|
oleh Adib Za
Seperti mana wanita, lelaki juga memiliki masalah kulit yang tersendiri. Persoalannya, bolehkah lelaki memakai produk grooming untuk wanita?
Adakah ia menjadikan lelaki nampak seperti wanita? Berkesankah produk wanita terhadap kulit lelaki? Mungkin itu antara persoalan yang timbul.
Sebenarnya tiada salahnya lelaki berkongsi produk grooming seperti pembersih wajah, pelembab wajah dan sebagainya. Namun, bukan semuanya sesuai. Semak produk terbaik yang anda boleh kongsi daripada pasangan anda.
1. Serum mata
Sering melihat pasangan anda bangun tidur dengan lingkaran hitam atau pun mata yang bengkak. Namun, selepas bersiap-siap, wajahnya nampak bersinar tak seperti zombie lagi.
Rahsianya ialah serum mata. Ia boleh membantu bawah mata tampak lebih segar dan menghindar lingkaran hitam. Jika anda mengalami masalah sama, oleskan sedikit serum mata di bawah mata anda setiap pagi.
2. Masker
Kulit wajah lelaki lazimnya lebih berminyak. Menggunakan pencuci wajah semata-mata tidak cukup. Sesekali dalam seminggu, pinjam masker si dia atau pun skrub wajah miliknya.
Ia dapat membersihkan kulit wajah dengan lebih mendalam dan membuatkan anda lebih kacak dan segar!
3. Ubat jerawat
Jerawat timbul di wajah tanpa diundang? Kalau pasangan anda memiliki krim atau ubat jerawat, anda bolehlah menggunakannya.
Ia membantu mengurangkan keradangan dan membunuh bakteria penyebab jerawat.
Foto: Carian google
4. Lip balm
Lelaki memang sering mengalami masalah bibir kering, gelap dan pecah-pecah. Jangan cuba mengatasinya dengan menjilat bibir.
Sebaliknya pinjamlah barangan pasangan anda yang bernama lip balm (bukan lip gloss tau!). oleskan pada bibir, jangan risau ia tidak mempunyai warna sebaliknya membantu kulit bibir tampil lebih bermaya, lembab dan sihat. Yang penting, anda takkan bertukar jadi wanitalah! Jangan risau! - CARI |
|