taulah pulak. Akak sign je, tak tanya pun dari siapa” Jawab Kak Midah, pembantunya di Butik Seri Mawar.

Siapa eh? Takkanlah Faiz? Mamat tu tak pernah pulak jiwang-jiwang macam ni.

“Kau kenapa Lea? Termanggu-mangu dari tadi?” Soal Kak Midah pula.

“Tengah fikir siapa yang bagi bunga ni” Jawab Lea

“Oh, Secret admirer kaulah tu”

“Ad-Mai-Yer lah Kak Midah. Admirer..admirer” Tegur Lea bila mendengar perkataan admirer itu di 'melayu baku' kan oleh Kak Midah.

“Ala.. tak kisahlah. Kalau kau taknak, pass kat akak je. Akak pun dah lama janda”

“Amboiiiiii” Lea tergelak. Kak Midah turut tergelak sama, sebelum berjalan ke arah pantry.

Bunga ros itu di belek sebentar, lalu diletakkan di atas meja. Jarinya pantas membuka komputer riba. Sudah di simpan blog Feaeless & Adventures di bahagian ‘bookmarks’ supaya mudah untuknya mencari di alam cyber.

“Gambar ni yang dia pilih? Tak ada ke gambar lain yang senonoh sikit?” Gambarnya sedang memasukkan satay ke dalam mulut terpampang di blog.  Dia lantas menyeluk beg tangan, hendak mengambil telefon bimbit.

Aduh.. tertinggal pula handphone dalam kereta.

Lea menggaru kepalanya. Dengan malas, dia melangkah keluar menuju ke tempat dia meletakkan kereta. Telefon bimbit di ambil lalu dia memeriksa sekiranya terdapat panggilan atau sms.

5 missed call? Lea tersenyum melihat nombor Faiz.

Lea: Salam. Sorrylah tak angkat call. Aku tertinggal handphone dalam kereta.

Faiz: Selalu orang pelupa ni sebab banyak makan semut.

Lea: Perli nampak? Tertinggal nak buat macam mana.

Faiz: Yalah. Aku ada meeting. Nanti aku call kau balik.

Lea: Okay
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 12:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 23-4-2012 13:12

“Adalea” Lea menoleh apabila terdengar namanya di panggil.

“Ya?”  Macam pernah nampak…

“Ingat I lagi?” Lea hanya menggeleng.

“Emalin”

“Oh” Ingatannya terbang ke Restoran Satay Station.

“I nak cakap sikit dengan you” Emalin memulakan kata-kata. Tiada salam, tiada senyuman. Mukanya masam sepanjang masa.

Garangnya...

Minggu lepas bila dia berjumpa Emalin, keadaan agak gelap jadi dia tak dapat melihat muka Emalin dengan jelas. Lea mengamati Emalin di depannya kini.  Sangat bergaya. Tinggi lampai, berkulit cerah. Rambutnya di perm kan agar kelihatan berombak dan Lea yakin, warna coklat perang itu bukanlah warna asal rambutnya.

Cantik. Tapi macam harimau...

“Ya. Ada apa?” Lea bertanya lembut.

“I want you to stay away from Faiz” Tanpa bertapis lagi, Emalin terus memberikan kata-kata seperti amaran.  Lea mengangkat kening.

“Kenapa?”

“None of your business”

“You cakap dengan I to stay away from Faiz then you cakap none of my business? Apa ni? Siapa Faiz dengan you? Husband?”

“Bakal husband”

“Bakal husband?” Lea terdiam. Tapi Faiz kata dia tak ada apa-apa dengan Emalin.

“Sekarang you dah tahu sebabnya kan? Jadi, I nak you jangan jumpa dengan Faiz lagi” Lea hanya diam.

“Lagipun, perempuan macam you ni tak layak untuk Faiz!”

‘Tak layak?”

“You sedar tak you tu siapa, Faiz tu siapa.You are nothing compare to me. Setakat kerja jadi mak andam, you jangan mimpilah nak jadi menantu Datuk Halim!”

Hello…kau ingat ni zaman P.Ramlee antara dua darjat tu ke? Dah masuk alaf barulah!

“Whatever” Lea melangkah, malas hendak melayan kerenah Emalin yang padanya, sangat kebudak-budakan.

“Hey, perempuan. I tak habis cakap lagi! Kalau I dapat tahu you jumpa lagi dengan Faiz.. I will..”

“Lea” Satu suara memanggil, mematikan jeritan Emalin.

