CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: stillen

Amuk di Kompleks JPM (Parcel B)

  [Copy link]
Post time 14-7-2012 08:24 AM | Show all posts
Laki die pon terlibat samakah? Atau dijadikan tebusan oleh bini dan arwah dgn pedang samurai?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2012 08:27 AM | Show all posts
Tlg tepek cite penuh.....ai tak beli sinar hairan tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 10:25 AM | Show all posts
Reply 1702# albusseverrusP


    sgt setuju dengan apa u faham.....mona fandey dihukum gantung pun anak2 dia leh tgk jenazah cuma disemadikan di kajang je....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 10:52 AM | Show all posts
Arwah hilang?kot la imam mahdi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 10:54 AM | Show all posts
Arwah hilang?kot la imam mahdi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 11:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2012 11:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by Changa at 14-7-2012 11:25

Amat lucu sekali baca thread inj, rupanya forummer sini pun ramai yang bipolar. Kes simple sahaja namun ummah ummah bipolar pula yg dok konspirasi teori sana sini, imam mahdi sana sini, di angkat ke langit sana sini.

Baik sembah berhala sahaja jikalau percaya semua crita tahyul itu. Ga usah tonggang tonggek sembah kaabah. Prrgi sahaja keliling kuil hindu mcm nenek moyang kamu dahulu. Jikalau masih tidak boleh terima ajaran islam, berbalik sahaja ke fitrah kamu yg asal iaiti hindu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 11:27 AM | Show all posts
Reply  albusseverrusP


    sgt setuju dengan apa u faham.....mona fandey dihukum gantung pun an ...
PFLEEGER Post at 14-7-2012 10:25



    So kiranya beliau tuhan allah lah kan? Ke imam mahdi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2012 11:56 AM | Show all posts
Suami: 'Isteri saya jerat dalam dunia khayal Khalil'

KEJADIAN amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Isnin lalu, menggemparkan negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk de ngan menggunakan pedang samurai.

Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya. Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28. Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA dan jurugambar AZMI ARYANTO bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.


Bagaimana sifat dan sikap Muhdalina sebelum mengenali Khalil Afandi?

Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami. Tidak pernah melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat melainkan saya sendiri.

Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi, tanpa pengetahuan saya.

Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan.
  



Bagaimana permulaan perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi?

Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi bermula dua minggu sebelum kejadian amuk di Putrajaya. Sebelum ini saya tidak tahu dia sudah mengenali dan menghubungi Khalil Afandi melalui blog dan Facebook.

Saya buta teknologi maklumat (IT) dan tidak mengetahui perhubungan tersebut. Muhdalina berurusan dengan Khalil Afandi hanya ketika bekerja di pejabat, sebuah syarikat di Pelabuhan Klang.

Seminggu kemudian, baru saya tahu mereka berkenalan
antara satu sama lain. Ketika itu Muhdalina bertanyakan soalan; “Abang percaya ada lelaki hidup 1,000 tahun?” “Abang percaya bumi terbelah bila ditumbuk lelaki?” “Ada lelaki boleh tembus  dinding?”

Saya menafikan soalan itu, namun Muhdalina mengiakan dan memberitahu Khalil Afandi boleh melakukan semua itu. Saya bertanyakan siapa lelaki itu dan dia menjawab Khalil Afandi adalah imam Mahdi.

Ketika itu saya hairan mengapa Muhdalina berubah dan begitu taksub dengan lelaki tersebut.
  



Kenal sejak dalam kandungan

Bila Mohd Irwan dan isteri tinggal sebumbung dengan Khalil Afandi?

Kami ‘berpindah’ ke rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan pada malam Khamis iaitu empat hari sebelum tragedi amuk.

Muhdalina mendesak saya supaya membenarkan dia tinggal bersama Khalil Afandi. Saya tidak mengizinkan, tetapi dia mengugut akan menuntut cerai sekiranya dihalang. Saya tidak sanggup untuk berpisah jadi saya membenarkan dengan syarat saya menemaninya.

Sebelum hasrat itu disuarakan Muhdalina, dia menceritakan kepada saya bahawa Khalil Afandi sudah mengenalinya sejak dalam kandungan. Saya jadi bingung dengan kenyataan Muhdalina.

Bagi meyakinkan saya lagi, Muhdalina juga memberitahu, Khalil Afandi pernah bermimpi bertemu dengan seorang wanita berbaju kurung merah, mempunyai dua orang anak dan wanita itu adalah insan yang akan berjuang bersamanya bagi menegakkan keadilan.

Khalil Afandi mengatakan bahawa wanita itu adalah Muhdalina memandangkan kami mempunyai dua cahaya mata selain Muhdalina memiliki baju kurung berwarna merah.

Disebabkan itu, Muhdalina tekad untuk bersama dengan Khalil Afandi untuk berjuang. Kerana sayang, saya turuti kemahuan Muhdalina untuk tinggal bersama Khalil Afandi dan isterinya.

