CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8976|Reply: 48

MASALAH JIWA

[Copy link]
Post time 15-12-2016 10:31 PM | Show all posts |Read mode
Hai semua...... Mod,maaf kalau benang ini tersilap board.sepatutnya dalam board agama tapi saya perhatikan tak banyak komen.jadi izinkan saya bukak benang di board masalah peribadi sebab rata-rata masih ramai forumer yang arif dalam agama turut komen di board ini.

ok. masalah saya berkaitan jiwa. hati saya tidak tenang.ingin berubah menjalani kehidupan seperti seorang muslimah yang taat pada perintah Allah.untuk pengetahuan,saya berusia hampir 30 tahun,single dan berkerjaya.perasaan nak berubah bermula 2 tahun yang lalu.sering saya mendengar kisah penghijrahan selebriti yang akhirnya kekal menjadi muslimah.mengambil contoh mizz nina,diana amir,irma hasmie dll.saya cuba berubah tapi hanya sementara.menutup aurat dengan sempurna namun hanya bersifat sementara.bila  timbul perasaan nak bergaya mengikuti fesyen terkini yang tidak selaras dengan tuntutan syariat,lalu perbuatan baik itu hilang slowly.

saya selalu impikan kehidupan yang mengikut syariat.alangkah tenangnya.kini bila alpa terus ingat nak kejar harta dunia.selalu la saya mendengar ceramah kat youtube tapi tak mampu meresap dalam jiwa.adakah iman saya tak kuat.kalau tak kuat macamana untuk benarkan hati tersentuh dan terus berubah dan istiqamah.sekarang hati saya tak tenang,rasa kosong,rasa tak tahu apa yang boleh buat saya tenang.

adakah ini tanda masalah jiwa atau psikologi?mungkin forumer ada dan pernah melalui fasa kehidupan yang jahil dan kini berubah menjadi muslim yang baik.bagaimana caranya untuk melahirkan perasaan takut pada Allah dan seterusnya berubah. mohon pendapat forumer semua.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2016 10:32 PM | Show all posts
mod,kalau rasa benang ini tak sesuai,boleh pindah ke board yang sesuai.maafkan saya
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam sis..iman macam air laut juga. Ada pasang surut..semua orang diuji iman nya dengan pelbagai ujian.

Hidayah milik Allah..dan kita kene sentiasa berdoa agar Allah tak palingkan hati kita dari jalan kebenaran. Yang penting istiqamah dan jaga akidah. Saya sendiri zaman awal 20an memang ada masa rasa kosong. Sangat kosong..rasa macam takde ape ape berkaitan kerohanian..

Nasihat saya, hamba yang mungkin ade syer dalam neraka ni..
Banyakkan baca Al Quran dan sirah Nabi. Banyakkan solat dan bersedekah..sedekah tu bagi saya macam penawar jiwa yang rosak. Sentiasa bersyukur sama ada perkara baik atau buruk bagi kita..sebab bersyukur tu tanda redha dan percayalah pada setiap percaturan yang Allah tentukan. Sis, jangan berhenti berharap pada Allah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
larakun replied at 15-12-2016 10:31 PM
Hai semua...... Mod,maaf kalau benang ini tersilap board.sepatutnya dalam board agama tapi saya perh ...

Soalan sensitif aku solat kamu mcm mana? biasa yg jiwa x tenang ni bila dia x solat dgn ikhlas hati bukan sbb terpaksa
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam sis..Cuba la cari kwn2 yg dah berubah..join diorang.. Kawan2 dan org yg dampingi kita sehari2 memainkan peranan penting.

Kalau boleh elakkan berkawan dgn org yg boleh bawa kita jauh dari perubahan yg kita nak.

Kawan2 yg baik boleh jd contoh..so kita ada motivasi utk berubah mcm dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pun tak tau nak cakap macam mana. dulu aku pun mcm kau juga, tapi alhamdulillah masa aku rasa mcm nak berubah aku terjumpa kawan yg boleh la membantu aku berubah lbh baik sikit dr smlm. nak berubah aku rasa tak boleh drastik saangat kot. akhir sekali aku pilih jalan yg sederhaana je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2016 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
larakun...

mcmana cara nak lahirkan prasaan takut pd allah? senang je..

