CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: moller

ASTRO: UDA & DARA (ZUL ARIFIN & SITI SALEHA)

[Copy link]
Post time 3-3-2016 07:29 AM | Show all posts
saje tau ujung2 smlm tunjuk scene dlm kete turn on x abis reaction.kah kah kah

so ep arini la Hilman msg bitau Siti mariam dia x nak mar pakai lg bj tu sbb dia turn on n sbb nampak sgt cantek n takut org lain tgk pon berkenan

x pasal2 si Idris Khan tu kene marah/tengking sbb mar tgh bengang dgn Hilman tegur baju dia mcm kain buruk.hahaha
aku imagine bj kurung cotton yg nampak mmg mcm kain buruk tu.. yg ala2 vintage gitu kale lusuh2 tp nampak sooo mahal tu.. skali leha pakai bj kaler ceria jek. x nmpk pulak mcm kain buruk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2016 07:48 AM | Show all posts
watachiwa replied at 3-3-2016 07:29 AM
saje tau ujung2 smlm tunjuk scene dlm kete turn on x abis reaction.kah kah kah

so ep arini la Hil ...

itulah pasal..tak de buruknya pun baju cotton yg Mar pakai smlm..my kind of colour jugak..sbb suka corak kecik2..hehehe

anyway pagi ni nak lepas geram ..haish tak boleh nak hadapla si Mat Bangla tu..sapa nama dia eh...mills seriau betul tgk muka dia ...very the Bangla....
Remy Ishak mcm Bangla jugak tp rasanya si mamat ni (sorry tak tau lagi sapa nama dia wpun dah ep 6) terserlah sgt keBanglaan dia tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2016 08:18 AM | Show all posts
ok...mmg santek. simple jer...smpai ada org tu cair smpai kata x cantik

abg man mmg 'buta'








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2016 08:25 AM | Show all posts
Edited by moller at 3-3-2016 08:33 AM
watachiwa replied at 3-3-2016 07:29 AM
saje tau ujung2 smlm tunjuk scene dlm kete turn on x abis reaction.kah kah kah

so ep arini la Hil ...

ikutkn novel pn kaler tu cantik je
abg man sorang je kata x cantik
kalau kt novel dia mcm ni
si mar  bila abg man kata x cantik...sampai je opis dia terus dia tanya kwn opis dia
betui ke baju ni buruk? kwn dia kata x buruk...cantik je...
tp dlm drama x de lak...siap kolik dia kena marah adalah

part yg abg man kata turn on tu iols rasa epsd 7 mlm ni kan
x tau lak kalau dia x buat
jeng jeng jeng.....
kita tgk mlm ni ada ke x turn on tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2016 08:27 AM | Show all posts
millsnboon replied at 3-3-2016 07:48 AM
itulah pasal..tak de buruknya pun baju cotton yg Mar pakai smlm..my kind of colour jugak..sbb suka ...

imran tu kan...mmg very the bangla
abg wemy pn bangla gak....tp melayu tu ttp nmpk
iols dh jumpa masa karnival karangkraf mggu lps
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2016 08:28 AM | Show all posts
geli wei bila imran bangla tu dok sengih2 kt mar
yg kolik dia x sudah2 nk kenenkan
meluat lak tgknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-3-2016 08:31 AM | Show all posts
muka jahat...
puas hati sbb menang dpt rampas paper bag sandwich tu










Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 08:36 AM | Show all posts
moller replied at 3-3-2016 08:28 AM
geli wei bila imran bangla tu dok sengih2 kt mar
yg kolik dia x sudah2 nk kenenkan
meluat lak tgkn ...

bukan takat geli..nak muntah pun ada..ish..tak boleh lah nak hadap muka tu dlm episod2 seterusnya...seriously la dorang ni..even si Mr Arrogant looks better than him wpun nampak gak sipi2 Bangla tu..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2016 08:39 AM | Show all posts
moller replied at 3-3-2016 08:31 AM
muka jahat...
puas hati sbb menang dpt rampas paper bag sandwich tu

Man ni suka nak menyakat si Mar ni..pagi2 dah menyakat Miss marah2 sayang tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2016 08:50 AM | Show all posts
millsnboon replied at 3-3-2016 08:36 AM
bukan takat geli..nak muntah pun ada..ish..tak boleh lah nak hadap muka tu dlm episod2 seterusnya. ...

hahahha....
betui tu
mr arrogant tu pn x bangla sngt
nasiblah kita kena adap muka dia lama
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 08:59 AM | Show all posts
mana tak bangla, dah nama pn ada khan kt hujung tu kann... kihkihkih
abg wemy ngan mr arrogant tu (tetiba lupa nama) -lol - xde nama2 yindia bangla kt belakang tu

haah, semalam belek novel katanya kaler mbaju Mar kaler 'taupe' - macam coklat keperangan,
ala2 vintage kaler gitu..

tak sabau malam ni nk tgk abg man merenyam cakap 'turn on' tu....

