View: 2853|Reply: 11
|
Asyik Prasangka Saja, Bagaimana Suami Tak Cari Perempuan Lain?
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum netizen,
Setelah dua artikel sebelum ini menyentuh mengenai remaja sekolah, kali ini saya ingin berkongsi tentang hal suami isteri. Kebanyakan wanita berpendapat yang sama apabila berlaku pertelingkahan sehingga mencetuskan perpisahan, ia adalah berpunca daripada lelaki. Sama ada lelaki terlalu ego, keras kepala, panas baran, menipu mahupun curang.
Saya tidak nafikan jika perlakuan tersebut berlaku, ia memang satu kesalahan yang berhak menerima hukuman. Namun, di sini saya ingin membawa pembaca untuk tidak berbahas mengenai kesalahan lelaki tersebut yang TELAH PUN JELAS LAGI NYATA.
Sebaliknya mari kita jenguk seketika, mengapa kelakuan salah ini dilakukan suami. Terdapat beberapa faktor penyumbang (Contrabutary Factor) ke arah perlakuan tersebut yang telah dilakukan oleh isteri. Jadi, saya syorkan tips berikut untuk mengelakkan suami anda mencari wanita lain atau hiburan luar.
PENGURUSAN SYAK WASANGKA
Kepercayaan merupakan asas utama dalam perhubungan cinta. Mengapa perlu ada sesuatu hubungan itu jika tiada kepercayaan? Namun, kepercayaan itu diberikan bukan sepenuhnya cukup sekadar melahirkannya dengan cara.
a. Mengelakkan diri dari membayangkan sesuatu di minda akan kebarangkali pasangan anda melakukan sesuatu yang tidak elok di belakang anda.
Seterusnya apabila wanita mengambil tindakan untuk..
b. Terus menyerang pasangannya yang disyaki berlaku curang.
Ia bertambah buruk sekiranya pasangan anda itu tidak melakukan sebarang kecurangan dan ianya adalah satu fitnah. Selain itu,
c. Sikap melihat maklumat di dalam telefon bimbit pasangan anda dengan niat untuk membongkar rahsia mengundang satu perasaan kurang senang si dia.
Kesan & Akibat:
1. Jika pergolakan ini tidak diuruskan dengan baik, kebarangkalian untuk berlaku perpisahan adalah tinggi.
2, Pasangan mulai rasa dendam. Maksud dendam adalah seperti ayat kata-kata si suami ini - berlaku jujur pun kena marah, baik sahaja dia berlaku curang.
3. Jika ini berterusan, akan lahir satu bentuk perasaan yang menjengkilkan daripada pihaknya. Dia mula hilang sabar dan perubahan sikapnya mulai berlaku.
4. Pergolakan yang tiada asas sebegini juga bakal menaikkan amarah buat pasangan anda yang mana jika tidak dikawal bakal menyaksikan diri anda dicederakan.
Foto arian internet
Seharusnya kita...
1. Seharusnya, untuk meletakkan diri anda sebagai kekasih atau isteri unggul, apabila terasa sesuatu yang mencurigakan, anda perlu tenang menghadapinya dan bukan mula menjadi PERISIK!. Adakala minda dan hati kita dibisik syaitan yang ingin merobohkan hubungan yang baik ini. Seterusnya, tunggalah saat yang sesuai untuk anda bertanya dengan pasangan anda.
2. Namun, perlu diingat, cara dan gaya pertanyaan itu biarpun menjurus kepada satu bentuk tuduhan yang tiada bukti, ia perlu dilakukan secara halus. Maksudnya disini, biarlah setiap tutur kata anda lembut dan bukan bersifat provokasi.
Justeru, kawal emosi anda terlebih dahulu dan mulakan pertanyaan mengenai perasaan syak wasangka anda dengan penuh lembut dan hormat. InsyaAllah, hasilnya baik.
Ikuti sambungan tips mengelakkan suami mencari lain pada segmen akan datang.
Salam Ikhlas,
----Airol Irwan Limin---- |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki mcm2 lah alasan dia. selalu yg isteri prasangka ni sebab suami pernah buat hal/ bekas bf atau suami penah buat hal. hmmhh
jarang plak dengar isteri curang sbb suami prasangka |
|
|
|
|
|
|
|
win. Lelaki gitulah..perempuan ni ada hak jugak nak berprasangka
dan prasangka ni elok jugak
orang kata jangan percaya 100%
simpan sikit untuk diri sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
btul tu. biasanya wife or gf jadi suspicious sbb ada benda yg trigger.. sendiri tak reti simpan rahsia.
nampak sgt alasan sbb dh kantoi..
papepun selagi xde bukti jgn confront dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab dah terkantoilah bini jadi prasangka... bila dah kene sampai 3-4x sampai jumpa mcm2 yang tak senonoh ko rasa nak sangka baik lagi ke?... padahal selama ni xdenya nak ambik tau... huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau suami jenis jujur pun aku tetap takkan percaya 100%. Gila apa. Kalau tak bg check hp tu mesti sorok benda. Kurang senang apanya. Dah jadi laki bini nak sorok apa lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Tk prasangka lgsg kasi kpercayaan 200% pun dia amik ksempatan pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 21-4-2017 12:50 AM
i mean...actually ini menunjukkan satu yg dinamakan kepercayan - trust itu - adalah sesuatu yg very very halus , delicate and fragile..
sebab itu trust tu mahal harganya dalam sesuatu relationship dan kawannya si kejujuran....
kalau hilang salah satu maka inilah akibat - i mean nak bina balik kepercayaan etc bukannya senang ...
so dalam relationship ni ...honesty and trust tu anchor atau sauh utama apabila cinta dilandaskan untuk izin dan redha-Nya.
sebab tu apa apa saja tak payah berprasangka ...just addressed the issues secar amatang tapi senanglah cakap kan especially kaalu menyentuh kedua dua aspek ini , ia tidaklah mudah.
tapi woman instincts ni hebat ...satu intuisi...yg may be ada protective effect
|
|
|
|
|
|
|
|
dia jadi masalah bila dua2 ego..xnak berbincang, nak dia je menang.. |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki ni mmg xleh caya. syak ke x syak ke kalau mmg dah gatal tu mmg gatal jgk. dasar lelaki murahan kalau yg jenis curang2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkah..laki ni prasangka ke xprasangka, kalu dia nak buat pangai dia buat.. xpyh tgu bini prasngka.. ni ape yg aku alami.. |
|
|
|
|
|
|
|
segala apa yg tersembunyi dlm henfon, adakah hak peribadi atau partner masing2 boleh check sesuka hati?
hmmm |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|