Nak tahu apa masalah terbesar kaum wanita selepas bersalin? Jawapannya tak lain dan tak bukan mestilah kenaikan berat badan yang ketara.
Lagi malang bila suami pula mula bersikap dingin disebabkan sudah tidak tertarik dengan bentuk badan isteri. Jangan sedih dulu, ada caranya!
Ikuti tips dan cara penjagaan diri selepas bersalin oleh wanita yang dikenali sebagai Nur Balqis Bt Yunus ini tentang bagaimana dirinya kekal langsing walaupun sudah mempunyai 4 orang cahaya mata.
Nur Balqis, Foto: Facebook
1. Teruskan beri susu badan kepada anak-anak anda
Lebih kerap kita menyusukan badan, lebih cepat berat badan turun dan anak pun sihat.
2. Pastikan badan sentiasa panas
Amalkan jamu seminggu selepas bersalin. Lebih elok makan jamu kampung yang dicampur dengan akar kayu serta makanan yang boleh memanaskan badan macam halia dan lada hitam supaya senang berpeluh dan sekaligus menyihatkan.
3. Amalkan pakai bengkung selama 100 hari
Pakai bengkung setiap masa kecuali mandi, berurut dan bertungku. Sebelum pakai letakkan minyak panas supaya perut lebih cepat mengecil.
4. Amalkan bertungku
Buat setiap hari sampai habis tempoh berpantang.
5. Jaga makan
Makan dalam jumlah kecil,tapi kerap. Elakkan minum ais dan amalkan makan sup ikan, sayur, ayam yang dicampur dengan halia dan lada hitam.
6. Ambil vitamin C dan Habbatus Sauda
Amalkan pengambilan kedua-dua bahan ini sebelum tidur.
7. Jangan duduk dalam aircond untuk 100 hari
Jangan pasang dalam rumah. Kalau masuk kereta duduklah di belakang dan lindungi badan anda dengan baju sejuk.
8. Pakai stoking
Sentiasa pastikan kaki anda panas.
9. Pantang dengan suami
Jangan melakukan hubungan intim dengan suami selama 100 hari.
10. Berurut dan bertangas adalah wajib
Ambil air , rebus dengan halia , manjakani, serai wangi , daun pandan, daun limau purut , daun mengkudu, daun kunyit, daun limau purut. Rebus sampai menggelegak. Amalkan bertangas selama setengah jam setiap hari.
Nur Balqis, Foto: Facebook
Walaupun banyak yang perlu dilakukan tapi hasilnya memang hebat sekali. Bukan untuk orang lain, tapi untuk kebahagiaan rumah tangga sendiri. Selamat mencuba dan semoga berjaya! -CARI |