|
Oleh Izzah Abbasy
Mula-mula bercinta pasti semuanya manis. Tetapi, masuk sahaja dunia perkahwinan, kebanyakan pasangan sering abaikan emosi dan perasaan isteri.
Mungkin masing-masing sudah penat mencari rezeki dan menguruskan hal anak-anak, tetapi dari sudut ambil hati anda tetap tidak boleh letak tepi. Namun masalah ini boleh dibaiki, cuba ambil tahu beberapa perkara mudah ini.
Anda beruntung jika suami masih melakukan 5 perkara ini. Jika suami tak buat, baik anda berjaga-jaga sebelum terlambat. - CARI
Gambar hiasan
1. Pegang Tangan
Sentuhan fizikal paling mudah bagi simbol cinta suami isteri adalah dengan pegang tangan tanpa diminta. Pasangan perlu tahu, pegang tangan juga mampu kurangkan tekanan emosi isteri.
2. Beli Hadiah
Isteri selalunya tidak meminta. Ada yang menghulur dia menerima. Kalau pun pasangan sama-sama mencari rezeki di luar, apa salahnya jika anda selalu ada hadiah kecil buat tambat hati. Tidak perlu yang mahal, mencukupi walau sekeping coklat. Lebih puas hati jika anda belikan makanan atau barang kesukaannya. Waktu memberi mungkin boleh selit gurauan, semata untuk cungkil rasa cinta yang tersembunyi.
3. Buat Sesuatu Tanpa Disuruh
Jika mahu menjaga hati, anda sendiri boleh terus tolong pasangan. Bertindak lebih baik daripada mengarah. Isteri, kalau nampak suami bertindak dia akan terus rasa bersalah. Jadi automatik, esok-esok hari kerja harian anda lebih dijaga kerana tidak mahu apa yang suami buat sendiri, terulang seperti hari sebelumnya.
4. Pujian tanda menghargai
Wanita lebih bertindak dan rasa dihargai jika suami selalu memuji. Mungkin hidangan tidaklah begitu istimewa, tetapi jika anda pandai ambil hati, isteri pasti lebih rajin masuk dapur walau penat seharian bekerja. Awas, jangan kritik kalau bab makanan yang dimasak. Mahu lagi romantis, saling berebut saat menyuap depan anak-anak. Anak-anak tengok pun, pasti mereka dapat baca isi hati kedua ibu bapa yang sedang bahagia.
5. Belajar mendengar
Memang tidak pelik kalau isteri selalu bercerita hal remeh sampai bertukar jadi bebelan. Saat mereka bercerita bukan kerana suka-suka ya, itu kerana mereka rasa tertekan dengan keadaan yang dilalui. Walau anda rasa perkara yang dikongsi agak tidak penting, tetapi belajarlah menjadi pasangan yang memahami. Faham saat pasangan berduka kerana sikap wanita, hanya meluah mereka akan rasa lebih puas dan disayangi.
Sumber : MW
|
|