Edited by sant at 20-8-2017 03:31 PM
entri kali ni Elia nak kongsikan gambar-gambar sepanjang majlis pertunangan Elia yang berlangsung pada 1 July 2017 (01.07.17).
teruskan membaca ;)
kalau sebelum ni Elia dah kongsi pasal persiapan hantaran dan sebagainya, kali ni nak cerita pasal majlis tu sendiri. di hari kejadian.
pagi tu memang kalut. malam tu tak cukup tidur sebab kami sibuk kat dapur masak lauk untuk dihidang pada majlis tu. pagi-pagi pula saya dah kena jadi runner pergi Pasar Keramat cari daun sireh dan beberapa barang kiriman last minute.
lepas tu sambung siapkan hantaran yang mana tak habis lagi. bila jam dah nak masuk tengah hari barulah kalut mandi dan bersiap. kena rushing since dah decide nak makeup muka sendiri je.
Majlis direncanakan berlansung selepas Asar.
tapi pihak lelaki dan sampai kawasan sekitar tu terlebih awal. so agak kalut sikit tapi Alhamdulillah, semua berjalan lancar. wakil dari kedua belah pihak tiba tepat pada masanya.
ketika majlis perbincangan antara dua belah pihak berjalan.
tak pasti lah ade sesi berbalas balas pantun ke tak ;p
| tepak sireh dan dulang hantaran dari pihak lelaki |
sementara perbincangan rancak kat ruang tamu tu....... Elia yang kat bilik...
tengoklah muka ku yang cuak. hahaha cuak ke? honestly sebelum dan sepanjang preparation untuk majlis tu Elia takde rasa apa. bila kawan kawan tanya.. "amacam nervous tak?" i was like 'Nahhhh.. biasa je.' (belum rasa apa lagi..) even my fiance pon lebih excited and nervous since days before the engagement..
But bila masa betul betul rombongan meminang datang dan tengah berbincang. bukan main tak keruan lagi elia masa tu. nervous, ke hulur hilir dalam bilik tu. berpeluh kemain!
| nampak tak peluh berkilat masa ni? punya lah nervous. dup dap dup dap didalam dadaaaa |
sambil nak tenangkan diri, kami bergambar kenangan lah dulu
Bila sampai masanya.. someone came in the room asking me to go out.. masa untuk sarungkan cincin..
jari kanan untuk cincin risik..
kiri pula untuk cincin tunang
this is my future mother in law. a very warm and sporting. I'm such a lucky girl!
Kalau ikutkan majlis pertunangan saya ni biasa biasa je. simple and intimate. tapi yang lain sikit bila ada sesi suap gula, sesi suap gula ni biasa bagi budaya orang utara. buat pemanis mulut katanya.. dah nak jadi darah manis kan.. nasib tak kencing manis ;)
| wajah ceria sebaik bertukar status |
sebaik selesai sesi sarung cincin, tetamu dijemput menjamu selera. Alhamdulillah semua berjalan lancar. tak lama lepas tu en. tunang pun datang join
Mohon doa dari semua. semoga semua perancangan kami berjalan lancar dan diberkati
http://jejariruncing.blogspot.my/2017/08/gambar-cerita-majlis-pertunangan-part-1.html
|