oleh Adib Za
Alahai seronoknya jadi wanita, balik kerja tengok-tengok dalam kereta ada sejambak bunga. Siapa lagi, si dia punya kerjalah ini!
Wanita memang cepat cair dengan bunga, bila sedang marah, rindu, letih dan sebagainya lihat sahaja bunga mudah cair.
Bagi lelaki pula, kenalah peka dan tahu mengapa wanita suka sangat dengan bunga. Kalau hari-hari bagi bunga sejambak pun tak larat, apa salahnya bagi sekuntum dua pun jadilah.
1. Lambang romantis
Bunga itu sangat romantis, sebab itu sesiapa yang melihatnya rasa seperti di awangan sahaja. Apatah lagi dihadiahkan oleh yang tersayang, siapa lagi andalah!
2. Harum
Bunga yang harum bukan sahaja menyegarkan malah menjadi terapi buat mereka yang dekat dengannya. Sebab itu banyak wangian yang diinspirasikan daripada bau bunga itu sendiri seperti ros, lili dan sebagainya.
3. Indah
Bunga itu kan cantik dan indah! Menjadi perhiasan yang sangat menenangkan dan juga menceriakan. Warna-warna pada bunga memberi impak yang tersendiri kepada pemiliknya.
Jom lihat jambangan-jambangan bunga ini. Pasti membuatkan si dia jatuh hati lagi kepada anda! - CARI Infonet
Sumber foto: Vanilla Kismis |