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 09:01 AM | Show all posts
nama pon ada khan...ofcoz la ada darah2 belah sana hihi
so far cite ni boleh layan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 09:04 AM | Show all posts
moller replied at 3-3-2016 08:25 AM
ikutkn novel pn kaler tu cantik je
abg man sorang je kata x cantik
kalau kt novel dia mcm ni

aku rase scene mar ty opismate dia baju tu lawa ke taka de petang nih.. confident nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 09:05 AM | Show all posts
millsnboon replied at 3-3-2016 07:48 AM
itulah pasal..tak de buruknya pun baju cotton yg Mar pakai smlm..my kind of colour jugak..sbb suka ...

that Idris Khan Bangla tu byk berlakon jd 2nd hero kan
n nanti ade drama dia jadik hero.

tajuk Duda Terlajak laris kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2016 09:07 AM | Show all posts
hanni_ruzz replied at 3-3-2016 08:59 AM
mana tak bangla, dah nama pn ada khan kt hujung tu kann... kihkihkih
abg wemy ngan mr arrogant tu ( ...

nasir bilal khan x serupa bangla pn
kihkihkih....
gen bangla idris ni kuat kan
x sabar nk tggu epsd mlm ni
abg man gatai
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 09:16 AM | Show all posts
org lain nama khan jugak taklah sebangla dia ni..kalau dia nak berjaya lagi..he better practice memek muka dia dulu...tak tau kenapa, but his face is so expressionless...tak de perasan..(mills nak rasa kesian pun tak de feel bila dia buat muka ala2 kesian tu, makinmenyampah tu adala...
.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2016 09:20 AM | Show all posts
millsnboon replied at 3-3-2016 09:16 AM
org lain nama khan jugak taklah sebangla dia ni..kalau dia nak berjaya lagi..he better practice meme ...

haha.. betul, betul.. setuju dgn mills..
dah la pakai baju kaler pink..
muka bangla.. rasa nk lempang jer..

lollssss
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 09:21 AM | Show all posts
moller replied at 3-3-2016 09:07 AM
nasir bilal khan x serupa bangla pn
kihkihkih....
gen bangla idris ni kuat kan

haah ek.. tok adi kurang kebanglaan dia..
derih ni kuat sangat la nii... hihi

tu la.. episod arini mst abg man gatai merenyam tak hengat nya nehh
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 09:32 AM | Show all posts
hanni_ruzz replied at 3-3-2016 09:21 AM
haah ek.. tok adi kurang kebanglaan dia..
derih ni kuat sangat la nii... hihi

Abg Man bab merenyam no. 1....tak yah nak pegang2...suara dan expression muka dah cukup dah...bab mengayat lagi la... (berdiri bulu roma ku...teringat plak dgn drama maid...)
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 09:46 AM | Show all posts
Edited by millsnboon at 3-3-2016 09:47 AM

Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, mak cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

cover novel

Bertahun terpisah, akhirnya mereka bertemu semula. Pertemuan yang tidak disangka langsung oleh Siti Mariam. Dia marah pada pertemuan ini. Dia marah pada lelaki itu yang senang-senang menghina dirinya.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Dalam benci ada sayang. Ya, sesungguhnya dia masih menyayangi lelaki itu. Bertapa payahnya membuang sayangnya pada lelaki itu. Di saat Izzat Hilman melafaz cinta untuknya, hatinya berbunga riang namun untuk membalas dengan ungkapan serupa, Siti Mariam tak berani membalas dengan ungkapan yang sama. Dia masih keliru. Masih sangsi dengan perasaannya sendiri. Dia takut kecewa andai hati telah penuh cinta untuk Izzat Hilman. Berbelah bagi antara cinta dan sangsi.

