CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3532|Reply: 19

Air Rebusan: Rahsia Wanita Dulu-Dulu Tetap Cantik Luar & Dalam

[Copy link]
Post time 23-6-2016 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Air Rebusan: Rahsia Wanita Dulu-Dulu Tetap Cantik Luar & Dalam

Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Kebanyakan wanita hari ini jarang yang amal minum air rebusan seperti ini, walaupun sudah tahu tentang khasiat dan kebaikannya untuk tubuh badan.

Namun jika benar anda mahu jaga badan untuk Encik Abang Sayang, bolehlah jadikan minuman ini sebagai amalan...

1. REBUSAN SERAI & HALIA
Ambil 3 batang serai
4cm halia @ 2 ketul
Diketuk kedua bahan di atas.
Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1 gelas air.
Tunggu suam diminum.

Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali. Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh-lenguh badan. Kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

2. REBUSAN SIREH
Ambil daun sireh 3 ke 5 helai.
Direbus dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan diminum.
**Tambahan: boleh dicampurkan dengan bunga cengkih 3 kuntum.

Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.

Rebusan ini seeloknya diamalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.


3 . REBUSAN SIREH & DAUN INAI
3 atau 5 helai daun sireh.
Segenggam daun Inai.
Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.

Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau.

Elok diamalkan selepas haid.

4. REBUSAN HALIA, SERAI, CENGKIH & KUNYIT
2 / 3 batang serai diketuk
3cm halia (tua/muda) diketuk
2cm kunyit diketuk
Sedikit kulit kayu manis / bunga
Cengkih / bunga lawang
Daun pandan sehelai
Sedikit gula batu (boleh diganti madu jika suka)

Rebusan ini seeloknya diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Cukup sekali sebulan sahaja. Bagus untuk mewangikan tubuh badan wanita dalaman dan luaran.

Segala resepi dan ramuan di atas, anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda. Tidak disyorkan ambil setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.

Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksid dan lemak.


Kredit: SuzyHoney


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2016 09:38 AM | Show all posts
bagus petua nih!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 11:12 AM | Show all posts
Great info. boleh cubaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy penah buat yg no 4..n rasa sengugut kurang..x sakit mcm slalue..nnt nak wat yg lain plak
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa dia macam mana pulak tu? Takot xleh minum je
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Petua yg bagus tp bahan cam daun sireh & inai  ssh nk dpt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2016 08:43 AM | Show all posts
kimchipedas replied at 19-7-2016 11:26 PM
Petua yg bagus tp bahan cam daun sireh & inai  ssh nk dpt

daun sireh kat rumah iols berlambak chuols tapi tak pernah pulak teringin nak rebus dan minum
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 11:20 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2016 06:06 PM | Show all posts
KALAU NAK CANTIK...KENA TAHAN PAHIT DAN MASAM, KELAT DAN MACAM MACAM LAGI....TAPI YANG UNTUNG KAUM LELAKI...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 11:36 AM | Show all posts
i pun akak start buat ni,sakait satu badan,mak bidan ckp badan i ni kena berpantang balik,bertungku,minum air rebusan,berstokin balik

hangin sgt byk...bidan tu suggest makan yg kapsul,but i said no..coz i mmg tak suka..so esok dia bawak yg serbuk

hope sesuai la ngan i,...tak best rasa badan byk angin n sakit2 urat
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 12:12 PM | Show all posts
minahsenget replied at 12-8-2016 11:36 AM
i pun akak start buat ni,sakait satu badan,mak bidan ckp badan i ni kena berpantang balik,bertungku, ...

serbuk apa kak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 01:03 PM | Show all posts

mcm akar serbanika nona roguy tu tp in serbuk
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 02:59 PM | Show all posts
great info...tq wil try
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:12 PM | Show all posts
saya selalu minum yang resepi no. 4 tapi letak manjakani sebijik. buat 2/3 kali seminggu tapi letak kunyit 1/2 x sebulan jah...

boleh la telan...... tak makan jamu lain, hadap yang ni je
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 03:03 PM | Show all posts
buat yang no.1....tapi mmg nak kena minum suam2 gaknye...

tak tahan rasa pedas serai tu...aritu terminum bila da nak sejuk, tak sedap

esok nya...masukkan sekali uncang teh kat dalam tu...

hehehehe....jadi la teh sarbat serai...sedappp
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap...selalu buat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2016 01:15 PM | Show all posts
kalau nak sedap.. pastikan suam, tambah 1 sudu besar madu lebah.. kacau dan minum. bagi yg awal2 nak cuba, kurangkan halia.. sbb efek pedas. serai xde ler pedas pun. slow2, bila badan boleh terima baru lebihkan sket.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2016 02:16 PM | Show all posts
PASTI TAK CARI YANG LAIN..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
bnda ni ok ke utk org yg belum kahwin? terbaca kta tk elok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
minahsenget replied at 12-8-2016 11:36 AM
i pun akak start buat ni,sakait satu badan,mak bidan ckp badan i ni kena berpantang balik,bertungku, ...

Kak boleh tak PM number bidan tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.059900 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list