CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 23170|Reply: 23

Pelakon Iklan Petronas : Tan Hong Ming, Ummi Khazriena Ingin Kembali Akrab

[Copy link]
Post time 27-1-2017 08:39 AM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: “Perayaan Tahun Baru Cina ini nanti menjadi detik untuk kami merapatkan kembali hubungan selepas hampir tiga tahun terpisah.”


Itu kata Tan Hong Ming, 17, ketika dapat bertemu semula dengan Ummi Khazriena Skhrudin, 17, yang diaturkan oleh Harian Metro selepas rakaman video mereka menerusi iklan Tan Hong Ming in Love untuk Petronas sempena sambutan Hari Merdeka 2007 tular di laman sosial, sejak kelmarin.


Hong Ming berkata, kali terakhir mereka berjumpa pada Ogos 2014 ketika dipertemukan media untuk sesi temu ramah sempena Hari Merdeka.


Tan berkata, dia merancang untuk selalu bertemu dengan Ummi selepas ini termasuk sama-sama meraikan perayaan Tahun Baru Cina serta belajar berkumpulan sebagai persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini.


“Saya mahu hubungan yang terjalin sebelum ini menjadi kenyataan. Dulu kami memang rapat dan dia adalah sahabat saya ketika sama-sama belajar di Sekolah Kebangsaan TTDI.


“Saya selesa berkawan dengannya dan mungkin kami sudah membawa haluan masing-masing menyebabkan hubungan itu tidak seperti dulu lagi.



"Apa pun saya cuba mengembalikan keadaan itu termasuk menghubunginya pada setiap hari, selepas ini,” katanya yang juga anak tunggal.


Katanya, dia tidak merancang untuk berlakon pada masa akan datang berikutan mahu fokus kepada pembelajaran serta mengejar impian untuk menjadi arkitek berjaya pada suatu hari nanti.


“Biarpun mendapat sokongan daripada keluarga yang tidak pernah henti memberi semangat untuk saya berlakon semula, saya tidak memandang itu sebagai perkara utama sebaliknya mahu fokus pada pembelajaran,” katanya yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).


Sementara itu, Ummi Khazriena yang lebih dikenali sebagai Ryna berkata, dia tidak menyangka dapat berjumpa semula dengan Tan selepas kali terakhir berjumpa pada 2014.


“Saya memang merinduinya sebagai kawan dan sahabat ketika masing-masing menuntut di sekolah rendah lagi. Teruja dapat berjumpa dengannya.


“Dulu kami masih kanak-kanak. Sekarang usia kami sudah memasuki alam remaja,” katanya yang juga pelajar tingkatan lima SMK Seksyen 8, Kota Damansara.


Ryna yang juga meminati bidang pengacaraan dan lakonan berkata, dia juga mahu hubungannya bersama Tan kembali rapat seperti dulu.


“Disebabkan kami sama-sama akan mengambil SPM pada tahun ini, tidak salah jika kami mengadakan pembelajaran secara berkumpulan dengannya dan sama-sama berjaya dalam peperiksaan itu nanti.


“InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa aktiviti pada hujung minggu ini saya akan berkunjung ke rumah Tan atau mengadakan makan malam bersama rakan lain bagi meraikan perayaan Tahun Baru Cina ini nanti,” katanya yang juga anak keempat daripada lima beradik.


Katanya, jadual hariannya juga kini sibuk apabila turut terbabit dengan kelas teater di sekolahnya selepas tamat sesi persekolahan.


“Saya memang minat berlakon cuma sekarang ini saya perlu fokus pada pembelajaran dan SPM, tahun ini,” katanya.

- Metro -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2017 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaaa. Sooo sweet
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Oo..cute je rupanye pelajar KD eight..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 09:37 AM | Show all posts
comelnya tan hong ming masa kecik...muka teruja sgt
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Hencem budak Mingming ni..jenis2 muka yg aku cepat terpikat

Apa kata nko gi merantau ke China Mingming, untung2 leh jadi star mcm ZhengKai or Nicholas Tse..compom aku akan jadi peminat no 1 nko
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 10:20 AM | Show all posts
Hihihihi. Choooo cweetttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2017 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik, tetiba hensem budak Hong Ming ni. Dulu masa menengah rendah tak hensem pun. Gigi pun dah cantek.

Ummi lak, rupa birah ja. Mungkin sebab raut wajah sheol memang semulajadi seksi ala Nabila Huda.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 10:39 AM | Show all posts
Sama je muka Tan Hong Ming dari budak sampai remaja. Nampak nerdy gitu. Petronas tak nak ajak adik2 ni buat iklan baru ke? Ajak sekali Adibah Noor join.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2017 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha...soooo cute both of them... suka sgt tgk iklan masa dia org kecik tu...Tan Hong Ming masa kecik tu nmpk teruja sgt2 ( ala2 miang budak kecik )
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 12:06 PM | Show all posts
dah beso tak jendul lagi si Ummi tu, cantik pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 12:38 PM | Show all posts
hahaha aku tengok video tu balik cute je tan hong ming
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 01:50 PM | Show all posts
Dah remaja dah pandai nak jaga penampilan masa kekecik dulu selebet je apa pun suka je tengok iklan mereka tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka dgn iklan tu..cute jer THM.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 01:55 PM | Show all posts
now meols rasa super tua plak lepas tgk diorang dah beso mcm ni.

hensemnya tan hong ming!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 05:27 PM | Show all posts
Macam ni la best. Baru rasa perpaduan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Iklan tu arwah yasmin ahmad yg buat kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2017 05:48 PM | Show all posts
Iklan yg 1 ketika dulu buat ai tersenyum simpul...hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 17 tahun skrg? Rasa supposed to be baya2 iols ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 27-1-2017 01:55 PM
now meols rasa super tua plak lepas tgk diorang dah beso mcm ni.

hensemnya tan hong ming!


Belum ko jadi cikgu, tengok anak murid membesar depan mata. Memang rasa kertu sangat. Macam anak murid aku yang aku pernah ajar sekejap masa jadi cikgu ganti - first time jumpa, deyol baru derjah 2. Now dah form 5. Gila kau betapa kau tak sedar masa berlalu pantas. Tengok anak2 kawan2 kat sekolah pun camtu juga.  Memula jumpa, baru prasekolah. Sadae tak sadar tetiba tengok dah masuk tingkatan 1.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuwet nye bebudak ni esp hing ming
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.913216 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list