CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tanggo

Pengalaman saya .

     Close [Copy link]
Post time 8-3-2011 03:48 PM | Show all posts
melayu ni susah sikit nak buang sikap suka tahyul2 ni... especially makcik2 dan pakcik2 tua..

Macanasia Post at 8-3-2011 15:38


Termasuk mak apak ko kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2011 03:49 PM | Show all posts
Reply 160# Mata_coklat

jawab jee laa... ape pegangang ko yg mengwajibkan ko pecaye sangat cite2 jin ni???????

klu orang cakap dia boleh berborak dgn jin = ko kene pecaye.. klu kutuk berdose kerr???
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 03:50 PM | Show all posts
Termasuk mak apak ko kan?
Mata_coklat Post at 8-3-2011 15:48


nak main mak bapak pulok...
cube ko jawab soalan aku dgn care yang berilmiah.. nak tengok jugak tahap pemikiran ko mcmane...

jawab laa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 03:57 PM | Show all posts
Reply 162# unekspekted_II


Malas aku layan ko..










Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya, api nerakalah yang layak untuk dirinya." (Hadis riwayat Baihaqi). Jika sudah banyak dosa, maka tentulah neraka yang paling layak untuk si mulut murai ini, seperti sabda Rasulullah SAW, "Tidaklah dihumban muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelik) lidahnya." (Hadis riwayat At-Tarmizi)
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 03:57 PM | Show all posts
utk renungan bersama

Tahukah anda selain manusia, alam ini juga dihuni oleh makhluk ghaib yang bernama JIN. Alam kedua-dua makhluk ini letaknya sangat berdekatan bahkan boleh dikatakan letaknya saling bertindih (cuma dimensinya sahaja yang berbeza). Dan antaranya ikut hidup berkeliaran dengan manusia di rumah-rumahnya (ada yang menyerupai kucing dan lain-lain haiwan peliharaan).

Sesuatu tempat itu mungkin tempat kediaman JIN ataupun mungkin perkampungannya. Sebab itu bila berada di tempat yang kita belum kenal keadaannya janganlah bertindak sebarangan, takut nanti perlakuan kita itu mengganggu ketenteraman JIN dan menjadikan ia marah (walaupun dengan tidak sengaja).

Kebanyakan manusia walaupun percaya adanya makhluk ini disekelilingnya tetapi kerana tidak nampak, maka mereka mudah terkena tipuan dan godaannya. Dengan ini patutlah kita sedari bahawa syaitan itu selalu mengintip-ngintipkan manusia bagi membencanakan anak-anak Adam.

Menurut kejadiannya, JIN ini merupakan makhluk yang perkasa dan boleh menunduk atau mengalahkan manusia. Namun mereka tidak mempunyai ruang untuk menyambar manusia kerana Allah s.w.t. menjadikan bagi manusia (yang sentiasa mengingati Allah) malaikat-malaikat penjaga yang lebih gagah daripada JIN. Dan dengan ini manusia dapat mengalahkan JIN dengan mudah. Kiranya tiadalah pemeliharaan Allah kepada manusia, nescaya binasa dan musnah mereka semuanya.

Sesungguhnya tubuh JIN dan manusia itu terbina daripada bahan-bahan yang boleh musnah, maka terjadinya kematian dan kemusnahan itu sama-sama dialami oleh dua makhluk ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 03:58 PM | Show all posts
lagi samb..

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk

matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan JIN dimana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka JIN perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak JIN yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya

sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan JIN dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan JIN dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut JIN.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk JIN pula ialah

" Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang

kembali beriman kepada Allah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2011 04:00 PM | Show all posts
lagi utk anda...

IN juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.

Majoriti puak-puak JIN terdiri daripada golongan Jin Kafir. Golongan JIN kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan JIN yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan minoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan JIN.

Seperti juga manusia biasa, JIN juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada JIN Islam yang bertaraf awam sahaja, JIN Islam yang di tingkat iman Khawas dan JIN Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.

Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya, tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya. Tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 04:01 PM | Show all posts
ko je la uneks cerita sifat2 jin mcm yg ko faham...

tak pe kan kawan2 ...kita bagi peluang si uneks cerita sifat2 jin dari pemahaman dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2011 04:02 PM | Show all posts
Reply 165# Mata_coklat

dah jahil main hadis nabi pulok..
ape kate ko bagi hadis nabi yang cite "Berborak dgn jin" yg ko sanjung2 tu..... ader?????

ader????
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 04:03 PM | Show all posts
lagi..

Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa "Sebaik-Baik JIN Itu Ialah Sejahat-Jahat Manusia Yang Fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan JIN Islam yang awam dan JIN kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh JIN, bahkan JIN pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

Manusia tidak boleh melihat JIN dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t. telah memperkenankan permohonan Bapak JIN(ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat. (JIN pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari cahaya di mana lebih hebat dari JIN).

Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.”  - (Surah Al-A’raaf: 27).

Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN/ Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian).

Al-Qusyairi menyatakan, “Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”

Dalam buku ‘Aqidah Islam’, Prof. Sayyid Sabiq menulis, JIN atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan.

Dalam hal ini (lebih-lebih lagi untuk waktu yang lama) adalah sesuatu yang sulit dilakukan oleh JIN mahupun syaitan. Ia memerlukan kondisi-kondisi jasmaniah dan psikologi yang membantu dan terjadinya pula pada waktu-waktu tertentu sejalan dengan kebolehan jin atau syaitan itu.

JIN dan syaitan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Ia memerlukan masa yang lama dan proses pertukaran ini mengalami penderitaan yang teruk.

Di samping itu ia juga takut akan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan risiko (kerana ia pun takut akan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. Bila tertangkap dan dibaca kepadanya Ayat Kursi, nescaya akan menggeletar sehingga boleh mengalami stress berat dan akhirnya mati. Kalau tidak pun ia akan lemah-lunglai dan menjadi tidak bermaya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 04:06 PM | Show all posts
ko je la uneks cerita sifat2 jin mcm yg ko faham...

tak pe kan kawan2 ...kita bagi peluang si une ...
ninja9 Post at 8-3-2011 16:01


senang je... ILMU GHAIB ITU HAK ALLAH
cume Allah je yang tahu perkara ghaib, syurgan neraka, alam barzakh, kiamat, jodoh rezeki, jin setan

so.. klu ade orang yang claim dia tau 'perkara ghaib' ni memang terang2 aku palatkan mcm kat atas2 tuuuuuu.

reti??
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 04:06 PM | Show all posts
kalo ko betul sangatt... === ko bagi aku laa dalil, or dari sirah nabi, ker.. dari mane2 ijtimak ...
- jin mempunyai teknologi
- jin boleh membuat hidup kite susah
- jin boleh memberi rezeki, beri beras bagai
- manusia boleh klua masuk alam jin
- manusia boleh berbicara dengan jin
unekspekted_II Post at 8-3-2011 14:57


- jin mempunyai teknologi
Dalam Quran takde pulak cakap jin ni takde akal. So ada kemungkinan jin ni ada teknologi.

- jin boleh membuat hidup kite susah
Bala dari Allah boleh datang dengan pelbagai cara. Jangankan jin, seekor nyamuk pun boleh buat ko hidup susah.

- jin boleh memberi rezeki, beri beras bagai
Rezeki dari Allah boleh datang dalam pelbagai cara.  Yang penting cara ko menerimanya..
(Tuhan yang bagi ke, jin yang bagi?)

- manusia boleh klua masuk alam jin
Apa tak bolehnya? Langit kesembilan pun boleh sampai...ini pulak alam jin.

- manusia boleh berbicara dengan jin
Apsal tak boleh pulak? Ngan pokok pun boleh bercakap, inikan pulak dengan djinnn.

Orait ke tak jawapan aku?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 04:11 PM | Show all posts
- jin mempunyai teknologi
Dalam Quran takde pulak cakap jin ni takde akal. So ada kemungkinan j ...
thessailly Post at 8-3-2011 16:06


orait2..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 04:13 PM | Show all posts
Kita sambung seterusnya...

