CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Edisi Serbu: Muhibah dinner held in church disrupted

  [Copy link]
Post time 18-8-2011 11:20 AM | Show all posts
lagipun mana kamu tau Atira dia tu islam ke tidak?..lain lah Cak tu....saya pernah jumpa dia makan2 minum2 sesama..
Anak_Nogori Post at 18-8-2011 10:51

amboi!!!! abes la ko cak!!!!!
tu cam terangan serangan peribadi lak tuh!!!!
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 18-8-2011 11:25 AM | Show all posts
Reply  Anak_Nogori

Hari tu dia ada kata dia nak start puasa. Aku anggap orang Islam lah. Erben m ...
pondanblonde Post at 18-8-2011 10:55

hehehe..ye ke?...liberal erben sungguh..malah...biar la murtad..asal jangan rasuah katenye..hebat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2011 12:00 PM | Show all posts
Salah ke JAIS buat kerja? Kenapa ko tak sokong? Sepatutnya sebagai orang Islam ko sokong usaha J ...
pondanblonde Post at 18-8-2011 10:27

    pondanblonde ajalah yg buat bab2 skodeng ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2011 12:02 PM | Show all posts
kan saya dah cakap..atira tu penyokong PAS liberal...kalau ada orang islam dimurtadkan atau nak  ...
Anak_Nogori Post at 18-8-2011 10:51

    fullamak. AN dah mula geng dgn set2 dok persoal 'Atira islam ka?'
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 12:04 PM | Show all posts
fullamak. AN dah mula geng dgn set2 dok persoal 'Atira islam ka?'
atira Post at 18-8-2011 12:02

ish...mana ada...ingat AN ni PAS totok ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 12:13 PM | Show all posts
ISU-ISU AKHBAR CINA

SALAHKAH IBU TUNGGAL DIBANTU GEREJA?
AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 11 Ogos 2011 menyiarkan artikel mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya setelah menerima aduan cubaan memurtadkan umat Islam.

Artikel tulisan pengkritik semasa, Loh Hon Chew bertajuk “Hasan Ali buat hal lagi” disiarkan di ruangan Pendapat Yuanlun, halaman A16.

Pegawai JAIS dan polis yang tidak mendapat perintah mahkamah telah menggeledah gereja DUMC ketika satu majlis makan malam diadakan. Tindakan itu telah menimbulkan kontroversi apabila parti pembangkang dan pemerintah asyik menuding jari terhadap JAIS kerana melakukan tindakan secara tergesa-gesa.

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor turut meluahkan perasaan tidak berpuas hati kerana merasakan JAIS telah menyalahgunakan kuasa.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menyokong sepenuhnya tindakan JAIS itu.

Perbuatan beliau dikritik semua pihak. Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Exco Selangor dari parti itu, Teresa Kok telah memarahi Hasan. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dari Pas turut membuat teguran dengan menyatakan Hasan perlu tahu batas-batasnya. Apa yang berlaku ini telah menyebabkan, Hasan terperangkap dan dikelilingi musuh.

Sebelum ini, Hasan sendiri pernah membawa pasukan JAIS untuk menggeledah kedai-kedai serbaneka di Shah Alam. Beliau dengan kelakuan seperti seorang diktator mengarahkan pekedai terbabit menghentikan penjualan arak di premis perniagaan mereka. Berikutan itu, beliau telah dikecam dan diberi amaran oleh Pas Pusat sehingga tidak lagi berani bertindak sedemikian.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan Hasan tidak mengambil pengajaran daripada segala kesilapan yang telah beliau lakukan.

Tidakkah beliau mendengar penjelasan yang telah diberikan pihak gereja bahawa majlis makan malam itu adalah bagi mengutip dana untuk membantu pesakit HIV dan ia disertai semua kaum serta agama.

Sehubungan itu, JAIS dan Hasan perlu memberi penjelasan adakah mereka melarang orang Islam bekerjasama dengan penganut agama lain untuk membuat kerja-kerja amal?

Jika benar ada larangan sedemikian, sila nyatakan dengan jelas dan adil. Lain kali tidak akan ada lagi pihak yang menjemput orang Islam untuk bersama-sama membuat kerja-kerja amal.

Pihak JAIS juga tidak perlu lagi bersusah payah untuk membuat pemeriksaan mengejut dan ini akan menghindarkan jabatan itu daripada tuduhan menyalahgunakan undang-undang negara.

Mengikut laporan, kebanyakan orang Islam yang hadir pada majlis di gereja tersebut adalah ibu tunggal yang miskin sehingga makan dan minum serta pakaian mereka tidak terurus.

