View: 4390|Reply: 16
|
Asyik Cari Kesalahan Pasangan, Sampai Terlupa Jenguk Kebaikan Suami
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum dan Salam Syawal,
Masih ingat lagi tentang tips mengelakkan suami mencari lain? Sebelum ini, beberapa tips telah saya kongsi, dan ini bermakna tinggal 4 sahaja lagi tips yang penting untuk diamati dan diamalkan oleh para isteri. Tips seterusnya ini adalah ‘Jenguk Kebaikan Suami’.
Seperti sabda Rasulullah SAW semasa baginda dan para sahabat melakukan solat gerhana, Rasulullah SAW melihat Syurga dan Neraka dan bersabda kepada para sahabat:
“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?”
"Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Menariknya, sabda Rasulullah SAW ini sesungguhnya telah terbukti dengan hasil kajian yang menyatakan bahawa kebanyakan wanita apabila dalam perhubungan sama ada perhubungan kekasih atau pun suami isteri dan perhubungan itu telah terjalin lama, maka wanita akan lebih cenderung melihat perkara negatif pasangannya berbanding kebaikan yang dilakukannya.
Ada sahaja yang tidak kena dengan perlakuan si suami. Sebagai contoh, si suami bertungkus lumus mencari nafkah sehingga adakala terpaksa pulang lewat ke rumah, maka isu ini akan dibangkit dan dibentangkan dengan rakusnya oleh si isteri tanpa memikirkan kenapa si suami bertindak sedemikian.
Lebih parah sekiranya isu itu dibangkitkan dengan emosi yang tidak stabil sehingga –
1. Tidak bercakap dengan suami.
2. Tidak mempedulikan kewujudan suami di rumah.
3. Menaikkan suara apatah lagi memaki hamun suami.
4. Merendah-rendahkan suami seperti ungkapan ‘kerja bukan main, duit takde juga’ dan seumpama dengannya.
5. Melontarkan tuduhan atau fitnah melulu seperti ungkapan ‘Dengan betina mana yang you duk sibuk sangat! dan seumpama dengannya.
6. Menafikan tanggungjawab suami seperti ungkapan ‘Suami tak bertanggungjawab’ dan seumpama dengannya.
Perlu sentiasa ingat bahawa si suami adalah manusia biasa yang tidak sama sekali sempurna dan pastinya ada kekurangan yang dilakukannya. Samada dilakukan secara tidak sengaja mahupun disebabkan faktor sekeliling yang memaksa dirinya bertindak sedemikian.
Namun, sebagai seorang Isteri Unggul, seharusnya...
1. Sesekali jengok kebaikan yang dilakukan si suami. Bukan hanya ketika kebaikan itu dilakukan tetapi simpanlah ia sebagai kenangan untuk diri sentiasa menghargai si dia. Maka secara tidak langsung, tanpa disedari, anda juga akan mudah memaafkannya sekiranya ada kesilapan yang dilakukan.
2. Menghadiahkan kemanisan kata dengan menasihatkannya untuk sesekali berehat demi kesihatannya jika si isteri melihat suami bertungkus lumus berusaha mencari nafkah untuk memberi yang terbaik untuk keluarga daripada gemar mempersoalkan masanya.
3. Tidak melihat perkara negatif sahaja, sebaliknya fikirnya juga dari sudut positif tentang sesuatu tindakan si suami.
Foto: Carian internet
Jika tidak, lambat laun, si suami akan mula rasa tidak dihargai. Lantas, bisikan syaitan mudah mempengaruhi si dia untuk melakukan sesuatu yang tidak baik kononnya sebagai balasan terhadap isteri yang tidak memahaminya.
Ikuti sambungan tips mengelakkan suami mencari lain pada segmen akan datang.
Salam Ikhlas,
----Airol Irwan Limin---- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Huhu...tgh gaduh ngan suami skrg...hmm... |
|
|
|
|
|
|
|
takbaik gaduh2 nga somi.
kene saling melengkapi
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus thread nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
memang tau suami baik..tapi kadang kadang tu.. tak boleh tahan.. nak cakap apa yang terbuku dalam hati |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah kawen la, tak masuk neraka. |
|
|
|
|
|
|
|
ya..menarik untuk di bincangkan....
terima kasih kerana up....rajin betul mod menggali ya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Gaduh tak payah cerita lah......dah cerai nanti baru update, ok?
Kahkahkhakhakhkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
ooo..gitu ya....bagus lah....
bini ku ok bro...x ada hal...terima kasih atas ingatan....
aku masuk forum pun just menyembang aje....
bini aku menjadi lebih baik dari sebelum nya...itu lah hikmah nya......
manusia yang ikut jalan Allah...kita kena support...
manusia yang lari dari jalan Allah...kita kena tarik....
itu lah tanggungjawab kita....
mcm bro..gigih post walau pun selalu di potong point....
gigih berusaha...teruskan bro..wa caya sama lu
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Org dah kahwin ni, mesti saling give n take. Benda kecik2, toksah berkira sgt. Belajar utk tgk at the whole landscape la. Kalau fokus kat sampah je, nmpk sampah je la. Tak nmpk dah pokok2 hijau, burung2 yg terbang, langit biru tu semua. So kerja kita kutip je la sampah tu satu2. Benda yg boleh diselesaikan, selesaikanlah dgn berhemah. Kalau tak boleh selesai, serahkan kpd Allah. Ada sbb Allah jodohkan kita dgn dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Wat make you so confident akan masuk syurga?
Ujung ujung Kalau dah kaawen, dapat jugak merasa drilling didunia ....kalau being rejected of syurga entry,kheen?
Kohkohkohkohkoh
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|