Sumber Foto: www.merdeka.com
Jangan pandang remah tentang jenis makanan yang kita ambil dalam seharian tau. Salah satu sebabnya ia mungkin membawa kepada kemudaratan dalam perhubungan batin.
Dalam sesebuah rumahtangga, amat penting bagi setiap pasangan untuk memperoleh kepuasan seks yang baik.
Namun bagaimana pula jika anda mempunyai masalah sukar untuk berasa ghairah. Mungkin anda perlu awasi pengambilan diet dan elakkan makanan seperti berikut:
Sumber Foto: www.merdeka.com
1. Makanan proses
Elakkan makanan jenis ini, contohnya sosej kerana makanan yang diproses tidak mengandungi nutrisi yang diperlukan untuk menghasilkan hiormon seks.
2. Minuman soda dan bergas
Sudah jelas dan terang, minuman jenis ini mengandungi pemanis buatan yang akan mengurangkan tahap serotonin dalam otak. Hal ini akan mempengaruhi tinggi atau rendah tahap keghairahan seks seseorang.
Sumber foto: wwwaristofanis.blogspot.com
3.Bertih jagung
Apa, biar betul? Ya, kerana bertih jagung mempunyai asid Perfluorooctanoic yang berkait secara langsung dengan tahap keinginan seks. Jadi jika anda mahukan pengalaman seks yang hebat, elakkan memakannya sebelum melalkukan hubungan asmara.
4. Udang
Awas penggemar udang, lepas ini kena fikirkan dua kali jika mahu memakannya. Makanan laut ini menyebakan ketidakseimbangan hormon seks dan menyebabkan ghairah seks menurun.
Sumber Foto: www.shapeme.com.au
5. Keju
Salah satu makanan kegemaran ramai dan malangnya ia juga penyumbang kepada penurunan keinginan seks seseorang. Jadi, berpada-pada dan jangan makan secara berlebihan, okay?
6. Mint
Daun mint dikatakan sangat tidak elok terutamanya bagi lelaki. Ia akan mengurangkan tahap testosteron dalam tubuh. Sebaiknya lelaki haruslah menghindarkan diri dari mint termasuk rokok berperisa mint.
Tak sangka makanan yang kita anggap biasa sahaja rupanya membawa kesan yang sangat dahsyat pada tubun badan, kan? -CARI
|