CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2489|Reply: 4

3 Cara 'Rahsia' Warnakan Rambut Dengan Bahan Semulajadi

[Copy link]
Post time 28-7-2016 03:17 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za

Bagi anda yang gemar mewarnakan rambut namun risau dengan kesan sampingan daripada pewarna rambut, jangan risau.


Tahukah anda terdapat beberapa cara untuk mewarnakan rambut dengan bahan semula jadi? Selain inai yang diketahui mampu mewarnakan rambut, anda boleh mencuba beberapa bahan di bawah:




1. Kopi


Siapkan secawan kopi panas, kemudian biarkan kopi tersebut sejuk. Campurkan sedikit perapi rambut.


Bersihkan rambut anda dengan syampu, kemudian usapkan air kopi tadi pada seluruh rambut. Biarkan selama 30 minit.


Lakukan dua kali seminggu untuk kesan maksimum. Ia mampu menghitamkan rambut dan menutup uban.



2. Teh


Rebus 3-5 uncang teh hitam dengan sehingga airnya menjadi gelap. Bila ia sudah sejuk, campurkan sedikit perapi rambut.


Bersihkan rambut, kemudian sapukan rambut dengan air rebusan teh hitam tersebut.


Cara ini sesuai untuk menghindarkan rambut beruban.







Sumber foto: Oprah







3. Ubi bit


Jika anda ingin mendapatkan rambut yang berwarna merah tua, boleh menggunakan jus lobak dan ubi bit.


Campurkan kedua jus, kemudian sapukan pada rambut.


Bilas selepas 30 minit. Ia bukan menjadikan rambut anda kemerahan, malah menyihatkan kulit kepala dan juga rambut. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2016 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang2 belaka
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 09:57 AM | Show all posts
yes.. good tips..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 01:45 PM | Show all posts
nak try yg letak bit..hope dpatlah kemerah merahan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 04:32 PM | Show all posts
nak try beetroot tu jugak. kopi pernah try. rambut rasa lembut je. tapi diri ni tak konsisten.... huhu.
kena rajin jugak pasni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.067890 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list