View: 8206|Reply: 28
|
Bukti Lelaki Setia Jika Si Dia Ada 9 Tanda Ini
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Di awal perkenalan, pasti anda merasakan si dia merupakan seorang yang paling tepat datang menjengah hati anda.
Namun, pernah terfikir tak sama ada si dia sebenarnya seorang yang setia atau tidak kepada anda. Mungkin cara layanan si dia terhadap anda mampu mengaburkan sikap sebenar si dia.
Kesetiaan amat penting dalam setiap hubungan dan memang sukar untuk mengukur sejauh mana si dia setia terhadap kamu.
Teliti dan perhatikan perangai dan tindakan si dia dalam menjalinkan hubungan cinta bersama kamu. Adakah si dia berkelakuan seperti ini? Jika ada, maka dia merupakan seorang yang setia dan jangan lepaskan!
1. Membimbing dan melindungi
Dalam sesebuah hubungan, si dia merupakan ketua dan pemimpin. Jadi apabila bersama, si dia seharusnya membimbing dan melindungi kamu ke arah kebaikan demi hubungan cinta kamu dan dia.
2. Menghormati dan menghargai
Kamu juga perlu tahu bahawa kekasih yang setia tidak akan menjadikan temannya sebagai seorang 'orang suruhan' seolah-olah hanya dia yang berkuasa.
Si dia perlu menghargai setiap pendapat dan perbezaan yang kamu berikan. Pada masa sama, si dia juga turut menghormati dan menjaga kamu sebaik mungkin. Si dia tidak akan berkasar sama ada dari segi perbuatan atau percakapan.
3. Jujur
Si dia juga akan jujur dalam setiap tindakan dan percakapannya. Si dia akan sentiasa memberitahu kamu perkara yang sebenar kalau si dia telah melakukan kesilapan tanpa apa maksud yang negatif.
4. Bersyukur
Lelaki yang setia adalah lelaki yang tahu bersyukur. Dia akan merasa puas dengan apa yang telah dicapai seterusnya menjaga apa yang telah dicapai seterusnya menjaga apa yang telah dimilikinya.
5. Menepati janji
Jika sesekali dia terlambat tiba untuk janji temu, kamu cubalah untuk bertolak ansur. Akan tetapi, kamu juga perlu tahu bahawa lelaki yang setia akan tiba tepat pada waktu yang dijanjikan. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa si dia benar-benar menghargai dan menjaga komitmen cinta yang sedia terjalin.
6. Tidak memberontak dan tidak dahagakan perhatian
Lelaki yang setia tidak akan memberontak dan tidak terlalu dahagakan perhatian. Dia tidak akan meminta-minta atau mencari pujian daripada gadis lain semata-mata mahu memastikan dia cukup tampan atau selayaknya untuk menjadi teman istimewa kamu.
7. Selesa dan yakin
Lelaki yang setia akan berasa selesa dan yakin dengan kemampuan dirinya. Dia sentiasa tahu apa yang harus dilakukan ketika kamu atau si dia menghadapi masalah.
Paling penting, si dia percaya bahawa dia mampu menyelesaikan masalah tersebut.
8. Bukan jenis yang suka mencuba
Si dia juga bukan jenis lelaki yang suka 'cuba-cuba' dengan mengurat gadis-gadis lain. Dia tidak akan sanggup untuk korbankan hubungannya demi orang yang baru dikenalinya. Selain itu, si dia juga yakin dengan pilihan hatinya serta tidak akan goyah dan ragu sekalipun diuji dengan pelbagai rintangan dalam perhubungan.
9. Bijak mengawal emosi
Si dia mungkin mudah marah saat egonya tercabar. Akan tetapi, kriteria lelaki yang setia juga adalah bijak mengawal emosi serta tidak mudah melenting. Ketahuilah kebanyakan lelaki lebih suka diam dan mengalah kerana mereka tidak ingin bertengkar dengan orang paling disayangi.
Sumber : Remaja
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bace bole..tapi janganla 100% percaya apa yg dibaca..lain org lain ragam |
|
|
|
|
|
|
|
Tapikan susah jumpa orang yang setia zaman sekarang ni, baik lelaki ataupun perempuan. Jumpa yang lebih attractive, mulalah tinggalkan yang dah susah payah senang bersama. Lebih baik single je! K emo. |
|
|
|
|
|
|
|
Untungla kalo jumpa laki setia.. ada ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
sembilan perkara tersebut adalah ciri2 lelaki skema... dan perempuan tidak akan tertarik dgn lelaki skema.. percayalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
laki setia dah lama pupus rasanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
sori.. ai suka lelaki skema..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dumber remaja? Bbnu sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
*sumber remaja? Bbu sgt.
Sorry typo tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
ada je yg setia...tp xramai... |
|
|
|
|
|
|
|
yups...lebih2 lagi byk terdedah dgn perhubungan dlm laman social bagai....berhubungan hanya dihujung jari...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada juga yang mempertahankan.
|
|
|
|
|
|
|
|
sure ke
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa seperti berputus arang saja banyak komen di atas
ramailah lelaki setia---------memang lah banyak kes cerai, curang etc--------tapi ramai lagi yg hidup tua bersama kalaupun tak romantikus de amor---------------
kamu tak jumpa-------------tak smestinya tak ada da-----------ramai saja yg jumpa----------
Nak curang-----tak setia------tinggal awek lama or isteri lama ni---------komplikated bagi ramai laki laki------------------lagi mudah kekal dengan relation dari cari penyakit baru----------------- |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki setia masih ada..tapi memiliki semua ciri2diatas..susah la kot dijumpai..spesis terancam gittew |
|
|
|
|
|
|
|
peliklah.semua tanda tu i ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Bijak mengawal emosi".
Mostly laki ada ciri ni. Tapi kalau dah asik kena cabar mau dia tak mengamuk. Bleh pecah dada tahan sabar.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|