Peminat menyangka bintang program realiti "The Return of Superman", Lee Hwi Jae, 44, menjalani pembedahan plastik pada bibir selepas gambarnya dimuatnaik di Instagram.
Sumber foto: Mstar
Laman sesawang K-Pop, Soompi melaporkan foto di antara bahagian hidung dan bibir Hwi Jae dibalut membuatkan peminat tertanya-tanya keadaan sebenar bintang itu. Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai isu itu tidak dijelaskan di Instagramnya menyebabkan peminat membuat andaian sendiri bahawa lelaki itu membuat pembedahan plastik.
"Saya semakin berusia dan bukan lagi 'Superman'. Menjadi lebih sihat adalah keutamaan saya.
"embedahan kecil sahaja, jangan risau," tulisnya.
Nama Hwi Jae mula kembali mendapat perhatian peminat selepas dia muncul dalam program The Return of Superman bersama anak kembarnya, Seo Eon dan Seo Jun. Kemunculannya dalam rancangan "The Return of Superman" bersama dua anak kembar yang sangat comel dan mencuit hati membuatkan Hwi Jae kembali mendapat perhatian peminat.