cuba bayangkan masa kamu tgh baring2 atas katil tiba2 bumbung runtuh hempap kamu lalu kamu mati. sedangkan kamu belum solat padahal waktu solat dh habis. klu kamu mati masa tu mcmana kamu nk hadapi azab neraka? neraka itu confirm kamu akan rasa sbb kamu x solat.
mesti kamu akan cepat2 bangun pergi solat kannn if kamu terbayang situasi tu?..bayangkan pula kamu pkai baju ketat..tudung singkat tgh drive kete, tiba2 eksiden lalu mati...mesti kamu akan masuk neraka sbb aurat x jaga..so kamu akan cepat2 balik rumah n tukar pakai baju longgar tudung labuh sbb kamu x nak mati dlm keadaan cmtu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 11:33 PM | Show all posts
jgn terlalu paksa2 diri berubah dgn mendadak, buat kerja dgn iklas, banyk bersedekah atau menolong manusia supaya hidup tenang, ngaji juga membuatkan ketagih mau ngaji tiap2 hari, kurangkan mengumpat. zaman muda2 mmg byk perkara kena buat termasuk bekerjaya, bersama kawan2 dan family dan masih muda sukakan perkara duniawi minat artis baca new ikut  fesen teknologi semua itu normal la sbg org muda, sbb itu masa akan terhad sehingga lupa halatuju sebenar. akan tiba di satu masa ketika itu kita sudah x heran dgn hiburan2 semua x heran ttg fesen2 henpon teknologi dan perkara melekakan. kita akan menganalis menyemak semula apa kejatyaan apa hasil sepanjang hidup dan mengatur/merancang semula apa yg perlu dilakukan apa yg tertinggal dlmm hidup utk tahun2 mendatang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2016 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
winxclub replied at 15-12-2016 03:27 PM
larakun...

mcmana cara nak lahirkan prasaan takut pd allah? senang je..

Baca tang ni tringat satu situasi yg Allah Taala takdirkan buat sy. Lps solat hr raya, tetiba je Allah bg perasaan takut, takut pd kematian, mcmna rasa mati tu, semuanya bgai terlekat kat leher, lemas. Pastu mcmna pulak gelapnya dlm kubur... Takut xboleh nak digambarkan, Allahu Akbar. Takde kata yg boleh diluahkan, hnya mahu bersendirian je masa tu...
Allah Maha Mengetahui setiap kondisi hambaNya. Dan, bila Dia bg perasaan utk takut pd Nya, maka itu lah hidayah. Pegang kemas2,yg penting, hubungan antara kita dgn Allah sntiasa kuat. Jgn sesekali tggalkan ibadat solat, paksa atau rela, mesti kna buat, sbb itu lah tanda kita ni hambaNya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 12:36 AM | Show all posts
Entahlah. Redha terhadap Allah, insyallah Allah akan redha pada kita balik. Bila Allah redha, banyaklah peluang wujud untuk kita berjaya harungi "ujian dunia" ni. Tapi bila dok KL, ustaz2 pun pandang harta. Bergantung pada niat, Allah akan beri. Buat sesuatu untuk nama, Allah beri nama, bergema di kalangan masyarakat. Untuk harta, satu dunia ni Allah punya, no problem Allah beri harta. Tapi bila buat segalanya ikhlas untuk Allah, yang tu baru ada peluang dapat redha Allah, dan insyaallah orang yang Allah redha, takkan Allah tak jaga.

Syurga tu tempat suci, so nak layak masuk syurga kene sucikan diri kat dunia ni lagi. Kalau tak, kene basuh sucikan diri kat neraka dulu. Pilih sendiri.

Apapun, redha Allah ni semacam kene tawakkal la kan? Kene buat dan usaha dulu, baru layak tawakkal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adheq at 16-12-2016 01:55 AM

Iman ni ada naik ada turun. Sebab tu raihan dah pesan iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yg bertakwa. Jadi itu juga bermakna kalau keturunan sebelum kita tak bertakwa, kita masih boleh jadi bertakwa. It's all about how we build them up. Aicehh

Personally, sy selalu suka baca & tgk kisah2 macam mana the reverts turned to Islam. Kita dilahirkan sebagai Islam, diajar perkara2 teknikal ttg Islam. Tapi utk benar2 menjadi seorang Islam, kita kena tahu & sedar apa maknanya hidup sbg sorg muslim. Usahalah semacam mana orang2 yg revert back to Islam. Sy perasan mereka bermula dgn memahami al-Quran & mendalami tentang Islam sebelum decide utk mengucap. They learned & try to actually understand instead of bertaklid buta. Mungkin sbb tu ayat pertama yg turun pun suruh kita baca, bukannya terus tiba2 suruh solat atau puasa. Because knowledge guides us out of the darkness insya Allah. Belajarlah. Mula dgn benda2 asas. Kenapa kita wujud, siapa Allah, apa tu al Quran, siapa Rasulullah n why is he so important, kenapa kena beribadah etc. Bila asasnya sudah kukuh, insya Allah superstructure akan bertahan lama.