“Shafiq” Lea menoleh, memandang ke arah Shafiq yang kini telah berdiri di sebelahnya.

“Do you have any problem with her?” Soal Shafiq kepada Emalin. Tapi Emalin sekadar memandang sahaja.

“You” Jarinya menunding ke arah Lea. “Remember what I’ve said, jangan jumpa Faiz lagi… or else” Selepas berkata begitu, Emalin terus berlalu pergi. Lea menarik nafas.

“You okay ke?” Shafiq bertanya. Dari tadi dia memerhatikan drama di antara Lea dan Emalin, tapi bila dia melihat yang Emalin seperti hendak menyerang, dia segera masuk campur.

“Okay kot” Lea membalas, perlahan.

“Siapa tu?” Soal Shafiq.

“Perempuan gila” Celupar mulut Lea menjawab. Geram sungguh dia kala ini. Malu pun ada di marah depan orang ramai begitu. Shafiq hanya mengangkat bahu.

“Lea, okay ke tak ni? Kalau tak I datang lain kali aja” Shafiq bertanya lagi bila melihat Lea seperti terpinga-pinga.

“Eh.. tak, tak apa. I’m okay. Tapi you datang sebab apa ya?”

“Kan Suraya ada appointment dengan you hari ni. Tapi dia ada hal so dia suruh I saja yang datang” Shafiq menjelaskan.

“Oh.. okay. Jomlah masuk kedai dulu” Lea menggeleng kepala. Gangguan yang datang tadi membuatkan dia serabut seketika.


**********************************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 01:05 PM | Show all posts
“Siapa tadi tu?” Shafiq menyoal. Perbincangan dengan Lea mengenai urusan majlis perkahwinannya telah tamat lalu dia mengajak Lea makan tenghari.

Lea hanya mengeluh. Tak tahu bagaimana hendak di terangkan pada Shafiq.

“You ada cari pasal dengan dia ke?” Soal Shafiq lagi.

“Eh, tak adalah. Dia ingat I nak rampas boyfriend dia” Lea menjawab.

“Ooo.. you baik dengan boyfriend dia ke? Patutlah dia cemburu” Shafiq tertawa kecil.

“I kawan dengan semua oranglah. Dia tu yang cemburu tak tentu pasal” Lea merengus.

“Boyfriend dia nama Faiz ke?”

“Iya” Sedikit perasaan berat terluah bersama perkataan itu.

“Dahlah, malas nak cakap pasal benda ni. Macam budak-budak ” Lea berkata lagi.

“Okay” Shafiq senyum.

“Anyway, you apa khabar? It’s been a long time since….” Shafiq tidak menghabiskan kata-katanya tapi tersenyum memandang Lea.

“I sihat. Macam yang you tengok nilah” Lea berkata juga tersenyum. Sedikit kekok.

“Tak sangka you dah nak kahwin sekarang ya…” Lea menyambung kata.

“Dah sampai masa, kahwinlah” Lea mengangguk. Tak tahu apa lagi yang patut dikatakan.

“Eh, you ada contact budak-budak lain tak?” Tanya Shafiq lagi.

“Tak ramailah. Ada dua tiga kerat je. Yang lain semua dah lost contact”

“I dapat tahu Radzi dah pergi London tau.. menetap kat sana terus”

“Iya? Tak sangka pula. Dari dulu lagi si Radzi tu berangan nak kahwin dengan minah salleh”

Mereka ketawa. Pelbagai kisah zaman belajar di bualkan. Segala kisah di kolej diungkit satu demi satu, membangkitkan memori indah ketika bergelar mahasiswa.

“I better make a move now. It’s nice to see you again…” Shafiq meminta diri.

“Okay. Kalau ada apa-apa yang you nak tanya pasal majlis you nanti, just give me a call”

“Lea”

“Yes?”

“Kalau I call, tapi bukan pasal majllis kahwin, boleh?” Shafiq bertanya, berkias.

Lea terdiam memandang Shafiq, kemudian perlahan menganggukan kepalanya. Shafiq senyum lalu berpusing untuk pergi.

“Oh… by the way” Shafiq menoleh sekali lagi. Lea mengangkat kening.

“You suka bunga ros?”

Lea menarik nafas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 02:22 PM | Show all posts
ada je pengacau,..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 06:35 PM | Show all posts
wahhh...sronot nye dapat baca banyak2... tima kasih nicki bebeh... tapi nak lagiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2012 06:36 PM | Show all posts
kaka suka la ngan lea neh... berani n tak lembek... patut nya tiaw jep si emalin prasan vogue tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 08:30 PM | Show all posts
Mood rajin malam ni... sambung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2012 08:32 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 21

Faiz: Kenapa ni?

