Gadis cilik Cha Jung Suh yang dikenali menerusi drama " Stairway in Heaven " terbitan SBS siapa sangka orangnya sudah dewasa dan terus memacu populariti ke hadapan.
Digelar sebagai ‘Nation Little Sister’ oleh peminatnya, Park Shin Hye diminati oleh berbagai lapisan masyarakat kerana bakat dan kecantikanya. Shin Hye juga pernah tersenarai didalam ’40 Most Powerful Celebrities’ di korea.
Masih hangat dengan drama terkini yang dilakonkan iaitu Doctors, Park Shin Hye juga disambut meriah seperti Kim Rea Won tempoh hari.
Setelah ditunggu lama oleh peminatnya di Malaysia, akhirnya Park Shin Hye hadir di One Utama, Kuala Lumpur pada 14 October 2016 sebagai duta butik kosmetik terkenal di Korea iaitu Mamonde. Semenjak 2014 lagi Park Shin Hye menjadi duta untuk jenama Mamonde ini. Dan kali ini berpeluang melancarkan pembukaan butik Mamonde terbaru di sini.
Sambutan sangat meriah diterima oleh Park Shin Hye kali ini membuatkan ruang legar dipusat membeli belah itu riuh rendah dengan sorak dari peminat yang menunggu pelakon terkenal itu sejak dari awal pagi. Beberapa peminat bertuah berpeluang tampil diatas pentas dan berjumpa dengan lebih dekat dengan Park Shin Hye.
Walaupun kemunculan Park Shin Hye hanya sebentar tetapi masih dapat memuaskan hati semua peminatnya yang hadir. Diakhir perjumpaan itu, Park Shin Hye mengatakan bertapa terharunya beliau kerana mempunyai ramai peminat yang menyokongnya selama ini. - CARI
Post time 17-10-2016 01:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Suka watak dia blakon sbagai Ye-seung dlm filem Miracle in Cell No.7 bersama plakon Ryu Seung-ryong sbgai watak bapa yer Yong-Goo dlm filem tu...gara2 nak beg Sailormoon...ngok bkali2 filem tu,meleleh air mata