Selain tu, find a support group if u need to. Or be with righteous friends. Kalau takda, berdoalah semoga Allah pertemukan awk with the right people.

Cuba utk istiqamah. Tak perlu benda2 yg susah. Buat 1 benda dlm 1 masa. Cthnye awk nk maintain solat awal waktu. Just stick to that sampai awk rasa dh jd darah daging awk. N then start with a different one.

Paling penting, doa kpd Allah supaya diberi ketetapan iman . Sekian dari sy yg masih meraba raba keluar dr kegelapan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 09:33 AM | Show all posts
iman...sentiasa berubah ubah......pagi rasa lain, petang rasa lain, malam rasa lain......hati manusia sentiasa borak balik......itulah hakikatnya manusia.

mengharap dan berusaha....hari ini lebih baik dari semalam....

banyak perkara yang boleh kita improve dalam amalan kita....contohnya
1. solat.....seelum ini...solat di hujung waktu.....cuba kita improve.....sampai kita berjaya solat di awal waktu, fahami setiap bacaan......(target kita...amalan solat mesti A+) b egitulah perasaan bila adik adik ada keputusan exam A+

2. Membaca Alquran (sebelum ini kita kerap baca facebook.....kita ubah......kita kerap baca alquran)
mulai baca satu muka surat.....setiap bulan
lepas itu satu muka surat setiap minggu
lepas itu satu muka surat setiap hari

3. bila kita ada target dan matlamat dalam sesuatu perkara.....hati kita lebih bersemangat untuk mencapai matlamat tersebut.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 10:15 AM | Show all posts
Alhamdulillah tt…bersyukurlah sbb Allah dah beri hidayah kpd tt utk berhijrah menjadi insan yg lebih baik…hidup berpandukan ajaran islam yg sebenar…tak semua orang berpeluang dapat hidayah macam tt…sambutlah hidayah tersebut dgn segera…jgn tangguh2...masa ni la syaitan akan datang dari pelbagai penjuru, kiri kanan depan dan belakang..syaitan2 ni akan berusaha hasut tt supaya tt ignorekan je semua keinginan tt utk berubah tu…dia nak tt jadi kwn yg akan menemankan dia kat neraka nanti…cth,masa tt terpikir nak tutup aurat, labuhkan tudung…masa tu la akan kuar fesyen2 tudung baru yg menggugat iman tt utk mencuba…ni semua dugaan…Allah nak uji keikhlasan tt…so tt kena kuatkan hati ok…sematkan niat utk berubah kukuh2 dlm hati…nak berubah bukannya senang tt…banyak dugaan…tapi ingatlah.. Allah telah berfirman:

“Jika hambaKu mengingatiKu dalam dirinya, Aku pasti mengingatinya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu di hadapan khalayak ramai, Aku akan menyebut namanya dihadapan khalayak yang lebih mulia daripada khalayaknya. Jika dia menghampiriKu sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta, jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang berjalan kepadaKu, Aku akan berlari kepadaNya. Yakni segera menyahut segala permintaannya”

Berdasarkan pengalamn sy, sy cadangkan tt mulakanlah perubahan secara perlahan2…cthnya;
1- utk permulaan cuba cukupkan solat 5 waktu
2- lepas tu cuba pula solat diawal waktu
3- dlm masa yg sama cuba faham dan hafal maksud2 bacaan dlm solat…supaya hati bertambah kusyuk bila solat
4- lepas tu tambah dgn solat2 sunat, cth solat dhuha 2 rakaat , kemudian solat2 sunat yg lain…yg tt mampu buat..baca Quran
5- dlm masa yg sama tt cubalah utk sempurnakan pemakaian tt, tutup aurat…boleh je berfesyen, tapi longgarkan baju/seluar/kain…labuhkan skit tudung.
6- mulakan juga baca buku2 berkaitan agama yg boleh tolong tt utk improve diri…buku2 ni bole bantu memotivasikan kita dan mengukuhkan lagi niat kita dalam mendekatkan diri kpd Allah..