Lea: Kenapa apa?

Faiz: Kau macam tak nak bercakap dengan aku je. Aku call tak angkat. Balas sms pun macam nak tak nak.

Lea: Tak ada apalah.

Faiz: Kalau tak ada apa-apa, kenapa kau taknak jawab bila aku call?

Lea: Busy

Faiz: Busy buat apa?

Lea: Aku ada hal.

Faiz: K

Sms mati di situ.  Lea mengeluh. Sejak Emalin muncul tiba-tiba, dia jadi serba salah untuk melayan Faiz. Separuh hatinya rindu manakala separuh lagi hatinya berkata jangan. Dia pun tak tahu mana satu yang patut dipercayai. Enam tahun bukanlah masa yang singkat. Mungkin banyak benda yang berubah. Apatah lagi, Faiz sejak dulu seperti menyembunyikan sesuatu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 08:36 PM | Show all posts
Telefonnya berbunyi tiba-tiba.

Mariam! Pasti Dani ada menceritakan sesuatu padanya yang membuatkan Mariam menelefon.

“Assalamualaikum” Mariam memberi salam.

“Waalaikummussalam. Wah.. kau dah pandai bagi salam sekarang”

“Bila aku bagi salam, kau perli. Bila aku tak bagi salam, kau marah. Nak suruh aku buat apa?” Mariam berkata, seperti merajuk.

“Yalah.. yalah… merajuk pulak kawan aku sorang ni. Ada apa?”

“Sejak bila aku kena ada sebab nak call kau?” Lea memutarkan mata ke atas. Rajuk Mariam, macam pasangan bercinta pula.

“Yalah Cik Mariam. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” Terdengar gelak Mariam di hujung talian.

“Ad, kau okay ke? Aku dengar kau gaduh dengan Faiz”

“Mana ada gaduh”

“Dani cakap, kau taknak jawab call Faiz dekat dua minggu dah. Sms pun pendek-pendek aja jawabnya. Kenapa?” Mariam menembak soalan.

“Tak ada apa”

“Kau jangan nak tipu akulah. Aku kenal kau sejak kau pakai pampers lagi tau” Lea tergelak mendengar kata-kata Mariam.

“Yam, aku tanya sikit boleh?”

“Tanyalah”

“Kau kata Dani kenal Faiz dah tiga empat tahun lepas kan? Betul ke dia tak ada girlfriend?”

“Betul. Sampaikan Dani ingat si Faiz tu tak minat dengan perempuan” Pecah ketawa Lea ketika ini.

“Kau tanya macam tu, mesti ada apa-apa kan?”

“Tak ada apalah, aku tanya je”

“Ceritalah. Kau tau… Dani cakap, sakit berat mulut si Faiz tu dah makin kronik. Tanya sepatah, jawab separuh patah. Kaulah ni punca dia”

“Emalin” Lea menarik nafas bila menyebut nama itu.

“Emalin, kenapa dengan dia?”

“Kau kenal?”

“Kenal. Pernah dua kali aja kot jumpa dengan dia. Tapi entahlah. Macam tak boleh masuk line dengan dia” Kata Mariam.

“Kenapa ni? Cuba kau cerita bagi terang”

“Emalin cari aku dekat butik. Dia warning aku jangan jumpa Faiz lagi” Mariam terdiam sebentar.

“Kenapa kau tak cerita dengan aku awal-awal?” Lea mengangkat bahu, walaupun Mariam tidak dapat melihat.

“Sebab tu kau buat dek je dengan Faiz?”

“Emalin kata, Faiz tu bakal husband dia. Entahlah Yam. Aku macam serba salah pulak. Aku pun dah lama tak jumpa Faiz. Enam tahun, macam-macam boleh jadi”

“Emalin tu tak ada apa-apalah dengan Faiz”

“Ya ke?”

“Iya. Kalau Faiz tu suka Emalin, dah lama diorang tu bercinta. Ni tak ada hasil apa pun aku tengok. Kenapa kau tak tanya sendiri kat Faiz pasal ni?”

“Segan”

“Segan apanya?”

“Seganlah. Nanti dia tau aku ada hati dengan dia”

“Eleh. Memang kau ada hati dengan dia pun kan? Aku suruh kau luah perasaan pada Faiz, kau tak nak. Malu konon”

“Gila kau. Takkan perigi nak cari timba?”

