View: 12414|Reply: 31
|
Tempat-Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Boleh Dilawati Secara PERCUMA
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Bandar raya Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan kepesatan pembangunannya serta kos sara hidup yang agak tinggi.
Pendek kata, semua tempat yang menjadi tarikan pelancong dikenakan bayaran tiket masuk dan sebagainya.
Namun mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa ada 12 tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh dimasuki tanpa sebarang bayaran. Jom lihat antara 12 senarai tempat ini.
#1- Muzium Polis Diraja Malaysia
Seperti namanya, destinasi ini menempatkan pelbagai jenis barangan dan memori tentang sejarah PDRM sejak mula ditubuhkan sehinggalah ke sekarang. Antara koleksi tarikan antik yang ada yang pasti membuatkan anak-anak teruja adalah kereta perisai, senjata lama, kereta peronda polis dan sebagainya.
#2- National Textile Museum.
Lokasi muzium ini terletak di dalam Bangunan Sultan Abdul Samad. Muzium ini lebih tertempu kepada sejarah dan maklumat menarik tentang industri tekstil dan kain di negara kita. Di sini anda boleh melihat pelbagai jenis informasi dan barangan lama untuk membuat serta memproses kain secara tradisional.
#3- Bank Negara Malaysia Museum & Art Gallery.
Kalau nak tengok duit-duit lama dan klasik yang bertahun mahupun berdekad lama usianya, sudah tentu muzium ini yang perlu anda datang. Sesuai sangat kalau sebagai destinasi pilihan untuk para pelajar sekolah yang masih belajar tentang sejarah. Di sebalik senibina bangunan muzium ini yang cantik, terdapat pelbagai koleksi dan infografik menarik tentang sejarah matawang negara kita.
#4- Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan bersejarah yang unik senibinanya ini telah menjadi saksi ketika saat kemerdekaan negara Malaysia satu ketika dahulu. Bangunan yang masih utuh dan berusia lebih sedekad ini sering menjadi destinasi pilihan pelancong luar di KL kerana keunikannya yang tidak ternilai harganya. Pada waktu malam, suasana ni di sini juga menarik dan meriah dengan sinaran neon lampu yang melimpahi bangunan ini.
#5- Dataran Merdeka
Siapa tidak kenal dengan destinasi sambutan Hari Kemerdekaan negara Malaysia setiap tahun di Kuala Lumpur. Di sinilah terletaknya sebatang tiang bendera yang merupakan yang tertinggi di Malaysia. Sesuai untuk santai-santai bersama kawan-kawan di padang mahupun untuk bergambar melihat bangunan-bangunan menarik di sekitarnya.
#6- Museum of Asian Art (Muzium Seni Asia)
Muzium ini telah beroperasi lebih 50 tahun dan menempatkan pelbagai jenis barangan artifak dari dalam negara dan juga negara Asia yang lain. Antara yang menarik ialah kepala Buddha gangsa dari era Chiengsen (1400-1550 ), Thailand dan telah diserahkan kepada muzium ini oleh Kun Krassri Nimanamhasminda pada tahun 1954.
Sumber foto - expedia.com
#7- Taman KLCC
Taman buatan ini sememangnya satu destinasi yang sangat unik untuk dikunjungi. Mana taknya, kalau nak tahu dibawah taman ini merupakan tempat letak kereta yang kebiasaannya digunakan untuk mereka yang datang ke Suria KLCC Mall atau yang berkerja di Menara Berkembar Petronas KLCC. Selain keindahan tasiknya dan landskap di sini, pengunjung boleh beriadah bersama keluarga kerana terdapat trek jalan kaki, pondok rehat, air minuman dan pokok-pokok yang menghijau. Pada waktu malam, limpahan lampu warna warni di tasik ini sememangnya sangat memukau.
#8- Hutan Simpan Bukit Nenas ( Taman Eko Rimba KL )
Bagi yang inginkan tarikan hutan yang semulajadi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, satu-satunya destinasi yang boleh anda pergi adalah ke Hutan Simpan Bukit Nenas. Di sini terdapat canopy walk yang membolehkan pengunjung berjalan melaluinya untuk menikmati keindahan pokok-pokok dan ungas-ungas di sekitarnya.