Dalam ayat Al-Quran Surah Al-Jin yang membuktikan bahawa jin adalah salah satu makhluk ciptaan Allah SWT. Sekaligus, ayat tersebut dengan jelas menolak dakwaan sesetengah golongan yang enggan mempercayai adanya makhluk tersebut.

Saya berpendapat ‘orang bunian’ yang diceritakan dalam masyarakat Melayu adalah sebahagian makhluk jin.



Sejak kecil saya biasa mendengar kisah seseorang yang hilang kemudiannya menceritakan bahawa dia telah sampai ke kampung bunian dan berkahwin dengan gadis bunian.

Tamar Jalis, seorang penulis kisah misteri yang sangat saya minati (Siri Bercakap Dengan Jin) juga mendakwa datuknya mempunyai seorang isteri dari kalangan orang bunian.

Timbul persoalan, benarkah manusia boleh berkahwin dengan makhluk halus sedangkan asal kejadian kedua-dua makhluk tersebut amat jauh berbeza? Manusia berasal daripada tanah manakala jin daripada api.

Lihat ayat Al-Quran berkenaan penciptaan manusia:

“Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain” Suran Thaha (20): 55

Berikut pula ayat Al-Quran mengenai kejadian jin:
“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas .” (Al Hijr 27)

“Dan Kami telah menciptakan jin dari nyala api.” (Ar Rahman 15)

Sebuah hadis riwayat Muslim mencatatkan:
” Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api dan Adam diciptakan dari apa yang telah engkau ketahui.” [iaitu dari tanah]
(HR. Muslim didalam kitab Az Zuhdi dan Ahmad di dalam Al Musnad).

Berdasarkan hadis tersebut, terdapat perbezaan yang nyata antara penciptaan manusia, jin, dan malaikat.

Kembali pada persoalan asal, bolehkah manusia berkahwin dengan jin?

Dalam menjawab persoalan ini beberapa ulama mengatakan, walaupun asal kejadian jin daripada api, namun makhluk tersebut kini telah melalui proses beranak pinak. Justeru keturunan jin bukan lagi daripada api.

Hal ini samalah dengan manusia. Walaupun Adam dijadikan daripada tanah, namun sekalian manusia dijadikan daripada titisan air mani.

Para ulama’ bukan sahaja telah membicarakan tentang kewajaran berlakunya perkahwinan antara manusia dan jin bahkan menghasilkan fatwa tentang hukum perkahwinan tersebut:

Jumhur ulama’ seperti al-Hasan, Qatadah, Ishak, dan Hakim menyatakan hukumnya makruh.

Imam al-Malik bin Anas r.a mengatakan hukumnya harus tetapi tidak digalakkan.

Abu Othman bin al-Abbas al-Razi dalam kitabnya “Al-Ilham wa al-Waswas menceritakan bahawa suatu kaum jin telah mengutus surat kepada Imam Malik bin Anas untuk bertanya masalah perkahwinan manusia-jin. Imam Anas menjawab: “Aku melihat tidak ada masalah dalam agama tetapi adalah makruh apabila terdapat seorang wanita hamil, dan ditanya siapa suaminya maka jawapannya ialah jin, maka akan timbul kerosakan dalam agama kita.”

Apakah boleh berlaku persetubuhan antara manusia dengan makhluk halus atau ghaib?

Beberapa ulama menyandarkan kewajaran perkara itu boleh berlaku berdasarkan hadis:
Ibnu Abbas r.a berkata; maksudnya: “Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya di dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandungkan khunsa (pondan). Kaum khunsa itu adalah anak-anak jin.”

Wallahu’alam.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 04:17 PM | Show all posts
erm apa pendapat ko plak kisah nabi sulaiman yang boleh bercakap dengan jin ? dan kisah jin yang membina istana beliau tu ? dan kisah puteri balqis tu... ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 04:18 PM | Show all posts
Jumhur ulama’ seperti al-Hasan, Qatadah, Ishak, dan Hakim menyatakan hukumnya makruh.

