CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MsCinderella

[KEDAH] Kulim

[Copy link]
Post time 7-11-2012 08:27 PM | Show all posts
macam tak berapa best Kulim sekarang ni, makan-makanpun tak banyak yg special
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2012 08:40 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 7-11-2012 08:26 PM
hamboih, bukan kita ambik SRP sama2 ker?

Kali kedua ye laaa
Kali pertama, haku ambek dulu

Oooo Badlishah
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 08:46 PM | Show all posts
kitul posted on 7-11-2012 08:40 PM
Kali kedua ye laaa
Kali pertama, haku ambek dulu  

Kami ini semua para pelajar Sekolah Sultan Badlishah
Bersatu hati kita bersama mencapai matlamat kita.........Wah gitu...

Masa SRP kat seberang sana....
Selamat Tuhan kurniakan selamat Pulau Pinang
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 05:14 PM | Show all posts
been 2 years ++ since I left Kulim...huhuhuh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2012 07:58 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 5-11-2012 09:20 PM
Kat mana lagi makan best2 kat Kulim, bawah pokok manggis sedap lagi ker??

Last time sy p, tahun lps tp tak ingat dah bulan berapa , masih ok.

Ada kak.. kt kulim mall, kedai kanan sekali (kanan kalo kak mengadap kulim mall tu).. ayan berempah dia sedap.
Tapi last time saya pi, ayam berempah dah takdak katanya.. tak mendapat sambutan.. pelik saya, padahai situ ayam berempah paling sedap.. dah takdak, saya order ayam masak lenga.. pun sedap.

Lagi satu kedai dekat nak msk BKE.. kalo kak dari kulim nk msk BKE, kedai tu kat belah kiri. Ada sate skali situ.
Sate dia sedap..5 kupang secucuk.

Satu lagi kedai yg ada juai nasik campoq malam2 dekat perodua, jalan nak p tesco tu.

Ketiga2 kedai kat ataih tak la mencapai tahap marvelous.. tapi antara kedai yg saya selalu p la ms dok kulim dulu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2012 08:45 PM | Show all posts
tigapersen posted on 30-12-2012 07:58 PM
Last time sy p, tahun lps tp tak ingat dah bulan berapa , masih ok.

Ada kak.. kt kulim mal ...

Kulim mall tu area giant ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2012 08:49 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 30-12-2012 08:45 PM
Kulim mall tu area giant ker?

Dekat area bazaar ramadhan, kak.

Kalo tak jumpa (sbb la bkn bulan posa), kak cari kedai runcit sivaria. Kat area2 situ

ps: kak dok langkawi ka dok kulim?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2012 08:55 PM | Show all posts
tigapersen posted on 30-12-2012 08:49 PM
Dekat area bazaar ramadhan, kak.

Kalo tak jumpa (sbb la bkn bulan posa), kak cari kedai runcit ...

tinggal di Lgk tapi selalu juga balik Kulim sbb rumah mak di sana..kat mana bazaar ramadhan nehhhh, oh, kat area market Kulim tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2012 09:05 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 30-12-2012 08:55 PM
tinggal di Lgk tapi selalu juga balik Kulim sbb rumah mak di sana..kat mana bazaar ramadhan nehhhh ...

Aah dekat2 situ kak. Kedai tu rasanya org kelantan/ pattani punya. Sbb time raya haji depa cuti smpi seminggu.

Kalo kak nak marvelous, kg pelet lah kak.. walopon dh bukan area kulim.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 06:11 PM | Show all posts
kulim bab makan nie kureng sikit, xde yg menarik sangat...........
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 11:01 PM | Show all posts
card_reader posted on 3-1-2013 06:11 PM
kulim bab makan nie kureng sikit, xde yg menarik sangat...........

Tau tak pa, hari tu ingat nak rasa nasi lemak mummy, kot-kot jumpa menantu mami tu kenn...nampak mcm kosong jah kedai, malaslah, terus pi Junjung makan mee rebus Hj Jab
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 03:48 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 1-10-2012 01:32 PM
Badlishah......napez?

pi dak badlishah nite 29hb aritu?

kt fb ada group badlishah, mbr since '72 punya students

https://www.facebook.com/groups/30197057091/
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 03:34 PM | Show all posts
kulim kat mana yer nk wat outdoor yg best...bley bg idea.?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 11:16 AM | Show all posts
salam.

saya baru pindah ke kulim last januari. Nak tanya org2 kulm kat mana ada kedai gunting rambut utk pompuan sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 03:13 PM | Show all posts
krongsang posted on 3-4-2013 11:16 AM
salam.

saya baru pindah ke kulim last januari. Nak tanya org2 kulm kat mana ada kedai gunting ram ...

untukk pmpuan sja xtaw la...tp kalu kt sekolah air merah nye kdai rmbut mmg puas hati....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 01:53 PM | Show all posts
siti_shaqila posted on 9-4-2013 03:13 PM
untukk pmpuan sja xtaw la...tp kalu kt sekolah air merah nye kdai rmbut mmg puas hati....

o ye ke? aritu dah jumpa utk muslimah saja.. Kat bangunan MPKK nama kedai SERI.  potong n cuci biasa kena caj RM35.. terkedu 3 saat seblom bayar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 04:20 PM | Show all posts
lorr yer ka tutup..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 11:19 AM | Show all posts
Penunggu KM 20.6 tagih darah ?



Wartawan Sinar Harian

22 Mei 2013





KM 20.6 sering mengundang maut.





Kedua-dua mangsa maut di KM 20.6.






KULIM - Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, namun bagaimana jika punca ia berlaku ' selain daripada ' itu ?

Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.

Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.

Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulim, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.



Anggap kawasan puaka


KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.

Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.

Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu ' inginkan ' mangsa.

“ Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

" Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.

" Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah, ” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.



Makhluk halus merangkak


Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.

Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.

“ Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.

" Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya, ” katanya.



Masih jadi tanda tanya


Kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.

Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.

Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa.

Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.

Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.

Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku.

Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu.   
   
Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.



- Sinar Harian -











Last edited by HangPC2 on 2-6-2013 08:37 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 02:47 PM | Show all posts
Kulim oh Kulim,,,,,,,,,,

Nak promote boleh dak,,,,,,,,'


sasapa nak beli umah atau nak buat loan umah dan tanah boleh hubungi no ini,.,,,,
menyediakan proses berkenaan dengan rumah dan tanah ,,,skim perumahan satu malaysai,,,
4peopleresources kulim kedah...
0174213422,,,Iza,,,,

maaf kalau tersalah/ terlari topik,,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 03:26 PM | Show all posts
ksall dok lunas... taman sayur2an.... tapi mmg dok p kulim la... every week mesti p library.. pastu lepak taman tasek putra...

malam p pasar malam kat market.. kadang2 p kat taman selasih atau kat kelang lama...

giant mmg dekat sgt ngan umah... selalu dok ulang alik situ la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.176499 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list