Asal kain batik atau kain pelikat ramai yang membayangkan sangat kekampungan jika digayakan. Ia mungkin mentaliti rakyat Malaysia. Tidak di Indonesia dan negara lain.
Sepatutnya kain batik yang merupakan pakaian tradisional menjadi kebanggaan jika dipakai kerana ia mempunyai nilai tersendiri.
Seperti jenama mewah Lebor Gabala dari Barcelona, Sepanyol ini menjadikan kain batik salah satu daripada fesyen yang cuba diketengahkan. Tetap cantik jika bijak bergaya. Kenapa nak malu?
Percaya tak jika anak gadis hari ini masih ramai yang tidak pandai memakai kain batik sarung. Bahkan yang sudah mempunyai anak juga tidak tahu untuk menggayakannya. Sangat rugilah, bukan susah pun nak pakai kain sarung batik! - CARI
Hakikatnya memang orang Malaysia zaman sekarang agak kurang berminat mengayakan batik sebagai pakaian ramai lebih berminat dengan gaya dan corak modern
I suka pakai kain batik and baju kurung kedah kosong. Rasa comel je. Kalau makcik pandang sinis, kadang-kadang I pandang makcik tu atas bawah then senyum balik. Haha.