oleh Adib ZA
Bagaimana agaknya ya, jika dalam jabatan atau pun team kerja anda, ada rakan yang pemalas? Jika orang lain melakukan tugasan yang diberi dengan sebaik mungkin, berbeza pula dengan rakan anda ini.
Nak tegur, takut berkecil hati. Namun, dalam masa sama, terasa seperti 'makan hati' dengan orang sebegini.
Nak-nak mereka yang tak pandai membezakan antara hubungan sahabat dan juga profesional bekerja. Bergaduh hal kerja, makanya putus juga persahabatan. Ada, kan orang begini?
1. Cuba menghindarinya
Jangan salah faham, jangan putuskan tali persahabatan sebaliknya anda cuba menghindarinya ketika di tempat kerja. Cara ini boleh mengelakkan anda makan hati dan menjadi benci kepada sikap rakan sendiri.
2. Berikan projek
Orang pemalas lazimnya bukan tidak bagus namun mereka tak mahu tonjolkan potensi diri. Dengan memberikan mereka projek baharu, ia boleh membentuk potensi dan juga mengajar mereka erti pekerjaan yang sebenar. Siapa yang tidak bersemangat bila mendapat kepercayaan ketua kan?
Sumber foto: carian google
3. Jangan mengadu
Elakkan bergosip atau menjadi pengadu domba pula. Ini boleh memburukkan keadaan. Dengan adanya projek terbaru, ini boleh membuang sikap malasnya secara beransur-ansur.
Lagipun sebagai rakan sekerja, kita tidak layak memberikan penilaian terhadap mereka. Biarkan ketua yang memberi penilaian.
Apa kata anda? Pernah mengalami situasi begini? - CARI |