JAIS yang dibelenggu terlalu banyak kerenah birokrasi tidak menghulur bantuan kepada ibu tunggal terbabit sehingga pihak gereja terpaksa mengambil alih tugas untuk menyara kehidupan mereka termasuk menyediakan modal untuk memulakan perniagaan.

Semua pihak sudah pasti terharu dengan kenyataan menyayat hati yang diluahkan oleh ibu-ibu tunggal terbabit antaranya, “Adakah mereka (JAIS) mahu kami lacurkan diri.”

Kenyataan itu dibuat kerana tingkah laku JAIS seolah-olah menunjukkan ia lebih rela melihat mereka menjadi pelacur untuk menyara hidup, asalkan tidak meninggalkan agama Islam.

Diharap suara yang amat mengharu dan menyedihkan akan dapat menginsafkan Hasan dan pegawai-pegawai JAIS. Bertindak segeralah untuk turun ke bawah bagi membantu orang Islam yang miskin ini.

Bagaimanapun, kita tidak tahu sama ada agama Islam mempunyai wawasan dan strategi yang menyeluruh bagi membasmi kemiskinan yang tidak hanya berlegar-legar dengan isu pengharaman minuman keras sahaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us

 Author| Post time 18-8-2011 12:43 PM | Show all posts
ish...mana ada...ingat AN ni PAS totok ke?..
Anak_Nogori Post at 18-8-2011 12:04

    ececececece tak nak ngaku plak..
cer buat refleksi dgn baca balik posting2 AN sebelum ni
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 18-8-2011 01:09 PM | Show all posts
JAIS dapat aduan, JAIS pergi siasat. Takkan nk kena mintak persetujuan dari parti politik utk buat siasatan? Da mmg terang-terangan ada bau2 ikan dlm majlis DUMC tu. Bukti video pun da ada.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:22 PM | Show all posts
ececececece tak nak ngaku plak..
cer buat refleksi dgn baca balik posting2 AN sebel ...
atira Post at 18-8-2011 12:43

dah baca...mana ada..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:29 PM | Show all posts
alah...biasalah....bila salahkan UMNO tak kata plak ratib UMNO UMNO UMNO, NAJIB NAJIB NAJIB, TUY ...
Anak_Nogori Post at 17-8-2011 12:27

kalo aku ....aku lempar najis vavi jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:33 PM | Show all posts
katakan la yg murtad tu semua ahli umno.... pendirian penjuang yg tulen akan sokong tindakan jais... ...
dino Post at 18-8-2011 09:46

ishhh dino nie gurau jerk.... beselah dino...diaorang mana mau kalah...diaoranglah jebat ...diaorang lah tuah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by BENTARA at 18-8-2011 13:38
kalo aku ....aku lempar najis vavi jerk...
shamsadis Post at 18-8-2011 13:29

    nak stok najis vavi.....no problem....
orang dalam gambar ni sudi membantu.....
kalau tak tau tanyer pada AN!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:37 PM | Show all posts
kalo aku ....aku lempar najis vavi jerk...
shamsadis Post at 18-8-2011 13:29

hehehehehe..puas la budak tu kena samak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:37 PM | Show all posts
Islam terancam kerana pemimpin 'bermasalah' pentingkan undi

    Khamis, 18 Ogos 2011 05:45
    HELME HANAFI

Kedudukan agama Islam semakin terancam di negara ini kerana sikap pemimpin Islam yang tidak berusaha mempertahankan agama itu.

Menurut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman (gambar) agama Islam adalah agama Persekutuan seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Negara dan agama lain tidak boleh disebarkan kepada penganut Islam.

“Sikap pemimpin Islam yang bermasalah, mereka tidak pertahankan Islam ... apa yang mereka pentingkan adalah undi itu sahaja.

“Selain itu, kalau kita lihat fahaman liberalisme yang semakin menular dalam masyarakat juga menjadi punca mengapa Islam semakin terancam sedangkan ia adalah agama negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk “Ancaman terhadap Kedudukan Islam di Malaysia' di seminar Mendaulatkan Islam - Agama Negara di Masjid Negeri Shah Alam pada Rabu.

Sementara itu,  Presiden Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Dr Yusri Mohamad berkata dalam Perlembagaan Persekutuan telah dijamin bahawa (mana-mana) kerajaan harus mempertahankan, mendaulautkan dan memperkasakan agama Islam di negara ini.

“Selain itu, pemerintahan negara juga perlu berlandaskan kepada ajaran Islam dan dengan itu baru tiada pihak yang mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama negara,” katanya.