Kehadiran Kak Yah bersama amanah arwah ibu mereka menambah lagi kekusutan yang ada. Dan kehadiran Khalidah bagai satu petanda yang dirinya bukan pilihan keluarga mereka. Siti Mariam tak nampak jalan untuk dia bahagia bersama Izzat Hilman. Lalu, dia menjauhkan diri. Melarikan diri dari semua ini. Juga dari Izzat Hilman.

Cadangan Abang Omar dan Kak Aida boleh diterima pakai. Berpisah apabila masing-masing sudah bersedia untuk berpisah. Berpisahlah dengan cara baik. Itu adalah cara yang paling bijak untuk menagani masalahnya sekarang. Siti Mariam nekad. Dia bersetuju kembali kepangkuan Izzat Hilman dengan syarat mereka akan berpisah apabila tiba masanya. Tujuh bulan. Itu masanya. Izzat Hilman setuju dalam keterpaksaan. Namun janjinya pada dirinya sendiri, dia akan memastikan yang Siti Mariam akan terlupa pada permainannya ini.

Hubungan mereka bertambah erat. Cinta bertambah mekar. Siti Mariam tak nampak cara untuknya berpisah dengan Izzat Hilman. Namun yang pasti perasaannya terhadap Izzat Hilman tak mampu dikawal lagi. Cintanya makin mendalam pada lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Siti Mariam di duga dengan dugaan yang tak tertanggung olehnya. Ayahnya muncul kembali setelah menghilangkan diri sekian lama. Muncul bersama hutang piutang yang tak terkira banyaknya. Dia diburu oleh ah long. Permasalahan itu semakin mengeratkan hubungan di antara Siti Mariam dan Izzat Hilman. Siti Mariam perlukan seorang penjaga untuk menjaga keselamatannya dari diburu oleh ah long.

Tindakan kejam lintah darat itu semakin menjadi-jadi. Siti Mariam dijadikan mangsa. Izzat Hilman semakin bimbangkan keselamatannya. Kerana terlalu ingin menjaga, Izzat Hilman melamar Siti Mariam. Ingin mengahwini Siti Mariam. Tetapi permintaan Izzat Hilman itu ditolak mentah-mentah oleh Siti Mariam. Dia tidak mahu mereka berkahwin di atas alasan ini. Tidak sama sekali.

Tanpa disangka Izzat Hilman melakukan sesuatu yang diluar dugaan Siti Mariam. Dia sanggup menjualkan tanah pusaka milik orang tuanya semata-mata untuk melunaskan hutang abah Siti Mariam. Dia tidak mahu keluarga Siti Mariam diganggu lagi. Terutama Siti Mariam. Dan dia mahukan Siti Mariam menjadi isterinya. Siti Mariam terkejut dengan perbuatan Izzat Hilman itu. Dia merasakan dirinya dibayar untuk menebus sebuah budi.

Sudah tersurat jodohnya bersama Izzat Hilman. Walau apa pun sebab nya, kini Siti Mariam sah menjadi isteri Izzat Hilman. Siti Mariam pasrah jika ini suratan takdir baginya. Dia mengharapkan agar kebahagian menjadi miliknya jua nanti.

Bahagia yang di sangka bakal mucul terhalang jua oleh kerenah Kak Yah. Ada-ada saja perbuatan dan kelakuan Siti Mariam yang jelik pada pandangan matanya. Belum termasuk kata-kata penghinaan dan sindiran yang sengaja ditujukan padanya. Di depan Izzat Hilman, sikap Kak Yah lain di belakangnya Kak Yah mengambil kesempatan membuli Siti Mariam. Tak cukup dengan itu, Kak Yah sengaja memanggil Khalidah supaya Khalidah sentiasa berasa di sisi Izzat Hilman. Segalanya di pendam oleh Siti Mariam. Dia tidak mahu ada perselisihan faham dan pertengkaran di antara suaminya dengan kakak iparnya. Biarlah dia yang menanggung semua sengara itu kerana dia sedar yang dia bukan menantu pilihan keluarga Izzat Hilman.

Kepulangan Kak Yah ke Labuan seakan kelegaan buat Siti Mariam namun perhubungannya bersama Izzat Hilman tetap begitu. Dingin dan sepi. Seolah-olah mereka seperti orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain. Perhubungan dingin mereka bagai dapat di hidu oleh keluarga Siti Mariam namun masing-masing tidak mahu campur tangan dalam urusan rumah tangga nya.

