CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shanew3stgalz

[Lain-Lain] PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM II

[Copy link]
 Author| Post time 8-5-2004 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by dollah_bedwi at 8-5-2004 01:01 PM:


kalau pontianak mcm ni , bukannye lari , serah diri lagi ader la..:mll::lol

bila nak tayang kat cineplex ni:stp: , tak sabo nak te ...


Lawa nya Maya!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2004 07:14 PM | Show all posts
buhsan la filem M'sia ... filem genre paranormal, misteri, horror or thriller cam dikawal .. skit2 tahyul ...

penonton M'sia smua dah besar, dah dewasa ... mesti tau mane satu buruk maner satu baik .. takkan disekat ..

kalau wat cite ala Freddy Krueger .. mesti byk potong sebb terlampau ganas ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2004 11:27 AM | Show all posts
ala ..kalau mimpi sure ramai kecewa !!! aku pun ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2004 11:33 AM | Show all posts
Pontianak Harum Sundal Malam - Shuhaimi sasar RM5 juta
Pengarah filem Pontianak Harum Sundal Malam, Shuhaimi Baba menyasarkan filem itu berjaya mencatatkan kutipan RM5 juta bagi tayangan tempatan, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Semasa ditemui di Johor Bahru minggu lalu ketika promosi Pontianak Harum Sundal Malam, Shuhaimi berkata, pihaknya bersikap proaktif untuk meneroka ruang pasaran baru filem tempatan.

Kerana itu pihaknya telah memperuntukkan kos yang tinggi untuk memperkemaskan aspek teknikal filem ini seperti kesan bunyi, kesan khas dan sebagainya.

Mengenai kemungkinan filem itu akan berdepan dengan kegiatan cetak rompak, Shuhaimi berkata, pihaknya telah menggerakkan jenteranya bagi mengenal pasti `perompak' berkenaan untuk tindakan lanjut.

``Tapi kalau filem itu dicuri juga untuk dimuatkan ke VCD, penonton tidak akan menikmati kesan bunyi bermutu tinggi sebagaimana mereka dapat dengar di pawagam,'' tegas Shuhaimi.

Bagi menghasilkan bunyi dan kesan khas yang bermutu tinggi, penerbit filem itu Pesona Pictures membelanjakan lebih RM100,000.

Filem itu menggunakan teknologi kamera digital High Defination (HD). Peralihan HD ke seloluid pula dilakukan di Digital Magic, Hong Kong. Sementara adunan akhir disiapkan dalam bentuk dolby Digital Surround di Digital Sound Cinecor, Bangkok.

Untuk Pontianak Harum Sundal Malam yang menelan belanja lebih RM2.5 juta itu, pihak produksi juga menggunakan imej penjanaan komputer (CGI) bagi memberi kesan khas yang lebih hebat.

Antara pelakon popular yang dibariskan dalam filem itu Maya Karin, Azri Iskandar, Rosyam Nor, Ida Nerina, Nanu Baharuddin, Kavita Sidhu, Eizlan Yusof, Haiza, Sharonizam dan Syarifah Aleya.

Filem yang bermesejkan menuntut keadilan itu kata Shuhaimi, akan ditayangkan di Singapura bermula Jun depan manakala di Thailand masih dalam perbincangan lanjut, terutama kerana untuk tontonan di negara itu ia mesti dialih ke bahasa Thai.

Sementara itu kata Shuhaimi Pesona Pictures berharap Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM) dapat menukar pengkelasan filem itu kepada U (untuk tontonan umum) bukannya dalam kategori 18PL (untuk tontonan 18 tahun ke atas).

Shuhaimi berharap, LPFM akan meluluskan permohonannya yang telah dikemukakan sejak lebih dua minggu lalu agar filem tersebut diklasifikasikan kepada U.

Ia kerana filem yang diterbitkan itu akan mendapat perhatian daripada kumpulan penonton remaja terutama yang berusia antara 13 hingga 18 tahun.

Pontianak Harum Sundal Malam katanya, dihasilkan mengikut garis panduan LPFM sendiri yang antaranya filem berkenaan mesti ada elemen mimpi.

Filem yang kini mencetuskan kontroversi itu akan ke 32 pawagam serentak pada 20 Mei ini. Selain itu ia juga akan turut ditayangkan untuk slot tayangan tengah malam dan tengah hari pada 14, 15 dan 16 Mei.

Semasa pelakon-pelakon utama filem itu muncul di depan khalayak di pusat membeli- belah Plaza Angsana Johor Bahru minggu lalu, banyak peminat yang mengambil kesempatan untuk bersalam dan bergambar dengan pelakon berkenaan.

Antara pelakon yang muncul ialah Ida Nerina, Maya Karin, Azri Iskandar, Nanu Baharuddin serta Shuhaimi sendiri.