Imam al-Malik bin Anas r.a mengatakan hukumnya harus tetapi tidak digalakkan.
meoris Post at 8-3-2011 16:13


Unekspekted,

Ni pun boleh pakai jugak ni...

Kalau la mustahil manusia ni boleh "berkomunikasi" dengan jin,
takdenya ulamak2 ni tetiba meradak2 keluarkan fatwa mcm ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2011 04:20 PM | Show all posts
erm apa pendapat ko plak kisah nabi sulaiman yang boleh bercakap dengan jin ? dan kisah jin yang mem ...
puanlina Post at 8-3-2011 16:17


TT tu nabi ker ko nak bandingkan.. ????

nk buat perbandingan pun apple to apple laa... reti?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 04:40 PM | Show all posts
utk renungan bersama lagi..

RUPA BENTUK JIN

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.

Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.

Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.

Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.

MELIHAT JIN

Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.

Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.

Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.

Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).

Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.

KUMPULAN-KUMPULAN JIN

Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.

JENIS-JENIS JIN

Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang tersohor ialah :-

1. Iblis Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan..

2. Asy-Syaitan Syaitan-syaitan

3.  Al-Maraddah Peragu-peragu ( pewas-was )

4.  Al-Afrit Penipu-penipu

5. Al-A’waan Pelayan-pelayan

6.  Al-Tayyaaruun Penerbang-penerbang

7.  Al-Ghawwaasuun Penyelam-penyelam

8.  At-Tawaabi Pengikut-pengikut ( pengekor )

9.  Al-Qurana Pengawan-pengawan

10.  Al-Ummaar Pemakmur.

GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG-ORANG MELAYU

Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakkan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin.

ANTARA JIN-JIN YANG POPULAR DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU IALAH:

Hantu Raya, Hantu Pontianak, Hantu Polong, Hantu Toyol, Hantu Langsuir, Hantu Penanggal, Hantu Pelesit, Hantu Air, Hantu Bukit, Hantu Kubur, Hantu Pari, Hantu Punjut, Hantu Jerangkung, Hantu Laut, Hantu Bawah Tangga, Hantu Galah, Jin Tanah, Hantu Kum-Kum, Hantu Bungkus, Hantu Pocong, Hantu mati di bunuh, Hantu Bidai, Hantu pari-pari, Hantu Kopek ( Tetek ), Harimau Jadian, Jembalang Tanah, Hantu Tengelong.

KERAJAAN-KERAJAAN JIN

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.

Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

ANAK-ANAK IBLIS JUGA MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR ANTARANYA :

1.   Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala.

2. Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah  tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.

3.  Al-‘Awar Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya

4.      Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.


ANTARA JIN, IFRIT, SYAITAN DAN IBLIS

Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya.

Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah.

Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat.

Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :

" Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangani mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat )."

Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.

Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga ke hari kiamat.

Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :-

Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan maksiat hati dan segala anggota tubuh badan.

Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat lagi.  Kekejian ini adalah sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada Allah.

Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 04:42 PM | Show all posts
aku dah cakap dah...

noone cakap jin tak wujud.. jin tu wujud..

masalahnya adalah apabila ada rakyat mesia ni nak claim dia boleh komunikasi dengan jin..

sedangkan dia bukan nabi.. dan takde ilmu agama yang tinggi.

macam si Uncle Seekers tu la.. so TT ni lebih kurang je macam tu..

nak quote bagai2 tak perlu.. aku dah cukup tau pasal jin ni.. sebahagian dari benda2 ghaib tu semua urusan Allah.. bukan urusan manusia ni.

disebabkan melayu2 bodoh mcm korang la geng2 kultus jin tetap jajakan cerita dongeng dorang tu.. semuaaaaa nak percaya..

untuk kita memberi kebenaran untuk ceritakan sesuatu yang sesat pun dah dikira dosa gak.. mcm sama je bersekongkol gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 04:44 PM | Show all posts
Tanggo ni ulamak ke? wali Allah ke ? nabi ke ?

Ulamak ada masa berforum tak ?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.073510 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list