View: 5103|Reply: 42
|
Aku yang tidak punya perasaan lagi...
[Copy link]
|
|
Salam uols.
Aku perempuan. Umur 29thn. Cerita bermula masa aku kecik lagi darjah 2. Aku ada penyakit 1 badan aku akan bengkak2 bila2 masa yg dia nak bengkak. Lepas puas berubat masih tak okay. Dan kebetulan masa aku tengah bengkak2 tu makcik aku datang berkunjung ke rumah kami dan bawa kawan2 lelaki dia bersama dan salah sorang bukan warganegara malaysia. Kawan dia yg bukan warganegara tu tengok keadaan aku dan offer diri nak ubatkan aku. Aku cakap dengan mak aku tak mahu. Aku lari kurungkan diri dalam toilet. Mak ugut kalau aku taknak keluar nanti mak bantai. Aku takut jadi aku keluar dan duduk setentang dengan lelaki tu di ruangtamu. Mak aku sambung bersembang dengan makcik aku dan kawan dia. Lelaki tu pulak celup tangan dalam cawan dan mula menyapu tangan dan kawasan lain. Semakin rancak yang lain bersembang semakin rancak tangan lelaki tu merayap ke kawasan yang tak sepatutnya..Aku hanya terkedu dan airmata berjuraian tapi dia semakin asyik. Lepas puas dia pun sambung bersembang dan balik. Badan aku tetap bengkak dan saat itu hati aku juga bengkak! Tubuhku dinoda lelaki warganegara asing..
Aku membesar dgn rupa paras Alhamdulillah ramai cakap cantik dan aku pendiam. Tapi aku bukan pendiam yang baik. Aku mainkan perasaan ramai lelaki. Aku pernah pasang sekali 4 orang dalam 1 masa. Sesiapa yang datang pikat aku layan sampai mereka serius mahu datang meminang, dah datang meminang bawak ibu bapa, sampai tahap aku dah bertunang lepastu aku kecewakan diaorang. Aku bagi alasan tak serasi. Aku rasa puas hati bila diaorang menangis merayu tanya apa salah diaorang,mintak dikasihani,mintak peluang tapi aku tanpa belas kesian aku terus putuskan dan tinggal macamtu je.
Tahun demi tahun permainan aku sampai la 1 hari aku berkenalan dengan sorang lelaki. Entah macamana aku terjatuh cinta.. Gila2 sampai tahap aku serah segala2nya kasih sayang dan harta aku. Kami plan merisik,bertunang dan nikah. Ya Allah aku betul2 bahagia... Tapi rupa2nya dia suami orang... Saat aku dapat tahu aku rasa nak mati, aku menangis siang malam pagi petang, aku tak makan aku minum je. Aku betul2 rasa kecewa tahap nak mati. Aku tak pernah jatuh cinta, aku tak tahu macamni sakitnya patah hati, kalau aku tahu aku sumpah demi Allah aku takkan permainkan perasaan orang! Aku ambil masa untuk bangun kembali.. Dan Alhamdulillah aku berjaya, setelah aku pasak kuat apa yang berlaku ni semua kifarah atas perbuatan aku dulu jadi aku kena redha walau terpaksa walau sakit nak mati.