“Eh hello, orang dah lama tak pakai perigi la. Ketinggalan zaman betul kau ni” Mariam ketawa.

“Apa-apa jelah Yam”

“Ad, pergilah pujuk si Faiz tu. Kesian dia”

“Kenapa aku nak kena pujuk? Dia bukan boyfriend aku pun”

“Suka hati kaulah Cik Adalea. Kalau si Emalin tu potong line, baru kau tau”

“Yam, janganlah cakap macam tu”

“Tau pun takut. Okaylah Ad, nanti kita cerita lagi”

“Okay”

“Ad”

“Ya?”

“Best woman wins. And you are the best”

“Thanks Yam”

“Bye”

“Bye”

Lea menarik nafas. Menggaru kepalanya.

Pujuk si Faiz? Nak pujuk macam mana?

**********************************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 08:40 PM | Show all posts
“Emalin warning dia?” Faiz bertanya lagi meminta kepastian. Dani mengangguk lagi.

Beriya-iya Mariam dan Dani mengajaknya berjumpa dengan alasan, mereka dah tak sanggup tengok mukanya yang macam orang hilang bini.

“Sekarang ni, kau cakap betul-betul. Kau apa cerita dengan si Lin tu?” Tanya Mariam pula.

“Apa cerita apanya. Kawan ajalah. Aku dengan dia kenal dari kecil lagi”

“Habis tu, kalau dah sampai sound-sound orang macam tu…” Mariam menunjukkan rasa tidak senang. Mana mungkin dia sanggup melihat kawan baiknya di ugut-ugut begitu.

“Serious Mar. Tak ada apa-apa. Emalin memang macam tu. Tapi setakat cakap ajalah. Aku tak rasa dia berani nak buat lebih-lebih. Tak apalah, pasal Emalin, korang jangan risau. Taulah aku nak handle” Faiz berkata lagi.

“Bila kau nak pujuk Ad?” Faiz tersengih mendengar soalan Mariam.

“Biarlah dia datang pujuk aku” Faiz menjawab. Bulat biji mata Mariam mendengar jawapan Faiz.

“Tak baiklah Faiz. Kau kata kau sayang kat dia. Ni main-main pulak”

“Siapa cakap aku main-main?”

“Dahtu… kau cakap kau sayangkan dia. Tapi, kau tak pernah pun nak luahkan perasaan pada dia”

“Aku tunggu masa yang sesuai”

“Bila?”

“Isk awak ni. Janganlah masuk campur hal orang” Dani menegur tapi Mariam hanya mencebik.

“Ala Mar, tak payahlah buat muka macam tu. Bila tiba masa nanti aku err…. aku cakaplah apa yang patut” Segan-segan Faiz berkata.

“Tapikan, sekarang ni, aku nak balas dendam sikit. Naik angin tak tentu pasal. Angin dia je dia kisah, angin orang lain dia tak kira” Mariam dan Dani saling memandang dan kemudian memutarkan biji mata mereka.

“Lantak koranglah” Dani berkata. “Macha, order!”
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 10:44 PM | Show all posts
Faiz ..... x macho aarrr tunggu pompuan pujuk!! ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 10:54 PM | Show all posts
faiz... kalau betul2 nak kan si lea tuh... patut nye sebagai lelaki yang macho n gentlemen kenalah ko yang pujuk n tunjuk kesungguhan nak tawan hati lea... hek elehhh dia plak ngada2 nak orang pujuk dia... manjaaa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 11:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 23-4-2012 23:20

Part 2 - Episode 22

Lea: Faiz, takkan kau marah kat aku sampai macam ni?

Faiz: Siapa marah?

Lea: Sorrylah…

Faiz: Sorry kenapa?”

Lea: Aku tahu aku salah

Faiz: Apa salah kau?

Lea tak tahu apa lagi nak di jawab kepada Faiz. Kini, Faiz pula yang tidak mahu membalas panggilan telefonnya. Sms pun macam mahu tak mahu saja.  

‘‘Memang padanlah korang berdua. Malas dah aku nak layan’’ Jawapan Mariam tidak membantu langsung bila dia mengadu.

Nak buat apa ni?

Call tak nak jawab. Sms pun sepatah dua kata. Aku ke yang nak kena pujuk?

Eee, mengada-ngada betullah mamat ni.

************************************************************************

Faiz hanya memandang Emalin di hadapannya. Seboleh mungkin, dia tidak mahu meninggi suara dengan Emalin, apatah lagi berkasar.