#9- Taman Orkid Kuala Lumpur
Bagi yang di dalam hati ada taman, bolehlah singgah di Taman Orkid ini yang terletak hanya berhadapan dengan Taman Burung KL. Dalam kawasan yang seluas satu hektar ini, mereka ada menempatkan pelbagai jenis spesis pokok orkid yang sangat sesuai untuk bergambar dan santai-santai bersama keluarga mahupun yang tersayang. Anda juga boleh membeli bunga orkid yang segar bugar yang ada dijual di gerai di dalam taman ini.
Sumber foto - visitKL
#10- Taman Tasik Titiwangsa
Boleh dikatakan taman rekreasi bertasik yang paling popular di kalangan warga KL. Selain terdapat tasik, terdapat juga kemudahan lain seperti trek jalan kaki, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya yang sudah tentu tidak memerlukan apa-apa bayaran. Antara aktiviti menarik yang unik (berbayar) yang boleh dilakukan di sini ialah Unexs Waterball dan juga sukan air (paddle boat) di tasik. Lihat video menarik yang dikongsikan di youtube berkenaan dengan permainan Unexs Waterball ini.
Sumber foto : klikhotel.com
#11- Taman Rusa dan Kancil
Alang-alang dah sampai ke Taman Tasik Perdana atau pun mungkin dah melawat Taman Burung KL, apa kata singgah di taman ini yang sudah tentu menempatkan beberapa haiwan menarik untuk dilihat seperti rusa dan kancil. Tak perlu ke Zoo Negara yang memerlukan tiket bayaran kalau setakat nak melihat 2 jenis binatang yang pintar ini. Apa-apapun, memandangkan ianya percuma, janganlah pula anda membandingkannya dengan zoo dan taman haiwan lain yang berbayar. Tak sesuai !
#12- Galeri Petronas KLCC
Bagi yang sukakan seni lukisan apa kata berkunjung ke sini. Nak masuk pun percuma dan di galeri ini menempatkan banyak hasil karya tempatan yang kreatif dan mempunyai nilainya yang tersendiri. Karya-karya seni di seni juga ada yang dikategorikan sebagai media moden dan ada yang dipanggil seni kontemporari. Galeri Petronas ini terletak di Aras 3 di Suria KLCC dan dibuka dari pagi sehinggalah ke 8 malam.
Jom isi masa lapang bawa keluarga lawati tempat-tempat menarik ini. - CARI
Sumber - caridestinasi.com |
|
|
|
|
|
|
|
nice info |
|
|
|
|
|
|
|
x pernah dgr pulak pasal muzium polis tu |
|
|
|
|
|
|
|
muzium seni asia... 1st time aku dengar |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ramai yang belum sempat pergi ketempat2 dalam list diatas pada hal dah berkali2 gi overc |
|
|
|
|
|
|
|
ape kelas bcuti lam malaysia. p obersi amik gmba dgn public fon bru npk urban |
|
|
|
|
|
|
|
Byk gak tempat menarik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Senarai kat atas tu semua aku dah gi. Yg paling aku bg aku Museum kat Bank Negara tu. Masa tengah pembinaan aku dah dpt msk. Smp museum tu complete org lain blm dpt msk, kami dah diajak msk tengok. Best siot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dekat area Lake Garden gak. Tak jauh dr Museum Islam depan Masjid Negara tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Belum pernah ke Museum of Asian Art (Muzium Seni Asia) |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pegi cafe chef adu, masuk la ke muzium tekstil ye. menarik gak.cumanya pelawat temptan ni mcm x brminat je nk dtg..majoriti mmg pelancong luar. |
|
|
|
|
|
|
|
Hey bro! Hi kawan2!!
100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!
Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!! |
|
|
|
|
|
|
|
oooo ade muzium polis rupenye. x tahu pun |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SepatUngu at 7-9-2016 02:26 PM
muzium polis ni kat area memorial Tun Abdul Razak..Jln Perdana berdekatan dgn tasik perdana, kl bird park..etc.. boleh guna bas Hop On Hop Off KL (HOHO) selain tu muzium telekom juga sangat menarik utk dikunjungi..free admission juga utk tengok cultural show kt Matic jln Ampang
#dekatje |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu nampak muzium telekom. cantiknya dari luaq mcm bangunan muzium kat USA pulak meolls rasa. |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya thread ni..baru tahu byk rupanya tempat2 menarik di sekitar kl yg belum pernah dilawati |
|
|
|
|
|
|
| |
|