Seiring waktu berjalan family aku dah bising suruh aku berkahwin.. Tapi hati aku dah mati. Bukan aku tak cuba nak kenal2 lelaki lain. Berkali dah aku cuba tapi semua calon tu aku rasakan tak serasi dengan aku. Aku rasa nak muntah,pening,meluat bila keluar dengan lelaki. Walau kacak macamana pun, walau kaya berduit aku rasa mual! Dengar diaorang bercakap, perhati tingkah laku diaorang aku rasa meluat teramat2! Setiap kali aku paksa diri aku kenal dan keluar dengan lelaki, balik tu aku akan menangis semahunya.. Aku rasa aku dah tak boleh hadap lelaki untuk bercinta mahupun berkahwin. Tapi orang kiri kanan family kawan2 saudara mara sibuk tanya aku bila nak kahwin. Aku dah muak nak dengar! Tapi aku kesian dekat family jadi mangsa jugak kena jawab soalan2 cliche masyarakat tu. Orang lain tak faham keadaan aku, diaorang kata aku memilih, sanggup biar benda dalam kain busuk daripada pilih lelaki yang biasa2. Kepala hotak diaorang. Aku je yang tahu macamana aku dah usaha paksa perasaan sendiri. Aku doa semoga mulut2 puaka ni rasa apa yg aku rasa 1 hari nanti sebab semberono berkata tanpa tahu keadaan aku.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sis pergi berubat penyakit sis yang bengkak tu
insyallah semua ok |
|
|
|
|
|
|
|
tak pergi check darah kat hospital ke pasal bengkak-bengkak tu? tah-tah ada kidney problem. |
|
|
|
|
|
|
|
Entahlah tak tahu nak kesian ke apa. Tapi tt boleh cuba jumpa psikiatris? Mungkin tt ni sebab dah lama menyimpan dendam terhadap warga asing tu sampai tahap main2 perasaan orang lain? Munah tak rasa tt cinta pun suami orang aka ex bf tt tu. Munah rasa tt cuma obses nak mainkan perasaan dia tapi tt pula yg terkena. Sorrylah Munah cakap macam ni tapi based on apa yg tt cerita kat sini, tt ni habitual offender for a heartbreaker. So tt kena check keadaan mental tt. |
|
|
|
|
|
|
|
Penyakit jiwe ni adek |
|
|
|
|
|
|
|
1. Buat pemeriksaan kesihatan dapatkan diagnosis yang betul mengenai kondisi bengkak-bengkak badan sis. Takut-takut kondisi yang 'rare' dan memerlukan bantuan perubatan yang khusus.
2. Sis macam trauma. Apa kata sis dapatkan kaunselor. Kesihatan emosi juga penting sis. Pernah dengar tak ada yang kehilangan cinta sampai patah hati lalu mati? Mujur sis bangkit kembali. Tapi barangkali tempiasnya masih berbaki.
Semoga sis ditemukan dengan ketenangan jiwa.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebu1 replied at 17-7-2017 10:15 PM
Penyakit jiwe ni adek
aaa ah mcm ye je
orang sakit jiwa aka sakit mental ni lang xda perasaan |
|
|
|
|
|
|
|
Masih bengkak lagi ke badan sis? Bawak berubat sis kat hospital dan bawak jumpa kaunselor. Mungkin sis jiwa kacau |
|
|
|
|
|
|
|
trauma ye....
meh aku peluk.
maafkan ajela apa yang berlaku dgn laki orang tu. jangan sesekali lukakan ati pempuan lain. cinta boleh datang berkali-kali. tak ada cinta yg mutlak dalam hidup ni selain cinta pada tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi masalahnya apa sis? Pasal stigma masyarakat tak kawen tu satu dosa?
Atau sis yg trauma dengan laki?
Atau pengalaman silam yg tak dapat sis lupa?
Atau penyakit yg dihadapi?
Kalau jalan penyelesaian yang dicari, nasihat pertama I, ikhtiar dan ubati sakit fizikal dulu seiring dengan spiritual. Semoga ketenangan ditemui |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab apa buat laki camtu. Sebab trauma disentuh dulu ke. btw tak baik tau buat org camtuh. Mainkan perasaan org. Takut nnt terkena balik ke diri sendiri akibat perbuatan tu |
|
|
|
|
|
|
|
masalah dia bukan bengkak2 badan la korang... yg itu dah lama setel
skang masalahnya, dia takde hati nk kawen |
|
|
|
|
|
|
|
aku saspek tt kena buat org smpai takde hati nk kawen lg |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata pergi dapatkan kaunseling. |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu..
Aku rase mcm TT dah takde masalah bengkak2 kot? tu cite lama masa kecik..
Dan aku rase masalah yang lagi besar ialah TT takde perasaan kat Lelaki dah..
Pada aku senang aje... belum sampai jodoh..
Bila dah jumpa jodoh tu insyaAllah, Allah akan permudahkan..
Doa je dik..
|
|
|
|
|
|
|
|
onexox97 replied at 17-7-2017 10:50 PM
aaa ah mcm ye je
orang sakit jiwa aka sakit mental ni lang xda perasaan
Yg teruk sgt je onexox. |
|
|
|
|
|
|
|
ini sindrom andartu forever ni walau masih andartu junior (menurut ipan) |
|
|
|
|
|
|
|
dia yang buat salah kat orang, dia yang bajet2 trauma lak..ko xperlukan lelaki tt, ko perlukan psikiatrist.sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm citer rekaan je..tt pon hilang |
|
|
|
|
|
|
|
skrg ni psl sakit bgkak2 ke sakit jiwa ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|