Ini merupakan siri promosi filem Pontianak Harum Sundal Malam yang akan terus dibuat di beberapa bandar lain sebelum filem ini masuk ke pawagam.

Pembikinan filem ini sebenarnya merentasi laluan yang berliku kerana genre filem seram pasti berdepan dengan masalah penapisan. Shuhaimi cuba meyakinkan bahawa genre filem seram adalah sebahagian daripada kreativiti seperti mana dibuat di luar negara.

Malah ini merupakan genre filem yang diminati ramai sejak sekian lama dulu selepas pengarah tersohor Hollywood, Hitchcock merintis sebagai bapa filem thriller.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2004 11:52 AM | Show all posts
Wow! : 5 juta sey.. pergh! :cf:
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2004 12:08 PM | Show all posts
Hm....tingginye impian....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2004 12:09 PM | Show all posts
Originally posted by shanew3stgalz at 2004-5-9 11:52 AM:
Wow! : 5 juta sey.. pergh! :cf:

::
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2004 05:04 PM | Show all posts
aku nak tanya....ada tengok filem INNER SENSE tak ? alaa...lakonan Leslie Cheung dengan Karena Lam tuu.....

Hantu dalam filem tuh mimpi ker betul ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2004 11:26 PM | Show all posts
Originally posted by GAIA at 2004-5-10 05:04 PM:
aku nak tanya....ada tengok filem INNER SENSE tak ? alaa...lakonan Leslie Cheung dengan Karena Lam tuu.....

Hantu dalam filem tuh mimpi ker betul ?


rasanya cam betul..last2 rupenya perempuan tuh pun dah mati sebenarnya.. tak sangka plak...lelaki yang dah mati dilanggar kereta tu hantu..dia nak balas dendam sape yang bunuh dia...rasanya bukan mimpi...

kalau bab mimpi...alangkah kecewanya.... PHSM mimpi ke semata2...
ingatkan PHSM ni lari dari konsep mimpi...rupenya semua piem kene buat mimpi ek..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2004 07:31 PM | Show all posts
Originally posted by w|nTer^GurL at 10-5-2004 23:26:


rasanya cam betul..last2 rupenya perempuan tuh pun dah mati sebenarnya.. tak sangka plak...lelaki yang dah mati dilanggar kereta tu hantu..dia nak balas dendam sape yang bunuh dia...rasanya buk ...

aku rasa citer yg ko cakap tuh bukan cerita Inner Sense tapi Visible Secret kots....yg tu memang hantu betul...Inner Sense rasa macam tak ada hantu betul...tapi hantu yg timbul dari halusinasi.....lebih kurang macam PHSM...PHSM rasanya bukan hantu mimpi ala2 Mistik...tapi Halusinasi....macamana nak kata ye....ala...macam Inner Sense tuh lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2004 10:20 PM | Show all posts
yelah,aku ada baca kat paper mana tah yg phsm tu takkan buat mimpi semata2 tapi mcm halusinasi org yg sakit mental
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2004 07:31 AM | Show all posts
kire okla sket halusinasi daripada mimpi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2004 03:54 PM | Show all posts
:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2004 05:01 PM | Show all posts
5 juta utk 4 negara kan ? bukan sasaran 5 juta utk malaysia saja kan....? utk mesia saja...susah lah skit....biasa rekod takat 3 juta saja.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2004 01:19 AM | Show all posts
Originally posted by GAIA at 12-5-2004 05:01 PM:
5 juta utk 4 negara kan ? bukan sasaran 5 juta utk malaysia saja kan....? utk mesia saja...susah lah skit....biasa rekod takat 3 juta saja.....


A'ah.. susah s'kit s'karang nih..

Yg paling tinggi pun c'rita thn 90's.. filem Sembilu. Kan?? s'mpai 6 juta.. ish.. ish.. ish.. :cf:
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2004 01:57 AM | Show all posts
heran betul la Sembilu dulu boleh dpt 6 juta:stp::hmm:..tak best pun

PHSM nie harap2 best ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2004 08:25 PM | Show all posts
LPFM kata kalau nak cerita hantu best.. jgn tengok cerita malaysia... tengok cerita luar.. tuh sebab diorang hadkan hak berkarya org malaysia...nak melingkupkan karya tempatan..  asyik mimpi mimpi mimpi....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2004 08:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2004 01:36 AM | Show all posts

salam..

kenapa tajuk filem nya sampai 4 perkataan?
pontianak harum = okay lagi sundal????why thsi word malam...?
apa kaitan nya dgn  semau perkataan tu?
Reply

Use magic Report

fyrdd This user has been deleted
Post time 14-5-2004 12:34 PM | Show all posts
if i'm not mistaken...
sundal malam tu adalah sejenis bunga..
dan pontianak nih berbau harum macam bau bunga tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.399517 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list