Thread ni ak rasa macam sendu sangat, meh ak tepek & share siket cerita sumber dari - Sengal Paranormal Team
Manusia Bertukar Jadi Binatang.. Rupa-rupanya memang wujud sekelompok manusia yang boleh bertukar menjadi binatang, ingatkan benda ni dongeng.. semakin maju dunia semakin upgred puak ni, terbaru kelompok ni dah boleh bertukar menjadi Iblis.. tak percaya? sentuh pada gambar untuk membaca bukti-bukti yang admin sediakan..
Dirogol sehingga koma selama 42 tahun
Aruna Shanbaug yang berasal dari India merupakan wanita yang berusia 67 tahun dan mengembuskan nafas terakhir pada Mei 2015 lalu setelah koma selama 42 tahun.
Aruna yang bekerja sebagai jururawat hospital dirogol secara ganas hingga menyebabkan pekak telinga dan matanya buta serta koma sejak 1973.
Aruna dicekik dengan rantai anjing dan di rogol melalui dubur oleh seorang lelaki ketika hampir hari pernikahannya.
Malah, Aruna dicekik hingga membuat darah tidak mengalir ke otaknya.
Bomoh Ahmad Suraji menambah ilmu hitam dengan membunuh 42 perempuan.
Bomoh AS (Ahmad Suraji ) lahir pada 10 Januari 1949 dan mempunyai lulusan sekolah rendah, telah berkahwin dengan 3 orang wanita yang merupakan adik-beradik kandung.
Bomoh As juga memiliki 9 orang anak dan tinggal serumah dengan kesemua keluarganya di Deli Sumatra Utara Medan.
Kisah bomoh As terbongkar apabila menemui mayat seorang wanita yang bernama Kamala Dewi berusia 21 tahun pada 27 April 1997.
Dari hasil siasatan selama hampir sebulan, 41 mayat wanita ditemukan dalam satu liang yang besar yang difahamkan semuanya mangsa seksual dan pembunuhan Bomoh AS.
Kekejaman itu dilakukan untuk meningkatkan ilmu hitam yang di turunkan oleh ayahnya sendiri sejak ia kecil. Dilaporkan bomoh As harus membunuh 70 wanita untuk menyempurnakan ilmu hitamnya.
Rogol, bunuh, potong mayat tersebut dan dimakan.
Jeffrey Lionel Dahmer adalah nama yang paling popular di tulis oleh blogger apabila membuat artikel “pembunuh paling kejam di dunia”
Jeffrey Lionel Dahmer tidak hanya merogol wanita, dia juga merogol lelaki, penderaan seksual secara berantai, dan juga gemar merogol mayat.
Tidak hanya itu, dia juga akan mengerat daging mangsa dan di masak lalu dimakan. Sejak usia 18 tahun Dahmer melakukan kekejaman itu dan mangsanya 85% adalah lelaki dan selebihnya remaja wanita.
Dirogol selama 14 hari sehingga rahim hancur dan mandul.
Itulah perkara yang disembunyikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Margot Woelk hingga umurnya mencapai 95 tahun.
Wanita ini menyimpan sejarah silamnya sendiri tanpa diketahui siapa pun termasuk anak angkat dan arwah suaminya, hingga lah sebelum kematiannya ia menceritakan segalanya.
Woelk mengisahkan ketika umur 20 tahun dimana ketika itu dia bekerja dengan Hitler, dia bekerja untuk memastikan hidangan masakan tidak beracun sebelum di hantar kepada Hitler.
Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 orang kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.
Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut.
“Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.
Suaminya yang bertugas sebagai tentera, terselamat dalam perang, namun beliau sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.
Dirogol 19 lelaki sehingga hilang ingatan
Gara-gara terlalu cepat mempercayai orang yang baru dikenali, seorang gadis cantik berumur 20 tahun dirogol bergilir-gilir selama seminggu oleh 19 orang lelaki termasuk di antaranya seorang anggota polis.
Bunga yang kini tidak lagi ceria dan suka bersolek seperti dahulu menjadikan dia hampir gila dan trauma, ibu dan adik beradiknya sendiri tidak di kenalinya.
Difahamkan hampir keseluruhan ingatan Bunga hilang akibat di suntik dengan dadah yang terlalu banyak semasa dia dalam tahanan oleh 19 lelaki pada hujung bulan April 2016 yang lalu.
|