Mulakan perubahan perlahan2…jgn terlalu drastik sgt…klu terlalu drastik, nanti tt akan rasa penat dan malas nak follow ape yg tt dh mulakan.

Saya doakan supaya Allah permudahkan perjalanan hidup tt dan dapat beristiqomah dalam setiap ape yg tt dah lakukan. Amin..

Ingat tt…
“…jalan untuk berubah ke arah kebaikan itu tidak sesekali menjanjikan kesenangan berpanjangan, namun yakinlah bahawa orang yang mengambil langkah berubah ke arah kebaikan, tidak sesekali usahanya itu disia-siakan oleh Allah, bersabar & bersolatlah”..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 11:23 AM | Show all posts
ASSALAMUALAIKUM SIS,

Rasanya semua forumer dah bagi tips2 kat atas. yang paling penting untuk permulaan, cukupkan solat 5 waktu. membaca AlQuran, solat2 sunat.. banyakkan zikir di kala masa lapang.  sekuat hati sis nak berubah sekuat itu juga syaitan akan terus menggoda. doa banyak2 dan minta pada Allah di kuat kan hati. Doa bukan hanya masa lepas solat sahaja, doa semasa tengah buat kerja, tengah tengok tv, detikkan dalam hati, Ya Allah kuatkan aku.. x pun zikir ja banyak2 La haula sehingga habis.. dan fahamkan maknanya baik2.. semoga Allah sentiasa memandang kita dengan pandangan kasih sayangNya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 05:06 PM | Show all posts
Assalamualikum

Komen saya sama seperti  komen2 sebelum ini. Jadi pilihlah yang mana yang berkenan dihati.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
solat tu kan tiang agama. Kalau solat tu dijaga & dilaksanakan dgn btul insyaallah yg lain akan mengikut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2016 09:01 PM | Show all posts
sebu replied at 15-12-2016 11:15 PM
Soalan sensitif aku solat kamu mcm mana?  biasa yg jiwa x tenang ni bila dia x solat dgn ikhlas  ...

ye saya akui solat saya tak sempurna.solat tak terlalu cepat dan tak khusyuk.asal buat tapi tak khusyuk pun.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
larakun replied at 16-12-2016 09:01 PM
ye saya akui solat saya tak sempurna.solat tak terlalu cepat dan tak khusyuk.asal buat tapi tak kh ...

Sbb aku sendiri pernah macam kamu bila aku mula lalai solat mmg jiwa aku rasa panas. Rasa nak gaduh dengan semua orang sekeliling ..bila solat mmg rasa lain. Bab ujian ni adek kita kena pegang pada rukun iman. Percaya kepada qada dan qadar    dan setiap kejadian ada hikmahnya..pegang tu je. Insyaallah jiwa kamu tenang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2016 09:29 PM | Show all posts
ninnakarinna replied at 15-12-2016 11:22 PM
Salam sis..Cuba la cari kwn2 yg dah berubah..join diorang.. Kawan2 dan org yg dampingi kita sehari2  ...

kawan-kawan saya dah berkurang.dalam usia macam ni hampir semua kawan ada kehidupan masing-masing.busy dengan life masing-masing.saya tercari-cari orang-orang agama.yang ada para ustazah yang berusia yang senang je bagi nasihat...tak perlu berfesyen,tak perlu pakai macam tu, macam ini...yee lah,dah tua memang dah tiada perasaan nak bergaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2016 09:32 PM | Show all posts
Saem replied at 15-12-2016 11:56 PM
Baca tang ni tringat satu situasi yg Allah Taala takdirkan buat sy. Lps solat hr raya, tetiba je A ...

Ya Allah beruntungnya awak sekali dijentik terus berubah.saya ada pernah terdetik perasaan begitu...tiba-tiba meninggal apa bekalan yang akan saya bawa.tapi tak lama,2 hari lepas tu dah kembali tak ada perasaan takut.tak ada perasaan takut bukanlah bermakna saya  buat maksiat.hanya saya tak beramal ibadat dan menjalani kehidupan bersyariat dengan sebaiknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.469645 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list