Menurut bekas Presiden ABIM itu,  masa depan Islam akan tergadai sekiranya kepimpinan negara yang beragama Islam tidak berusaha mempertahankan, memartabatkan dan mendaulatkannya sebagai agama (idealogi) negara.

Sementara itu, Ahli Lembaga Penyimpan Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI), Mahamad Naser Disa berkata kedudukan agama Islam semakin terhakis berikutan cubaan pihak tertentu untuk menyebarkan agama masing-masing kepada umat Islam.

“Kalau betul ada usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam mengapa kita harus diam, kita perlu bangun menyatakan pendirian kita.

“Tapi apabila kita bersuara, dikatakan kita rasis, ini bukan soal rasis atau tidak tapi mana-mana agama tidak boleh disebarkan kepada umat Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Jelas Mahamad Naser, beliau kesal dengan sikap pemerintah yang tidak melaksanakan pentadbiran negara mengikut ajaran Islam.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan sudah jelas, agama Islam adalah agama negara dan mana-mana agama lain boleh diamalkan tapi tidak boleh disebarkan,” katanya.

zainulrijalBagi, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar pula berkata, undang-undang negara juga perlu berlandaskan kepada ajaran Islam.

“Semua perkara yang kita lakukan perlu berlandaskan ajaran Islam, berlandaskan al-Quran ... ini yang perlu ditekankan selain Perlembagaan Persekutuan juga.

“Walaupun kita lihat undang-undang itu ada tapi pelaksanaannya itu tiada, sepatutnya semua yang kita lakukan perlu berlandaskan ajaran Islam,” katanya.

Seminar sehari ini adalah untuk menyemarakkan kefahaman masyarakat umum tentang kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah termaktub di dalam sejarah dan lembaran kemerdekaan Negara, serta mewujudkan kesedaran tentang cabaran-cabaran yang sedang melanda dalam usaha mempertahankan kesucian aqidah umat Islam di Negara ini

Ia dimulakan dengan perasmian oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dato’ Setia Mohamad Adzib Bin Mohd Isa, dan diakhiri  dengan forum “Mempertahankan kesucian Aqidah Islam” yang dihadiri lebih 300 orang.-17/8/2011
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:01 PM | Show all posts
pondanblonde ajalah yg buat bab2 skodeng ni
atira Post at 18-8-2011 12:00

aku tanya apa pasal. :re:
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 18-8-2011 11:58 PM | Show all posts
jgn lah redah, serbu, masuk dgn kekasaran......... itu bukan kaedah nya untuk membuat org suka dan jatuh cinta pada islam........
..
puterikhaleeda Post at 4-8-2011 09:22

Betul puterikhalida. Bukan itu caranya. Caranya kena buat negara kebajike dan kurangkan hudud ke hulu negara Isele ke hilir. Bila orang tak sedar, barulah kita masuk jarum.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 12:01 AM | Show all posts
negara terancam akibat umat yg pentingkan dogma drpd realiti
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 09:15 AM | Show all posts
PAS semakin menyongsang arus...

    Khamis, 18 Ogos 2011 23:34
    ROSLAN BIAN

Pemimpin-pemimpin PAS ada yang mula hilang akal gara-gara parti itu gagal berdepan kontroversi pemeriksaan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang sudah berlarut hampir tiga minggu.
Semuanya berpunca kesilapan PAS yang awal-awal lagi enggan menyatakan pendirian terhadap tindakan JAIS yang memeriksa DUMC setelah menerima maklumat ada usaha memurtadkan orang Islam oleh pihak terbabit.

Seperti dinyatakan sebelum ini, demi menjaga hati PKR dan DAP, pemimpin-pemimpin PAS jelas mempolitikkan isu ini sejak awal-awal lagi dengan mengenepikan penjelasan Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Sebaliknya rancangan PAS bertemu JAIS dan DUMC bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden 3 Ogos itu juga gagal.

Hilang punca dan buntu dengan semua itu, pemimpin PAS baru menyatakan sokongan terhadap JAIS dan meminta jabatan itu bertindak jika ada bukti ujud usaha memurtadkan orang Islam.

Namun, pendirian itu dianggap sudah terlewat kerana masyarakat mula nampak ‘perjuangan sebenar PAS’ yang bukan lagi mahu mempertahanakan dasar-dasar Islam tetapi memperjuangankan sekutu mereka – PKR dan DAP.

Sebab itulah, PAS cuba mengalih isu ini dengan mengheret UMNO dan mendakwa memnjadi dalang tindakan tersebut.

Selain ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, kini Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyerang UMNO.
        