Keesokan harinya, Muhdalina menghantar surat berhenti kerja melalui e-mel kepada majikannya.

  

Apa yang berlaku sepanjang empat hari di rumah Khalil Afandi?

Ketika sampai di rumah itu, Khalil Afandi terus menjerit dan bertanya kepada saya, “Kenapa kamu tidak sembahyang? Aku tidak boleh tinggal serumah dengan orang yang tinggalkan sembahyang!”

Khalil Afandi juga mengatakan atas faktor itu, dia tidak bercampur dengan orang ramai kerana khuatir  akidah terjejas.

Saya terkejut dan timbul sedikit kepercayaan kepada lelaki itu berikutan saya belum menunaikan solat (ketika itu).

Bagaimanapun, semua itu terhakis selepas Khalil Afandi mengatakan saya hanya perlu solat pada waktu malam dan bukannya waktu siang.

Mendengar penjelasan itu, rasa sangsi terhadap lelaki itu kian menebal.

Keadaan Khalil Afandi ketika itu amat pelik, bukan macam orang normal dan saya lihat dia sentiasa bermonolog sendirian.

Apa yang lebih pelik, dia memanggil ALLAH dengan nama ‘bos’.

Dia juga mendakwa kononnya dialah kekasih 'bos' yang paling tinggi. Watak Khalil Afandi juga sukar dicam. Sekejap dia menjadi amat baik, sekejap lagi dia bertukar garang. Dia juga mendakwa sering bertukar- tukar jasad, seperti dalam filem The Highlander. Dia sering mengatakan dirinya sebagai hero filem tersebut.

Dia juga sering memarahi isterinya secara melampau, sehinggakan saya lihat isteri Khalil amat takut
dengannya.

Ikuti laporan penuh kisah di sebalik kejadian amuk itu dalam Sinar Harian edisi hari ini, Sabtu 14 Julai 2012.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 11:57 AM | Show all posts
tak boley ke?
Acong Post at 13-7-2012 19:42


aku kate hang bongok boley tak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 11:57 AM | Show all posts
adoiiii........ laki boleh ikut bini nak ikut jantan lain........
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 12:21 PM | Show all posts
Reply 1755# Changa


    U really intrested 2 know about Imam Mahadi.....may be u should ask the right person....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 12:25 PM | Show all posts
schizo rupenye mamat khalil ni, patient kat wad psikiatri pun banyak yang macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 12:28 PM | Show all posts
Reply  Changa


    U really intrested 2 know about Imam Mahadi.....may be u should ask the righ ...
PFLEEGER Post at 14-7-2012 12:21



    Adakah kamu pun imam mahdi? Tuhan allah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 12:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by hzln at 14-7-2012 12:34
Amat lucu sekali baca thread inj, rupanya forummer sini pun ramai yang bipolar. Kes simple sahaja na ...
Changa Post at 14-7-2012 11:24



    saya beranggapan mereka bersinikal saja kerana tiada sorang manusia pun takat ini yg tengok bahwa khalil itu sudah benar2 mati, dimandikan, dikafankan dan dikuburkan...jadi ditimbulkanlah anggapan2 sudah diangkat ke langit dan seumpamanya....tidak semestinya mereka beriktikad terhadapnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 01:23 PM | Show all posts
aku rasa Tun Mahathir tu la imam Mahdi yg sebenarnya..... tapi untuk penganut-penganut agama UMNO je la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2012 02:05 PM | Show all posts
Amat lucu sekali baca thread inj, rupanya forummer sini pun ramai yang bipolar. Kes simple sahaja na ...Ga usah tonggang tonggek
Changa Post at 14-7-2012 11:24


Changa you orang Indo ye?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 02:15 PM | Show all posts
Mcm mana la bole terpengaruh dgn org kt internet? Muhdalina tu pon bipolar la jugak kan?stress di tempat keje?post partum depression or kurg kasih syg dr suami?

Yelah aku baca dlm blog khalil tu, die mtk maaf pd muhdalina sb tak dpt temukan imam mahdi dgn muhdalina...

Jelasnye..both saket mental la kan.....
The worst part family msg2 tak sedar,  kalau tak bole bwk gi psikiatri,mkn obat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 02:17 PM | Show all posts
Kalau gi wad psikiatri hkl tu ramai je ngaku imam mahdi..... Dah bilangan yg keberapa tah...hihi..doctor kat situ pon da tau, kalau ada pesakit kene anta dgn polis..sure imam mahdi yg terbaru hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 02:56 PM | Show all posts
Kalau gi wad psikiatri hkl tu ramai je ngaku imam mahdi..... Dah bilangan yg keberapa tah...hihi..do ...
poison_paradise Post at 14-7-2012 14:17



    Kenapa ummah melayu islam hadap dgn imam Mahdi? Siapa beliau? Tuhan allah akhir zaman?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.160067 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list