CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4235|Reply: 18

5 Destinasi Percutian Mesra Pelancong Muslim Selain Malaysia

[Copy link]
Post time 18-7-2016 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Setiap destinasi percutian terkenal di dunia memiliki pelbagai daya tarikan tersendiri tetapi tidak semua mesra pelancong muslim. Jadi sebagai muslim, pasti menjadi masalah untuk mendapatkan makanan halal dan rumah ibadah di kebanyakan negara yang mempunyai majoriti non muslim.


Untuk pelancong muslim dari Asia yang berhajat untuk melancong ke negara mesra pelancong muslim, boleh lah memilih beberapa destinasi percutian menarik yang terdapat di negara-negara Islam yang terletak di Eropah mahupun Asia Barat.


Dipetik dari  Muslim Travelers, berikut merupakan lima destinasi mesra pelancong muslim yang mungkin belum diketahui oleh ramai kaki melancong.










1. Chefchaouen, Marocco
Destinasi mesra pelancong muslim yang pertama disyorkan adalah Chefchouen. Kota ini berada di dalam negara Marocco atau tepatnya berada di Nothern Marocco Rif Mountains. Chefchouen yang juga dikenali sebagai kota muslim ini memiliki keunikan yang jauh berbeza dari kota-kota kebanyakan. Hampir keseluruhan kota ini bangunannya dicat dengan warna biru.



Pelancong muslim yang berlibur ke kota ini pasti punyai banyak pilihan untuk melakukan aktiviti seperti hiking dan juga berpeluang mencuba pelbagai jenis makanan tempatan yang lazat dan halal di kafe-kafe yang sangat unik.






2. Ko Panyi, Thailand
Thailand yang dikenali sebagai antara destinasi pelancongan terpopular di Asia Tenggara ternyata mempunyai destinasi mesra pelancong muslim untuk bercuti dengan nyaman. Ko Panyi adalah sebuah pulau kecil yang terletak di Phang Nga dan sangat dekat dengan Phuket. Pulau ini dikenal juga dengan sebutan Muslim Village dimana penduduknya majoriti beragama Islam.











3. Bo Kaap, Afrika Selatan
Pelancong muslim yang ingin mencari tempat paling berwarna dan juga mesra pelancong muslim juga boleh memilih Bo Kaap sebagai destinasi berlibur berikutnya. Bo Kaap adalah sebuah bandar yang terletak di Afrika Selatan yang juga dikenali sebagai asal muasal komuniti Muslim Cape Town. Muslim pertama datang ke bandar tersebut sekitar tahun 1658 dimana sebahagian besar adalah penduduk yang berasal dari Afrika dan Asia.



Bukan hanya kerana majoriti penduduknya muslim sahaja hingga tempat ini disyorkan sebagai destinasi terbaik untuk pelancong muslim. Bandar ini juga punyai daya tarikan tersendiri dimana hampir keseluruhan bangunan disini berwarna-warni. Bo Kaap adalah satu-satunya bandar di Afrika Selatan yang paling colorful. Banyak yang mempercayai pemilihan warna yang ceria adalah ekspresi penduduk di atas kebebasan beragama mereka. Kota ini juga memiliki banyak pilihan makanan yang lazat dan dijamin halal.






4. Mostar, Bosnia-Herzegovina
Bosnia-Herzegovina adalah negara yang terletak di Semenanjung Balkan di selatan Eropah. Negara ini dikenali paling multi religion yang mana bermaksud tidak ada satu agama yang benar-benar mutlak mendominasi. Meskipun demikian, hampir 45% penduduk beragama Islam di sana. Untuk itu negara ini cukup sesuai dijadikan destinasi berlibur kepada pelancong muslim kerana mudah menemukan rumah makan halal serta tempat ibadah.




5. Segovia, Sepanyol
Sepanyol sememangnya memiliki beberapa daerah yang cukup mesra untuk melancong buat pelancong muslim. Dua bandar yang cukup terkenal buat pelacong muslim adalah Granada dan Cordoba dimana di dua bandar tersebut banyak dapat dijumpai bangunan peninggalan kerajaan Ottoman, iaitu sebuah kerajaan Islam yang pernah menguasai sebahagian besar wilayah Eropah suatu ketika dulu. - CARI







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2016 04:52 PM | Show all posts
terbaik untuk berjalan2 ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 04:58 PM | Show all posts
cantiknya
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 08:16 AM | Show all posts
ya allah,tertarik sungguh tengok Bo Kaap tu,..bila lah nak sampai situ
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Super lafff..bila la dpt sampai..hanya mampu ke negara jiran tetangga
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 11:03 AM | Show all posts
cantik bosnia. macam dalam cerita merlin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2016 11:16 AM | Show all posts
cantiknya semua tempat ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 01:19 PM | Show all posts
cantek betol tmpt2 ni.biler la dpt pegi agknyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2016 02:33 PM | Show all posts
wah i love these places. good idea for my upcoming trip in shaa ALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan pose hari tuh ada tgk syahadah ke apa ntah, kat tv2.. pasal bosnia x silap.. Mmg cantik sgt.. Ada geng2 ala nasyid lagi derg.. Siap ada album lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Indah nye tempat ni...  
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 02:39 PM | Show all posts
mmg cantik2..  boleh start google tmpt2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 01:38 PM | Show all posts
Cantiknya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 11:50 PM | Show all posts
granada tu takde la mesra muslim sgt...payah jek nk cari makanan halal...surau masjid pn x semudah london...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
nice info..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
semua tempat ni aku tak sampai lagi. bila ada rezeki?  tak tau , jauh sgt tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2016 11:24 AM | Show all posts
Thank you for the good info
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 11:24 AM | Show all posts
Thank you for the good info
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 11:24 AM | Show all posts
Thank you for the good info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049604 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list