Dengan menjadikan laporan dan pendedahan blog yang didakwa Tuan Ibrahim sebagai blog pro-UMNO, beliau terus mengaitkan tindakan JAIS itu dengan UMNO.

Lebih buruk beliau menuduh perangkap ini sengaja dipasang UMNO yang hanya merosakkan lagi nama baik Islam yang kini sudah cacat cela.

Sekadar bertanya, sebanyak mana UMNO merosakkan Islam berbanding PAS yang sanggup mjengeluarkan macam-macam fatwa dan amanat sehingga mengkafirkan orang-orang UMNO?

Apakah fakwa-fatwa songsang Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat demi menyelamatkan parti dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang meliwat, berbogel dan ditangkap khalwat tidak mencacat celakan Islam?

Jawapannya, PAS hanya meludah ke langit.

PAS jelas menyongsang arus daripada perlembagaan parti untuk memperjuangkan dasar-dasar Islam berlandaskan Al-Quran.

Tidak hairan kebelakangan ini sejak bersekedudukan dengan PKR dan DAP, parti itu sanggup menjual Islam asalkan dapat undi yang pembangkang perlukan untuk mengambil alih Putrajaya.

Dalam isu JAIS dan DUMC, PAS tidak patut menuduh UMNO sebagai dalang hanya berpandukan laporan blog yang pro-UMNO atau desakan-desakan NGO termasuk Senator Ezam Mohd Nor yang menyokong tindakan JAIS.

Apa bezanya dengan blog pro pembangkang yang sentiasa menyerang UMNO dan pemimpinnnya apabila timbul sesuatu isu?

Apa bezanya dengan ancaman demonstrasi jalanan haram anjuran pembangkang termasuk PAS sendiri semata-mata mahu tuntutan politik mereka ditunaikan?

Apa bezanya dengan macam-macam bukti yang didedahkan oleh pemimpin pembangkang walapun ianya sulit malah ada antaranya tidak diketahui kesahihannya?

Amat bodoh Tuan Ibrahim menjadikan apa dilaporkan penulis blog, pendedahan maklumat tindakan JAIS di internet dan tindakan mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan pendirian berhubung kontroversi tersebut didalangi UMNO.

Tuan Ibrahim tidak harus curiga dengan ulasan pemimpin-pemimpin UMNO dalam isu ini.

Sesiapa sahaja orang Islam, tidak termasuk segelintir pemimpin PAS yang sudah hilang perjuangan asal akan bangkit mempertahankan tindakan JAIS.

Mengapa Tuan Ibrahim mempersoalkan kredibiliti JAIS, kecewa dengan pendedahan bukti-bukti di internet yang beliau anggap bahan sulit?

Beliau sepatutnya meminta Mustapha mendedahkan bukti jika benar UMNO menjadi dalang disebalik semua ini bukannya turut sama menjadi Luncai yang akhirnya terjun bersama-sama labunya.

Tuan Ibrahim juga tidak wajar menjadikan kelewatan JAIS menyiapkan laporan siasatan sebagai bukti ada kaitan dengan UMNO.

Sedangkan 12 orang Islam yang berada di gereja pada malam kontroversi itu tidak hadir memberi keterangan kepada JAIS pada awalnya.

Beliau sepatutnya menasihati ke semua mereka terbabit akur arahan JAIS atau meminta peguam semua terbabit bekerja sama dengan JAIS bukan mengambil tindakan terhadap JAIS.

Sebenarnya, pengajaran daripada semua ini menampakkan PAS sudah tiada dahan atau akar untuk berpaut bagi mengembalikan maruah parti itu sebagai mempertahankan Islam.

PAS sudah jauh meninggalkan perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu.

Adakah perjuangan parti itu yang kononnya mempertahankan Islam sudah sampai ke penghujungnya?
                                                                     
Mungkin ini sebahagian tanda-tandanya. -18/8/2011- OLEH ROSLAN BIAN
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 10:43 AM | Show all posts
PERTIKAI TINDAKAN JAIS MAKNA PERSOAL KUASA SULTAN, KATA MAIS - malaysian insider

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini secara tidak langsung bermakna tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.

Ketika ditemui The Malaysian Insider, Pengerusi Mais Mohd Adzib Isa menegaskan, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.

“Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais.

“Jais adalah badan bebas... tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran,” katanya.

Justeru beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan tindakan Jais yang melakukan pemeriksaan ke atas majlis malam malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Tindakan Jais itu bagaimanapun mendapat kritikan banyak pihak.

tp ramai pencacai bingai kt CI salahkan k'jaan negeri..takot kt DAP katanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.069655 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list