View: 1789|Reply: 2
|
Trip to South Australia
[Copy link]
|
|
Last 2 weeks kami (aku & partner) berkesempatan buat roadtrip ke South Australia melalui Great Ocean Road (GOR), Vic. Dari Tullamarine Airport kami melalui GOR dan stay di Princetown Recreation Reserve & Camping yang terletak berdekatan dengan 12 Apostle and Gibson Steps. Oleh kerana ini trip South Australia, kami tak singgah pun kat mana2 place of interest yang ada disepanjang GOR kecuali Teddy's lookout (Lorne) sebab last time datang sini tak pergi lookout ni.
Okay, camp ground ni menarik sebab ada banyak sangat kangaroo liar berkeliaran, takperlu bayar zoo fee untuk tengok kangaroo. Kat sini kami tido dalam tent yang cost kami AUD20 (unpowered site). Facilities (basic je) yang ada kat sini, toilet (ada hot shower); playground untuk kanak2; bbq area (deposit AUD10) dab cerek elektrik.
Esoknya kami bergerak ke Mount Gambier yang terletak di South Australia. Kat sini kami hanya ke Umpherston Sinkhole yang merupakan sebuah taman dalam lubang. Cantik! Kemudian kami ke Blue Lake yang dah tak berapa nak biru. Reflection warna biru ni hanya ketara pada bulan 11 hingga 4 sahaja (musim panas). Gambar akan menyusul kemudian, masih dalam memory card camera.
Kami spend masa tak lama pun kat Mt Gambier ni.. dalam sejam aje..Lepas makan2 icecream, kami terus bergerak ke Robe. Robe ni boleh aje kalau nak skip sebab hanya ada Obelisk (sort like light house yang jadi navigator ships yang nak berlabuh). After short walk around this limestone costal kami terus bergerak ke Coorong National Park specifically ke Salt Creek. Cadangnya nak bermalam di sini tapi oleh kerana hari masih cerah, kami terus bergerak ke Victor Harbor.
Kami sampai di Victor Harbor dalam jam 6.30 petang. Hari sudah gelap macam malam di Malaysia. Terus kami bergegas membersihkan diri di public toilet berdekatan dengan Visitor Information Center. Malam tu kami tido dalam kereta, park kereta di area car park berdepan hotel2 di sekitar Victor Harbor.
|
|
|
|
|
|
|
|
Picture speak thousands words.
So kalau ada gambar lagi bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
Indeed..pictures will be uploaded soon..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|