Edited by 3bidadara at 9-8-2016 03:21 PM
Assalamualaikum semua.
Aku berkira kira nak bukak thread ni. Tapi aku masih mengharapkan sekiranya ada forumer yg boleh beri pandangan pada mimpi aku baru2 ni. Maaf kalau thread ni ade yg da dibuka.
Ok mcm ni. Minggu lepas sebelum 2hari nak raya, aku ngn laki aku bersihkan rumah berek yg terletak di salah satu tempat kat dalam nogori. Laki aku baru dapat rumah kat situ. Aku plan nak beraya kat situ sebab laki aku tak dapat cuti. So aku dari selatan ni turun la sana. Aku berdua je yg bersihkan rumah tu. Sambil kami basuh2 tu,aku memang pasangkan ayat2 pembakar jin & ayat ruqyah kat fon laki aku. Aku pasang kat tengah2 hall. Bergema satu rumah. Alhamdulillah, takde ape yg pelik berlaku masa tu. Cuma tak lama lepas tu, aku mimpi yg pelik pasal laki aku.
Mimpi pertama terjadi dalam raya ketiga. Mimpi aku tu pasal ; laki aku curang. Tak kenal pn sape perempuan tu. Tapi nama dia Yani. Aku betul2 marah dalam mimpi tu. Penat menjerit dalam mimpi tu memang tak terkata. Sampaikan aku terjaga masih dalam keadaan termengah mengah. Tengok jam mase tu dalam pukul 4pagi. Ok, aku positif mungkin aku terlebih layan drama TV. Hmm ni adalah mimpi pertama yg aku dapat masa aku masih duduk rumah situ.
Mimpi kali kedua pada 11.7.16 pukul 4lebih (pagi). Mimpi kedua ni, aku da balik selatan. Yg kedua ni pun sama ; laki aku curang. Tapi dalam mimpi tu, laki aku kawen dengan perempuan namanya Ayu. Padahal, kami da pakai baju pengantin sama2. Hujung2 dia kawen dengan perempuan tu. Part best dalam mimpi tu, bole pulak ‘ex girlfriend’ laki aku ade skali dalam mimpi tu & join ketawa berdekah bila laki aku pergi kat Ayu. Sedih.. aku terjaga lagi sekali dalam keadaan termengah sebab marah.
Mimpi ketiga aku. Terjadi malam tadi.12.7.16. Tapi kali ni pukul 3.15 pagi. Yaaa. Semestinya mimpi yg sama ; pasal laki aku jugak. Cuma mimpi tu laki aku memang tak nak pandang aku langsung. Dia buat tak endah yg bini dia lapar tak makan. Then dalam masa yg sama, aku dapat notification FB dia. Bile aku cek, dia ade berbalas komen dengan perempuan lain. Lagak seperti belum berkahwin. Aku terjaga sambil terasa lagi sebak yg aku rasa dalam mimpi tu.
Bila aku cerita pada laki aku pasal semua mimpi aku, dia pesan tu semua mainan syaitan yang nak porak perandakan rumahtangga kami. Tak tau nape bole mimpi mcm tu lepas aku duduk sekejap rumah berek tu. Tak sedap hati bila dapat mimpi yg sama (pasal laki aku curang). Aku takut ade kaitan dengan rumah tu je sebab laki aku ade cerita kawasan situ agak 'seram' dengan 'penghuni' tu. Atau ade unsur lain. Atau memang keje syaitonnn. tapi 3x mimpi. Hmmm ![](static/image/smiley/default/sad.gif)
Terima kasih atas pandangan anda..
-Bidadara 2- |