View: 2485|Reply: 1
|
Cadangan Menu 'Dinner' Untuk Anda Ingin Singkirkan Lelemak Badan
[Copy link]
|
|
Anda ingin menurunkan berat badan? Nak tahu salah faktor paling penting ialah menu makan malam.
Siapa kata makan malam tak dibenarkan? Salah tu, cumanya jika anda serius untuk berdiet perkara yang harus dikawal ialah porsi atau kuantiti makan malam itu sendiri dan juga kalorinya.
Pening, memang pening memikirkan makanan yang terbaik untuk makan malam, agar diet tak terbabas. Berita baiknya, bukan semua makanan yang membosankan anda perlu hadap.
Banyak juga pilihan makanan enak dan mengujakan untuk anda nikmati pada waktu malam, namun memiliki kalori yang sedikit.
Salah satu tips, anda boleh senaraikan makan makan yang anda akan anda ambil sepanjang minggu. Barulah rasa bersemangat dan tak pening kepala.
Sekadar gambar hiasan.
Berikut merupakan beberapa menu makan malam yang disyorkan seperti yang dipaparkan dalam Womens Health Mag.
Selamat berdiet dan kembali menjadi langsing!
1. Pasta Sayuran Berkeju
Menggunakan makaroni gandum penuh (whole wheat) adalah paling disyorkan. Tambahan sayuran seperti tomato dan juga bayam memberikan nutrisi dan rasa enak berganda.
Nak lagi sedap, tambahkan setengah cawan low-fat ricotta cheese.
Jumlah kalori: 439 kalori
2. Daging Teriyaki/ Masak Kicap Dengan Sayuran
Teringin juga menu berdaging kan? Sediakan daging masak kicap (kurang masin) atau masak teriyaki. Masak daging dengan minyak zaitun.
Nikmati dengan semangkuk beras perang dan jangan lupa sayuran seperti lobak merah, brokoli dan hirisan cili. Sedap dan bernutrisi sangat!
Jumlah kalori: 506 kalori
3. Sandwich Tuna Avokado
Tak sah diet tanpa ada menu sandwich kan. Hanya menggunakan tuna dan juga avokado sebagai bahan utama. Selain itu boleh letak hirisan tomato, salad dan hirisan bawang.
Gunakan roti gandum penuh yang sangat bernutrisi dan mengenyangkan.
Jumlah kalori: 350 kalori
4. Burger Ayam Bersama Nanas
Anda masih boleh menikmati burger ayam, namun cara penyediaan haruslah grilled yang menggunakan sedikit sahaja minyak. Selain hirisan cili, bawang dan keju, anda masukkan juga hirisan nanas.
Ia sangat enak, berjus dan penuh nutrisi. Baik untuk sumber protein dan juga serat yang tinggi.
Jumlah kalori: 387 kalori
5. Buah Pear dan Almond Cappuccino
Ada harinya memang mahukan menu paling simple dan mudah kan. Hanya ambil sebiji buah pear dan juga air kopi kesukaan anda.
Ia sudah cukup mengenyangkan makan malam anda.
Kalori: 140 kalori
Foto: WomensHealthMag
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang paling penting, jangan makan melebihi pukul 9 dan seeloknya tak payah dah ambik nasi. Makan buah ke roti ke dah memadai |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|