“Kenapa you buat macam tu?” Emalin diam. Niatnya untuk mengajak Faiz makan tengah hari terbantut.

Kurang ajar perempuan ni. Kaki mengadu rupanya…

“You tak ada hak nak warning kawan-kawan I” Faiz berkata lagi.

“But, she’s not just a friend to you isn’t it?”

“Is that matter to you?”

“Yes!” Faiz menarik nafas.

“Lin… berapa lama you nak hidup macam ni? Cubalah buka hati you untuk orang lain”

“Faiz, please don’t say that” Emalin bangun. Dia memegang lengan Faiz yang sedang berpeluk tubuh.


*********************************************************************


“En. Faiz ada?” Tanya Lea bila melangkah masuk ke pejabat Faiz. Dia mengenali gadis di hadapan itu adalah Mira. Lea mengambil tindakan nekad hari ini, menerjah terus ke pejabat Faiz

“Ada. Ini Cik Adaleakan? Tunggu sekejap” Mira berkata. Tangannya pantas menekan butang intercom. Nadia hanya memerhati.

“Tak apa. Saya jumpa dia terus” Lea berkata lalu terus ke belakang.

“Eh, cik… tunggu” Tapi Lea terus saja masuk. Matanya pantas menangkap bilik yang tertulis General Manager, dia pasti itu adalah bilik Faiz.

“Faiz… “ Tapi ayatnya terhenti di situ bila melihat Emalin berdiri berhadapan dengan Faiz. Paling menyakitkan hatinya, tangan Emalin sedang memegang lengan Faiz yang sedang berpeluk tubuh.  Terasa hatinya pecah berderai. Emalin hanya tersenyum sinis memandangnya. Dengan pantas dia terus keluar meninggalkan tempat itu.

“Lea..Lea” Faiz memanggil sambil mengejar, tapi bagai mempunyai ilmu ghaib, Lea hilang begitu saja.

Faiz menarik nafas sambil menggosok rambutnya. Ingin saja kepalanya di hentakkan ke dinding.

Aduh, matilah aku!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 11:23 PM | Show all posts
Reply 153# asyriqa

Ngada-ngada kan?
Aik kaka.. memalam ni.. Rajin ngadap lappy...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:46 PM | Show all posts
hantuk je kepala tu ke dinding, faiz,...tak matipun...kalau panjang umo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 12:30 AM | Show all posts
hok aloh... baru nak gi mujuk... terrrrrsalah sangka lagip... kali ni bagi lea plak merajuk lama2... biar faiz lak mujuk rayu lea... nahh rasain lor

nicki... kaka mlm2 mcm burung antu... mata terang jeppp...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 09:10 AM | Show all posts
cmne agaknya FAIZ pujuk LEA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 11:40 AM | Show all posts
Part 2 - Episode 23

Dia duduk di atas katil. Badannya bergoyang-goyang, mulutnya mengumam-guman sesuatu. Matanya di pejamkan.

“Sayang” Dia tidak menjawab.  

“Kenapa ni?” Dia mengangkat muka.

“You ada perempuan lain kan?”

Senyap. Tiada jawapan.

“Jawab!”

Masih tiada jawapan.

“Sampai hati you. You cakap you sayang I, cintakan I, tapi you tipu” Dia mula menangis teresak-esak. Masih tiada kata-kata pujukan yang keluar dari mulut kekasihnya.

Dia mengangkat muka. Lelaki itu sudah tiada, hilang begitu saja.

“Penipu! Memang semua lelaki penipu!” Dia mula mengamuk. Membaling semua benda yang dapat di capai oleh tangan.

Dia kepenatan, nafasnya turun naik. Tangisannya sudah hilang kini. Dia bangun, menuju ke arah komputer riba lalu di hidupkan. Pantas jarinya menaip sesuatu.

“Tak ada lelaki dalam dunia ni yang nak kan kau” Dia menoleh, mencari suara yang tiba-tiba muncul.

“Kau nak apa?” Hanya ketawa berdekah kedengaran.

“Kau tu yang bodoh. Sama bodoh macam mak kau”

“Kurang ajar” Ketawa bingit kedengaran lagi.

“DIAM!” Dia menjerit. Tangannya kembali pantas menekan huruf di papan kekunci. Dia biarkan saja ketawa itu hingga akhirnya ia hilang sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 11:43 AM | Show all posts
rasanya itu nadia laaa ... hahahaha ....

itu berhalusinasi .... konon2 nya faiz tu boypren atau suami dia ... hahahh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.922856 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list