Namun siapa sangka dingin yang melanda mereka boleh berubah sekelip mata. Akhirnya Siti Mariam kembali dalam dakapan suaminya, Baru dia sedar selama ini Izzat Hilman tidak pernah membiarkan dirinya keseorangan. Siti Mariam baru merasa bahagianya menjadi seorang isteri yang disayangi oleh suaminya.

Kehadiran Kak Yah kembali merobek kebahagian mereka. Pembohongan Izzat Hilman di persoalkan Kak Yah. Siti Mariam lah punca segala kekalutan. Siti Mariam berasa di khianati oleh suaminya sendiri. Perbuatan Izzat Hilman semakin menyukarkan hubungan di antara Siti Mariam dan Kak Yah. Siti Mariam kembali membenci suaminya sedangkan apa yang dilakukan oleh Izzat Hilman adalah untuk kebaikan Siti Mariam juga.

Selepas berlakunya pertengkaran di antara Siti Mariam dan Izzat Hilman, masing-masing membawa haluan sendiri. Tanpa di duga Siti Mariam keguguran setelah jatuh tangga. Izzat Hilman menuduhnya sengaja menggugurkan kandungannya kerana marah dan benci padanya sedangkan Siti Mariam tidak mengetahui langsung yang dirinya sedang mengandung. Izzat Hilman tidak mengendahkan rayuan Siti Mariam. Sekali lagi Siti Mariam di biarkan sepi.

Keadaan anak Kak Yah semakin kritikal. Dia perlukan darah segera namun pihak hospital tiada stok darah seperti itu. Siti Mariam yang dibenarkan keluar hari itu, membuat keputusan untuk mendermakan darahnya tanpa pengetahuan sesiapa dan dia juga tidak berniat untuk memberitahu sesiapa akan hal itu.

Sesampainya dia dirumah, pertengkaran tercetus lagi. Antara suaminya, Izzat Hilman dengan Kak Yah. Kak Yah memujuk Izzat Hilman mengambil Khalidah sebagai isteri keduanya. Bagai halilintar menyambar sanubari Siti Mariam tatkala mendengar kata-kata Kak Yah. Di lihatnya suaminya tertunduk mendiamkan diri. Siti Mariam tahu yang Izzat Hilman telah termakan kata-kata Kak Yah. Siti Mariam nekad. Dia harus keluar dari rumah ini.

Izzat Hilman termanggu bila melihat Siti Mariam mengemaskan barang-barangnya. Dia menghalang Siti Mariam pergi dan buat pertama kalinya Siti Mariam melihat suaminya, Izzat Hilman menangis di sisinya. Ternyata cinta antara mereka masih ada. Walau marah macam mana sekali pun, cinta mereka tetap utuh. Siti Mariam yakin kini, cinta Izzat Hilman hanya untuknya. Dia mempercayai suaminya. Percaya sepenuh hati.

Akhirnya segala permasalahan terungkai jua. Kak Yah menyesal kerana terlalu mengikut kata hati. Dia sungguh tak sangka yang Siti Mariam sanggup menderma darah kepada anaknya tatkala Siti Mariam banyak kehilangan darah akibat dari keguguran. Izzat Hilman juga seakan tidak percaya pada kesungguhan Siti Mariam membantu anak saudaranya sedangkan dirinya di dalam kesakitan juga. Siti Mariam bersyukur kerana segalanya berakhir dengan kegembiraan dan lebih bermakna lagi semenjak Arif Hilman hadir dalam hidupnya. Dialah pelengkap rumahtangganya bersama Izzat Hilman. Bahagia di rasakan lebih manis berbanding dahulu. Tamat ...

Sinopsis oleh: aznanie.blogspot.my

Yg ni mills cp dari kepala bergetar2u.blogspot.  Sebab mills tak baca novel lagi n dah baca sinopsis boleh tahan jugak dugaan yg Mar kena hadapi eh...itupun kalau versi drama ni spt dlm novel.  Tak sabar lak rasanya nak tgk seterusnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
KKM kata 1 dari 2 rakyat Malaysia adalah gemuk!Apakah yang berlaku?
YgBenarKKM kata 1 dari 2 rakyat Malaysia adalah
Views : 11043 Replies : 115
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119745 Replies : 3089
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 11519 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9343 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24250 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.296445 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list